sudah tenatkah?

14 September 2009
ianya sangat sedih apabila melihat laptop aku kembali tenat. harus bagaimana aku memberikan rawatan kepada laptopku ini? baru-baru ini laptop ku menghidap demam panas. mudah sahaja ia panas dan lantas terpadam sendiri. risu hati aku bimbang satu hari dia meletop.

group mate aku beberapa kali menasihatkan aku agar membeli master cooling pad yang berharga rm70++. tapi selaku student yang masih berhutang sana sini, aku merasakan ianya terlalu mahal dan jauh dari kemampuan aku. lantas aku membeli cooling pad yang berharga rm 10. okeylah tu =)

tapi cooling pad ni buat hal pulak. harapkan kipas aje sebesar alam tapi tak boleh cover demam panas laptop aku ini. serupa tak guna aje!

selain dari itu laptop aku juga terkena sindrom ini (lihat gambar di bawah) tak faham betul selalu kalau problem error dia tak masuk page ini. dan aku memang anti betul page ini.. menambahkan kepanasan aku dan laptop aku je!


selain itu, laptop aku juga menghadapi sindrom tak boleh control volume. loud speaker memanjang. bayangkan aku tak boleh guna ear phone dan bunyi waktu buka laptop sangat kuat dan memalukan. nampak sangat aku mencapap walaupun aku bukannya nak mencapap.

ini semua gara2 kedai komputer kat Stesen Kajang, Bangi. cet... aku bayar RM 50 untuk format laptop aku bagi power tapi dia bagi aku laptop yang macam nak aku baling kat muka dia balik (tension tahap bengang sebab tak berbaloi langsung) dah lah tu paint pun tak de. hish... apakah ini?

ada juga yang suruh aku format semula (terutama seorang junior LPm yang semangat ari tu suh aku format) ayo ingat senang2 aje ke nak format... kalau format makan masa sedangkan aku tengah buat analyse result experiment yang sangat memerlukan laptop disisi... selain itu kerja2 lain juga memerlukan laptop. buat sendiri? huhu pening kepala masa pergi study group format laptop ari tu. otak aku memang susah nak terima benda2 yang macam celaru tu. complicated2... sebab tulah aku selalu skip class simulation+matlab (satu chapter dalam process control dan design) , class C++ dan , dan engineering drawing (apatah namanya satu class waktu tahun satu semester satu) . dan nasib baiklah semua yang berkaitan celaru ini asignmentnya dalam group so part aku selalu intro, tak pun conclusion, lagi parah buat appendix, cover n compile aje.

huh.... tak baik mengeluh. kena jga laptop ini baik2... inilah antara harta aku. kalau tak de laptop aku ni melangut lah aku jawbnya. huhu mana boleh tak ada laptop sekarang tengah kritikal tulis thesis ini. huhu semoga laptop ni tak buat hal macam semester lepas. hm... mahu cari pendrive varu buat backup kalau jadi apa2 hal....

doakan kesejahteraan laptop aku ya....



teruskan harimu dengan ceria sayangku =)



0 comments: