Selepas Kasut Muntazar Ke Muka BUSH, "Tipping Point" Edrogan pula menjadi

31 January 2009
Akhbar hari ini menonjolkan PM Turki, Recip Tayyib Erdogan menjadi hero seketika bagi perjuangan umat Islam di Gaza. Saya cuba untuk tidak melihat gimik beliau yang mengejutkan dunia dan pentas Forum ekonomi Dunia itu dengan tafsiran yang simplistik.

Siapa tidak kenal Erdogan, Gul dan latar belakang AKP serta anak didik intelek nombor satu dunia, Fethullah Gulen ini dalam seni berpolitik dan pencak silat meletakkan prioriti perjuangan Islam mereka di celahan kekaratan pemikiran sekular rakyat Turki.

Saya berkira-kira tindakan Erdogan yang berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit mempunyai motif dan strategi terancang beliau yang tersendiri, mungkin selepas speechwriter Erdogan mengkaji kelemahan ucapan Peres dan pendekatan emosinya setiap kali beliau memberikan ucapan. Persis seperti bagaimana speechwriter Obama mengkaji kelemahan Mc Cain bila berdebat dan berhujah sehingga akhirnya Obama yang sentiasa menang dalam Presidential Debate.

Erdogan secara luaran mungkin dilihat sekadar membantah prosedur forum yang tidak seimbang penghujahan pro dan kontra dari kedua-dua belah pihak. Erdogan secara luaran mungkin dilihat sebagai anak muda yang mahu menegur orang tua supaya dalam berforum tidak seperti berdebat, tidak perlu meninggikan suara dan menuding jari kepada panelis lain(maklumlah, penulis ada pengalaman berforum di peringkat kebangsaan semasa di KISAS dahulu). Erdogan secara luaran mungkin juga dilihat mahu menunjukkan 'haibah' dan prestij negaranya apabila menyebut : "This was a matter of the esteem and prestige of my country. Our people would have expected the same reaction from any Turkish prime minister. My reaction had to be clear. I could not have allowed anyone to poison the prestige and in particular the honor of my country." Siapa yang tidak mahu berada di belakang PM mereka apabila PM mereka memainkan sentimen prestij dan kredibiliti negara cuba dimalukan oleh negara lain. Erdogan secara tidak langsung telah memenangi semula hati rakyat Turki - melalui 'peluru' sentimen nasionalisme - dengan menonjolkan wibawa negaranya di hadapan perwakilan pakar-pakar ekonomi dunia.


Erdogan vs Peres

Namun hakikatnya secara dalaman, ada motif lain yang turut dipelurukan secara dramatik oleh Erdogan. 1 peluru yang telah membunuh 2 musuh sekaligus, Israel dan parti-parti pembangkang di Turki (menjelang PRU Turki ke 17).

Beliau oportunis untuk memanfaat ruang tumpuan media seluruh dunia tersebut untuk menunjukkan peranan belakang tabir yang selama ini beliau mainkan untuk menyelamatkan Gaza. Erdogan mahu menyatakan sokongan psikologi AKP Parti Pemerintah dan rakyat Muslim Turki kepada perjuangan umat Islam di Gaza. Muslimin dan kerajaan HAMAS di Gaza mungkin terasa kesepian dan keseorangan tanpa solidariti negara Arab untuk berdepan dengan Israel.
Erdogan - dengan segala keupayaan inteleknya membahas isu-isu ekonomi global sehingga kekuatannya mendapat pengiktirafan dan jemputan ke Forum Ekonomi Dunia - akhirnya tampil mengambil kesempatan untuk menampakkan pada dunia buruk dan jijiknya kebinatangan Israel.

Lantas, semua stunt politiknya itu ("modul" dalam bahasa tempat saya kerja :-) dirancang rapi kenyataan dan aksinya supaya tidak perlu sampai ke tahap "menang sorak, kampung tergadai." Jangan sampai menggadaikan kedudukan partinya di mata EU yang Pro-Israel serta kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang hampir goyah apabila 2-3 bulan lepas AKP mendapat 'kad kuning' dari Mahkamah Perlembagaan Turki atas isu "Islamis" nya AKP. Andaikata Erdogan terlalu menjahar dan meraung terlalu kuat sokongan dan ratapannya pada nasib Gaza di pentas WEF itu, boleh jadi tentera - yang semenangnya menunggu masa untuk menguburkan AKP - menanti untuk menggulingkannya apabila tiba di Turki.

Namun sebaliknya, Erdogan dijulang apabila pulang ke Turki sebagai wira nasionalisme Turki, bahkan bendera Turki yang jarang berkibar dengan bendera negara lain kali ini boleh dikibarkan rakyatnya bersama bendera Palestin. Pada masa yang sama dunia Islam semakin nampak Turki antara negara paling berpotensi di masa depan membela Palestin selepas Qatar, negara Shekh Qaradhawi buat pertama kali memecahkan tradisi taasub, nasionalisme materialistik dan kelesuan Liga Arab, menyatakan pendirian terbuka menyokong perjuangan HAMAS dalam membela rakyatnya di Gaza.

Saya masih teringat DS Anwar Ibrahim pernah menyebut selepas bertemu Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan pada awal Januari 2009 baru-baru ini. Beliau menyatakan Erdogan merupakan satu-satunya tokoh negara Islam yang mengambil inisiatif berunding dengan pimpinan Hamas, Syria, Arab Saudi, Iran, beberapa negara Eropah dan Russia. Erdogan, Presiden Abdullah Gul dan penasihat luar Ahmad Davutoglu hampir melepaskan semua tugas lain dan hanya tertumpu kepada isu Ghazza.

Kesimpulannya, tindakan Erdogan boikot forum itu dilihat mungkin dilihat tidak menyelesaikan masalah akar umbi konflik Palestin-Israel dan usaha damai yang cuba dimainkan oleh orang tengah seperti Turki sendiri. Namun, tindakan kecil itu sekurang-kurangnya telah membunuh karakter Israel dan memalukan mereka di persada antarabangsa kalaupun Erdogan tidak mampu mengerahkan tenteranya menyelamatkan Gaza dan membunuh tentera Israel.

Itulah politik "tipping point". You just only to make little change but it make a big difference and highly impact. Mohd Sayuti Omar dalam blognya pula menyifatkan tindakan Erdogan lebih hebat dan berkesan daripada bom fosfour yang dilontarkan Israel ke Gaza yang membunuh lebih 1,300 nyawa itu. Pantaslah kalau ribuan rakyat Turki menyambut kepulangan Erdogan yang dianggap sebagai wira. Dunia lain juga patut puji keberanian dan ketegasan Erdogan.

Selepas Muntazar melakukan "modul" tipping point berani matinya pada Bush, kini giliran pemimpin tertinggi Israel pula perlu menerima malu. Dan kali ini bukan giliran wartawan untuk membaling kasut, tetapi seorang negarawan membaling hujah. Bila pula giliran pemimpin besar Malaysia mahu melakukannya ? Mampukah Erdogan menenggelamkan populariti Obama sebagai pemimpin perubahan dan keamanan dunia tidak lama lagi ?

Dapatkan buku ini di Plaza MPH

Ya Allah, hancurkan pengganas Amerika dan Israel.

Jangan lupa singgah juga analisa menarik Ustaz Hasrizal mengenai Peres vs Erdogan ini. Klik sini.

artikel diambil daripada:

http://rijal82.blogspot.com

untukmu sahabat...

30 January 2009


Allahuakhbar... semakin hari aku merasakan kondisi diri semakin terumbang ambing. dan setiap masa aku diserang rasa bersalah yang teramat sangat pada sahabat2 aku. aku bimbang sangat jika riak wajah ini disalah erti oleh sahabat2 ku lalu timbul masalah hati antara kita semua.

sahabat... aku terlalu sayang pada kalian. namun keadaan terlalu mendesak aku sehingga kadang buat aku terpaksa mengambil langkah seolah2 mementingkan diri. lihat sahaja apa yang berlaku pagi ini, ajakan teman aku tolak, pelawaan akak yang memanggil aku pulang atas dasar tanggungjawab juga aku tolak. dan aku seolah2 menjadikan ku'busy'an aku untuk menyiapkan control, psm dan asignment lain sebagai alasan...

sahabat... terus terang aku katakan, aku tidak suka langsung menggunakan perkara itu semua itu sebagai penyebab yang menyebabkan aku semakin jauh dari kalian. aku mengharapkan kalian faham itu semua bukan perkara yang aku jadikan ALASAN untuk jauh dari kalian.

sahabat... aku sebenarnya dilanda kebuntuan. aku bimbang aku tersalah meletakkan pirority. aku tahu kewajipan ku dalam gerak kerja. cuma terkadang aku meminta sedikit ruang untuk menyelesaikan satu lagi tanggungjawab aku yang sebenarnya turut membantu gerak kerja Islam.

sahabat... tegurlah diri ini jika terkadang dia tersalah membuat pilihan. aku masih BARU... aku masih perlu kepada pengisian untuk menambah kefahaman.

tapi mengertilah aku terlalu ingin bersama kalian. aku benar2 ingin bergerak kerja yang menggila. namun gerak kerja menuntut ilmu juga harus meggila. aku bimbang diri aku menjadi penyebab 'fitnah' kepada Islam.

Ya Allah...
besar sungguh kecelaruan yang Kau berikan pada hambaMu ini.
Kau uji aku dengan pilihan yang sukar untuk aku selesaikan.
PadaMu ya Allah...
hanya padaMu ku pohon diberikan petunjuk
jangan Kau siksa hati ini dengan keperitan rasa bersalah
kau berikanlah aku kebijaksanaan untuk mengurus masaku
Ya Allah sesungguhnya aku yakin dengan pertolonganMu
Ya Allah aku yakin dengan segala janjiMu
namun Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini
Ya Allah...
aku hanya insan yang lemah...
aku perlukan sahabat dalam semua perkara
semoga aku tidak menjadi penyebab kepada masalah
yang lantas menjauhkan aku dari sahabat ku
aku terlalu memerlukan mereka...


Brothers-Selamat Berjuang

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita


Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo


-untukmu sahabat-
pencari sinar




-aku mahu menjadi selalu yang Kau lindungi-

peliknya template aku...

27 January 2009
huhuhu..

jangan gelakkan template ku... kerana kesuntukan masa aku terpaksa amik je template yang ada di destop ku....

insyaAllah aku akan segera menukarnya kepada yang lebih matured sikit....

hm... by the way template ni untuk amirah... anak sedara ku....

okay nak sambung psm ngan control... dah naik tension memikirkan dua benda ini...

inilah sem yang paling busy hanya sebab dua benda ni aje....

uwah.....



study... study...
synthesis... character... resin... EFB...
P&ID... control objective... manipulate variable... mathematical model... dynamic process...
bila nak abis dahhhhh.....

26 January 2009


dipetik daripada salah satu scene dalam erita ayat2 cinta.

pertama kali tengok scene ni aku kaku. tergamam dan mengalir air mata. inilah scene yang paling aku suka kerana dalam scene ni dia menceritakan tentang betapa kasihnya nabi Allah Yusuf pada sang Penciptanya.

siapa agaknya orang gila ini? penghayatannya terlalu mendalam hingga dia membawa aku mengenal Yusuf yang mencintai Allah sehingga sanggup meninggalkan dunia demi menjaga cintanya daripada dinodai.

"Jika memang kehidupan penjara lebih beerti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMu, daripada aku hidup bersama manusia pendusta." kata Yusuf.

Allah tak termampu untuk aku memberikan pengorbanan seperti ini. selama ni aku terlalu selesa dengan nikmat tuhan. selalu benar dia memberikan pelbagai nikmat padaku, tetapi aku terlalu payah untuk bersyukur.

dan terkadang dia menghantarkan teman untuk mengingatkan aku tapi aku masih lupa padanya. keseronokan dunia menjadikan aku leka. lantas makin menjauhkan aku dari sang Pencipta.

kemudian Dia berikan ujian untukku. sebagai tanda dia masih cintakan aku. semoga aku kembali padanya...

namun aku menyalahinya pula. aku sendiri yang membina jurang antara kami. Ya Allah betapa kejam diri ini. kenapa aku harus kembali padaMu hanya bila perlu. aku jarang berkorban untukMu. aku terlalu mencintai kehidupan dunia sehingga aku terlupa bahawa semua ini hanya sementara...

Allah... aku terlalu mengejar cinta dunia sehingga aku mengabaikan cintaMu...

Ya Allah.. jangan putus mencintaiku... jangan berhenti mendekatiku...

Ya Allah andai aku telupa hantarkanlah sahabat2 yang bisa membawa aku kepadaMu...

Amin...

cmc - happy chinese new year!!!

25 January 2009


gong xi fa cai.....

hai mei chen.. mesti sangat seronok (means sedikit) bila celebrate chinese new year kat oversea. hehe i think u will not jelous with me sebab saya pun chinese new year tak balik. masih di Johor... huhu banyak nak siapkan asignment dan PSM yang bertimbun macam K2...

apa yang saya nak cakap ya. hope persahabatan kita akan terus kekal.

jangan lupakan janji2 kita masa di STAR dulu. buka kedai kek dan buku bersebelahanlah, orang pertama yang naik kapal terbang yang saya pandulah, turunkan berat badan, tulis buku dan macam2 lagi.

argh... bila ingat tu semua mesti teringat STAR, pokok yang sentiasa gugurkan daun kuning, basikal, pagar bangunan, L, pingpong, padang, Delta, Moden dan banyak lagi.

masa sekolah dulu memang best. setiap hari asyik main aje. saya pulak selalu tak siapkan homework, datang lambat ke sekolah sehingga kena tahan dan denda kutip sampah.

kamu pulak selalu tak lepas ujian kelayakan masa sukan larian, kalah bila main ping pong, kena ejek dengan head prefect dan macam lagi...

pelikkan... benda2 remeh tu pun kadang2 saya rasa sangat indah dan mendamaikan.

ingat tak masa kita duduk dekat tepi blok menghadp padang dan masa tu hujan turun. kita cerita tentang masa depan. thanks mei chen coz dalam masa depan kamu ada saya. thanks coz setia mendengar masalah saya yang kadang2 sangat simple.

hmm.. sekarang kita semua dah busy... tapi bagi saya kamu masih kawan yang paling mendamaikan. sebab dengan kamu saya boleh enjadi diri saya yang satu yang tak pernah orang lihat. hehehe diri saya yang macam budak sekolah menengah umur 17 tahun.

walau macam mana sekalipun, saya tetap suka dengan saya yang sekarang. sebab dia lebih fokus dan jelas.

mei chen... cepatlah pulang. banyak benda kita kena realisasikan.

and mei chen.... miss u dear




susahnya nak tido...

banyak sangat yang difikirkan?

tak de apa pun yang aku fikir. cuma rasa susah nak tidur tu aje. hm... bila mengadap depan laptop tak tau pulak nak tulis apa.

dalam hati ada banyak perkara nak cerita tapi hm... entahlah...

kat luar sana hujan. satu hari ni hujan sahaja. esok ada program GAMIS. hai mata tidurlah...

hm... nak buat macam mana ya? pejam mata dan fikirkan apa yang berlaku hari ni. then merancang yg terbaik untuk hari esok.

andainya yang terbaik berlaku hari esok....

semoga esok tak hujan. hari sangat cerah dan angin sangat nyaman. semoga Allah meredai kerja kami. diberi perlindungan dan dipermudahkan segala urusan.

hm... rasa mengantuk pulak...



-selamat malam-

sapa nak beli rumah...

Terrace (2sty) For Rent in cheras/balakong, Selangor

Property ID 2008522165014 (Posted: 2008-05-22)
Purpose Terrace (2sty) For Rent
Address jalan rakan 15, taman rakan, batu 11 cheras, 43200 selangor, cheras/balakong, Selangor
Rooms 4 bed; 3 bath
Price/Rent Rate (RM) 750
Date Available 2008-05-22
Tenure Free Hold
Size 22x75
Description extended kitchen and covered parking - for 2 cars 1. Dekat dengan masjid, 5 minit jalan kaki 2. Dekat dngan skolah rendah dan skolah agama. 3. 10 minit ke sekolah menengah sungai long 4. pasar malam di taman rakan setiap isnin malam
landmark utama: 1. 5 minit to jusco balakong 2. 10 minit to the mines 3. 30 minit to klcc 4. 15 minit to komuter serdang
utk islam sahaja

Advertiser Details

Name Syamsidi bin supandy

0162914312







p/s: bantu angah jual rumah... hehehe

aku di selatan....

hari ni terperap dalam bilik aje. aras aku tak de orang langsung. rasa sunyi sangat. kalau selalu mesti terdengar gelak ketawa dari bilik sebelah. bila buka pintu pulak mesti dengar lagu hidustan yang dipasang budak depan bilik. macam tulah yang berlaku sehari2. seronok sangat bila dikelilingi dengan suasana yang agak pelbagai.

tapi sekarang tengah mid term break. semua orang dah balik kampung. cuma aku je yang masih stay kat UTM ni. kenapa? sebab nak siapkan banyak kerja. tapi macam takkan siap aje dengan sikap aku yang suka bertangguh ni. benda2 lain aje yang aku dulukan. tak baik betul.

hari ni sepanjang hari hujan. kesian moto aku. mandi hujan je. hm.. kena do something ni kalau tak alamat berkaratlah nanti 'kuda' aku tu...

bila sendiri macam ni mesti teringat dekat mama. hm... rindunya. hari tu baru aje call mama. siap kena perli dengan mama lagi. mama kata sejak dapat moto baru dah lupa dah dekat mama. mana ada lupa kredit tak de tak boleh nak call.

bila ingat family aku mesti rasa bersemangat. apa agaknya yang dorang buat sekarang ni. kalau ikut perkiraan aku petang2 macam ni mama mesti lepak kat luar dengan jiran2 lain. biasalah persatuan ibu2 dan mesyuarat tingkapnya. ada sahaja cerita yang nak di bincangkan. kadang2 diorang ni mengalahkan ahli politik. semua segi masalah diorang tau. hehehe along aku selalu gak sound mama jangan take part sangat dengan aktiviti tak berfaedah tu.. tapi kalau fikir2 balik macam mana mama tak take part kalau mama pun ada perasaan sunyi juga.

mama aku tak macam mama orang lain. keras kepala betul dan aku mewarisinya. kalau kitaorang berdua bercakap silap haribulan boleh bertekak. masing2 keras hati.

tapi sekarang mama banyak diam aje. selalu mengalah dengan anak2. mungkin dia dah tak larat nak bertikam lidah macam selalu.

hm... angah selalu cakap kat kitaorang adik beradik kalau buat apa2 ingat kat mama ngan papa. jangan buat sesuatu yang akan susahkan diorang. betullah apa yang angah cakap tu.

walaupun mama tak pernah tanya result aku tapi aku tau mama selalu doakan aku. walaupun mama tak wara' macam orang lain tapi aku tahu Tuhan mesti dengar doa mama.

angah selalu pesan jangan kacau duit mama. selalu tanya mama kalau dia nak orang gaji. tapi mama tak nak. aku tau mama tak suka orang lain dalam family kitaorang. dan aku pun rasa macam tu. tapi semakin hari mama semakin uzur. dan aku selalu di selatan. angah selalu di bangi. weekend aje balik. along dah ada family sendiri. kena bahagi masa untuk 3 family. family dia, family mertua dan family aku.

kadang2 aku selalu fikir apa yang boleh bahagiakan mama ngan papa. bilik balik cuti aku perasan rumah sangat sunyi. walaupun kehidupan kami dah senang berbanding masa kitaorang kecik2 dulu, tapi masa dulu kitaorang sangat riuh. setiap hari dengar aku menangis sebab kena sakat, dengar papa naik mota balik dari kerja bawak kuih untuk minum petang, mama marah kitaorang sebab kacau dia nak tengok drama tapi kitaorang nak tengok kartun.

seronoknya waktu itu bila kitaorang nak buat sesuatu perkara tu kitaorang mesti bincang sama2. tapi sekarang semua buat hal sendiri.

mungkin salah kami juga sebab tak pernah nak tautkan hati balik.

mesti mama sangat sunyi malah lebih sunyi dari aku sekarang.

Ya Allah, kau beriknlah kebahagian kepada ibu bapaku kerana itulah yang paling layak buat mereka.

untuk mama... mas sayang mama walaupun susah terluah dari mulut ini tapi mas tahu mama mengerti.

argh... kerinduan mengigit tangkai hati....

mahasiswa bersama masyarakat...

24 January 2009

Program Gamis Johor Bersama Masyarakat





Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Johor akan mengadakan Program GAMIS Bersama Masyarakat bertempat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Program yang bertujuan untuk meraikan pesakit-pesakit berbangsa Cina di hospital tersebut diharapkan dapat menggambarkan keindahan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini disamping memperkenalkan GAMIS Johor kepada masyarakat. Mahasiswa yang berminat untuk bersama-sama menyelami perasaan pesakit-pesakit berbangsa Cina yang tidak berpeluang untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga di rumah amat dialu-alukan untuk menghubungi Akhi Zul Hilmey (013-7143840) untuk maklumat lanjut mengenai program ini.


-Mahasiswa Bersama Masyarakat-


ia indah tetapi menyakitkan...

alahamdulillah...

akhirnya naik juga kepimpinan baru LTKS KTDI sesi 2009.

maka berakhirlah sesi kepimpinan aku dan sahabat2 aku untuk sesi 2008...

LTKS KTDI...

mengimbau kembali perjalanan hidup aku, ternyata LTKS telah banyak memberi 'sesuatu' dalam hidup aku. bukan sahaja memberi malah telah berjaya merubah aku menjadi sesuatu yang 'baru'

allahhuakhbar!

siapa sangka aku yang dulu boleh menjadi seperti hari ini. terlalu banyak ujian kau berikan pada aku. tapi dalam ujian itu kau hadirkan sahabat2 yang tidak jemu dan malu untuk bersama2 aku. lantas Kau ilhamkan mereka untuk mengubah aku. bukan sahaja mengubah aku, kau beri pula peluang pada diri ini untuk merasa kemanisan berjuang di jalanMu.. malah Kau hadiahkan aku dengan indahnya sebuah pengorbanan...

pertama kali menjejak kaki ke KTDI, aku memang rasa alone sangat. mana taknya memang aku sebelum masuk UTM ni seorang yang alone sangat. aku tak de ramai kawan. bagi aku mei chen aje lah kawan dan best friend aku. dan ini membuatkan bila aku beberapa hari di UTM dah rasa homesick yang amat sangat.

namun semuanya berubah... bila berjumpa dengan kak Na, yang masa tu TP LTKS, dia ajak aku join Usrah. dalam Usrah aku jumpa beberapa sahabat lain. dalam usrah aku kenal ukhuwah. aku kena kasih sayang...

kemudian aku kenal ukhuwah...

tahun pertama aku banyak abiskan masa dengan Usrah dan buat bulitin Gema al-Ilmu. aku serook sangat buat gema al-Ilmu. kadang2 pelik bila fikir balik, aku yang sempoi dan selekeh ni boleh buat bulitin islamic??? orang mesti tak caya.

bila buat Gema Al-Ilmu, aku banyak membaca cerita2 Islam... timbul rasa seronok sangat. aku jadi kagu dengan Islam. aku rasa Islam sangat perfect. Islam sangat indah. aku jadi cemburu tengok orang pakai tudung besar. aku nak sangat pakai macam diorang. tapi aku takut. aku takut sangat, mana taknya aku takut aku diketawakan oleh pelajar sekelas.aku bimbang diorang ejek aku. aku rasa pelik kalau seorang rock star bertukar jadi muslimah.

sempit fikiran...

itulah aku. semua aku buat ikut pandangan orang. aku tak de kekuatan diri langsung.

then... aku gi satu program...

disitu aku ditarbiah. aku dibongkarkan dengan kezaliman yang aku lakukan pada diri aku. teringat lagi disatu malam selepas aku ditaaruf aku tertanya2 pada diri untuk apa aku lalui hidup ini jika aku terlalu mengambil kira pandangan orang sehingga aku membelakangkan Dia. untuk apa cintakan Islam yang aku baca tu tanpa aku mendalami, menghayati dan merasainya. dan sepanjang malam aku tertanya pada diri betapa retoriknya aku dalam gema al-Ilmu aku sebok guna slogan -amalkan islam sebagai cara hidup- sedangkan aku masih jauh dengan cara hidup Islam yang sebenar. seringkali aku beralasan sehingga aku lupa bila2 masa sahaja aku boleh mati. bagaimana harus aku berhadapan denganNya waktu itu? adakah aku ke nerakaNya? sedangkan aku terlalu mahu mendiami syurgaNya...

dan masa program KMG'08 bermulanya era tudung labuh dalam hidup aku. aku ingat lagi masa first time aku nak pakai tudung labuh ke kelas, menggeletar tangan aku masa pin tudung. sepanjang kelas aku menggeletar.

dan kekuatan aku masa itu hanya satu... aku hanya mengharapkan kasih sayang dariNya... aku tolak tepi pandangan atau kata2 sahabat tentang imej baru aku janji Allah suka. korang aku peduli apa.

alhamdulillah semoga aku diberi kekuatan untuk istikomah dalam menjaga pemakaian ku.

masuk tahun 2 aku ditaklifkan sebagai TP lujnah penerbitan dan multimedia. dan tahun berikutnya di naikkan ke jawatan TP LTKS. hm masa jadi TP ni lah baru aku berubah habis tu.

malam tu... bila tengok kerusi kosong kat atas pentas yang bakal diduduki oleh pimpinan baru hati aku rasa sedih sangat. rasa sayu yang teramat. aku merasa selepas ini aku akan jauh dengn LTKS.

aku pasti merindui bergerak kerja dalam LTKS. merindui merancang program untuk adik. membincangkan maslah LTKS dan bermacam lagi. argh... hati kenapa terlalu berat untuk aku lepaskan LTKS ke tangan adik2 baru.

kepercayaan dan sokogan harus aku berikan kepada mereka. biar mereka rasakan kenikmatan yang aku rasakan sewaktu bersama LTKS...

Ya Allah... kau berikanlah kekuatan kepada adik2 LTKS untuk memacu LTKS menjadi salah satu kelab yang dapat membimbing mahasiswa mengenal dan mencintaiMu...

Ya Allah.. kau tautkan hati mereka, moga tak lahir perbezaan antara mereka. biar mereka jadi satu hanya keranaMu...

Ya Allah... kau ampunkanlah dosa aku andai ada kerusakan yang telah ku bawa sewaktu memimpin LTKS. sesungguhnya hamba ini terlalu lemah. dan kau berikanlah aku kekuatan untuk memberi sumbangan untukMu dalam apa jua lapangan selepas ini.

Ya Allah aku hanya megharapkan redamu....

haRi yaNG iNDah...








alhamdulillah... selamat juga aku sampai ke IOI MALL PULAI... merasa juga moto baru aku dipecut ke kelajuan lebih kurang 110km/j... alamak macam manalah kalau kena trafic... syukur semua polis hari ni cuti. hehehe

sampai aje ke IOI MAll aku dengan sahabat2 lain pergi menunaikan solat Zohor di surau mereka. hm.. boleh tahan juga surau dia. agak2 boleh muat 20 orang solat jemaah. taklah besar sangat kalau nak compare dengan IOI MALL tu sendiri. 2 tingkat dn satu ruang bawah tanah untuk parking. memang besar...

lepas aje solat Zohor, kitaorang bergerak ke ruang lapang di hadapan IOI MALL. disitu muslimin dan beberapa warga Pulai sedang solat hajat. apalagi kelam kabutlah kitaorang solat. syukur sempat gak aku solat hajat jemaah bersama.

sebenarnya aku dn sahabat2 PMIUTM ada program bersama masyarakat Pulai dari pelbagai NGO.

program apa?



program kempen boikot barangan Israel & sekutunya serta mengutip derma untuk Rakyat Palestine.

program tu bermula lebih kurang pukul 2.00 petang. semangat sangat, budak2 PMIUTM bawak banner mengutuk Israel.

kitaorang diberi risalah untuk diedarkan kepada pengunjung IOI MAll. risalah tu berkenaan dengan barangan Boikot.

aku tak mengedar risalah, sebaliknya aku membawa tabung palestine. kehulu-kehilir aku dengan Oni pergi mintak derma. gembira sangat bila tengok masyarakat Pulai yang sangat prihatin dengan nasib umat Islam di Palestine. mereka menghulurkan sumbangan tanpa mengira nilai.

remaja2 pulak walaupun tak de duit tetap menghulurkan sumbangan. terharu aku dibuatnya. beberapa remaja yang kitaorang jumpa siap bantu kitaorang kutip derma. lepas tu dorang tanya kitaorang macam mana nak jadi sukarelawan macam kitaorang ini. baguslah kalau dorang ada kesedaran untuk berbakti kepada masyarakat.






kalau nak dinilai, apa yang kitaorang buat ni taklah sesuatu yag boleh mem'popular'kan. silap haribulan boleh kena marah sebab mintak duit kat orang masa diorang tengah shoping. apa yang bestnya mintak derma ni. penat dan buat malu muka aje kan...

entahlah... alhamdulillah aku tak rasa segan pun masa nak kutip derma. sebaliknya rasa bersemangat. aku dan Oni tak lekang dari senyuman. aku berbangga berjalan dengan tabung Palestine. dan aku tahu sahabat2 aku yang lain pun bangga. kami bangga kerana kami dapat melakukan sesuatu untuk saudara kami di Palestine.

dan aku harap sahabat2 aku yang lain pun sama. dalam apa yang kita lakukan jika ia kerana Allah mengapa kita harus malu dan segan.

aku teringat hari khamis yang lepas, 22 Jan 2009. kelab iqra' anjurkan satu hari memakai pakaian hitam sebagai tanda peduli kita kepada rakyat Palestine dan tidak suka kita pada kekejaman yang dilakukan oleh Israel laknatullah.




hari tu aku memang hitam habislah. aku kagum bila lihat semangat yang ditunjukkan oleh sahabat2 yang lain. ada lecturer2 juga yang berpakaian hitam sebagai tanda sokongan. cuma tak sedapnya bila beberapa sahabat yang jumpa aku kata 'ko pakai hitam sebab Gaza tu yer? bagus mas sokong Gaza'. bagus kata2nya tapi mungkin nadanya buat aku pelik.

aku rasa peik sebab ada orang rasa apa yang kitaorang buat tu perkara kecil aje.

mungkin kecil tapi besar untuk aku. ada yang malu2 nak pakai hitam. takut orang ingat dia terlalu fikirkan tengtang masalah orang Islam, takut dilabel ustazah...

sahabat... kita semua pejuang Islam. apa yang termampu kita lakukan, kita AKAN lakukan untuk Islam.

jangan malu untuk menonjolkan anda ISLAM. perjuangan Islam bukan milik ustaz dan ustazah... bukan hak ulama.. bukan pada mereka yang menyertai persatuan Islam... malah bukan pada mereka yang berkopiah dan bertudung labuh...

tapi perjuangan ISLAM wajib pada mereka yang mengucapkan 'lailaha ilah Allah'

ayuh bangkit sahabat2 ku... kembalikan kegemilangan Islam. kita susun barisan biar jadi kuat. kita ikat hati biar jadi semangat... kita tambahkan pemahaman biar jadi jihad.

Allahuakhbar...

sentiasa bawa aku kepadaMu..



wajah baru...

alhamdulillah akhirnya tercapai juga cita2 aku ingin mengUPDATE habis2an blog LTKS KTDI. biar lepas ni sapa yang rasa LTKS ni ketinggalan dan yang sewaktu dengannya buka mata dan buka hati.

hm... diharap lepas ni junior2 rain nak update. yelah kalau tak korang takkan akak pulak. hehehe

apa2 pun selamat berjuang pada adik2 LTKS. LTKS bukan hanya club. LTKS tak sama dengan club2 lain yang ada di KTDI. hayatilah LTKS dan adik2 semua akan rasai kemanisan ukhuwah dan pengorbanan di dalamnya. indahnya bersahabat apabila kita berada dikalangan mereka yang bersama dengan tujuan untuk menapai redaNya...

semoga Allah senantiasa merahmati kita dan mengikat kita dengan tautan hati yang amat kuat. akak sayang adik2 akak kerana Allah...

adik2 macam mana... hehehehe


Keputusan Pilihan Raya Kampus

21 January 2009

keputusan pilihan raya kampus di semenanjung malaysia. Pro M UM menang besar di UM sekaligus menidakkan kekuasaan Aspirasi atau dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa.

kalau mengikuti perjalanan pilihan raya kampus di UM sangat menarik, malah lebih menarik dan panas daripada pilihan raya kecil di kuala terengganu.

PRO M UM sudah... nantikan tahun hadapan insyaAllah kerusi UTM jadi milik PRO M UTM.

Student.... PQWER!!!!

jadual kuliah di MSI

20 January 2009


bersama kita mengimarahkan majlis ilmu di MSI...
jumpa di sana ya...

keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu

18 January 2009

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Jumlah Undi: 30,252
Mohd Abdul Wahid Endut
Jumlah Undi: 32,883
Azharudin Mamat
Jumlah Undi: 193


Info:
Majoriti:2,631
Undi Rosak:665
Pemilih berdaftar:80,229
Keluar Mengundi:63,993
% Keluar Mengundi:79.9%

untuk sahabat2....



untuk sahabat2 ku sayang...
ana mohon maaf kalau kebelakangan ni ana agak moody dan nampak macam low profile sikit.
bila berjauhan baru ana terasa rindunya untuk bersama-sama sahabat sekalian...
ana sayangkan kalian semua kerana Allah...
jangan berhenti menyayangi ana.
tegurlah ana jika ana ada melakukan kesiapan.
ana juga masih belajar menjadi yang terbaik.
-ukhuwah fillah-



sana sini kena blok....

...Blocked by Websence...

Reason: The Websence category "Adult Content" is filtered.


pelik tapi benar, buka blog proM kena blok, buka gamis daily kena blok, buka mahasiswa kini pun kena blok... silap haribuan PMIUTM punya blog pun diorang nak blok. apa kejadahnya ni?

dimana hak mahasiswa macam ni? 'adult content?' tak munasabah langsung. laman2 blog yang membuka minda mahasiswa disekat. macam manalah dorang ni fikir. kata nak melahirkan mahasiswa world class, tapi kalau kebebasan media mahasiswa disekat macam mana pulak?

asal tak blok aje friendster. biar rasional sikit websence tu. lagi banyak benda tak berfaedah dan menjahanamkan serta melalaikan student aje.

hidden agenda....

betul ke ada hidden agenda disebalik websence ni. kalau tak kenapa pro M and duta2 proM punya blog kena blok?

hm... sesuatu yang menarik untuk difikirkan.

agak2nya sapa punya idealah nak blok2 semua ni. dorang tak terfikir ke mahasiswa ni pandai berfikir. kalau dihalang... haah macam2 teori akan mahasiswa keluarkan. hm...

bebaskan mahasiswa....
bebaskan mahasiswa berfikir... mencari bahan untuk berfikir... jangan kogkong mahasiswa. kami adalah bakal peneraju negara. kami bertindak sebagai check and balance. kembalikan hak kami. mahasiswa tahu hala tujuannya. jangan penjara kami dengan waran yang bersandarkan pelajaran.


“Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.” – Bapak Natsir

aku juga rasa pelik masa PRK lepas macam2 cerita aku dengar, tentang penyokong si oren yang diugut untuk buang kolej dan macam2 lagi. aduh... itukan hak kami. agak2nya aku ni pun dalam list kena buang kolej kot?

sapa tahu mungkin satu hari nanti blog aku pun kena websence juga. hm... takpalah malam ni aku dapat broadband aku. hehe tak de sapa nak halang aku nak baca apa yang aku nak baca. kerana melalui pembacaan yang MELUAS barulah akal boleh berfikir... barulah minda boleh membuat penilain.


mahasiswa sebagai golongan PEMIKIR...

ciri NAQIB yang baik...

masa baca2 blog sahabat2 terjumpa dengan posting yang sangat bermakna ni. so nak share kat korang semua. rasanya penulis blog ni kasi copy sebab ari tu dia post dlm cbox dia sapa nak amik artikel amiklah... hm tuhuan perkongsiankan. marilah kita sama2 muhasabahkan....


Beberapa kriteria naqib yang baik perlu ditekuni. Saya telah sebutkan sebelum ini. Naqib adalah seorang ayah dalam memberikan kasih sayang. Seorang guru dalam menyalurkan ilmu. Seorang sheikh dalam mendidik kejiwaan. Mungkin juga, seorang abang yang menjaga adik-adiknya, atau seorang kakak.

Dikasihi agak mudah. Jika naqib berlembut dan memaafkan kelemahan adik-adik usrah, maka ia akan dikasihi. Tetapi untuk dihormati dan disegani, agak payah. Jika ada ahli usrah melakukan kesilapan seperti tidak berdisiplin dalam bab masa, maka naqib yang dikasihi akan memaafkan. Tetapi naqib yang disegani akan menegur dan memberi nasihat dengan berhikmah.

Seorang naqib yang cemerlang ialah:

1) Berilmu dan bijaksana. Ilmu tanpa bijaksana adalah tempang. Bijaksana tanpa ilmu adalah buta.
2) Menjaga disiplin seperti masa.
3) Mempunyai imej yang kemas.
4) Pendengar yang setia dan apabila bercakap, ia memberikan kekuatan.
5) Efektif dan efiien, malah lebih baik iaitu menjadi sumber inspirasi.
6) Mengambil berat dan prihatin.
7) Sanggup berkorban dan meletakkan kepentingan adik usrah mendahului dirinya



Secara praktikalnya, berikut adalah karakter naqib idaman

1) Membalas SMS ahli malah sentiasa mengirimkan SMS kepada mereka
2) Suka belanja ahli
3) Memberikan hadiah kepada ahli usrah
4) Melawat bilik atau rumah ahli usrah
5) Mendahului dalam bab memberi salam
6) Apabila bersalam, ia memegang bahu ahli usrah
7) Menyatakan rasa sayang dan kasihnya kepada ahli kerana Allah melalui SMS atau secara berhadapan


Naqib mesti mempersiapkan diri mereka dengan beberapa skill dan persediaan.


1) Naqib mesti rajin membaca buku. Sekurang-kurangnya naqib membaca 200 m/s seminggu.
2) Naqib mesti memperlajari ilmu psikologi.
3) Membeli planner harian untuk menyusun jadual kehidupan dengan lebih baik.
4) Rajin berdiskusi dengan orang yang lebih berilmu untuk meningkatkan kapasiti intelektual.
5) Belajar cara naqib lain mengadakan dan mengendalikan usrah.

Naqib yang merendah diri akan sentiasa dibantu oleh Allah. Manakala naqib yang sombong dan merasakan dirinya sudah cukup tidak akan ke mana-mana. Maka, sebagai naqib hendaklah kita sentiasa berasakan diri kita belum sempurna dan sentiasa memerlukan bantuan dan kekuatan daripada yang lain agar kita sentiasa bergerak laju ke hadapan.


Sumber: http://dzulkhairi.blogspot.com

ulasanku...

kalau nak tengok kriteria naqib tu memang jauh sekali dengan aku. huhu muhasabah habis aku.

dulu masa mula2 pegang usrah aku semangat habis. aku bercita2 nak bawa pembaharuan dalam usrah aku. nak buat benda2 yang aku nak dalam usrah aku yang duu.

malangnya kesibukan sebagai pelajar tahun tiga sering kali membuatkan aku mengabaikan usrah aku. aku lebih mengutamakan hal aku sehingga terlupa adik2 usrahku.

aku sepatutnya tidak mengabaikan mereka. Ya Allah teruk betul aku. terlalu pentingkan diri. bukankah usrah ni antara medium dakwahku. kenapa aku lupa akan tanggungjawab aku.

kepada adik2 usrahku maafkan akak ya. insyaAllah lepas ni kita akan mantapkan lagi ukhuwah kita. takkan akak biarkan kita terpisah lagi. inyaAllah.

akak sayang korang kerana Allah...


coNFius

aku onfius sangat... kenapalah aku selalu berada dalam situation di mana aku perlu memilih. terlalu merimaskan bila otak kena memikirkan dan membuat keputusan terbaik untuk jangka masa panjang. huhu kenapalah kena macam ni. bila tak de hak membuat keputusan aku marah tapi bila kena buat keputusan aku marah juga. tak bersyukur betul!

problemnya simple je cuma aku je yang suka besar2kan. kalau aku cerita korang mesti kata aku ni kecoh je tapi suka hati akulah. aku punya problem.

problemnya aku confius nak beli broadband modem yang mana satu. haah mesti dah gelak. masalahnya beza harga yang aku nak tu over budget. ada yang satu lagi tapi dia punya run tak selaju yang aku nak. yang murah sikit dengan run yang laju dah sold out pulak. tulah sapa suruh tangguh2.

boleh aje nak beli yang aku nak tu tapi aku tengah sengkek sekarang. tapi duit tu ada cuma lepas ni ikat perutlah.

tapi aku rasa tak berbaloi langsung. kalau macam tu beli aje yang run dia kurang dari yang aku nak kan? tapi aku dapat merasakan yang aku mesti tak gembira nanti. bayangkan benda tu aku nak guna seumur hidup (insyaAllah) tapi run dia tak best. huhu confius....

hm.. tiba2 mesej masuk. modem yang murah n laju yang aku nak tu ada. hehehe dah tak pening lagi. alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku. baru aku teringat ari ni aku solat dhuha. tulah Allah luaskan rezeki aku tak yah buang duit lagi...

aku mohon taklah kena tipu. kalau kena tipu aku mintak Pro M dan PMIUTM perjuangkan hak aku. hehehe

hehe senanglah nak buat keje lepas ni..

sunnah berjuang...

17 January 2009


ada apa dengan perjuangan
untuk apa kita berjuang
anak muda mengapa harus memikirkan
perkara-perkara yang terlalu jauh baginya
mengapa harus sakit kepala
memikirkan permaslahan ummah
mengapa tak dibiarkan sahaja
alim ulama dan pusat-pusat Islam yang menyelesaikannya
mengapa harus berpenat lelah
membiarkan diri dalam bahaya
merelakan diri dengan AUKU
mengapa tak menikmati sahaja zaman muda
enjoy your campus life
blaja aje rajin-rajin
nanti dah grade boleh dapat keje
gaji besar.. keta besar.. rumah besar...
untuk apa letakkan diri dalam kesusahan ini?
perjuangan memang pelik
hanya mereka yang memahami akan merasa kemanisannya
apalah sangat yang ada pada gaji yang besar
jika hati membentak inginkan keadilan
untuk apa rumah yang besar
jika hati terus terpenjara
perjuangan ada kemanisannya
pengorbanan ada balasannya
kesusahan ada tarbiahnya
oh perjuangan...
semoga Allah menerima perjuangan ini
walau tak seberapa
kerana aku masih belajar
mahu berada disisi Mu
izinkan aku Ya Allah
melalui tarbiah ini
lantas merasai kemanisannya
-Amin-

unStaBle....


panas....

rasa macam ada asap2...

rasa macam ada api je keluar dari kepala aku...

nasib baik orang tak nampak, kalau tak dorang mesti tak buat something yang buat aku tak suka.

entahlah kenapa tapi beberapa hari ni aku rasa terganggu sangat. pantang silap sikit aku dah baran. malangnya bila aku baran kat orang aku tak hamburkan pada dorang sebaliknya aku simpan.

simpan.... simpan.... simpan...

effectnya orang tk tau aku marah, then dorang terus... terus.. dan terus... buat something yang aku tak suka sangat..

tak suka sangat... tapi tak boleh marah... simpan... terus...

owh tuhan... kadang2 aku rasa aku ni baik sangat. selalu aku cakap kat orang yang aku ni pemarah, tapi dorang semua tak percaya. dorang kata aku suka gelak dan ceria!

awas! jangan tertipu dengan itu semua.

masa matrik dulu budak yang suka gelak ni pernah menggelegak dan memuntahkan lavanya... habis satu blok C tu terkena bahangnya. yang jadi mangsa rumate2 aku. tulah selalu sangat cabar kesabaran aku. perkaranya simple tapi bila selalu diperlekehkan aku jadi bengang...

kadang2 aku fikir aku dah baik gila dengan dorang, but kenapa dorang tak pernah nak jaga perasaan aku? asyik aku je yang nak jaga perasaan dorang...

ada satu kali pasal isu baju. aku nasihatkan tak yah lah amik. berkorbanlah, tapi dorag cakap aku jeles sebab aku tak dapat amik so aku nak orang lain pun tak dapat gak.

ada stu kali aku mintak tolong, aku cakap cepat sikit dorang dah buat muka dekat aku. hm.. kecik hati aku...

ada satu ketika aku rasa aku sangat tak faham dorang. boleh tak satu kali aku cakap dekat dorang apa yang dorang cakap tu sakitkan hati aku. kan baik berterus terang. aku pun tak sakit.

tapi aku sedar, semua perkara ni jadi berpunca daripada ku juga.

BAGAIMANA HUBUNGAN AKU DENGAN ALLAH?
hubungan aku denganNya pun renggang. jarang sekali aku menhenguknya di malam hari. jarang benar aku berzikir padaNya. jarang benar aku mengikut apa yang disuruhNya. jarang benar aku melakukan perkara2 yang menggembirakanNya. malah aku kadang2 teralu alpa dan leka dengan urusan dunia.

Allahhuakhbar...
betapa aku sering meminggirkanMu.

aku marah Ya Allah bila teman2 ku melakukan itu kepadaku. tapi aku tak pernah terfikir betapa kejam telah aku perlakukan padaMu. layakkah aku untuk mendapat kebahagian dari sahabat2ku?

aku sakit hati bila mereka meminggirkanku, bagaimana pula dengan Mu yang aku selalu lupakan. Ya Allah kejamnya aku. aku merasai kesakitan itu dan bagaiman pula denganMu Ya Allah.

Allahuakhbar...
apalah sangat diri ini disisiMu...

Tapi aku mahu menjadi yang selalu kau kasihi
aku mahu menjadi orang2 yang mencintaiMu
aku mahu menjadi orang yang sentiasa dipilih olehMu
tapi aku lalai dan leka dengan tanggungjawabku
aku kejam... aku jadikan pejuangan sebagai alasan untuk jauh dariMu
Ya Allah kejamnya hamba ini...

kau hantarkan sahabat2 bukan sahaja untuk membawa aku kepadaMu
malah kau hantarkan mereka untuk mentarbiah diriku
agar tidak leka sehingga melupakanMu
Maafkan aku Ya Allah
terima kasih teman..
akan ku bersihkan diri ini...
moga ukhuwah ini kerana Allah...

Allahuakhbar!

muktamar PMIUTM

14 January 2009

alhamdulillah malam tadi selesai juga muktamar PMIUTM. maka berakhirlah sesi kepimpinan aki azly dan diganti pula dengan kepimpinan aki Amin.

majlis bermula pada jam 5.00pm tu dihadiri oleh penasihat PMIUTM, Dr. Sulaiman B Kadikon (SBK).

hm.. masa ucapan SBK keadaan agak gamat juga. mana taknya selalunya penasihat persatuan akan bagi ucapan yang baik2 dan membakar semangat tapi lain pulak yang berlaku. pada aku ucapan SBK seperti ingin menjatuhkan PMIUTM.

mungkin beiau layak terasa apabila majoriti calon Pro M dan jentera Pro M terdiri dari PMIUTM dan beliau tidak mengetahui hal ini. tapi bukankah PRK adalah kebebasan mahasiswa. tuduhan yang mengatakan PMIUTM menipu penasihat dalam menghantar calon dalam PRK adalah tidak berasas.

seperti yang dikatakan oleh mantan PMIUTM sesi 08 iaitu aki Azli, PMIUTM memang tidak menghantar wakil. ahli PMIUTM yang bertanding dalam PRK adalah atas tiket PRO MAHASISWA. jadi tidak timbul isu menipu disini.

keadaan jadi tambah menarik apabila SBK membuka ruang Q&A.

bayak soalan2 berkaitan PRK malah kritikan terus terhadap SBK di lontarkan. namun aku sedikit kecewa dengan jawapan PRK yang agak lari dari persoalan.

walau apapun tidak dinafikan ada cadangan2 dan gerak kerja bersama SBK yang aku suka. contohnya HATI'08. membawa PMIUTM kepada mad'u yang jauh terpelosok di perkampungan Orang Asli Tanah Abang semangnya satu gerak kerja yang cukup bermakna.

mungkin sedikit saranan utuk sesiapa sahaja yang menjadi penasihat. apa yang aku lihat mahasiswa UTM kini sedang mula mengalami gelombang kebangkitan.. mahasiswa sudah mula bangun dari tidur.. jangan dihalang kebangkita ini. berikan ruang dan peluang untuk mahasiswa bersuara dan bernafas. seterusnya merencana gerakan mereka. moga dengan ini UTM bakal melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja bijak akademiknya, malah terkehadapan pemikirannya serta tinggi semangat juangnya.

mahasiswa bukan pemimpin di peringkat kampus. tapi mahasiswa adalah pemimpin untuk dunia. biarkan mereka berpencak di gelanggang kampus agar apabila keluar nanti mereka boleh berjuang di medan antarabangsa.

hidup..hidup.. mahasiswa...
hancurkan kepimpinan yang mandum dan menurut sahaja...
kembalikan IZZAH mahasiswa!

muktamar...

kembali kepada muktamar. dah lama rasanya PMIUTM tak berkumpul dengan ahli2nya. cuma malam tadi aku kena balik awal. tak sempat nak bersembang2 dengan sahabat. argh.. rasa rindu pulak dengan sahabat2. itulah ukhuwah bila berjauhan terasa sangat.

aku balik awal bukannya apa, tengah syok2 dengar perbahasan aku pun belek2lah planner aku. sekali masa jeling esok punya jadua rupanya aku ada quiz dan aku satu apa pun belum baca. pulak tu quiz contro pulak. huhu kantoi ah.

tu yang aku lari balik macam lipas kudung tu. sampai bilik pun sempat baca chapter 1 je. mana taknya satu hari ke huu ke hilir, penatnya tuhan aje yang tahu. alhamdulillah walaupun lewat tidur dapat gak bangun awal waktu subuh.

nasib baik sebelum start quiz lecturer bincang pasal case study sebelum ni. hehe kira coverlah chapter yang aku tak baca tu. alhamdulillah dipermudahkan buat quiz tu (doakan resultnya baik ya...)

hm.. di kesepatan ini aku nak mengucapkan tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru PMIUTM. apa yang aku harapkan agar kalian semua dapat membawa PMIUTM lebih terkehadapan. PMIUTM harus muncul bukan hanya sebagai badan dakwah tetapi juga memperjuangkan kebajikan di kalangan mahasiswa.

hidup PMIUTM!

akhirnya selesai sudah...

13 January 2009
alhamdulillah akhirnya selesai juga PRK. daripada 6 calon Pro M yang bertanding umum hanya 2 orang sahaja yang menang iaitu Nur Azim Fahada dan Mohd Afendi. segala tergalas harapan dan tanggungjawab di bahu mereka untuk merealisasikan manifesto Pro M.

manifesto...
Pro M dengan 4 fokus utama iaitu kebajikan, perpaduan, kepimpinan dan akademik.

walaupun calon mahasiswi Pro M gagal memenangi sebarang kerusi, namun seperti kata kak Putri, kita akan terus berjuang dengan manifesto itu. walaupun gagal kita tetap akan realisasikan apa yang kita janjikan.

kemenangan sebenarnya bagi aku hanya sebagai satu tiket. kalau kita kalah dalam PRK tak bermakna perjuangan kita selesai. MPP bukan matlamat perjuangan. itu pandangan aku.

macam daulah islamiyah. ada orang kata daulah islamiyah sati strategik, ada pihak lain kata daulah adalah matlamat. apa kata anda?

dulu aku rasa daulah adalah matlamat kepada perjuangan. cuma baru2 ni aku merasakan daulah hanya satu strategik. apa matlamat perjuangan kita? Islam, maka dengan daulah kita bisa menyebarkan Islam, namun tanpa Daulah kita masih mampu.

hm.. mungkin aku masih kurang ilmu untuk membicarakan persoalan besar ini.

prk, walaupun kita kalah tak bermakna PRO M hanya hidup semasa PRK sahaja. Pro M harus terus hidup sebagai check n balance dan yang penting membangkitkan kesedaran di kalangan mahasiswa akan peranan mereka dan mengembalikan izzah mahasiswa.

PRK berlalu dan pergi, pemimpin silih berganti namun diri tetap yang sama. buat pertama kalinya aku berasa sangat bangga menjadi mahasiswa. aku bangga menjadi penyokog PRO M atas sedikit kefahaman bukan kerana ikutan. aku bangga kerana menentang evolusi yang dibayangi HEP. walau kadang terasa takut. bimbang juga tekanan2 yang bakal dihadapi. namun buat sekian kalinya aku merasa aku punyai hak untuk membuat pilihan. aku punya hak untuk memilih. aku punya hak untuk bersama mahasiswa2 yang berani berjuang untuk mengembalikan izzah mahasiswa di kampus seterusnya ke mata masyarakat.

salam mahasiswa kepada mahasiswa...

besarnya makna MAHASISWA itu jika kita menghayatinya.

election...

12 January 2009
13 januari 2009...

akhirnya hari yang ditunggu pun dah tiba. mahasiswa UTM Skudai keluar mengundi untuk memilih majlis perwakilan pelajar mereka. segala usaha, penat lelah dan memacam lagi akan terjawab hari ini.

PRO MAHASISWA dan EVOLUSI @ ASPIRASI
oren dan merah... memang berbeza pilihan raya kampus tahun ni. laungan student power akhirnya berkumandang juga. Pro M dilihat begitu optimis meraih kemenangan. sementara Evolusi atau aspirasi kelihatan rileks. mungkin merek beranggapan 6 calon umum PRO M tidak mampu menggugat penguasaan mereka di UTM.

selaku penyokong kuat Pro Mahasiswa aku meihat PRK kali ni lebih meriah. perang poster dimana2. jika dulu suasananya biasa2 aje, tapi kali ni muncul poster2 kreatif dengan tujuan meraih undi.

di fakulti aku je, poster calon Pro M mendominasi. mungkin betul teori bila kita sedikit, kita berpadu jadi kuat dan tak lihat poster calon PRO M mendominasi di mana2.

pilihan aku?

aku tanyakan pada couse mate aku apa perlunya ada blok Pro M, blok Evolusi atau Aspirasi? jawabnya untuk meriahkan suasana.

dan kata hati aku, blok ini PERLU agar tidak berlaku peguasaan hanya dari sebelah pihak sahaja.

kehadiran blok berbeza mampu menjadi check and balance dalam sesebuah kerajaan. mahasiswa harus sedar itu. demi hanya satu kepentingan iaitu agar hak mereka TEBELA!
macam kata-kata kak Putri Mubinak Sujak, salah seorang calon Umum PRO M... Law To You. janjinya kalau Pro M memerintah MPP.

'new hope.. ew inspirations'
mahasiswa harus terkesan dengan motto ini. jangan biarkan mahasiswa hanya seperti ini. kita sudah melihat corak pemerintahan MPP sebelum ini. MPP pada aku sebelum ini terlalu program oriented. MPP gah dengan pesta konvo dan bermacam lagi tetapi terlalu lesu dengan isu. isu kuota kolej mahasiswa dikurangkan untuk foreigner, isu kenaikan taraf elektrik, isu Palestine, isu bahasa inggeris dalam sains dan metamatik dan isu2 kebajikan mahasiswa. jika ada pun bagi aku terlalu 'mandung'. adakah mereka ni dikawal atau di sekat untuk bersuara?

mahasiswa harus berani... anak muda harus berani menanggung risiko!
pemimpin yang baik sentiasa datang dengan idealisme baru. pemimpin yang 'mandung' adalah pemimpin jenis copy and paste. beri peluang kepada si OREN untuk merealisasikan apa yang mereka katakan sebagai melahirkan kepimpinan yang berkaliber dan menjadi juru bicara masyarakat. biarkan si OREN kembali mengangkat izzah mahasiswa.. biarkan mahasiswa kembali menjadi EJEN PENGUBAH MASYARAKAT...

pada aku yang sekarang sudah di tahun 3. mahasiswa adalah suatu yang terlalu berharga untuk dilepaskan tetapi terlalu berat untuk digengga. mahasiswa harus ada keterampilan, harus ada pendirian dan harus ada hujahnya.

mahasiswa harus lahir sebagai pemimpin! bukan pemimpin masa hadapan, bukan pemimpin kampus tapi pemimpin dunia.

mahasiswa harus punya kuasa.. suara mahasiswa harus bergema... kerana apa merekalah intelektual yang mana suaranya didengari oleh dunia. MAHASISWA BUKAN MANUSIA YANG TERKURUNG DI KAMPUS!

jadi saya menyeru kepada sahabat2 undilh calon anda. pastikan mereka mempunyai semangat untuk membela anda...

selamat mengundi!

mari... mari...
mari undi..
undi... undi...
undi PRO M..

hidup... hidup...
hidup PRO M...

akhirnya aku punyai kakak juga...

11 January 2009
dari dulu sampai sekarang aku sangat jelous dengan kawan kawan aku yang ada kakak. kenapa? best sangat, boleh kogsi erita sama2, boleh nangis bila tengok tv sama2, boleh masak sama2, boleh pergi shoping sama2, boleh sms sama2, boleh tukar2 pakaian dan barang, boleh maam2lah. dan yang paling best bila ada orang buli aku, aku boleh panggil kakak aku pergi marah dia.

tapi sedihnya aku tak ada kakak. aku anak ke tiga daripada empat orang adik beradik. ada dua orang abang yang sejak dari aku mula kenal dorang sangat suka buli aku. aku ingat lagi masa kecik2 dulu along ngan angah selalu ejek aku 'KIKO' dan 'ROCKIE ONE'. semangnya aku cukup anti bila dipanggil dengan nama2 tu. dan setiap kali tulah aku akan menangis semahu-mahunya.

bukan tu aje, kalau main game asyik aku je yang tak dapat main. last2 aku kena tengok dorang main dan kadang2 kena pergi amikkan makanan dan minuman untuk dorang.

along aku dulu masa sebelum kawin punyalah garang.pantang aku balik lambat sikit dari sekolah agama mesti kena masuk mahkamah tentera. silap jawab sikit mesti tangan dia naik kat muka aku. pergh... kadang2 rasa macam kena dera aje. panas baran betul. semua orang mesti tak percaya tapi maca tulah abang aku. tapi aku tak salahkan dia, at least dia tak biarkan aku join budak2 yang 'pelik' kat tempat aku.

angah aku pulak jenis yang macam budak2. masa kecik2 dulul dialah yang anta aku pergi sekolah agama. hehe seronok bila balik sekolah naik basikal dengan angah aku. rasa selamat sangat.

antara along dengan angah, along yang paling famous. aku ingat lagi masa aku sekolah convent, masa naik bas gi sekolah, akak2 yang sekolah convent( senior ) mesti suruh aku bagi hadiah, surat, coklat dan macam2 lagilah kat abang aku.kadang2 aku sorokkan aje bukan apa masa aku kecik2 dulu aku ni sangat pemalas dan sangat pelupa. barang yang masuk dalam beg aku jarang dapat keluar selagi mak aku tak nampak aku dah bongkok tiga untuk dia selongkar apa yang ada dalam beg aku sehingga berat semacam.

bila dah besar ni, rindu sangat masa kecik2 dulu. weekend aje kitaorang satu family bertemu. along dah kahwin dan sekarang dah ada amirah (anak sedara aku yang pertama), angah pulak sebok dengan projek ternakan ikannya, adik perempuan aku pulak sebok dengan bahasa jepun dan kawn2 dia.

kadang2 aku selalu terfikir takke diorang ni rasa macam yang aku rasa? aku rindu sangat masa kecik2 dulu. saling sakat menyakat, bergurau, cakap tentang itu dan ini, tapi semua tu dah tak ada lagi.

selalu bila balik rumah, aku habiskan masa dengan mama dan papa je.papa pun selalu je ada keje. sarah (adik aku) sebok dengan komputer n bahasa jepunnya. huh bosan begini.

bukan tak bersyukur tapi rasa sangat rindu nak dengar rumah aku riuh dengan gelak tawa yang selalunya berlaku masa hari raya aje.

selalu akku terfikir kalau kitaorang semua tak membesarkan bagus. masih kecik macam dulu. bangun pagi, mama siapkan makanan dan pakaikan aku baju, angah panggil aku sebab dah lama tunggu aku nak pergi sekolah. senior2 bagi hadiah untuk along, balik sekolah makan masakan arwah atuk(nenek), papa bawak naik moto pergi jalan2, sarah nangis dalam buaian.

argh... rindunya semua tu...

tapi alhamdulillah, di UTM ni Allah anugerahkan aku dengan sahabat2 terutamanya kakak2. sekurang2nya merasa jugaklah aku nak memanggil kakak.

ingat lagi masa first time kat UTM ni aku jumpa ngan kak na (naqibahku) di surau an-nasuha. masa tu aku homesick abis, dan adanya kak na ni aku rasa happy sangat.

then berkenalan dengan akak2 LTKS. yang paling aku tak boleh lupa aku sangat admire kat kakak anis. baik sangat orangnya. dan yang paling bestnya dia ingat aku, selalu jumpa mesti tegur. teringat perkenalan pertama kami ketika makan ifthar dalam dulang yang sama.

lepas tu jumpa kak najwa. comel aje orangnya.sangat cool. then kak aina mardiah.. apa yang best tentag kak aina ni suara dia. hehe masa mula2 kenal dulu aku takut sangat dengan dia sebab dia macam banyak sangat cakap. tapi rupa2nya kak aina ni macam budak2. tengok aksesori dia aje dah tau. hehe budak comey!

lepas tu kak syifa'. first time aku jumpa kak syifa' aku memang tak faham dia. budget apa je jeling2 aku(hehe) buat muka serius lak tu. memang aku tak fahamlah.tapi after dah kenal lama dan disebabkan anak selangor jugaklah aku boleh jadi rapat dengan kak syifa'. hehe rupanya kak syifa' ni baik sangat. hehe paling ketara dia memang suka tarbiah orang. atas desakan aku (mybe kot) akhirnya di ada bloh sendiri. paling tak tahan nama blog dia 'bunga-bunga tarbiah' adus...

banyak lagi kakak2 yang aku jumpa. macam kak husna. nampak aje matang tapi rupanya kelam kabut sangat. hehe tu yang comey tu. lagi kak fatimah. akak ni nampak manis sangat sebab selalu pakai jubah. tapi awas! bila dia bawak keta mak oi macam pemandu formula one! then kak noraini... kak nraini jenis tak de perasaan punya orang. (hehe kak jangan mara) kelakar sangat bila akak kata akak rasa macam batu aje. tapi betullah akak ni jenis tak amik pusing hal remeh temeh kat sekeliling. (saya tengah ketawa terbahak2 bila mengingatkan kak noraini) walau apapun akak memang cool dan sangat amik berat. kalau tak, takkanah saya lantik akak sebagai penasihat kepada semua masalah saya.

then kak amy, hehe so sweet. makin tembam dah sekarang. suka sangat bila kak aemy ajar lagu tobo hati dalam versi jawa. teringat masa mak saya nyanyi untuk saya di waktu petang hari. indahnya...

then kak oni.. ops!!! sama umurlah... argh nak panggil kak oni gak! hehe oni jenis yang cepat merepek dengan ayat2 pujangga dia. memang pelik tapi manis...

banyakah lagi kakak2, tapi yang paling best mestiah kak HELIA. hehehe
seronok sangat bila kak helia cerita pasal analogi2 dia, bila akak beri pendapat akak, buat muka pelik, buat lawak tak jadi, dengar saya buat lawak, hehehe best sangat. hehe lepas ni nak paksa akak cerita sirah kat saya setiap hari sebelum tidur. hehe tarbiah2..

alhamdulillah, merasa juga aku ada kakak. macam tak percaya aje. semua masalah dikongsi bersama, masak sama2, kongsi baju sama2... hehe seronok sangat.

sayang kakak semua kerana Allah...

boikot barangan ISRAEL!

09 January 2009

COCA COLA


HUGGIES

RIVER ISLAND

MCDONALD

CLINIQUE

DISNEY

DONNA KARAN

STARBUKS

GAP

GARNIER

PERRIER

KOTEX

SANEX

JO MALONE

LANCOME

LIBBYS

TCHIBO

LOREAL

MARKS & SPRNER

KLEENEX

MAYBELLINE

NESTLE

VITTEL

REVLON

WONDERBRA

thats a list of brands found out to donate money to Israel army. we need to STOP BUYING from them in order to CRIPPLE the Israeli ECONOMY. it may seem like a small thing to do but its a start.

Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi: ” 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine”.

psm... miss pulak...

alamak... tengah duduk berpanas bawah matahari tetiba mesej masuk.

"Mas, petang ni datang lab, Dr. dah bagi tajuk psm untuk u." - antara bait2 dalam sms yang aku dapat dari RO supervisor aku.

gila... petang ni datang lab, sekarang aku kat KL, kalau bawak keta laju2 sampai lab pun malam. argh...

aiseyman... tulah yang berlaku tadi, mula2 Mailin (RO tu) suruh aku cari method apa nak guna dulu then baru discuss tajuk, tak alih2 ari ni suruh datang amik tajuk. owh... dimana hak aku?!
ceh... tapi kalau dah bagi tajuk senang sikit keje aku. tengah busy bangat ni.

so ari isnin ni aku azam seawal pagi mungkin nak jumpa Mailin. hehe boleh discuss lama sikit.

tak sabar nak tahu tajuk psm aku walaupun aku dah tau dah view dia apa.

apa2 pun lepas ni kena buat project management, kalau tak kantoilah aku. huhu tak boleh kantoi nanti jadi fitnah untuk perjuangan.

hm niatkan untuk Allah dan untuk perjuangan, mana tau psm dapat aku manipulate jadi medan dakwah. sekurang2nya psm aku ni jadi gak ibadah insyaAlllah.

Ya Allah permudahkanlah urusan aku dan rakan2 ku...

demo dan boikot...

semakin hari semakin banyak demonstrasi yang diadakan bagi menyatakan kemarahan masyarakat terhadap rejim zionis yang menyerang Israel.

hari ini sahaja, Gamis mengadakan demonstrasi raksasa ke pejabat kedutaan Mesir bagi menggesa kerajaan Mesir menarik balik sekatan bantuan yang dikenakan terhadap rakyat Palestine.

bila berdemo, aku rasa kagum sangat tengok semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh sahabat2 lain. ada yang tersesat, putus selipar, tercicir, hilang kawan, pengsan dan macam2 lagi.

ada yang nak cover muka sampai habis satu muka dibalutnya dengan kain. tak kurang juga muslimat yang berpurdah. kalau selama ni pemandangan jubah hitam dan berpurdah ni didominas oleh warga arab hari ni ain pula jadinya. namun memang hebatah semangat2 yang ditunjukkan oleh sahabat.

pelajar2 Palestine di Malaysia pun menunjukkan semangat yang sama. memang concer haller lah diorang. lepas satu, satu lagi laungan yang dilaungkan. walaupun tak jelas ramai yang menyambut tanda sokongan.

ini pengalaman pertama untuk aku. memang berbeza, kalau nak dibandingkan dengan perhimpunan aman di kampus, ini lebih 20 kali lebih besar. mana taknya sahutan bergema sana sini.

alhamdulillah kesihatan memang baik, aku ngan ana berlari sampai ke depan. tak puas hati kalau kat belakang. huhu macam mengetuai geng muslimat pulak.

kami menjerit melaungkan kemarahan. perjalanan sejauh 3 km tu macam tak de apa2 je...

selepas program tamat, semua serbu petronas station nak beli air. mana taknya dahlah pakai baju hitam, panas pulak tu. sampai aku dengan ana dah bertekad kalau jumpa paip nak minum aje.

masa kat petronas station tu aku peratilah apa yang budak2 ni beli. airlah apa lagi. cuma yang kesal tu ada yang beli air nescafe, teh lipton dan beberapa agi barangan yang dalam kategori BOIKOT.

penat2 aje kita semua melaungkan Boikot Israel tapi kita sendiri tak amik cakna dengan barang boikot ni. huhu teguran ini pun untuk diri aku yang sering lupa.

namun aku ingin mengajak teman2 semua mari kita istiqomah dalam memboikot barangan Israel ni.

macam yang kak nani kata, kalau suka sangat dengan milo(aku lah ni) tukar ajelah dengan VIKO. dua-dua pun koko jugak. kalau suka nescafe tukar dengan indocafe.

sebenarnya boleh aje, cuma kita ni (akulah) yang tak boleh sebab dah manja dengan makanan2 ni. malu betul.

teringan kata2 aki zul dalam tazkirahnya petang semalam, isu Palestine ni adalah isu seluruh umat Islam dan ia menuntut umat Islam turut berjuhad. berjihad yang bagaimana? itulah dengan memboikot barangan Israel.

Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi: ” 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine”.

jadi apalagi... untuk diriku ini zahirkan jihadmu yang ko demonstrasikan melalui BOIKOT ini. rasai penderitaan yang saudaramu rasai. berkorbanlah seperti mana mereka di sana. kalau ini pun kau tak boleh buat... Allahuakhbar... tak taulah.

semoga Allah meneguhkan keazaman ku...

Demonstrasi besar2an

08 January 2009

Demontrasi Mahasiswa Mengutuk Kezaliman Israel

Tempat
Hadapan Kedutaan AS (bukan Masjid Putrajaya sebagaimana maklumat awal sebelum ini)

Seluruh rakyat Malaysia dan pencinta keamanan dan Islam dijemput hadir !!!

ayuh kita tunjukkan pada Amerika betapa kita membenci apa yang sedang berlaku di Palestine!

Tadbir...

ALLAHUAKHBAR!!!!

student... POWER!!!!

07 January 2009
student.... POWER!!!

itulah laungan keramat yang sudah lama tak bergema di bumi UTM ni. alhamdulillah, hari ini penamaan calon berjalan dengan selamat. alhamdulillah juga sebab aku dapat gak baju Pro M.
ingatkan tak dapat. bila dah sarung baju Pro M ni barulah rasa semangat sikit.

pagi2 lagi bebudak proM dah buat kerja. kerja apa? hehe budak lelaki berkonvoi dengan moto pusing satu UTM. masa aku ke kelas pagi tadi pun terserempak dengan diorang. wah... semangat betul!

9.05 am berkumpul di SUB. bayangkan tetiba aje SUB dipenuhi dengan student berbaju OREN... tak ke pelik. macam hari 'OREN' sedunia pulak.

apa yang berlaku kat SUB aku tak boleh nak ceritalah, sebab jam 8.00 pagi aku ada class control. sakit ati betul. rasa macam tak nak pergi aje. tapi mana boleh sebab dalam class control duduk dalam group, nanti kalau sorang tak datang tergendalalah perbincangan.

huhu terperangkap dengan fikh aulawiyat aku dibuatnya.

mujurlah Dr. K ari ni sporting sikit. dia bagi aku keluar awal. tapi disebabkan rasa hormat aku pada dia aku tunggu gak sampai jam 9.50am. owh... masa tu memang aku dah tak boleh nak concentrate lagi dah. aku pun apa lagi bla macam tu je.

dikesempatan ini jika Dr. K sudi membaca blog aku ni, aku ingin merakamkan seribu kemaafan sebab keluar kelas awal. rasa bersalah sangat. rasa nak hantar mesej kat Dr. K tapi malu pun ada. tak apalah aku akan balas pengorbanan ini dengan memberi sepenuh komitmen dalam class control. itu janji aku.

mula2 tu bimbang juga kalau Dr. K tak bagi bla, sebab pagi tu aku call dia macam tak suka aje nak cakap dengan aku. huhu aku kot yang fikir banyak sangat. aku harap dia faham aku. anak muda ini darahnya sedang panas, semangatnya sedang berkobar2... jangan dihalang bimbang akan membunuh segala kematangan yang ada padanya. perlu disokong dan diinspirasikan biar menjadi cemerlang. perjuangan anak muda bukan hanya di atas kertas semata, jika perlu kepada laungan dia akan melaung, jika perlu kepada kepantasan dia akan berlari. anak muda sekarang sudah berani mendepani massa, sedah bersedia merasai peritnya perjuangan. pengorbanan itulah makanan kami.

bila aku datang kat SUB dah tak de orang, rupanya dorang dah kat Alumnai. kecewa sikit sebab tak dapat berarak bersama. aku pun apa lagi lompat ke motosikal Alia yang aku pinjam janji nak pulang balik kul 10.00am dan memecut selaju mungkin ke alumnai. alhamdulillah aku tak excident.

sampai kat alumnai, aku pun sertai geng2 baju oren yang sedang berkumpul dekat pondok stesen bas. beberapa orang pegawai keselamatan ada kat situ. tak kurang juga sb2 yang amik gambar kitaorang. amiklah... jangan lupa letak dalam skudai pos, UTM ONLINe and yang sewaktu dengannya.

lepas tu bacaan doa dan calon serta pencadang dan penyokong dibawa masuk ke dewan alumnai. kitaorang ni tunggu kat luar ajelah. masa tunggu2 tu sapa tah bagi aku air 100 plus. dan aku dengan hausnya pun minum. OPS!!! aku puasalah... huhu tulah rezeki namanya. hehehe

lama jugak menunggu masa tu, then calon2 proM kuar. kitaorang berkumpul dan menyanyikan lagu UTM dan sekali lagi laungan student power berkumandang. ternampak beberapa pegawai kolej aku kat situ. agak2 dorang cam tak aku. argh lantaklah kalau dorang cam. kenapa aku tak boleh join proM ke? aku pun ada hak juga kenapa nak halang....

then lepas tu kitaorang bersurai secara aman.

seronok? bukan seronok sebaliknya rasa semangat. akhirnya warga kampus dah keluar dari iceberg yang mereka reka sendiri. selain itu aku harapkan lepas ni lebih ramai warga kampus yang akan cakna dengan proM. mereka harus dibiarkan berfikir tentang perkara yang berlaku di kampus. sampai bila pelajar universiiti harus sebok dengan urusan akademik sehingga mereka lupa akan tanggungjawab mereka lantas hak mereka hilang.

sampai bila pelajar kampus harus lari dari semua ini?

sesuatu yang harus difikirkan...