saat kematian...

15 September 2009

adakah aku sudah sepatutnya mati hari ini? persoalan itu berlega2 di hati aku. pengalaman pelik pagi tadi benar2 mengoncang tangkah hati aku. bersyukur kerana masih hidup dan mampu menulis di blog ini. malam tadi sesudah discusion design yang berakhir jam 12.00 malam aku pulang ke bilik. di bilik aku mencari journal2 yang boleh menjadi rujukan untuk psm aku.waktu yang sama juga digunakan untuk mengupdated blog dan berjalan2 di ruangan maya. dalam jam 3.00 am aku tidur sekejap untuk bersedia solat malam. malangnya aku dengan sedar tak mampu dan terdaya nak bangun dari katil dan mencapai h/p di atas meja lalu tertidur tanpa memasang alarm. peliknya, tiba-tiba aku merasa angin menerpa kuat ke arah muka aku sehingga membuatkan aku terbangkit dari tidur. malangnya aku tak mampu untuk bergerak. puas aku menggerakkan badan tapi tak juga mampu bergerak. aku umpama orang yang telah lumpuh anggota badannya. angin kuat itu masih terus menerpa sehingga ia membuatkan aku bergerak terduduk. aku masih kaku. angin kuat itu telah menolak aku sehingga terduduk. aku merasa ketakutan yang amat sanagt. di bulan ramadhan ini takkanlah ada jin yang suka menghempap orang? takkan lah pula lailatulqadar. insan hina seperti aku ini takkanlah semudah itu sahaja mendapat lailatul qadar. namun dalam kesamaran itu aku masih sempat berdoa dalam hati, memanjatkan segala hajat dan permintaan serta pengampunan padaNya. entah semena-mena aku merasakan aku seperti tertolak dan dicampak ke dinding. melekat pipi aku di dinding. saat itu aku merasakan dosa yang amat sangat. aku merasa diri terlalu hina. segala kemaksiatan dan dosa menyeligkari diri aku. aku jadi hampa yang teramat. selepas itu angin kuat itu seolah2 ingin membawa kau terbang tinggi ke langit. aku melihat jasad aku kaku terbaring. alangkah takutnya aku waktu itu. namun entah kenapa tiba tiba aku terbaring semula. dan kemuadian aku terjaga. jam menunjukkan waktu 3.30am. keadaan sangat dingin sekali. andai kata aku pergi ke atas adakah waktu ini aku sudah tidak bernafas.... manjadi kaku dan siapakah yang akan menjumpai aku? siapa sangka dalam tidur nyawa kita boleh diambil Tuhan. mungkin ini amaran Tuhan pada diri ini yang selalu alpa. Tuhan ku pinta kau pandu aku selalu pada jalanMu...


0 comments: