rancangan jahat hari jumaat...

23 June 2009
10 minggu bukan waktu yang singkat. kalau bekerja dekat pizza hut dengan gaji rm3.50 sejam dan waktu bekerja 8 jam dah boleh dapat

rm 3.50 x 8 x 5 x 10 = rm 1400

bukankah itu banyk? lepas bayar hutang PTPTN aku, lepas bayar makan aku, lepas bayar brodband aku dan lepas bayar semualah...

practikal 10 minggu dengan gaji yang macam tak de, then aku sampai sekarang belum amik mc lagi. betapa baik dan jujurnya aku...

budak2 lab semua dah amik cuti. segala cutilah, cuti sakit, cuti ada hal, cuti hujan.. aku satu cuti pun tak amik. hujan pun aku redah. betapa punya baik...

kesan jadi budak baik... aku dilanda tension dan lemah yang berpanjangan setiap kali msuk lab. aku rasa bored gila. emosi tak stabil dan mula bercakap2 sendirian. mudah marah bila experiment buat hal. minggu ni aje ku dah pecahkan 2 benda.

cuti menenagkan jiwa...

then atas saranan rakan2 lab terutamanya IRA membuatkan aku mengambil keputusan untuk cuti hari jumaat ni. tambahan pulak sepatutnya jumaat ni kita orang ada present tapi dibatalkan. macam bagi laluan aje.

dengan exitednya aku mengumumkan aku akan cuti jumaat ni dengan alasan demam.

noni pandng aku semacam... "tk baik tipu nanti betul2 demam baru tau."

aku terpinga. eh... aku sihat aje lah... hm cuti sebab nak tenangkn fikiran... cover aku. malu beb kan dah kena tegur.

then mana tau apa yang noni cakap tu masin pulak.

sampai ke rumh sewa round2 kat pasar malam. sempatah beli cucur udang. teringin lak.

lepas solat makan then melepak tengok Tv. tetiba badan rasa seram sejuk. tahulah aku bahawa aku kini dalam fasa initial nak demam. argh.... maknanya aku bakal bercuti saakit lah lepas ni....

pengajaran: jangan kecoh2 kalau nak cuti...

0 comments: