perancangan....

03 September 2009
sekarang aku berada dalam tahun empat sem pertama. insyaAllah final exam akan aku duduki pada november nanti. dan jika semuanya baik-baik belaka next sem adalah semester terakhir aku. akhirnya jika diizinkan Tuhan aku akan grade julai depan. doakan aku =)

banyak perkara menghantui aku kebelakangan ini. aku mula memikirkan apa yang aku lakukan selepas grade nanti. perbualan dengan along dan kak salina cuti lepas sedikit menggentarkan aku. dilema tiada kerja selepas grade amat menghantui aku. lantas aku mula memikirkan backup plan sekiranya aku menjadi penanam anggur selepas grade. tapi yang pastinya "kahwin" bukan pilihan aku =)

bercakap soal khwin, rasanya terlalu jauh untuk aku. hm... bagi angah kawin dulu... then tunggu amirah pergi tadika baru aku fikir soal kahwin. namun jodoh pertemuan di tangan Tuhan. hm... jadi biar Tuhan tentukan. kalau ada jodoh aku kahwin lah juga nanti =)

kembali kepada rancangan masa depan. tahun 2010 akan jadi tahun penuh cabaran pada aku. diusia 23 tahun aku akan menempuhi dunia luar yang penuh dengan retorik, diskriminasi, penindasan, kecurangan dan pelbagai yang memerlukan kekuatan dalam menghadapinya. aku moho waktu itu tarbiah yang telah aku lalui di kampus mampu menjadikan aku manusia yang tidak buta akal dalam menempuhi sisa hari yang penuh pancaloba.

aku bertanya pada beberap rakan, rata2 mereka memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang MASTER di UTM. perkara ini merunsingkan aku. yang aku runsingkan aku tidak ada rasa yang sama. berada di UTM bagi aku terlalu menyesakkan. kepompong ini aku harus pecahkan. 4 tahun di UTM harus buat aku dewasa dan aku harus ke luar menghirup udara di tempat yang lain pula.

lewat kebelakangan ini aku banyak membaca mengenai safety engineer. ia benar2 membuat aku tertarik. besar kemungkinan aku akan mengambil course ini apabila graduate nanti. yang pasti bukan di UTM. oversea??? aku berharap harapan yang satu itu menjadi kenyataan. jika benar aku harus mencari penaja dari sekarang.

namun minat aku dalam bidang penerbitan tak boleh aku pendamkan bagitu sahaja. ada kala rasanya mahu sahaja melangkah ke syarikt penerbitan dan berjinak2 dalam dunia editoran. hm... ia bukan sekadar mimpi. siapa tahu aku akan melakukannya nanti =)

memikirkan masa depan buat aku rasa gembira. namun jauh di sudut hati merasa ketakuta juga. dunia di hadapan terlalu luas. tersilap langkah merana diri. Tuhan beri aku kekuatan. insan hina mahu mencipta harapan. mencorak dunia dengan tangannya. berikan aku kekuatan. berikan aku peluang. bantu aku. insyaAllah aku manfaatkan ia di jalanMu...

0 comments: