melepaskan lelah....

10 September 2009
dalam masa tidak sampai 2 hari lagi semuanya akan berakhir. namun sejauh mana definasi ianya "berakhir" bergantung pada diri individu itu sendiri. teringat entry ena dalam fb yang mengatakan tentang bakal melepaskn batton kepada pelari lain.

bakal melepaskan batton....

aku juga salah seorang diantara pelari-pelari yang bakal melepaskan battonnya pada pelari yang lain. sudah setahun larian itu aku pacu dengan menggenggam batton itu seeratnya. walaupun terkadang batton itu umpama ingin terlepas dari genggaman aku, mujur ada penyorak dan penyokong yang sentiasa memberi kekuatan kepada aku untuk terus berlari.

namun selepas batton itu aku lepaskan, adakah aku sudah boleh berehat di bangku tepi?

teringat kata-kata nasihat yang diberikan oleh oni semalam. sungguh kata-katanya itu aku genggam dan masih bergema di hatiku.

"titik permulaan kita sebenarnya bermula selepas ini! tempoh setahun ini hanya sebagai latihan untuk kita aplikasikannya di luar sana!"

ia... benar sekali apa yang dikatakan oleh oni itu. kita yang mendapat tarbiah lebih daripada orang lain seharusnya menjadi lebih matang apabila bergerak nanti. sejenak hati aku diulit oleh satu rasa bimbang yang amat.

"apakah selama ini aku bergerak kerja hanya atas dasar jawatan? atau semangat?"

adakah selepas ini aku akan kendur dan selalu pancit? dalam kesebukan PSM pun kadang-kadang buat aku rasa lelah dengan amanah yang ada. Ya Tuhan... berikan kekuatan...

segalanya akan bermula selepas ini. apa yang berlaku sebelum ini seharusnya menjadi satu momentum untuk aku lebih agresif beraksi di luar sana nanti. dalam segenap bidang dan kepakaran yang mampu aku sumbangkan.

semog Tuhan sentiasa memberika kekuatan kepada diri ini. yang sentiasa mencari sinarNya...

esok akan datang dan terus berlalu. akan lahir lebih ramai pelari batton lagi. persoalannya, pelari yang tinggal mampukan ia meneruskan lariannya sehingga ke garisan penamat yang masih jauh.

Ayuh kita sama2 berlari! kerana kita dalam satu barisan!

0 comments: