aku

28 June 2009
tak lama dulu, aku dan mei chen selalu duduk di koridor itu. dari tingkat 3 kita dapat melihat segalanya. bukan sahaja pemandangan indah jauh dihadapan, malah masa hadapan turut kita amati.

mei chen...

banyak perkara yang menjadikan aku sentiasa dekat di hatimu. malah terasa pelik tatkala bercerita tentang masa hadapan tanpamu. mungkinkah kau akan menjadi pengapitku di hari penikahan aku? mungkinkah kau akan menemankan aku ke rumah sakit dan memberi nama kepada anak aku? mungkin kah kau akan bersama dengan aku di hari-hari tua ku sambil kita berbicara tentang masa muda kita?

batas benua tidak pernah memisahkan kita. seolah menjadi asbab untuk kita saling bersama. berkongsi suka dan duka.dikala semua mereka tidak memahami aku, kala itu kau hadir menjadi si pendengar yang setia. peliknya kau senantiasa menyokong aku.

ingat lagi waktu kita berbicara tentang cinta dan impian. waktu di koridor itu sambil memerhati hujan yang turun renyai-renyai dan membasahi bumi. kau mahu membuka kedai buku disebelah kedai pengantin aku. bersama membuat kek. aku memandu kapal terbang dan kau penumpang pertama aku. bercuti di pulau redang.

antara kita berkongsi satu rahsia yang sama. bersama menyimpannya di dalam hati.

wahai pendengar setia, wahai sahabat yang setia, wahai teman yang sentiasa berada disisi


0 comments: