eksperiment...

02 September 2009
alhamdulillah. akhirnya aku kini berada dalam fasa akhir psm. pada fasa ini keadaan sangat kritikal sekali. namun aku masih berada dalam track yang betul. hari ini sahaja aku sudah menyiapkan 2 experiment dimana ianya adalah experiment yang terakhir.

beberapa minggu ini, aku menginfakkan seluruh masa aku di dalam lab ini. mengerjakan sebanyak mungkin experiment dan menganalisi secepat mungkin. target aku satu, menghabiskan lab psm sebelum cuti raya. aku bersyukur sebab tidak menghadapi banyak masalah. berbeza dengan rakan-rakan ku yang lain. antara mereka tidak dapat memulakan experiment kerana terpaksa bertolak ansur dengan pengguna lab yang lain. ada pula yang terpaksa menanti bahan2 experiment yang belum-belum sampai walaupun keadaan dan masa semakin menekan.

banyak yang aku belajar dalam menghadapi psm 2 ini. aku belajar menghargai masa. jika dahulu aku lebih mengutamakan kehendak peribadi aku, namun kini aku boleh bertoleransi dalam semua perkara dan menggunkan masa yang ada sebaiknya. walaupun kadang-kadang aku merasa terlalu penat dan lelah, namun ianya memberikan kepuasaan yang sukar diertikan apabila kita berjaya melakukannya seperti yang dirancangkan.

selain menghargai masa, aku kini lebih menghargai orang-orang disekeliling aku. ternyata aku memang bertuah kerana kak Linda (RO LAB AKU) sentiasa memfollow up dan embantu aku. malah dah 3 biji three neck botom flask aku peahkan, namun dia tetap memberikan aku meminjam bottle untuk aku meneruskan experiment. seain itu student2 master di lab ini juga banyak membantu aku. terima kasih semua.

belajar erti sabar adalah suatu yang amat perit aku lalui ketika melakukan experiment. mana tidaknya dengan kerenah suhu, stirer tang kadang2 tak nak berpusing, soket yang suka-suka hati black out apabila overload dan bermacam lagi. aku akui aku agak gelojoh orangnya. dan aku sukar untuk bersabar dalam perkara-perkara remeh seperti ini. aku masih ingat lagi, da satu hari dimana aku sudah menunggu hampir satu jam, namun temperature yang dikehendaka masih tak naik lagi. akibat rasa baran dan tidak tahu bersabar aku telah mematikan suis dan membuang segala radas aku ke sinki dan terus pulang. esoknya aku dapat sms teguran daripada kak Linda.

terinagt lagi kata-kata kak Mas (RO kat Nuclear MAlaysia) menjadi seorang Researcher menuntut kesabaran yang TINGGI.

sampaikan waktu dia cakap tu aku sangat percaya aku takkan mampu menjadi seperti itu.

namun waktu mendewasakan kita. kadang2 boleh jadi sesuatu perkara yang kita tidak suka itu adalah yang terbaik untuk kita. namun selepas lama berfikir aku telah memutuskan ini adalah research terakhir aku. aku tidak akan mengulaginya insyaAlah. aku ingin melakukan sesuatu yang lain pula.

ya SAFETY.....

0 comments: