alhamdulillah, malam tadi dapat juga aku pergi berusrah. entah kenapa ketika mahu pergi terasa berat sangat hati. biasalah tu kalau program2 tarbiah ni memang banyak aje yang cuba menghalangnya. namun mujur ada sahabat yang tak jemu mengajak. alhamdulillah perkongsiaan malam tadi amat-amat bermakna buat aku.
hati yang kehausan...
setelah lama meninggalkan bumi kampus dan terjun dalam dunia kerjaya memang menjauhkan aku dari suasana tarbiah. tambahan pula waktu mula2 berada di bangi ni aku menetap di apartment yang rata2nya tidak aku kenali dan terlalu sebok dalam urusan masing2.kebanyakan masa aku habiskan dengan membaca journal dan mencari penyelesaian dalam project aku di Nuclear Malaysia ni. perkara ini menjauhkan aku lagi dengan usrah. nak ke surau tak berteman. bimbang juga kerana seorang sahaja.
disini barulah aku mengenal hakikat betapa mencabarnya untuk istiqomah dalam perjuangan.
di tempat kerja aje aku memang dilihat sebagai budak alim dan tak boleh di ajak berbicara perkara2 lagha. mungkin disebabkan penampilan aku. namun itu tidaklah membuatkan aku patah semangat dan terjerumus dalam fenomena berubah kerana sekeliling. bagi aku aku yang sepatutnya menjadi pencetus kepada perubahan di situ. akulah yang harus menyebarkan kepentingan berstokin, bertudung menutup dada dan sebagainya.
namun amat sukar bergerak seorang diri. disinilah pentingnya organisasi. hampir2 juga diri ini lalai dan hanyut. mujur tarbiah Allah sering datang menguji diri ini. tersungkur dan terjatuh aku kembali membawa aku memuhasabah diri. kesebokan kerja membuatkan kadang2 aku jarang solat di awal waktu. mana pergi kepentingan aku? lantas membawa aku kembali menginsafi segala kemungkaran yang aku lakukan.
alhamdulillah sejak berpindah ke rumah sewa kak Safiyah ini aku mula merasa suasana tarbiah. solat berjemaah, mathurat, usrah dan sebagainya.hatiku jadi lapang. walaupun rumah itu memuatkan 9 orang namun tak pernah aku merasa sempit.
benarlah, apabila kita berada di dalam kampus, jalan2 perjuangan dan dakwah itu terbentang luas di hadapan kita. orang mencari2 kita. namun apabila kita berada di luar, kitalah yang harus berusaha untuk berada dalam jalan ini. harus mencari2. jika dibiarkan dengan hanya menunggu bimbang kita kan hanyut dengan cabaran hidup di luar ini.
sesungguhnya alam pekerjaan dan dunia luar ini benar2 mencabar.
teringat lagi waktu SMIDEX'09 di KLCC. waktu rehat aku di ajak makan di McD. dan denaga payahnya aku menolak. antara prinsip dan silaturrahim. mujur mereka memahami =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment