ala-ala CSI...

23 June 2009

my teritory


8 minggu berada di Nuclear Malaysia macam-macam aku belajar...

sapa kata bahaya? tak bahaya pun cuma kekadang aje lah bahaya tu pun sebab tak berhata-hati. contohya tangan terluka sebab beaker pecah, terpegang benda panas, terjatuh sebab berlari dan terlanggar orang di selekoh. kalau bahaya macam tu adalah tapi kalau bahaya sebab reaktor meletop, gen mati sebab terkena sinaran, kebkaran dalam lab belum ada kes lagi =)

alhamdulillah semuanya under control.


bersama supervisor, Dr. Meor Yusoff (kiri sekali), wilfred dan kak Mas di Palace Of Golden Horses, seri Kembangan sempena dengan XRF Seminar anjuran DKSH

Nuclear Malaysia.

ada 2 kompleks, satu kat Bangi (utama) dan satu lagi kat Dengkil (dikenali sebagai MINT) dan aku keje yang dekat Bangi punya.

kemudahan semua cukip. kira kalau buat PSM aku kat sini memang best gilerlah... asal tak de barang mintak aje... Tup..tup esok datang barang dah sedia. hah tinggal run aje.

yan paling best lagi internet kat sini lagu mengalahkan formula 1. kalau tak takkanlah habid drama The Quiz Show 2 dekat Crazydrama.net tu aku tengok. hah blog pun boleh update tiap2 hari.


menjaga booth Nuclear Malaysia di SMIDEX'09 di KLCC, Dr Meor product-High Tech Alumina

other than that, rakan sekerja pun okay. walaupun kat sini ada seorang mamat yang pelik. mat bunga yang memang nak kena sepak terajang ngan kitaorag. ada ke patut semua 'bunga' yang ada kat lab kita orang ni dia nak ngorat. pulak tu setiap kali lalu depan lab kitaorang mesti intai. heh seram betul!


macam student medic pulak....some of my fwen kat Nuclear malaysia
(Bahagian Teknologi Industri)

2 minggu sebelum intern habis. macam2 benda kena buat. but everything under control. insyaAllah next week aku dah boleh analysis semua result using XRD. wargh... part ni yang aku suka sekali. ala-ala CSI pulak.

bila bekerja macam2 pengalaman kita dapat. kita dapat melihat macam mana character orang dewasa, character orang besar2 dan character orang biasa2. sambil mengenali kita muhasabah diri. melalui mereka kita belajar tentng diri kita yang tak pernah kita lihat.

masa juga mengajar kita untuk berubah mengikut suasana. namun perubahan biarlah yang positif dan yang kita pasti. bukannya kita main ubah aje.

pemikiran harus dewasa. belajar berkrompomi dengan manusia dan menerima segala kelebihan dan kekurangan.

Nuclear malaysia taklah teruk sangat. i happy with this place =)

0 comments: