lawatan lecturer...
15 June 2009
malam tadi Dr. Hajar call kata nak melawat aku yang sedang ber "LI" kat Nuclear Malaysia ni. huhuhu akhirnya ada juga orang yang menjenguk dan berkongsi rasa apa yang aku rasa di sini.
melalui latihan industri di Nuclear Malaysia bukanlah gempak sangat yang seperti orang selalu katakan. "Ko tak takut ke?" itu soalan biasa. apa yang nak takut pun aku tak tahu. mana ada reaktor nuklear yang nak meletop. radiation pun kalau setakat 2 bulan je terdedah kat badan aku ni insyaAllah tak ada yang mendatagkan bahaya.
buat kerja dalam lab. synthesis then analysis. untuk sythesis adalah satu perkara yang bagi aku cukup bosan. bosan menunggu satu part ke satu part. bayangkan untuk washing aje perlukan 3 jam. semasa menunggu aku kebosanan. tu belum lagi waktu fusion yang memakan masa satu hari.
but the best part adalah analysis. waktu inilah aku mengorbankan kesihatan aku dengan membenarkan diri tersdedah dengan sinaran x ray. argh...tak de yang bahaya pun. akak2 RO tu dah lama keje kat sini anak dorang pun sihat2.
minggu pertama aku berjinak2 dengan analysis yang menggunakan EDXRF. machine ini menggunakan sinar XRAy untuk mengesan sebarang element yagng wujud dalam sample.
then apabila sample dianalisa, Dr Meor suruh aku menganalisis kesan leaching terhadap permukaan sample. waktu inilah yang aku rasakan amat mencabar dan menguji kesabaran aku. saiz sample antara 180 micron, 90 micron dan 45 micro dan aku perlu melihat sebutir sahaja. pergh seharian aku duduk depan komputer menganalisis dan menangkap pic sample yang terbaik.
then apabila semuanya selesai barulah aku masuk ke fasa treatment. fasa sebelumnya tadi adalah dfasa treatment dimana aku cuba menyingkirkan sebanyak yang boleh segala impurities terutamanya Ferum daripada sample aku.
dalam fasa synthesis sekali lagi aku diuji dengan sukarnya precipitate untuk terbentuk. dan andai ia terbentuk adakah dia single phase atau two phase.
segalaya menutut kesabaran. tambahan pula aku antara yang termuda dalam lab ni. kadang2 aku rasa macam kena buli aje. entahlah mungkin perasaan aku aje. so aku pun mengambil langkah buat kerja sendiri. malas nak campur2 dorang sebab bukan semua orang disini yang boleh dipercayai.
hm... nak sambung buat kerja. slide pun tak siap lagi nak present nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment