then bila along dah kahwin tambahlah kak salina...
setahun kemudia bertambah pula amirah...
dan kini akan tiba mungkin tahun depan adik amirah...
keluarga ini akan berkembang. angah pula akan membina keluarganya...
kemudian aku... then sarah...
masa menjadikan kami semakin membesar sehingga tanpa sedar uban di rambut mama semakin banyak dan sarah pula dah semakin sama tinggi dengan aku...
amirah dah mula memanggil aku kak CIK...
keluarga ini yang dulunya sangat bising dengan jerit pekik aku yang selalu bergaduh dengan sarah, along yang selalu mengamuk sebab lambat masak, angah yang selalu sempitkan ruang tamu sebab suka study kat situ dengan meja dan buku2 dia dan mama n papa yang selalu kacau kitaorang adik beradik semakin lama semakin pudar...
semuanya semakin berkurangan. along tiggal dengan family dia, angah pulang seminggu sekali, sarah sebok study untuk SPM dan aku merasa kehilangan...
dulu aku benci sangat kehidupan dulu. merasa geram setiap kali along balik keje mesti suruh aku buat air. angah yang selalu buli aku suruh tukar chanel TV (x de remote control), sarah yang selalu menang setiap kali bergaduh.
namun hari ini saat ini aku merindui suasana itu. betpa waktu tilah meninggalkan aku. hanya gelak ketawa menjelma apabila kami berkumpul sahaja.
Tuhan... berikan kami lebih waktu... agar dapat ku selalu rasakan kemesraan yang dulu...
i love my family... walaupun sukar untuk aku lafazkan seperti dulu...
2 comments:
nanti tukar font kaler ya? hitam..saya tak kisah sy leh highlight nak bace..owang lain?
dah lama tukar.. sebelum ni pun ramai yang suruh. namun bila dah setting n save colour dia tetap cam tu juga. ha? nak wat lagu mana? huhuhu
Post a Comment