hari-hari selamba aku

28 June 2009
pagi ini aku mahu lahirkan protesku
biar semua manusia tahu
aku juga manusia seperti mereka

hari ini aku mahu datang lambat ke kerja
aku mahu mereka bertanya kenapa
dengan itu aku ada harga di mata mereka

hari ini aku mahu skip lunch
biar perutku tahu aku juga mahu kurus

hari ini aku mahu mendengar lagu kuat2
aku mahu tersenyum puas2
aku mahu berkumat kamit bernyanyi
biar manusia tahu aku punya perasaan

hari ini aku mahu lari dari kerja
aku mahu menjadi seperti tidak tahu apa
biar mereka tahu aku hanya insan biasa

hari ini aku mahu pulang awal dari kerja
aku mahu membawa motor laju-laju
aku mahu mengisi minyak banyak-banyak
biar perempuan di stesen minyak tu tahu aku juga punya duit yang banyak

hari ini aku mehu siapkan semua report aku
aku mahu siapkan semua slide presentation aku
aku mahu siapakan semuanya sebelum jumaat ini
biar mereka tahu aku sentiasa bersedia

malamnya aku mahu tidur
bermimipi tentang aku
yang hidupnya
hanya tersenyum....

0 comments: