haRi yaNG iNDah...

24 January 2009







alhamdulillah... selamat juga aku sampai ke IOI MALL PULAI... merasa juga moto baru aku dipecut ke kelajuan lebih kurang 110km/j... alamak macam manalah kalau kena trafic... syukur semua polis hari ni cuti. hehehe

sampai aje ke IOI MAll aku dengan sahabat2 lain pergi menunaikan solat Zohor di surau mereka. hm.. boleh tahan juga surau dia. agak2 boleh muat 20 orang solat jemaah. taklah besar sangat kalau nak compare dengan IOI MALL tu sendiri. 2 tingkat dn satu ruang bawah tanah untuk parking. memang besar...

lepas aje solat Zohor, kitaorang bergerak ke ruang lapang di hadapan IOI MALL. disitu muslimin dan beberapa warga Pulai sedang solat hajat. apalagi kelam kabutlah kitaorang solat. syukur sempat gak aku solat hajat jemaah bersama.

sebenarnya aku dn sahabat2 PMIUTM ada program bersama masyarakat Pulai dari pelbagai NGO.

program apa?



program kempen boikot barangan Israel & sekutunya serta mengutip derma untuk Rakyat Palestine.

program tu bermula lebih kurang pukul 2.00 petang. semangat sangat, budak2 PMIUTM bawak banner mengutuk Israel.

kitaorang diberi risalah untuk diedarkan kepada pengunjung IOI MAll. risalah tu berkenaan dengan barangan Boikot.

aku tak mengedar risalah, sebaliknya aku membawa tabung palestine. kehulu-kehilir aku dengan Oni pergi mintak derma. gembira sangat bila tengok masyarakat Pulai yang sangat prihatin dengan nasib umat Islam di Palestine. mereka menghulurkan sumbangan tanpa mengira nilai.

remaja2 pulak walaupun tak de duit tetap menghulurkan sumbangan. terharu aku dibuatnya. beberapa remaja yang kitaorang jumpa siap bantu kitaorang kutip derma. lepas tu dorang tanya kitaorang macam mana nak jadi sukarelawan macam kitaorang ini. baguslah kalau dorang ada kesedaran untuk berbakti kepada masyarakat.






kalau nak dinilai, apa yang kitaorang buat ni taklah sesuatu yag boleh mem'popular'kan. silap haribulan boleh kena marah sebab mintak duit kat orang masa diorang tengah shoping. apa yang bestnya mintak derma ni. penat dan buat malu muka aje kan...

entahlah... alhamdulillah aku tak rasa segan pun masa nak kutip derma. sebaliknya rasa bersemangat. aku dan Oni tak lekang dari senyuman. aku berbangga berjalan dengan tabung Palestine. dan aku tahu sahabat2 aku yang lain pun bangga. kami bangga kerana kami dapat melakukan sesuatu untuk saudara kami di Palestine.

dan aku harap sahabat2 aku yang lain pun sama. dalam apa yang kita lakukan jika ia kerana Allah mengapa kita harus malu dan segan.

aku teringat hari khamis yang lepas, 22 Jan 2009. kelab iqra' anjurkan satu hari memakai pakaian hitam sebagai tanda peduli kita kepada rakyat Palestine dan tidak suka kita pada kekejaman yang dilakukan oleh Israel laknatullah.




hari tu aku memang hitam habislah. aku kagum bila lihat semangat yang ditunjukkan oleh sahabat2 yang lain. ada lecturer2 juga yang berpakaian hitam sebagai tanda sokongan. cuma tak sedapnya bila beberapa sahabat yang jumpa aku kata 'ko pakai hitam sebab Gaza tu yer? bagus mas sokong Gaza'. bagus kata2nya tapi mungkin nadanya buat aku pelik.

aku rasa peik sebab ada orang rasa apa yang kitaorang buat tu perkara kecil aje.

mungkin kecil tapi besar untuk aku. ada yang malu2 nak pakai hitam. takut orang ingat dia terlalu fikirkan tengtang masalah orang Islam, takut dilabel ustazah...

sahabat... kita semua pejuang Islam. apa yang termampu kita lakukan, kita AKAN lakukan untuk Islam.

jangan malu untuk menonjolkan anda ISLAM. perjuangan Islam bukan milik ustaz dan ustazah... bukan hak ulama.. bukan pada mereka yang menyertai persatuan Islam... malah bukan pada mereka yang berkopiah dan bertudung labuh...

tapi perjuangan ISLAM wajib pada mereka yang mengucapkan 'lailaha ilah Allah'

ayuh bangkit sahabat2 ku... kembalikan kegemilangan Islam. kita susun barisan biar jadi kuat. kita ikat hati biar jadi semangat... kita tambahkan pemahaman biar jadi jihad.

Allahuakhbar...

sentiasa bawa aku kepadaMu..



0 comments: