perasaan membuak2 dan percampuran marah dan rasa ingin cepat kadang-kadang menendang2 jantung aku sehingga boleh membuat aku rasa hampir pengsan hanya kerana bersabar. ada kalaya jantung aku rasa sakit teramat dan susah bernafas kerana rasa marahnya nak manahan sabar.
hal nya kerana aku bukan dilahirkan sebagai seorang yan sabar dan tenang sepanjang masa. beberapa kali aku mencuba untuk menyatakan pad diri sabar... namun hatiku kembali yang dimarah jantung kerana sakit yang seluruh badan aku rasakan.
jadi adakah perasaan sukar bersabar dan menahan marah ini satu penyakit?
mungkin yang membaca entry ini terasa bodoh bukan. aku yang menulis pun kadang2 merasa bodoh namun ituah yang aku rasa.
alhamdulillah aku kini belajar untuk bersabar. cuma kadang-kadang rasa sakit itu terlalu menyenakkan sehingga aku rasa yang amat sukarnya mahu bernafas.
project sarjana muda-synthesis of resin fro empty fruit bunches.
aku banyak belajar erti sabar terutamanya sabar pada nafsu ku sendiri dalam aku menyelesaikan psm aku ini. mana tidaknya sebanyak 15 parameter harus aku ubah dan aku jalankan experiment. experiment pula terbahagi kepada 2 bahagia. di mana setiap satu bahagian memakan masa 2 jam dan filtration kadang2 mengambil masa satu hari. namu alhamdulillah aku telah menjalankan experiment aku sejak sem lepas. jadi aku menggunakan waktu itu untuk menjalankan experiment sebanyak dua kali untuk melihat jika terdapat perbezaan.
sapa yang berada di lab CREG itu tidak ingat aku pernah meninggalkan sahaja instrument terkapai2 tanpa dibasuh, membuang sample secara tiba2 yang masih dalam process, membiarkan mesin filter beroperasi selama sehari dengan aku tiada di situ, memecahkan 3 neck botton flask, mematahkan thermometer dan pelbagai lagi onar yang aku lakukan gara2 aku yang tidak dapat bersabar dengan segala kerenah experiment.
ianya mudah bagi aku untuk bersabar dengan manusia kerana manusia bertindak balas dengan kita, namun tidak dengan experiment. berapa banyak pun thermometer yang aku pecahkan itu belum cukup untuk memastikan suhu experiment aku berada pada tahap yang aku mahukan.
sabar...oh sabar... bukan mudah untuk bersabar. namun aku suka mengambi sikap berdiam diri sebagai tanda protes. mengetahui sabar itu sukar kadang2 aku memberontak untuk memberitahu aku tidak boleh sabar.
apapun aku masih belajar untuk bersabar dan menjadi tenang. hm... doakan aku =)
(hari ini kena siapkan analysis TGA. ada 13 smple dan setiap sample ambil masa 1 jam. aku start jam 9 sampai??? Tuhan aje yang tahu tapi aku rasa dah nak bla ni =)
bila boleh balik ni =(
0 comments:
Post a Comment