pak lang semoga cepat sihat...

11 July 2009
masa kecik-kecik dulu family aku bukanlah orang senang. mama sebok dengan urusan rumah dan papa sebok cari duit. kehidupan aku pun simple2 aje tapi sangat bahagia. aku ada dua orang abang yang suka sangat buli aku.

"mas gi amaik air...."

"mas tukar chanel 2...."

"mas, gi kedai belikan buku kosong...."

"mas, balik nanti balik sendiri tau!"

"mas, pegi amik mainan aku kat umah mak uda...."

dan macam-macam lagi sampai aku rasa macam nak lari rumah aje. semuanya pasal abang2 aku yang kuat membuli dan menyakat aku....

"kiki lala!!!" jerit angah. along ketawa terbahak2 dan aku....

"jangan panggil kita kiki lala!!!!" sambil menangis...

"rocky... rocky ONE!!!" along pulak...

"atuk tengoklah dorang ni!!!!"

kelakar betul bila memikirkan kembali betapa aku anti betul setiapkali along dan angah panggil aku dengan nama jenama2 baju tu semua. kiki lala, rocky one, kiko dan macam2 lagi.

apa kaitan semua ni dengan pak lang?

kisah masa kecil aku tak boleh dipisahkan dengan pak lang. pak lang waktu kami kecil masih belum punya anak lagi. jadi kasih sayangnya tertumpah pada kami. bila tiba musim perayaan, pak lang akan membawa along, angah aku dan arwah atuk (nenek) ke klang untuk membeli pakaian baru. aku masih ingat lagi antara tepat favourite kita orang adalah "Great Wall" tapi masa aku form 5 pasaraya ini terbakar so sekarang dah tak ada.

aku ingat lagi antara kitaorang bertiga ini, along dengan angahlah yang paling banyak cekadaknya. mengalahkan budak perempuan. kadang-kadang keluar masuk sampai empat lima kedai tapi tak ada satu pun yang berkenan dekat hati diorang. problem betul. dan selalunya akulah yang paling senang nak beli baju.

aku ingat lagi stail aku waktu kecik2 dulu gaun kembang yang banyak ropol2 dan bunga2. kelakar betul. arwah atuk lah yang pilih. pak lang ikutkan aje walaupun kadang2 gaun macam tu mahal harganya. sampailah akusekolah rendah aku dh malu sangat nak pakai baju cam tu barulah aku bertukar kepada jeans dan t-shirt.

hari raya kitaorang jadi sangt meriah bila pak lang selalu bawak balik bunga api dan mercun. abang2 aku memang suka baling mercun mancis kat aku. satu benda yang aku paling benci dulu. disebabkan pak lag keje kat Port so senanglah dia dapat benda2 tu. dan bila hari raya aje kitaorang akan dapat duit raya yang banyak dari pak lang.

aku masih ingat lagi waktu hari jadi aku yang ke 8 tahun mungkin, pak lang beli 2 biji kek untuk aku dengan angah yang lahir dalam bulan yang sama. seronoknya kita orang potong kek sama-sama.

bila pak lang dah ada anak pun dia tetap amik berat pasal kitaorang. setiap kali aku pergi lawatan sekolah dia mesti bagi aku duit belanja. bila nak balik matrik pun dia bagi. malah masa nak masuk UTM dia yang hantar aku.

waktu berlalu dengan pantas. namun pak lang masih seperti dulu. ada masa dia akan call dan tanya aku ada duit atau tak. katanya aku duduk jauh kat selatan, takut aku rasa tak dipedulikan. kalau ada masalah duit strait bagi tahu dia.

dan sekarang tiba-tiba pak lang sakit. minggu lepas masuk hospital. aku pergi melawat pak lang. aku rasa pelik sangat bila melangkah ke ICU dan melihat pak lang terbaring lemah dengan banyak wayar yang disambung pada badannya. dia memangdan aku dalam mamai. sungguh berbeza watak ini dengan pak lang yang aku kenal sebelum ini. yang selalu buat lawak dan ketawa dengan kuatnya. setiap kali dia buat lawak pasti semua orang akan ketawa.

rasanya baru beberapa minggu lepas di rumah nozie kami semua berkumpul meraikan hari jadi Sofea. waktu itu pak lang datang dengan membawa basikal sevagai hadiah untuk sofea. sihat sahaja aku melihat pak lang.

dan semalam, mama bagi tahu yang pak lang dah kena stroke sebelah badan. aku susah nak percaya. aku takut nak pergi ke ICU tu lagi. aku takut nak mendengar mereka bercerita tentang pak lang. aku takut nak melihat pak lang yang keupayaannya telah hilang separuh.

betapa aku melihat bagaimana tuhan menarik nikmat yang diberikan pada hambanya. aku jadi insaf dan aku tahu sakit yang dihadapinya adalah satu ujian Allah kepadanya. Bukankah sakit itu juga penghapus dosa.

syazwan kata ucu menangis ketika berjumpa ayahnya. syazwan baru berumur 11 tahun. pasti dia merasa bimbang. dan aku pasti pak lang lebih bimbang.

sudah waktunya pak lang mengharapkan kami. itu putus aku. selama ini kami sahaja yang dibantu. bukankah kita hidup saling memberi dan menerima.

alhamdulillah angah membantu juga dengan menyumbangkan duit belanja pada mak lang. pak uda pulak setiap hari menghantar mak lang berulang alik ke KPJ. mak uda turut membantu memberikan semangat pada mak lang.

dan aku... akan pulang ke johor. apa yang dapat aku lakukan?! ya ada satu selain dari doa. aku akan bawa pulang kejayaan aku. budi pak lang bukan hanya aku curahkan untuk pak lang sorang aje... aku tahu dia sangat mengaharapkan kitaorang ini akan menjaga dan membantu anak2nya dalam persekolahan. InsyaAllah... doakan kami pak lang...

semoga tuhan memberi kemudahan dan kesihatan yang baik padamu pak lang....

0 comments: