~

13 September 2009
apabila kata itu dilafazkan oleh sang ketua
ada rasa remuk di hati ini
ada air mata yang mahu mengalir
ada rasa duka yang melingkar
segenap penjuru hati

mengimbas kembali
ketika bersama berikrar dulu
terbit pelbagai rencana di hati
mahu membawa ke puncak sepuncaknya

dalam menjalani hari
dalam mengenggam amanah yang diberi
pelbagai ragam dan kerenah dihadapi
terkadang membuat diri merasa lelah
lantas menghamburkan kepenatan
yang tidak bertempat

antara kita ada cerita luka
antara kita pernah yang terluka
antara kita ramai yang cedera
namun kita terus melangkah
kita terus membentuk ukhwah
sampai terkadang jiwa menjadi korban
namun ia tidak ternilai dengan sebuah perjuangan

hari ini kita rasminya berpisah
kau, aku dan mereka sudah tiada ikatan
namun itu hanya rasminya
sedang sebenarnya
bukan sahaja kau, aku dan mereka
malah kalian punya satu ikatan yang sama
kita akan bersama tidak kira di mana
di platform yang mana
di bahagian yang mana
mendukung satu cinta
berteraskan matlamat yang sama

"aku adalah panah daripada panah-panah Islam, tujukanlah aku kemana sahaja, aku aka tetap berjuang demi Islam" -Syed Qutb-

sesungguhnya selepas ini titik permulaan sudah bermula. kita yang mendapat tarbiah mampukah survive? atau tersungkur?

Semoga Allah membantu kami. dengan apa yang ada pada aku ini, aku yakin aku tak layak Ya Tuhan, jadi hanya padaMu aku pohon kekuatan itu. semoga diri ini dapat melakukan sebaiknya. diberikan kekuatan. sesungguhnya hanya padaMu aku memohon pertolongan. jangan biarkan aku jauh dariMu Tuhan.

0 comments: