disebaliknya ada kejujuran...

23 September 2009
Yasmin Ahmad bukanlah satu nama asing dalam dunia filem tanah air. pertama kali aku mengenali yasmin ahmad sewaktu berada di sekolah menengah. aku jatuh cinta dengan iklan2 yang dihasilkan oleh Yasmin Ahmad. iklan2 hari raya, deepavali dan tahun baru cinanya sarat dengan pengertian dan selalunya meninggalkan bekas yang mendalam di dalam hati.

walaupun karya2 Yasmin di layar perak antaranya Gubra, Sepet, Mukhsin dan banyak lagi mendapat kritikan hebat namun insan ini masih terus berkharya. aku juga banyak yang tidak setuju dengan apa yang cuba dibawakan Yasmin Ahmad. beliau kadang2 kelihatan cuba meletakkan semua agama itu pada kedudukan yang sama.

namun, disebalik itu Yasmin Ahmad cuba membawakan kemasyarakatan bangsa Malaysia dalam karyanya. aku baru sahaja habis menonton Talentime. dan seperti biasa karyanya sungguh menyentuh hati. mungkin ramai yang tidak bersetuju namun aku sangat terharu melihat penerimaan sebuah keluarga melayu terhadap pembantu cina muslim. seorng gadis yang boleh menerima seorang lelaki yang pekak dan bisu.

beralih pada iklan2 Yasmin. ianya jujur tanpa perlu retorik. hari ini kita gempar dengan slogan 1 malaysia sehingga semuanya sebok menghasilkan iklan2 satu malaysia yang kadang2 iklan itu kelihatan sangat janggal dan retorik.

aku harap ada lagi pengarah yang punya mata seperti Yasmin kerana sentuhannya sungguh mengasyikkan dengan latar yang tidak melebih2. cuma pemikirannya harus berarah tujuan pada matlamat yang Satu dan Betul...














(iklan raya Petronas 2005)


(iklan raya Petronas 2006)


(iklan raya Petronas 2007)

0 comments: