unStaBle....

17 January 2009

panas....

rasa macam ada asap2...

rasa macam ada api je keluar dari kepala aku...

nasib baik orang tak nampak, kalau tak dorang mesti tak buat something yang buat aku tak suka.

entahlah kenapa tapi beberapa hari ni aku rasa terganggu sangat. pantang silap sikit aku dah baran. malangnya bila aku baran kat orang aku tak hamburkan pada dorang sebaliknya aku simpan.

simpan.... simpan.... simpan...

effectnya orang tk tau aku marah, then dorang terus... terus.. dan terus... buat something yang aku tak suka sangat..

tak suka sangat... tapi tak boleh marah... simpan... terus...

owh tuhan... kadang2 aku rasa aku ni baik sangat. selalu aku cakap kat orang yang aku ni pemarah, tapi dorang semua tak percaya. dorang kata aku suka gelak dan ceria!

awas! jangan tertipu dengan itu semua.

masa matrik dulu budak yang suka gelak ni pernah menggelegak dan memuntahkan lavanya... habis satu blok C tu terkena bahangnya. yang jadi mangsa rumate2 aku. tulah selalu sangat cabar kesabaran aku. perkaranya simple tapi bila selalu diperlekehkan aku jadi bengang...

kadang2 aku fikir aku dah baik gila dengan dorang, but kenapa dorang tak pernah nak jaga perasaan aku? asyik aku je yang nak jaga perasaan dorang...

ada satu kali pasal isu baju. aku nasihatkan tak yah lah amik. berkorbanlah, tapi dorag cakap aku jeles sebab aku tak dapat amik so aku nak orang lain pun tak dapat gak.

ada stu kali aku mintak tolong, aku cakap cepat sikit dorang dah buat muka dekat aku. hm.. kecik hati aku...

ada satu ketika aku rasa aku sangat tak faham dorang. boleh tak satu kali aku cakap dekat dorang apa yang dorang cakap tu sakitkan hati aku. kan baik berterus terang. aku pun tak sakit.

tapi aku sedar, semua perkara ni jadi berpunca daripada ku juga.

BAGAIMANA HUBUNGAN AKU DENGAN ALLAH?
hubungan aku denganNya pun renggang. jarang sekali aku menhenguknya di malam hari. jarang benar aku berzikir padaNya. jarang benar aku mengikut apa yang disuruhNya. jarang benar aku melakukan perkara2 yang menggembirakanNya. malah aku kadang2 teralu alpa dan leka dengan urusan dunia.

Allahhuakhbar...
betapa aku sering meminggirkanMu.

aku marah Ya Allah bila teman2 ku melakukan itu kepadaku. tapi aku tak pernah terfikir betapa kejam telah aku perlakukan padaMu. layakkah aku untuk mendapat kebahagian dari sahabat2ku?

aku sakit hati bila mereka meminggirkanku, bagaimana pula dengan Mu yang aku selalu lupakan. Ya Allah kejamnya aku. aku merasai kesakitan itu dan bagaiman pula denganMu Ya Allah.

Allahuakhbar...
apalah sangat diri ini disisiMu...

Tapi aku mahu menjadi yang selalu kau kasihi
aku mahu menjadi orang2 yang mencintaiMu
aku mahu menjadi orang yang sentiasa dipilih olehMu
tapi aku lalai dan leka dengan tanggungjawabku
aku kejam... aku jadikan pejuangan sebagai alasan untuk jauh dariMu
Ya Allah kejamnya hamba ini...

kau hantarkan sahabat2 bukan sahaja untuk membawa aku kepadaMu
malah kau hantarkan mereka untuk mentarbiah diriku
agar tidak leka sehingga melupakanMu
Maafkan aku Ya Allah
terima kasih teman..
akan ku bersihkan diri ini...
moga ukhuwah ini kerana Allah...

Allahuakhbar!

0 comments: