muktamar PMIUTM

14 January 2009

alhamdulillah malam tadi selesai juga muktamar PMIUTM. maka berakhirlah sesi kepimpinan aki azly dan diganti pula dengan kepimpinan aki Amin.

majlis bermula pada jam 5.00pm tu dihadiri oleh penasihat PMIUTM, Dr. Sulaiman B Kadikon (SBK).

hm.. masa ucapan SBK keadaan agak gamat juga. mana taknya selalunya penasihat persatuan akan bagi ucapan yang baik2 dan membakar semangat tapi lain pulak yang berlaku. pada aku ucapan SBK seperti ingin menjatuhkan PMIUTM.

mungkin beiau layak terasa apabila majoriti calon Pro M dan jentera Pro M terdiri dari PMIUTM dan beliau tidak mengetahui hal ini. tapi bukankah PRK adalah kebebasan mahasiswa. tuduhan yang mengatakan PMIUTM menipu penasihat dalam menghantar calon dalam PRK adalah tidak berasas.

seperti yang dikatakan oleh mantan PMIUTM sesi 08 iaitu aki Azli, PMIUTM memang tidak menghantar wakil. ahli PMIUTM yang bertanding dalam PRK adalah atas tiket PRO MAHASISWA. jadi tidak timbul isu menipu disini.

keadaan jadi tambah menarik apabila SBK membuka ruang Q&A.

bayak soalan2 berkaitan PRK malah kritikan terus terhadap SBK di lontarkan. namun aku sedikit kecewa dengan jawapan PRK yang agak lari dari persoalan.

walau apapun tidak dinafikan ada cadangan2 dan gerak kerja bersama SBK yang aku suka. contohnya HATI'08. membawa PMIUTM kepada mad'u yang jauh terpelosok di perkampungan Orang Asli Tanah Abang semangnya satu gerak kerja yang cukup bermakna.

mungkin sedikit saranan utuk sesiapa sahaja yang menjadi penasihat. apa yang aku lihat mahasiswa UTM kini sedang mula mengalami gelombang kebangkitan.. mahasiswa sudah mula bangun dari tidur.. jangan dihalang kebangkita ini. berikan ruang dan peluang untuk mahasiswa bersuara dan bernafas. seterusnya merencana gerakan mereka. moga dengan ini UTM bakal melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja bijak akademiknya, malah terkehadapan pemikirannya serta tinggi semangat juangnya.

mahasiswa bukan pemimpin di peringkat kampus. tapi mahasiswa adalah pemimpin untuk dunia. biarkan mereka berpencak di gelanggang kampus agar apabila keluar nanti mereka boleh berjuang di medan antarabangsa.

hidup..hidup.. mahasiswa...
hancurkan kepimpinan yang mandum dan menurut sahaja...
kembalikan IZZAH mahasiswa!

muktamar...

kembali kepada muktamar. dah lama rasanya PMIUTM tak berkumpul dengan ahli2nya. cuma malam tadi aku kena balik awal. tak sempat nak bersembang2 dengan sahabat. argh.. rasa rindu pulak dengan sahabat2. itulah ukhuwah bila berjauhan terasa sangat.

aku balik awal bukannya apa, tengah syok2 dengar perbahasan aku pun belek2lah planner aku. sekali masa jeling esok punya jadua rupanya aku ada quiz dan aku satu apa pun belum baca. pulak tu quiz contro pulak. huhu kantoi ah.

tu yang aku lari balik macam lipas kudung tu. sampai bilik pun sempat baca chapter 1 je. mana taknya satu hari ke huu ke hilir, penatnya tuhan aje yang tahu. alhamdulillah walaupun lewat tidur dapat gak bangun awal waktu subuh.

nasib baik sebelum start quiz lecturer bincang pasal case study sebelum ni. hehe kira coverlah chapter yang aku tak baca tu. alhamdulillah dipermudahkan buat quiz tu (doakan resultnya baik ya...)

hm.. di kesepatan ini aku nak mengucapkan tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru PMIUTM. apa yang aku harapkan agar kalian semua dapat membawa PMIUTM lebih terkehadapan. PMIUTM harus muncul bukan hanya sebagai badan dakwah tetapi juga memperjuangkan kebajikan di kalangan mahasiswa.

hidup PMIUTM!

0 comments: