saya teringat pada suatu pagi kira-kira jam 7 pagi. waktu itu saya, kak amy, kak wahyu dan nazirah berada di Tasik UTM. kami berada di situ bukanlah untuk memancing atau bersarapan sebaliknya kami mengadakan usrah bersama.
pada pagi itu usrah disampaikan oleh Kak Amy, tapi kak wahyu diberi peluang untuk memberikan sedikit perkongsian. kalau tak silap saya kak wahyu bercerita mengenai seorang tukang membuat rumah.
cerita mengenai tukan buat rumah yang berhajat untuk berhenti dari karier membuat rumah. hajatnya disampaikan kepada majikannya. namun majikannya meminta agar dia membuat sebuah rumah untuk kali yang terakhir sebelum berhenti kerja.
oleh kerana ini ialah kerja terakhirnya, maka tukang membuat rumah terbabit melakukannya dengan sambil lewa. dia membina rumah dengan menggunakan bahan2 dan pertukangan yang tidak sebaik selalu. hasilnya rumah yang terbentuk tidak berapa elok dan kelihatan kekurangan di merata-rata.
lantas dia memberitahu majikannya tentang rumah yang telah selesai dibinanya. alangkah terkejutnya tukang rumah terbabit apabila majikannya menghadiahkan rumah tersebut kepadanya atas komitmen dan hasil kerjanya yang baik semasa dia berkerja dengan majikannya.
dia merasa sangat kesal kerana tidak memberikan sepenuh tenaga dan komitmen terhadap hasil kerjanya yang terakhir itu. dan akhirnya dia hanya memiliki rumah yang tidak sesuai diduduki.
cerita ini mengingatkan saya akan iklan petronas. jalan ceritanya sama cuma pekerjaannya bukanlah tukang membuat rumah tetapi tukan membuat sampan.
apa yang boleh saya simpulkan adalah bagaimana sikap kita terhadap sesuatu perkara apabila berada di penghujungnya. saya akui saya juga punya sikap serupa seperti tukang rumah terbabit. bersemangat di awalnya namun apabila di penghujungnya menjadi lemah dan kuyu...
ini sangat membimbangkan kerana ia menjadi satu tanda tanya apakah selama ini segala yang saya lakukan berdasarkan kefahaman atau semangat atau jawatan?
berada dalam penghujung kepimpinan persatuan ni, terkadang hati merasa sangat lega kerana bakal melepaskan beban yang berat tidak lama lagi. namun adakah itu bererti kita berhenti daripada perjuangan? atau adakah itu bermakna kita sudah boleh mengabaikan tugas-tugas kita kerana bakal melepaskan pada yang bakal naik?
sepatutnya semakin menuju pegakhiran ini kita menjadi semakin kuat dan melipatgandakan usaha. malah sudah bersedia untuk menghadapi dunia baru yang lain pula. inilah yang sedang saya muhasabahkan...
bukan soal kepimpinan sahaja. malah dalam kehidupan harian contohnya dalam project sarjana muda. sepatutnya waktu2 begini saya patut meningkatkan momentum agar cepat menyelesaikannya namun berdalih-dalih pula sehingga akhirnya saya sendiri yang rugi.
berkerja atas kefahaman bukan atas semangat. itu kata-kata kak syifa pada saya sewaktu dilantik menjadi pimpinan PMI.
mungkin bagi sesetengah orang jawatan itu perkara biasa, namun tidak bagi saya. segala yang kita lakukan adalah amanah dan dipersoalkan di akhirat kelak. malah ianya sepatutnya menjadi momentum untuk kita meneruskan perjuangan di luar sana.
alhamdulillah, di kala saya mengalami ketegangan yang melampau saya punya banyak sahabat dan kakak-kakak yang sedia memberikan nasihat. masih ingat lagi bagaimana saya memujuk hati agar dan menstabilkan emosi apabila dilanda ketidakfahaman. rasa marah yang sangat apabila orang lain tidak boleh memahami keadaan kita. namun semua itu jadi pengalaman yang cukup bermakna.
"pimpinan kena banyak berkorban" satu lagi kata-kata kak syifa yang kadang2 membuatkan saya mengalirkan air mata apabila berkali-kali memaksa hati ber'iman' dengan kata-kata ini.
ingat... bekerja atas kefahamn bukan semangat....
dan paling penting! INGAT LAH ALLAH HATI AKAN MENJADI TENANG....
okay sambung buat thesis =)
doakan saya selalu

0 comments:
Post a Comment