ia adalah satu perjalanan yang panjang. dalam keadaan mengantuk kereta harus dipandu. bertuahnya aku hanya sebagai penumpang. jadi konsentrasi aku tertumpu pada pandangan di luar tingkap. malam ni cahaya tidak gelap sangat. suram-suram sahaja. terdengar KJ dan KH sedang berborak2 di hadapan. mungkin untuk mengelakkan daripada rasa mengantuk. do-driver mempunyai peranan peting dalam memastikan driver tidak tertidur. dan aku semestinya tidak layak menjadi co-driver kerana aku seorang yang sangat mudah mengelamun. terbang dalam fantasi sendiri.
pandangan aku di luar tingkap tertumpu pada langit malam. langit cerah dengan cahaya bulan yang samar-samar. tiba-tiba aku terganggu dengan kepulan asap hitam yang naik meninggi secara tiba-tiba diikuti dengan cahaya merah yag seakan-akan lampu yang menyuluh. keadaan kurang senang itu turut dirasai oleh meraka yang ain didalam kereta. pada sangkaan kami hanyalah awan hitam dan pancaran kilat. namun apabila mendekati kawasan kejadian barulah terlihat api menjulang2 naik tinggi. kebakaran besar itu sangat mengerikan. kemungkinan kilang yang terbakar. dalam hatiku risau kalau-kalau ada letupan yang akan berlaku secara tiba-tiba. beberapa kereta bomba sudah kelihatan dan orang ramai juga setia menjadi penonton. keadaan agak terkawal. terbit rasa kesal kerana tidak membawa camera tadi.
mungkin esok berita ini akan tersiar di akhbar. aku berharap agar tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku. sungguh ngeri rasanya melihat api yang marak dihadapan mata.
keselamatan... kita sering mengabaikan keselamatan disekeliling kita. berapa ramai antara kita yang sentiasa memikirkan tentang keselamatan. teringat tentang peristiwa di tanggung karang dimana 6 pekerja mati terhidu gas ammonia.
aku masih ingat lagi waktu membuat praktikal di Nuclear Malaysia. waktu itu Ira (Lab Mate) aku membuat experiment menggunkan ammonia. beberapa kali kami diingatkan agar memakai topeng waktu mengendalikan ammonia, namun kebanyakan antara kami tidak megambil endah.
hal yang sama berlaku kepada pekerja yang mati akibat terhidu gas ammonia. lebih menyayat hati kematian mereka tanpa mereka sangka disebabkan kurangnya ambil berat akan bahayanya hemical itu.
mungkin itu hanya asbab kepada kematian mereka. namun jika langkah-langkah keselamatan itu mereka pandang serius, ternyata kemaangan sifar dapat kita hampiri.\
safety come first.... (tak tau merepek apa ni =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment