Di Keheningan Malam...

31 July 2009
Ya Allah, Mengapa aku merasa semakin jauh dariMu... Bawa Aku KepadaMu...
Sakitnya TUHAN!




في ليلة من الليال
لست أدري ما اعتراني
ظلمةٌ تغمرني يا رب


Di suatu malam dari sekian malam,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.


الأرض ضاقت والسماء
وقلبي ما عرف الضياء
والدمع بات يبكي يا إلهي


Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,
Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.


عصيت والذنب كبير
وإني في حزني أسير
مقيد بالذنب يا رب

Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,
Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.


فهل يستحق يا إلهي
العفو مجرماً
مقرٌّ بالذنوب يا إلهي

Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,
yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku?


أنت الذي خلقتني
رحمتني ورزقتني
دوماً يا رب قد كنت معي

Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku,


لكنني نأيت عنك
نسيت ما قد كان لك
وسرت في طريقي يا إلهي

Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,
Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.


واليوم يا رب أعود
من ظلمة خلف الحدود
فالقلب منكسر وطرفي حائر


Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,


وأنا الغريق فلا أرى
إلا سواك لي منقذاً
لا ملجأ ولا منجى إلا أنت
يا إلهي

Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,
Tiada tempat berpaling, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku!


pelik.

bila sudah besar, duduk di universiti ada orang rasa dia dah besar. semua yang dia buat betul dan tak ada orang layak untuk persoalkan.

jangan lupa anda masih di bumi Tuhan. Alam ini milikNya dan ketetapan datang dariNya. kalau nak buat benda gila-gila pun jangan sampai tunjuk sangat yang anda tak tahu apa2.

mahasiswa! SAY NO TO BONCENG!


Sesiapa yang berkelapangan dan ingin membantu boleh beri nama kepada

013-7143682


MAHASISWA! SAY NO TO BONCENG
(teringat masa tak de moto dulu, tak de masalah pun jalan kaki dari FKKKSA ke KTDI, tak bonceng pun n tak hingin pun!)


just a picture 2

27 July 2009

siapakah yang inteprame tu...


mana nak dapat jagung kat skudai ni?


putrajaya


langit petang yang cantik =)


me again =)


naemah pemandu setia kitaorang di Nuclear Malaysia


sekian lama akhirnya siap juga masjid tu...


petang yang indah.. waktu pulang bersama angah di hujung minggu


look caefully u will see me =)


lovely...


ni lah temperature yang selalu buat hal tu... hmm
comey bakul tu mana nak beli ya?


hm... makan di cafe sahaja...


rambutan yang tak pernah putus.


sedapppp....

bila dia datang menyinggah...

disebabkan aku yang selalu alpa akan kesihatan diri ini akhirnya menerima padahnya. sabtu lepas pulang sahaja ke bilik sudah merasa seram sejuk. kepala sudah berpusing-pusing dan merasa bagai dihentak-hentak. sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. hanya panadol menjadi pengubat kelegaan. tidur malam itu awal sekali dan bangunnya lewat pula. badan rasa tak berdaya namun harus dikuatkan juga. tekak aku mula rasa sakit yang teramat. suatu yang paling aku benci bila aku merasakan tekak sakit dan ada lendir2 di kerongkong. ini membuatkan aku selalu rasa mahu muntah. loya semacam tak terasa hambar.

menguatkan semangat merempit ke meranti. something must be done. duduk terperuk sahaja di bilik takkan menyudahkan segalanya. perut pula berkeroncong sangat. sampai di meranti aku mendapatkan strepsil dan panadol. untuk mengisi perut pula nasi dan sup ayam. argh... aku meman tak suka makan sup kalau di kolej. tapi terpaksa juga sebab tekak aku takkan dapat menerima nasi begitu sahaja. sekurang2nya dengan adanya sup ni boleh jugalah melembutkan nasi.

seharian di bilik membuatkan aku merasa takut sekali. masakan tidak bagaimana jika ajal menjemputku? dahlah aku bilik seorang. siapalah yang akan menyedari tentang kematian aku. argh... dalam lemah aku befikir2 jika2 apa terjadi pada aku beberapa strategik harus di atur. pertama maklumkan pada mama utuk call aku waktu sekian2... jika tiada balasan mama harus call rakanku untuk mendapatkan aku. peliknya aku...

alhamdulillah tiada apa yang berlku. cuma demam masih belum2 mahu kebah. tekak terasa perit sekali. stepsil entah keberapa sudah aku tela. dalam hati menyumpah2 harga strepsil yang terlalu mahal.

malamnya aku rasa lapar yang teramat. seleraku membuka2. entah kenapa malam itu terasa benar nak makan wastern. sudahnya aku minta tolong seorang sahabat untuk membelikan makanan di k9. terkejut juga sahabat aku melihat banyak makanan yang aku order.
namun apabila mula menjamah semuanya rasa hilang. tiada lagi nafsu untuk makan. argh... akhirnya kucing yang mendapat habuan.

hari ini skudai dibanjiri dengan hujan yang lebat. dalam keterpaksaan aku merempit juga sebab nak ke lab, classs dan discusion. lewat petang baru sampai ke bilik. argh.... sesutau yang aku sedari dan ku benci. aku selsema! comotnya!

berada dalam fasa sakit, aku bukanlah orang yang selalu mengalaminya. namun bila jatuh ke lembah sakit aku jadi lemah sekali. tapi masih boleh jalan. penyakit penghapus dosa. dalam berehat banyak perkara dapat aku muasabahkan. betapa dalam waktu sihat aku aku terlalu gopoh dan pentingkan diri sendiri. huh bila dah sakit ni baru nak insaf.

opsss.... rasa nak... hasssshhhhemmmm... argh!!!!

if I....

25 July 2009
banyak perkara yang singgah di dalam hati ini. kebanyakannya buat aku rasa penat sekali. namun seperti selalu "hadapi segala cabaran yang mendatag dengan kekuatan Iman!"

hari-hari berlalu terlalu senak dengan kerja2 yang harus aku selesaikan. tapi masalahnya aku ni kadang2 tak tahu nak dahulukan mana yang penting dahulu sehingga akhirnya semuanya terbengkalai.

argh... just be ur self mas. kehidupan ini indah dan nikmatilah ia sepuas mungkin. namun jangan sesekali lupa akan tanggungjawab kamu padaNya.

but.. i think i miss sumeone... huhu banyak kali anta sms pun tak eply. wargh... sombong betul kak epal sekarang ni ya.

let me guest what she do now....

huhu.....
  1. masak tomyam dan makan sorang2
  2. dengar lagu opick terutama lagu mendambamu dengan takwa then tukar lagu muhasabah cinta
  3. baca buku2 tok guru
  4. serve internet... buka meebo then chat dengan kawan2
  5. menyembur sheltox
  6. terapi kaki... argh i wonder kak epal dah operate ke?
  7. hm... mencari2 .... hah dah tua dah cepat2 sikit
  8. baca blog saiful islam... huhu saifulislam je singgahlah blog ni juga =(
  9. makan laksa banyak bawang.. huhu
  10. maybe buat usrah dengan adik2 dia. hehe kan kak epal suka cter analogi2 menarik =)

woit kak... dah lupa kitaorang ke.. bebudak lain yang saya tanya semua kata akak tak reply sms diorang. saya selaku wakil bebudak ni semua menyatakan awat ni???

lagi parah kak fatimah senyum sorang2 bila ternampak sheltox @ lipas. hehe teringat aksi kita melawan lipas dalam gelap dulu (baca entry yang mana ya aku ada tulis)

huh agak2nya nak buat suprise argh nanti masa konvo. pewwwiiiiittt nak buat come back lah tu =)

hm... kak balik argh sini cepat... busan deh tak de orang kacau pagi2... tak de orang suruh buka lagu opick... tak de orang bagi analogi free...

if kak balik... hm saya berkorban sikitlah....

  1. bagi akak buat port akak dalam bilik saya (but make sure tak kacau barang saya)
  2. masak sedap2 untuk akak (hehe selama ni akak je yang masak)
  3. tak curi indocafe akak... but sapa yang curi vico ngan indocafe saya ari tu? either akak or kak fatimah. huhuhu
  4. temankan akak... insyaAllah kalau free sekarang busy kat lab
  5. sumpah tak makan roti coklat masa bagi ikan makan kat tasik waktu akak posa.
  6. tolong belikan roti pondan akak then bila expied gi bagi ikan kat tasik.
  7. tak sakat akak lagi exspecially pasal tuttttttt......
  8. ajar akak buat blog... hah kalau dah ada blog boleh tulis analogi so boleh saya baca =)
  9. bagi akak naik malah bawak jelah Kuda BKF saya =) hehe berani ke?
  10. jadi budak baik dan menghormati orang tua. i will s zip my mouth....
so sweet bila teringat kak akak. semalam masa makan2 dengan senior kak ita bagitau kitaorang pasal akak.

"jadilah macam kak epal, tak pernah menangis walaupun ditimpa kesusahan."

yes i agree with that. saya tak pernah nampak akak nangis. cuma gelabah teruk saya tengok akak masa PKR kat Perak jatuh.

kitaorang merinduimu... datanglah bilik (bilik lama) masa konvo nanti and bawak sekali kunci bilik saya. oit dah bagi pinjam tak reti pulang pulak =)

let me HOPE....

23 July 2009
hari ni waktu di Lab, tetiba ternampak kak Nabiha. borak2 dan tanya dia rupanya dia sambung MASTER. konvo besar ni dia konvolah. hai bagusnya tak sempat keje terus sambung master. hm... sementara ada offer better go on je. tapi kalau akulah dapat offer huhu kena fikir inifinity... penat argh...

from kak nabiha, aku dapat tahu kak shahazni pun sambung gak. hm.. bagus2...

petang tadi waktu balik dari lab aku melepak sekejap kat pondok di luar lab sambil meghirup udara segar. tiba2 hatiku diruntun pilu. sebenanya ada banyak benda bersarang dalam hati. tapi tak tahu nak bagitau sapa. semua nampak busy jer....

then aku pun taip sms....

"salam.. huhu sedihnya tak de orang nak citer analogi2 bagi saya kuat semangat =("

tak direply. sigh tak de kredit ke =(

malamnya lepas discousion aku terfikir.

kan bagus kalau esok waktu aku bangun dari tidur aku dengar orang ketuk bilik aku bagai nak roboh. then bila aku bukak kak epal terjenguk depan pintu kata

"durian... tumpang bilik, kelas MASTER akak start kul 10am."

miss u kak epal...

problem dengan 2 bag....

aku bukanlah budak pompuan yang selalunya punya banyak beg. hanya mempunyai dua buah beg sahaja. satu beg sandang dan satu lagi beg silang. selalunya aku akan gunakan beg sandang apabila membawa laptop. kalau tak ada laptop pakai beg silang aje. hah senang nak sangkut kat bahu.

hari ini aku akan berkurung dalam lab psm. disebabkan itu aku pun membawa beg sandang. namun hari-hari sebelum ini aku memakai beg silang. nak dijadikan cerita kelas start jam 8am. dan aku ralit sehingga terlewat nak ke kelas. apalagi aku menyambar beg sandang aku. lepas keas pukul 10 aku masuk lab sampailah jam 1pm.

disebabkan perut rasa sangat lapar, aku pun memecut kuda BKF aku ke eranti. kenapa meranti? sebab kuah lemak cili api kat meranti best sebab tu aku gi meranti. sesampai di meranti memang ramai sangat orang. lunch hourlah katakan. disamping tu kedai computer kat situ pun buat opening ceremony.

aku tak kisah ramai ke tak perut dah berbunyi ni. apa lagi aku pun terus menuju ke kedai yang masak lemak cili api dia best. then sesampai disana aku terus merembat polystren dan mencedok nasi.

tengah2 cedok nasi tertiba aku terfikir....

"ek aku letak duit kat mana ya?"

memang kebiasaan aku sebelum membeli makanan mesti check duit dulu.

then aku pun sambil senduk nasi sambil berfikir.

"alamak duit aku kat dalam beg lagi satulah..."

huhu dengan hampa aku kembali meletakkan nasi dan polystren. nasib baik ramai yang tak perasan. demi mencover maluku aku pun terus berlalu pergi...

argh... inilah dilema budak yang mempunyai dua beg dan tak suka pakai wallet.

nasib baik aku tak senduk kuah lagi. kalau tak......

disebalik sana...

21 July 2009
malam sepi
ada angin yang menderu
ada bunyi kipas yang berdesir
ada letup letap dari key bord laptop aku

mata melihat
hati melihat
telinga juga melihat?

ada persoalan bermain di hati
siapa kamu yang membaca ini?

CREGUTM bikin gempak lagi...


Chemical Reaction Engineering Group (CREG) has been awarded The Best Research Group UTM for year 2008 at Citra Karisma ceremony held in Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia.

On top of that, Prof. Dr. Nor Aishah Saidina Amin (Head of CREG) also received the award for The Best Applied Research UTM for year 2008.

For The Best Research Group category, CREG received an RM5,000 cheque with additional RM25,000 worth of research grant. Besides that, Prof. Dr. Nor Aishah has been awarded with an RM3,000 cheque for the Best Applied Research Category for year 2008.

With the incentives given by UTM management, CREG will surely strive for Creative, Excellent, Resourceful and Green in line with CREG tagline.

CREG members that were present during the Citra Karisma ceremony are as follows:

Prof. Dr. Nor Aishah Saidina Amin (Head of CREG)

Associate Prof. Dr. Ramli Mat

Mr. Mahadhir Mohamed

Mr. Zaki Yamani Zakaria

Mr. Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin

Mrs. Roslindawati Haron

for more information visit http://cregutm.com



****tahniah kepada crew2 CREGUTM.... hehe aku pun dalam group CREG gak. tahniah juga pada supervisor aku, Prof. NASA... hm... as a student aku memang xcited tengok Prof NASA. orangnya tegas. tapi baik dan boleh dibawa berbincang. argh... nak jadi macam Prof juga. doakan saya yaProf =)

adik-adik usrah ku....

20 July 2009
hari ini mood aku bersemangat sangat nak buat usrah. mungkin sebab lama dah tak buat. bezanya hari ini aku akan berjumpa dengan adik2 yang baru. tak sabar rasanya nak berkongsi segala cerita dengan adik-adik yang baru menapak di bumi UTM ni.

alhamdulillah respon yang diberi baik- baik sahaja. disebabkan excited aku sanggup memecut BKF aku ke rainbow untuk membeli beberapa kertas yang cantik untuk aku jadika bookmark untuk adik2 baru aku. hm.... rindu mula bertapak dihati. pelikkan ikatan jika dibina atas dasar cinta padaNya terasa begitu indah walaupun masih belum bertentang mata.

namun entah mengapa tiba masa yang dijanjikan adik2 semua tak dapat datang. masing2 ada komitmen dengan sukam, asignment dan hal2 lain. hanya tuhan yang tahu betapa remuk hati ini. namun sakit di hati tidaklah berpanjangan. aku sedar apa yang berlaku ada hikmahnya. insyaAllah mereka bukan lari tapi masih punya urusan yang harus disetelkan terlebih dahulu sebelum merasai kemanisan ber"keuarga" ini.

alhamdulillah, usrah lepas banyak mengajar aku erti sabar. aku bersyukur sebab adik2 aku yang dulu kurang kerenahnya malah cintanya pada ilmu melebihi aku. walaupun kadang-kadang aku rasa sangat tak berkelayakan menghandle usrah namun aku kuatkan semangat. bukankah usrah itu keluarga. dalam keluarga kita saling membantu satu sama lain. melengkapi apa yang kurang. aku merasa begitu serook apabila adik2 usrah ku berbincang tentang sesuatu yang bau. terkadang aku tak mampu menjawabnya. namun kami saling membantu.

bersedia?
sebelum ini aku memang tak bersedia utuk memegang usah. sehinggalah suatu hai seorang senior mengajak aku pergi ke satu program islamic. mulanya aku agak keberatan. bukannya apa aku punya perancangan lain waktu itu. namun jauh dari sudut hati merasa takut nak pergi program sebegini memikirkan ilmu yang terlalu amat kurang di dada. namun alhamdulillah, senior ini tak mudah putus semangatnya. dicuba juga dia mengajak aku sehingga satu hari dia meminta aku memikirkan untuk apa dan kenapa aku harus pergi ke program sebegitu?

aku mula tertanya pada diri. kenapa aku berusrah, kenapa aku itu dan ini. sehinggalah dalam istiqarah aku menemui sesuatu...

"insyaAllah kak saya pergilah program tu. hm.. tak rugi pun dapat tambah ilmu."

"alhamdulillah. hm... kenapa nak pergi?"

"hm.. tetiba hati saya terdetik untuk apa saya buat semua ini? untuk diri saya seorang aje ke? saya rasa dah tiba masanya saya menjadi daei."

Daei...
menyebut tentang menjadi Daei semamangnya menggetarkan hati aku sendiri. cukupkan ilmu aku untuk berdakwah pada orang. sempurnakah aku?

namun jika aku terus befikiran sedemikian alamatnya tak kemanalah.

aku harus memberi pelung pada diri aku untuk bersama-sama dengan mereka.

satu hari ketika aku bangun dari tidur aku terus ke meja tulis dan menulis sesuatu pada sehelai kertas.

"apa yang aku boleh buat untuk Islam hari ini?"

sesungguhnya pertanyaan itu menyesakkan kan aku. terkadang aku merasa lemah apabila memikirkan perjalanan hidup aku sendiri. andainya hari ini aku mati mampukah aku berhadapan denganNya bersama amalanku yang tak seberapa?

Hassan al-Banna, kerusi dan ibadah...
tatkala membaca mengenai cerita pak Hassan yang membantu menyusun kerusi dalam satu majlis dimana beliau yang akan memberi ceramah aku jadi terkesima.

beliau sendiri tidak tahu amalannya yang mana akan diterima Allah samada menyusun kerusi itu atau memberi ceramah.

ucapan presiden...
tatkala presiden, saudara Amin berucap pada malam TWPMIUTM aku mula faham. untuk apa semua ini. betapa perlunya sumbangan aku dalam usrah dalam memastikan keberlangsungan Islam itu sendiri. sesugguhnya dunia hari ini makin parah dengan ledakan yang bila-bila masa bakal melumpuhkan umat Islam. InsyaAllah sumbangan sedikit ini bisa memagarkan adik2 ini daripada hanyut dalam dunia kemahasiswaan yang penuh pancaloba.

untuk adik2 akak...

marilah kita bersama membina keluarga ini. jangan pernah ada rasa rendah diri. sesungguhnya kita semua dalam process belajar. InsyaAllah bersama kita merasai kemanisan menuntut ilmu dan berkasih sayang hanya keranaNya.

tatkala malam...

19 July 2009
cuma bila jauh
bila berseorangan
waktu itulah peasaan cinta menjalar dalam hati
ikhlaskah begini?

cuma bila kesepian
bila tiada tempat untuk mengadu
bila merasa diperlekhkan
barulah rindu bertandang di hati
ikhlaskah begini?

cuma bila ditinggalkan
bila waktu terasa perlahan
bila tekanan menghimpit perasaan
ikhlaskah begini?

persetankah bayangan keikhlasan yang samar-sama diingatan
persetankan keraguan yang seolah menggugat perasaan
persetankan bisik bisik kesakitan yang cuba menyanggah kebenaran

aku merinduimu mama.....

khabarkan pada ana!

18 July 2009
assalamualaikum....

kepada pengunjung blog "My Beautiful Life" dan pada mereka yang membaca entry2 ana terbaru ini pasti dapat merasai keriasauan yang ana rasai tentang pak cik ana yang sedang sakit stroke. mungkin terlalu awal untuk ana berputus asa dan seolah menyalahkan takdir tentang apa yang berlaku pada pak cik ana. namun ana hanya insan biasa yang terkadang begitu lemah. namun ana sedar semua yang beralaku adalah dugaan dariNya kepada hambaNya. sesungguhnya dengan dugaan ini membawa ana lebih rapat terhadapNya.

untuk makluman kalian, ana sebenarnya dihantui satu perasaa fobia mengenai stroke ini. dalam entry sebelum ini ana selalu bercerita mengenai arwah atuk ana setiap kali ana menulis tentang pak cik ana. hal ini kerana arwah atuk ana meninggal dunia dalam saat dia masih stroke. jadi ana merasakan stroke ini tiada penyelesaiannya. dan ana bimbang pak cik ana yang baru berusia dalam lingkuangan 40an akan menderita stroke sepanjang hayatnya.

jadi ana memohon pada pengunjung sekalian jika kalian mempunyai sebarang pengalaman tentang pesakit stroke dan bagaimana memulihkan mereka untuk mengkhabarkan pada ana. tidak kiralah melalui sms, email (violetbiru@gmail.com) atau direct di blog ini sahaja.

semoga usaha kita yang tak seberapa ini dapat memberi kekuatan kepada pak cik ana untuk menempuh dugaan ini.

terima kasih.
-pencari sinar-

mahu sepi?

16 July 2009
waktu mahu pulang ke UTM aku merasa bimbang yang amat sangat. aku bimbang andai sampai di UTM nanti aku akan merasa keseorangan lantaran banyak sahabat2 yang seusia dengan aku berada dalam blok yang berlainan. tambahan pula afzan dan rumatenya dah pindah ke k11. hai macam manalah kalau aku nak bincang tentang pelajaran yang aku tak faham?

aku merasa tertekan dan menjadikan aku menanggug2 kan waktu untuk pulan ke UTM.

14/7/09
namun apabia berada di bumi UTM lain pula ceritanya. semangat semakin berkobar pula jadinya. sampai ke UTM jam 9 malam, atikah mengambil aku di Sri Putri. dari Sri Putri dia terus membawa aku ke program MAPEK yang berlangsung di dewan sri resak KTDI. leka dalam program Mapek yang mana LTKS membuka booth dalam rangka mempromosi LTKS kepada mahasiswa KTDI yang baru.

keseronokan berinteraksi dengan mahasiswa baru dan berbual sembang dengan adik2 sehingga aku terlupa yang aku sedang dalam proses metting dengan seorang sahabat untuk program lujnah. janji sampai ke UTM nak sambung metting tapi lain pula jadinya. booth Mapek di tutup kira-kira jam 11 malam. selepas Mapek adik2 LTKS mengajak aku sama2 bermetting utuk penutupan MAPEK esoknya. untuk tidak menghampakan mereka aku sertai juga. adik2 nampak bersemangat takkanlah aku nak bla macam tu aje. aku harus support mereka walaupun badan aku merasa letih yang amat sangat.

metting habis kira2 jam 11.50pm. disebabkan aku tak sempat nak amik kunci bilik lagi maka malam itu terpaksalah aku menumpang di bilik fadila. namun sampai di bilik Fadila aku tidak terus tidur sebaiknya menyiapkan editing untuk seruan jumaat yang mesti diserahkan pada Ustaz Nasir keesokan harinya. leka membuat editing sehingga aku tak sedar aku dah tertidur dan terima kasih kepada Pip yang mengejutkan aku bangun Subuh.

15/7/09
jam 8 pagi terus ke faculty dalam keadaan mamai dan sedikit basah kerana hujan turun pagi tu. nasib baiklah fadila pinjamkan motosikal. kalau tidak alamat jalan kakilah nampaknya.

sampai di faculty kelas rupanya jam 11. hadi masa yang ada digunakan untuk menyambung men'touch up' mana yang patut sj. kemudian bergegas ke CICT untuk print dan terus ke HEP untuk submit pada Ustaz Nasir. tepat jam 11 aku dah terpacak dalam kelas keusahawanan. wow... leturer dia meamang best... tak sabar nak pergi next class.

tepat jam pukul 1 aku bergegas balik ke KTDI dan terus memandu ke Kulai dengan atikah, Alia dan fadila untuk mengambil motosikl aku yang aku post menggunakan train. tapi sampai di sana kami dimaklumkan orang yang menjaga moto aku akan datang pada jam 3 pm. so kami pun makan dulu sambil menunggu. penat waktu tuhan aje yang tahu. dengan tak cukup tidur aku memang tak boleh berdiri betul. bimbang dengan keadaan aku yang mamai2 tu aku meminta atikah yang membawa motor aku balik.

sampai ke UTM dalam jam 4pm. aku mengambil kunci bilik dan terus ke bilik kawan kerana ada hal berkaitan sesuatu yang harus aku langsaikan disamping mengambil button badge LTKS. sesudah itu aku bersolat di bilik kawan dan meghantar kak Fatimah ke K11. dan terus ke metting LPM di BOMI. aku sampai lewat argh bengangnya.... jangan marah ye sahabat2 LPM...

dalam metting pun mamai juga namun bila tengok orang lain bersemangat aku pun jadi semangat namun mengantuk datang menujah2. geram betul!

habis metting dalam jam 6.40pm. terus pandu balik ke KTDI . mandi, solat rehat sekejap. jam 9 malam turun ke Majlis Penutupan Mapek. argh tiba2 rasa tua pulak bila masuk dlam dewan resak. ya lah yang datang seuanya junior. tapi aku peduli apa aku nak support LTKS korang tau apa.

majlis tamat jam 11 malam. paling keakar malam yang aku tengah mamai2 ni aku boleh dapat cabutan bertuah. haha first time dalam hidup aku. thanks kat anak usrah aku Diana yang pergi ambilkan hadiah =)

lepas program aku balik ke bilik dan hantar pic2 iftar melui internet pada seorang sahabat dan membuat sedikit preparation untuk majlis TWPMIUTM. alhamdulillah aku dah hantar mesej invitation dekt adik2 tentang TWPMIUTM masa di Mapek tadi so dapatlah tidur awal sikit.

16/7/09
kelas pukul 8 pagi. habis class jam 10 then terus ikut Hajar gi JJ.. ni j-card punya pasallah. n ni lah first time aku pergi jj masa j-card day. serius after dis aku takkan pergi lagi. mak oi sesaknya mengalahkan shoping malam raya.

habis shoping jam 12.30 then balik bilik. rehat , makan then jam 2 cari helmet. argh sapa ada jumpa helmet aku??? sapa ada helmet lebih pleased let me know... dah tak de helmet ni =(

nasib baik alia bagi pinjam. pukul 230 pergi HEP. alhamdulillah Ustaz Nasir dah sign so terus hantar ke bilik cetak. 3.30pm naik faculty jumpa kak Linda (RO PSM aku) mintak dia proposal aku. huhu nak kena taip sebab aku tak de soft copy dia hilang masa hard disk aku rosak. then hantar borang2 pada Prof NASA. pukul 4 balik bilik rehat2 jap. kul 5.15 gi kuliah tafaquh. best betul kelas hari ini. ustaz aminuddin pada jam 5.28pm dia kata sekaang berlaku fenomena matahari berada betul2 di atas kaabah. hm maknanya kalau kita tengok matahari pada waktu itu menghala ke arah kiblat. aku nak aje lari keluar kejap tengok tapi peliklah pulak.

then kelas habis jam 6.15. pergi library kejap print borang LPM then gi kedai photostat. then balik bilik dalam jam 710pm rehat + solat +cari montaj then pergi TWPMIUTM sampailah pukul 1130. kemudian balik bilik. sampai bilik check mail. ingat nak edit blog yang aku handle tapi tak de idea then tetiba rasa nak menulis then aku tulislah ni =0

penat???

memang penat tapi macam ni taklah sunyi sangat. aku takut sunyi sebab nanti akan rasa sedih. besok akan masuk lab untuk PSM. hah itu lagi mencabar.

weekend ini ak merancang nak bermusafir ke Melaka. hahaah sementara tak busy ni =)

tak tau nak tulis kesimpulannya apa sebab rasa dah penat sangat ni. yang penting happy sangat sebab dapat sumbang sesuatu. semoga apa yang aku lakukan ini dianggap ibadah di sisiNya...

gembiralah walaupun merasa penat kerana kita melakukanya untuk Kekasih kita yang Satu itu =)

semua ini dugaan....

15 July 2009
lewat kebelakangan ini aku merasakan bagai ada sesuatu yang sering mengacau2 ketenteraman hati. segala musibah yang menimpa aku rasakan semakin melemahkan aku. sehingga aku terlupa bahawa setiap apa yang berlaku adalah perancanganNya. dan sesugguhnya dia tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

"tuhan.. usah bebankan kami dengan dugaan yang berat.. seperti yang kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami...."

dalam kesebokan aku dua hari ini, aku sering mengeluh dengan apa yang terjadi tanpa aku mengambil sedikit pun iktibar dari segala yang berlaku.

aku marah dengan apa yang berlaku sehingga aku tak mampu untuk menerimanya. namun aku terlupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang tuhan berikan kepada aku.

apa yang berlaku pada pak lang adalah satu ujian tuhan untuknya. dan jika aku melihat dari prespektif positif sebenarnya musibah yang menimpa ini menjadikan family aku bertambah kuat dan saling membantu antara satu sama lain.

selama ini kami semua dipisahkan dengan bebanan kerja dan ego yang entah apa-apa. family gathering hanya berlaku apabila ada event2 penting seperti hari jadi dan hari raya sahaja. lihat sekarang... setiap masa terluang kami semua berkumpul, masing-masing berikhtiar dan bertukar-tukar pendapat dalam mencari jalan terbaik untuk mengubat pak lang.

masing-masing saling berkorban, duit... masa... dan perasaan...

betapa kami semua diuji...

aku tahu ya tuhan... Kau takkan membebankan hambaMu dengan sesuatu yang tak mampu mereka pikul.

jadi Kau berikanlah selalu dan berterusan kekuata dan ketabahan kepada kami dalam menghadapi musibah ini.

Ya Tuhan... kepada Mu kami berlindung dan kepadaMu jualah kami memohon pertolongan....

makbulkanlah permintaan kami....

katakan semua ini mimpi....

14 July 2009



kelam kabut yang berasa di sekeliling
lintang pukak dan hiruk pikuk deretan kenderaan
umpama angin kencang yang berlagu dalam hati aku

katakan tuhan semua ini mimpi
katakan tuhan apa yang aku lihat kelmarin adalah mimpi
katakan apa yang terjadi pada pak lang hanya mimpi
katakan penderitaan yang mereka hadapi hanya mimpi

katakanlah tuhan semuanya hanya mimpi
tuhan kekuatan yang selama ini aku rasakan
hanya dalam satu detik ianya makin menjauh aku rasakan
katakanlah tuhan semua ini hanya mimpi

katakanlah tuhan ianya mimpi
jika aku sendiri sudah kehilangan kekuatan itu bagaimana pula dengan mereka
pertama kali dalam hidupaku
aku merayu saat aku pejamkan mata
dan membukanya kembali semuanya hanya mimpi

katakanlah tuhan semua ini mimpi....

tuhan... bantu kami....

13 July 2009
waktu dulu arwah atuk pun macam tu juga.

arwah atuk ada sakit darah tinggi. satu hari masa aku balik dari sekolah aku dengar pakcik2 aku sedang berbincang tentang perkara yang agak serius. atuk akan dimasukkan ke hospital.

waktu tu aku takut sangat. kalau atuk tak ada kat rumah tak bestlah nanti. aku masih darjah 4 masa tu. angah darjah 6 dan along sedang berusaha gigih untuk SPM dia.

kalau atuk duduk hospital sapa yang nak ajar aku masak? semua orang tahu air tangan atuk memang sedap. dulu masa muda2 lepas aje suami atuk meninggal atuk buka restoran dengan Port. aku masih ingat lagi restoren tu. aku ingat lagi mak uda akan bawa aku dengan mona ke restoren tu waktu tengah hari. kitaorang akan main dekat situ. ada play ground dekat2 situ. bila penat atuk akan buka air botol gas untuk kitaorang.

baru beberapa hari lepas atuk ajar aku masak nasi. nasi tu masak dalam 3 pot. walaupun family aku ada 6 orang tapi atuk memang suka masak banyak2. kenapa? sebab dia mesti bagi dekat anak2 dia yang lain. pak uda kat sebelah rumah, mak ngah dekat sebelah rumah pak lang dan pak lang dekat sebelah rumah aku. nasi yang banyak tu atuk ajar aku masak nasi goreng. sejak hari atuk ajar aku masak nasi goreng, setiap hujung minggu aje aku yang masak sarapan. sampaikan along marah sebab tak sedap. tapi atuk kata kalau practise tiap2 hari mesti sedap. kata orang "practise make perfect".

beberapa lama kemudaian atuk dimasukkan ke pantai medical centre. lama atuk duduk dalam wad. aku bosan sangat kat umah. sampailah stu hari atuk pulang. tapi keadaan atuk tak sama macam dia pergi dulu. atuk kena stroke sebelah badan. atuk tak boleh bangun. aku sangat terkejut. aku ingat lagi macam mana mama lari dari bilik atuk dan nangis dekat dapur.

"mas... urut kaki atuk..." tegur mak uda.

aku menurut aje. aku tak faham sangat apa yang sedang berlaku.

stroke atuk tak pernah nak pulih. satu hari pak uda hantar atuk dekat rumah tukang urut yang terletak kat mana aku tak ingat. aku dengan nozie ditugaskan menjaga atuk kat rumah tu. walaupun atuk stroke tapi dia masih boleh bercakap.

waktu dengan atuk, aku rasa sedih sangat. apa yang dia mintak dekat aku masa aku bersama dia masih segar di kepala aku. walaupun aku nak buat apa yang dia minta tapi nozie tegah untuk kebaikan atuk. waktu itu aku rasa jahat sanagt.

aku nak atuk aku yang dulu!!!

bila nozie pergi mandi, aku urut atuk dan cerita tentang apa sahaja yang atuk ajar aku sambil aku keluarkan beberapa barang yang atuk pernah belikan untuk aku. atuk sapu muka aku dengan tangan dia sambil bisikkan sesuatu.

AKU NAK ATUK AKU YANG DULU!!!!

lama atuk stroke tapi tetap tak pulih. dan kemudian keadaannya makin kritikal. diasukkan ke wad sehinggalah satu pagi mama kejutkan aku dan kata atuk dah tak ada.

atuukk.......

itu cerita lama dulu......... hari ini aku akan rasa sedih setiap kali aku lihat barang2 atuk. at last aku gembira sebab atuk pergi dalam keadaan anak2 dan cucu dia semua berjaya. tak ada siapa yang susah.


malam ni aku pergi ke rumah nozie. kenapa? pak lang ada kat sana. dia tinggal kat rumah nozie. bukan pak lang tak nak balik rumah dia tapi pak uda tak bagi. umah pak lang sebelah futsall. bising!

aku datang. then salam pak lang. aku kuatkan semangat agar tiada air yang tumpah. jadi aku tak boleh pandang pak lang. aku bual2 dengan maklang. mencipta suasana gembira itu kepandaian aku.

satu sudut aku duduk di sofa. aku lihat dari jauh syazwan memicit2 kaki ayahnya. syafiq tidur di sebelah pak lang. aku tahu apa yang diorang fikirkan....

kerisauan....

aku tahu syafiq menangis dalam hati dia. aku tahu syazwan sedang mengawal air mata dia. melihat syazwan seperti melihat aku ketika menjaga atuk dulu. he not deserve for this! aku jadi marah melihat apa yang berlaku. pak lang stroke sehingga mulut dia tak boleh bercakap. siksanya!

aku hanya mampu melihat dari jauh tanpa mampu berbuat apa2. sakitnya hati ini. rasanya ingin saja aku teriakkan pada dunia andai ada siapa2 yang boleh tamatkan penderitaan ini!

Tuhan.... hanya pada Mu tuhan... hanyan kepadaMu.....

bantulah keluarga itu. berikanlah kekuatan kepada pak lang untuk menempuh dugaanMu... sesungguhnya aku redha atas apa yang berlaku. aku tahu ini hanya ujianMu... semoga ujian ini bisa membawa keuarga itu lebih dekat, lebih akrab padaMu...

kau berikanlah kekuatan pada anak2nya tuhan... kau berikanlah kekuatan kepada syafiq untuk menerjah kekalutan ini. kau berikan ketabahan kepada syazwan untuk menempuh kesulitan ini dan kau berikan kepada mak lang kesabaran untuk bersama mengharungi rintangan ini. kekalkan mereka ya Allah di jalanMu. dan kau bukakanlah hati omar untuk menerima segala ketentuanMu...

ya Allah berikan aku kekuatan untuk membantu. berikan pak uda kekuatan untuk memapah abangnya menghadapi dugaanMu... berikan kekuatan kepada mak uda dan anak2nya untuk sebuah pengorbanan dan berikan kekutan kepada semua untuk sama2 bersatu menghadapi ujian ini.

baru kini aku sedar dan melihat sendiri. betapa musibah yang kau turunkan ini bukanlah buruk belaka. sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. aku melihat sendiri Ya Allah bagaimana seorang adik yang begitu renggang dengan abangnya menidurkan abangnya di pangkuannya sambil mengalunkan zikir... SubhanaAllah......

yang terlewatkan...

12 July 2009
13 Julai 2009...

hari ini sepatutnya aku berada di UTM dan menghadiri kelas. namun aku masih selamba lagi berada di rumah. kenapa? sebab banyak hal yang perlu diselesaikan. yang pasti tak ada siapa yang boleh paksa aku balik awal. i have my own reason.

disebabkan boring di rumah, aku pun volenter nak hantar syawal ke sekolh di La Salle. actually sekolah dia betul2 depn sekolah lama aku. (STAR).

lepas hantar syawal aku pun jalan-jalan ke sekolah lama. setiap kali ke STAR dan melihat bunga-bunga kuning berguguran di hadapan sekolah tu pasti mengingatkan aku tetang seseorang. seseorang yang aku kenal sewakti belajar disekolah dulu.

setiap hari dia datang sekolah dengan basikal. berbanding aku, papa yang hantar aku setiap pagi dan menjemput aku waktu tenagh hri. kalau papa tak dapat amik aku naik bas aje, tak pun KTM.

dalam seminggu memang jarang nak nampak muka dia di sekolah. walaupun dia seorang pengawas tapi dia selalu tak datang. sebulan hanya beberapa belas kali aje attendance dia full.

tapi cikgu semua tak kisah kat dia. kenapa? coz dia genius. even dia tak datang sekolah tapi end of semester dia esti score. huh jelousnya!

penah satu hari aku dengar dia cakap dengan cikgu Ruzi...

"cikgu, saya nak letak jawatan jadi pengawas... saya tak layak."

"kamu jangan macam ni, saya yakin dengan kamu. hm... make sure next week kamu datang pemilihan jawatan pengaws. kami bercadang nak naikkan kamu jadi ketua pengawas."

dan minggu berikutnya aku dengar daripda budak-budak pengawas sekolah aku dia tak datang masa pemilihan itu.

sometimes... aku rasa dia sangat lonely. apakah dia merasakan sepi itu indah? atau dia memang lonely dan tak ada orang cuba faham perasaan dia?

mungkin dia tak lonely....

"mas... cuba teka siapa johan pingpong single?"

"sure dia!"

"ur right.... sapu bersih beregu pun sama =)"

after for last time aku jumpa dia after paper terakhir habis waktu aku tengah tunggu papa dekat bawah jejantas besar tu.

dia pun ada. waktu itu aku nak sangt tegur dia. tanya dia kalau dia ada masalah.

tapi papa pun datang dan semuanya berakhir begitu sahaja.

until now, kadang-kadang aku mesti serve internet untuk cari pasal dia. at last baru-baru ni aku dapat tau dia kat mana n apa dia buat sekarang.

aku percaya dia mesti happy sekarang dan tak lonely macam dulu lagi.


jauh dekat atas sana. dia mesti sangat gembira dapat melihat aku dan rakan-rakan dia yang lain dari atas sana.

aku tak tahu akhirnya dia akan berada di atas sana. tapi aku pasti dia gembira. berterbanganlah dengan bebas....

sampai ketemu lagi sahabat jauhku... lihatlah pada daun kuning yang berguguran dan langit yang terbentang luas... betapa dunia ciptaan tuhan ini indah... berbahagialah kau selamanya....

mungkin salahku melewatkanmu tak mencarimu sepenuh hati maafkan aku....

pak lang semoga cepat sihat...

11 July 2009
masa kecik-kecik dulu family aku bukanlah orang senang. mama sebok dengan urusan rumah dan papa sebok cari duit. kehidupan aku pun simple2 aje tapi sangat bahagia. aku ada dua orang abang yang suka sangat buli aku.

"mas gi amaik air...."

"mas tukar chanel 2...."

"mas, gi kedai belikan buku kosong...."

"mas, balik nanti balik sendiri tau!"

"mas, pegi amik mainan aku kat umah mak uda...."

dan macam-macam lagi sampai aku rasa macam nak lari rumah aje. semuanya pasal abang2 aku yang kuat membuli dan menyakat aku....

"kiki lala!!!" jerit angah. along ketawa terbahak2 dan aku....

"jangan panggil kita kiki lala!!!!" sambil menangis...

"rocky... rocky ONE!!!" along pulak...

"atuk tengoklah dorang ni!!!!"

kelakar betul bila memikirkan kembali betapa aku anti betul setiapkali along dan angah panggil aku dengan nama jenama2 baju tu semua. kiki lala, rocky one, kiko dan macam2 lagi.

apa kaitan semua ni dengan pak lang?

kisah masa kecil aku tak boleh dipisahkan dengan pak lang. pak lang waktu kami kecil masih belum punya anak lagi. jadi kasih sayangnya tertumpah pada kami. bila tiba musim perayaan, pak lang akan membawa along, angah aku dan arwah atuk (nenek) ke klang untuk membeli pakaian baru. aku masih ingat lagi antara tepat favourite kita orang adalah "Great Wall" tapi masa aku form 5 pasaraya ini terbakar so sekarang dah tak ada.

aku ingat lagi antara kitaorang bertiga ini, along dengan angahlah yang paling banyak cekadaknya. mengalahkan budak perempuan. kadang-kadang keluar masuk sampai empat lima kedai tapi tak ada satu pun yang berkenan dekat hati diorang. problem betul. dan selalunya akulah yang paling senang nak beli baju.

aku ingat lagi stail aku waktu kecik2 dulu gaun kembang yang banyak ropol2 dan bunga2. kelakar betul. arwah atuk lah yang pilih. pak lang ikutkan aje walaupun kadang2 gaun macam tu mahal harganya. sampailah akusekolah rendah aku dh malu sangat nak pakai baju cam tu barulah aku bertukar kepada jeans dan t-shirt.

hari raya kitaorang jadi sangt meriah bila pak lang selalu bawak balik bunga api dan mercun. abang2 aku memang suka baling mercun mancis kat aku. satu benda yang aku paling benci dulu. disebabkan pak lag keje kat Port so senanglah dia dapat benda2 tu. dan bila hari raya aje kitaorang akan dapat duit raya yang banyak dari pak lang.

aku masih ingat lagi waktu hari jadi aku yang ke 8 tahun mungkin, pak lang beli 2 biji kek untuk aku dengan angah yang lahir dalam bulan yang sama. seronoknya kita orang potong kek sama-sama.

bila pak lang dah ada anak pun dia tetap amik berat pasal kitaorang. setiap kali aku pergi lawatan sekolah dia mesti bagi aku duit belanja. bila nak balik matrik pun dia bagi. malah masa nak masuk UTM dia yang hantar aku.

waktu berlalu dengan pantas. namun pak lang masih seperti dulu. ada masa dia akan call dan tanya aku ada duit atau tak. katanya aku duduk jauh kat selatan, takut aku rasa tak dipedulikan. kalau ada masalah duit strait bagi tahu dia.

dan sekarang tiba-tiba pak lang sakit. minggu lepas masuk hospital. aku pergi melawat pak lang. aku rasa pelik sangat bila melangkah ke ICU dan melihat pak lang terbaring lemah dengan banyak wayar yang disambung pada badannya. dia memangdan aku dalam mamai. sungguh berbeza watak ini dengan pak lang yang aku kenal sebelum ini. yang selalu buat lawak dan ketawa dengan kuatnya. setiap kali dia buat lawak pasti semua orang akan ketawa.

rasanya baru beberapa minggu lepas di rumah nozie kami semua berkumpul meraikan hari jadi Sofea. waktu itu pak lang datang dengan membawa basikal sevagai hadiah untuk sofea. sihat sahaja aku melihat pak lang.

dan semalam, mama bagi tahu yang pak lang dah kena stroke sebelah badan. aku susah nak percaya. aku takut nak pergi ke ICU tu lagi. aku takut nak mendengar mereka bercerita tentang pak lang. aku takut nak melihat pak lang yang keupayaannya telah hilang separuh.

betapa aku melihat bagaimana tuhan menarik nikmat yang diberikan pada hambanya. aku jadi insaf dan aku tahu sakit yang dihadapinya adalah satu ujian Allah kepadanya. Bukankah sakit itu juga penghapus dosa.

syazwan kata ucu menangis ketika berjumpa ayahnya. syazwan baru berumur 11 tahun. pasti dia merasa bimbang. dan aku pasti pak lang lebih bimbang.

sudah waktunya pak lang mengharapkan kami. itu putus aku. selama ini kami sahaja yang dibantu. bukankah kita hidup saling memberi dan menerima.

alhamdulillah angah membantu juga dengan menyumbangkan duit belanja pada mak lang. pak uda pulak setiap hari menghantar mak lang berulang alik ke KPJ. mak uda turut membantu memberikan semangat pada mak lang.

dan aku... akan pulang ke johor. apa yang dapat aku lakukan?! ya ada satu selain dari doa. aku akan bawa pulang kejayaan aku. budi pak lang bukan hanya aku curahkan untuk pak lang sorang aje... aku tahu dia sangat mengaharapkan kitaorang ini akan menjaga dan membantu anak2nya dalam persekolahan. InsyaAllah... doakan kami pak lang...

semoga tuhan memberi kemudahan dan kesihatan yang baik padamu pak lang....

Pulanglah Natrah...

10 July 2009

natrah

Ia kebetulan yang menyedihkan.

Sebulan yang lalu, saya berceramah di Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa’ mensyarahkan kitab Apa Erti Saya Menganut Islam dan sebahagian masa diperuntukkan untuk berbicara tentang Sheikh Fathi Yakan, penulis buku berkenaan.

Tiga hari selepas itu, beliau kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2009.

Sebulan selepas itu, saya kembali ke al-Nidaa’ untuk melangsaikan kuliah terakhir di dalam siri syarahan kitab Apa Erti Saya Menganut Islam. Sejarah kemunculan gerakan Islam sedunia dipetik. Saya membahaskan sedikit tentang peranan yang dimainkan oleh Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmi di dalam tragedi 1950 di Singapura membabitkan Natrah atau Bertha Hertogh hingga membawa kepada penangkapan Burhanuddin al-Helmi dan dipenjarakan selama setahun.

Malam itu sebenarnya, Natrah pulang bertemu Allah.

Saya masih sugul dengan pemergian Sheikh Fathi Yakan. Masih terganggu fikiran dengan kematian mengejut Michael Jackson dan siri kejutan disambung pula dengan pemergian Natrah.

Sejarah Natrah boleh dibaca di mana-mana. Ada buku yang ditulis mengenainya. Ada artikel yang komprehensif di Wikipedia. Begitu juga dokumentari di Youtube dan di mana-mana. Bacalah, hayatilah, insafilah akan lipatan sejarah tragis negara kita di suatu masa itu.

Tetapi ada satu pengajaran besar yang jangan kita terlepas pandang mengenai tragedi Natrah.

riot

Rusuhan 1950 di Singapura

1950 menyaksikan 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera. Singapura dikenakan perintah berkurung selama dua hari. Temasek terbakar, sebagaimana rentungnya jiwa umat Islam Nusantara yang bangkit menentang usaha melari dan memurtadkan Natrah.

Itulah harga Islam di mata umat Islam tahun 1950.

Tanpa internet, tanpa sms, semangat itu merebak dengan cepat dan menular merentas kota dan desa, harga iman Natrah bukan sebarangan.

Biar pun umat Islam masih dijajah British, jiwa mereka merdeka untuk bangkit bersuara.

Di tahun 2009, tatkala Natrah kembali kepada Allah yang difasakhkan aqidah beliau dari-Nya itu, berita murtad bukan lagi berita yang menggemparkan. Usahkan mahu memandang dengan sebelah mata, kewajaran murtad pula mahu dipertahankan atas nama kebebasan beragama yang entah di mana asal usulnya.

Ketika umat Islam terbebas daripada penjajah British dan menjadi pemerintah di bumi sendiri, jiwa mereka yang pernah merdeka itu hakikatnya kembali terjajah terpenjara hingga tiada lagi suara yang membela.

Tiada lagi Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmi yang membakar semangat itu.

Tiada lagi Karim Ghani yang mengepalai kebangkitan di akar rumpun.

Tiada lagi Profesor Ahmad Ibrahim yang menjadi hakim membicarakan keadilan dan kebenaran.

Tiada lagi M.A. Majid yang membiayai perbicaraan mahkamah itu.

Sesungguhnya,

“Kita dipukul gelombang riddah, dan tiada lagi Abu Bakr untuk mendepaninya…” – Abu al-Hasan Ali al-Nadawi

PULANGLAH NATRAH

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


***hebat betul sensitiviti masyarakat Islam dahulu. sungguh berbeza dengan umat Islam sekarang. jika dilihat hari ini semakin ramai umat Islam yang murtad, namun masyarakat ambil tidak kisah sahaja. jika ada sedikit pula. sesungguhnya umat Islam kini diserang dari pelbagai sudut. Ya Allah bimbinglah kami ke jalanMu....

PPSMI dimansuhkan...

08 July 2009
Kabinet Lulus Matematik & Sains dalam Bahasa Melayu

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.

Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.

Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya.


sumber:Berita Harian


***tahniah kepada pejuang2 bahasa... mereka yang telah banyak berusaha ke arah kesedaran ini dan mereka yang turun berdemo untuk menjayakan pemansuhan PPSMI... diharap selepas ini tiada lagi eksperiment pelik yang dilakukan ke atas pelajar2 sekolah. kesian diorrang =)

Fitnah di hujung lensa

06 July 2009

embarrassed-chimpanzee

“Ustaaazzz, Assalamualaikum!” terdengar suara kuat bertempik dari anjung surau.

Saya terkejut.

Capati dilepaskan kembali ke pinggan.

“Err, wa ‘alaikum al-Salaam” saya membalas salam beriringan dengan senyuman.

“Saya sudah lama mencari peluang mahu bertemu dengan ustaz. Nak minta tandatangan buku ni!” kata beliau.

Seorang anak gadis yang hadir bersama ke Kuliah Maghrib saya malam itu.

Pakcik-pakcik yang sedang menjamah hidangan ringan usai ceramah dan Solat Isyak itu nampak terkejut dengan keramahan anak gadis itu. Terkejut juga dengan saya yang baru pertama kali berceramah di situ… barangkali.

Saya serba salah.

“Ustaz, saya nak tanyalah. Apa tips untuk orang yang putus cinta ya?” kata anak gadis itu. Duduk bertimpuh hampir-hampir bertemu lutut mengadap saya. Hingga mengesot pakcik di sebelah memberi laluan.

“Err, saya tak pernah putus cinta. Fadhilat tidak bermain cinta barangkali. Rasanya ada belaka dalam buku-buku ini!” saya membalas ringkas.

“Pakcik, saya nak bergambar dengan Ustaz Hasrizal. Tolong ambilkan gambar kami!” kata anak gadis itu sambil menyerahkan kamera digitalnya kepada Pengerusi Surau.

Beliau segera duduk rapat. Saya pula yang segera bergerak menjauhkan diri kerana takut tersentuh beliau. Sesuatu yang tidak harus, apatah lagi untuk diabadikan dalam sebuah foto yang ‘penuh berkat’ kerana diambil oleh Pengerusi Surau.

“Eh, sekejap. Sekali lagi. Takut tak jadi pula. Nanti dah putus cinta, tambah masalah dengan gambar tak jadi!” kata Pengerusi Surau. Menyindir sambil bergurau.

“Ok, terima kasih pakcik. Terima kasih ustaz. Seronoknya saya dapat jumpa ustaz. Assalamualaikoooommmm!” katanya sambil melambai tangan kepada kami.

Muka saya merah padam. Telinga pun panas. Pelbagai perasaan bercampur aduk.

MAKIN MENJADI-JADI

Sesungguhnya saya sangat tidak suka dengan perkembangan setahun dua ini apabila ramai Muslimah mahu bergambar bersama. Yang beramai-ramai itu satu bab, ini yang solo pun satu isu juga. Mahu sahaja saya tolak mentah-mentah. Tetapi tak sampai hati pula. Mengaibkan orang di tengah ramai, adalah perkara terakhir yang saya bayangkan di fikiran.

Sekadar memberi peringatan sahaja.

“Panggillah kawan-kawan lain,” saya cuba mengelak bergambar solo dengan perempuan.

“Ehh, Shahril. Mari sini kita bergambar sama!” saya menarik tangan seorang mahasiswa untuk meneman saya yang sedang dikepung oleh muslimat.

Saya tidak selesa dengan perkembangan itu.

Namun kemuncaknya ialah di surau malam itu.

Seorang perempuan mahu bergambar dengan saya hingga hampir-hampir sahaja beliau menyentuh saya. Lebih memburukkan keadaan, perempuan itu menyuruh Pengerusi Surau mengambil gambar kami berdua.

Saya berasa sangat malu dan serba salah dibuatnya.

“Maafkan saya tuan. Semenjak kebelakangan ini kejadian macam ini selalu terjadi. Risau saya dibuatnya,” saya cuba meredakan rasa janggal yang menimpa jemaah surau yang kaget dengan kejadian itu.

“Inilah akibatnya apabila banyak menulis tentang CINTA!” saya mahu memberikan kata kuncinya.

“Ehh ustaz, kena tulis banyak lagi tentang CINTA. Sebab cinta itulah remaja kita hancur dan murtad pun ada!” kata pakcik-pakcik itu.

Saya menarik nafas lega. Mujurlah pakcik-pakcik tersebut mempunyai perspektif yang selari dengan pandangan saya..

“Rasanya perempuan tadi tu sedang terganggu fikiran. Putus cinta nampaknya!” kata Pengerusi Surau.

Mungkin juga. Saya sendiri berasa begitu.

KAMI BUKAN ARTIS

Sesungguhnya saya bukan artis, bukan selebriti, bukan juga idola atau apa sahaja yang sebahagian anda bayangkan. Saya adalah seorang lelaki, Muslim, yang bukan mahram anda dan mengharapkan ada secebis haya’ untuk bertindak sebagai benteng yang membatas tindak tanduk kita.

Jika kita mengagumi tulisan penulis, dakwah pendakwah, kolum kolumnis dan novel novelis, janganlah dimanifestasikan kekaguman itu sama dengan cara peminat nyanyian penyanyi atau lakonan pelakon, untuk bergambar bersama-sama antara seorang lelaki dan seorang perempuan kerana Syaitan tidak membezakan status atau profesyen kita. Dia sentiasa menjadi pihak ketiga dalam sekeping gambar yang menghimpunkan ‘kita berdua’.

Mungkin ini maksud sebenar kata-kata orang tua, “jangan bergambar bertiga, nanti ada yang mati!” Hakikatnya gambar bertiga itu ialah dua insan yang bukan Mahram bergambar bersama, Syaitan menjadi orang ketiga, dan pemangsa itu akan membunuh salah seorang atau kedua-duanya.

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda, baik bergambar dengan saya atau sesiapa sahaja. Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau opah wan anda.

Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita.

hadith-malu

“Sesungguhnya di antara perkara yang menjadi pengetahuan sekalian manusia, yang datang dari kalam Nubuwwah ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!” [Hadith al-Bukhari : 3224]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Aku- Chairil Anwar

AKU - Chairil Anwar

kalau sampai waktuku

‘ku tak mau seorang ‘kan merayu

tidak juga kau

tak perlu sedu sedan itu

aku ini binatang jalang

dari kumpulannya terbuang

biar peluru menembus kulitku

aku tetap meradang menerjang

luka dan bisa kubawa berlari

berlari

hingga hilang pedih peri

dan aku akan lebih tidak perduli

aku mau hidup seribu tahun lagi




senja di pelabuhan kecil-Chairil Anwar


Senja Di Pelabuhan Kecil...

Ini kali tidak ada yang mencari cinta
di antara gudang, rumah tua, pada cerita
tiang serta temali. Kapal, perahu tiada berlaut
menghembus diri dalam mempercaya mau berpaut

Gerimis mempercepat kelam. Ada juga kelepak elang
menyinggung muram, desir hari lari berenang
menemu bujuk pangkal akanan. Tidak bergerak
dan kini tanah dan air tidur hilang ombak.

Tiada lagi. Aku sendiri. Berjalan
menyisir semenanjung, masih pengap harap
sekali tiba di ujung dan sekalian selamat jalan
dari pantai keempat, sedu penghabisan bisa terdekap

Chairil Anwar
1946




tetamu hidupku....

saat mata terpejam, aku hanya mengharapkan esok aku masih bernafas. masih dapat melalui hari-hari yang telah ditetapkan oleh tuhan dengan gembira dan jayanya. aku berharap saat aku membuka mata nanti, orang-orang yang aku sayang masih lagi disisi aku. sentiasa menemani aku dan tidak meninggalkan aku seorang. sesungguhnya sepi itu indah, namun andai mereka yang aku sayang menjauh dari aku, bagaimana hidup ini.

epilog luka bakal berlaku kembali dalam hidup. tidak ditinggalkan tetapi aku yag bakal meninggalkan. meninggalkan segala yang indah dalam hidup aku. meninggalkan mama dan papa, meninggalkan along, angah dan sarah, meninggalkan amirah dan kak salina dengan baby yang sedang membesar dalam perutnya.

anak perantau ini akan kembali ke medan perjuangannya. terlalu banyak perkara yang harus ia tempuh sendiri. terlampau banyak luka yang harus ia redahi. terkadang hatinya berbisik mahu dilemparkan aje semua ini. namun ia tahu bukankah dunia ini sebuah pengembaraan. dari semasa ke semasa dia melangkah, dia mengenali mereka-mereka. dia belajar mengenali diri dan dia beljar untuk mengagungkan penciptanya. sampai satu masa nanti langkahnya akan terhenti. sebelum langkah itu terhenti dia harus meneruskan perjalanana berliku ini.

sebenarnya dia tak pernah sendiri. bukankah masih ada sahabat yang sentiasa menemani. baik yang dia kenali atau tak kenali. andai dia merasa seorang diri dia akan membuka blognya. ramai teman yang sentisa memberi sokongan padu padanya.

tetamu hidupku.... kadang-kadang dia rasa geli hati memikirkan tentang segala perkara yang ada tentangnya. dia seorang yang pelik... hah itulah yang sering teman-temannya beritahu. dia akur sahaja... sebab pelik dia menjadikan dia rasa istimewa.

setiap kali dia melangkah, dia sentiasa merasakan benda baru bakal berlaku dlam hidupnya. kehadiran sahabat-sahabat amat bererti dalam hidupya. kalian umpama keluarga di hati aku.

akhir sekali... terima kasih meluangkan masa di blog ini..... jangan lupa tinggalkan comment ya =)


pentingnya takafur...

05 July 2009
mas... pak lang masuk icu...

serta merta aku terjaga dari tidur. jam menunjukkan lebih kurang 8.00 am. rasanya malam radi lagi pak lang dah sakit tapi tak lah teruk sampai masuk icu. dada aku berdebar. terasa trauma seketika. dulu arwah atuk pun masuk icu. pagi-pagi begini. esoknya arwah atuk dikhabarkan tiada. aku jadi takut. namun segera aku tepis perasaan itu jauh-jauh. insyAllah semuanya akan kembali pulih.

pak lang dah lama ada sakit darah tinggi. rasanya darah tinggi tu memang penyakit favourite dalam family aku. arwah atuk, arwah mak ngah, pak lang, mama, pak uda dan semua ada darah tinggi. cuma aku je yang drah rendah. hehe sebab selalu sangat pening kepala.

pak lang ni peik sikit. peliknya sebab dialah yang paling degil antaras semua. selagi hidup selagi itu semuanya nak dimakannya. pantang semua tolak ketepi. aku ingat lagi masa darah tinggi dia teruk masa tu tak lah sampai masuk icu. at least dia insaf dan terus pantang dalam makan. mula tinggalkan rokok dan ais. minum air putih aje.

tapi mungkin selera tekak. siapa yang boleh halang. mak lang kata baru-baru ni paklang suka sangat akan pulut, kari daging kambing. memang cari penyakit.

but the biggest thing pak lang selalu tertekan dengan kerrja dia. actually pak lang aku ni selain dari family, kerja adalah segalanya bagi dia. semalam pun dalam sakit-sakit tu dia mintak pak uda aku hantar dia ke westport. ops dia keje kat westport and selalu handle barang yang keluar masuk. tu yang always busy. keje tak pernah ada cuti. siang malam keje. sampai aku terfikir juga tadi bila aku pernah nampak pak lang aku cuti. jawapannya tak pernah.

mungkins sebab dia sanggat responsible dengan family dia. lagipun anak dia yang paling kecil, syazwan baru darjah 5. so sebab tulah dia bimbang takut-takut dibuang keje. tapi janganah sampai presure sangat.

risau betul duduk pun dekat hospital KPJ shah alam. deposit aje rm1500. nak tercabut jantung aku dengar. memang mahal betul. tapi disebabkan dah critical memang kena hantar ke swasta. angah kata kalau hantar kat hospital kerajaan memang diorang buat dek je. siut betul!

lagi memeranjatkan satu disebabkan masuk ICU bilnya jadi +- rm6000. masyaAllah, nasib baiklah ada isurans kalau tak mana nak cari duit banyak tu. BKF aku pun tak sampai banyak tu.

baru sekarang aku mengerti kepentingan insurans ni. dulu aku tak rasa ia penting sangat. hm... hari tu ada akak apa tah datang umah sewa aku jual insurans takaful . dia kata kat malaysia ni hanya ada 6 aje kot takaful yang halal. so aku akan find out apa tkaful tu and sign up. hmm.. aku pun selalu sangat pening2 sekarang ni. manalah tau apa-apa jadi sekurang-kurangnya ada takaful yang nak recover. korang pun apa lagi.

beringat sebelum kena =) pastikan yang halal ya.

untuk apa?

04 July 2009
untuk apa aku ada blog?

dulu... satu waktu dulu aku mula berbloging dengan blog di friendster. tulisannya cukup santai...ceria dan berkisar tentang apa yang aku rasa.

waktu itu tiada ada rasa retorik dalam hati. aku menulis sebebas hati aku. apa yang aku fikir, apa yang aku rasa, apa yang aku inginkan semuanya aku luahkan. walaupun pembacanya tak aku ketahui siapa namun aku rasa puas sangat. itulah penulisan bagi aku. satu medium untuk aku bercerita tentang rasa aku. satu medium untuk aku kongsikan kesengsaraan aku, satu medium untuk aku mengenali siapa yang akan setia pada aku. membaca dan memberi respon pada aku...

aku masih ingat waktu aku sign up blog untuk friendster. semua rakan2 kat matrik tanya kenapa mesti tulis blog? bagi aku kerana minat. dan untuk semua yang di atas. aku rasa bebas!

mengingatkan waktu kecil, aku menulis diari waktu aku dalam darjah 2 lagi. aku ingat lagi waktu itu aku menulis diari dalam buku yang sangat kecil. buku itu aku beli di koperasi sekolah. setiap bulan aku akan mengantikan yang baru disebabkan muka surat yang tak cukup untuk satu tahun.

balik aje dari sekolah, aku makan malam. bermain dengan along, angah dan sarah. mendengar arwah atuk (nenek kitaorang panggil atuk) bercerita waktu dia muda2 sambil menyelitkan beberapa nasihat. dan sebelum tidur aku akan menulis diari aku. aku ingat lagi ada satu hari angah curi baca diari aku. baca kuat2 pulak tu...

"hari ini bangun pagi, tak sarapan pergi sekolah naik bas auntey. tunggu dengan mama. sampai sekolah minum air gas. belajar....... balik sekolah. ari ini makan nasi dengan....... baajar.... main dengan along, angah..... atuk cerita..... tidur...."

bunyinya simple. dan aku mesti ketawa setiap kali mengingatkan apa yang aku tulis dulu. indahnya =)

sehingga hari ini aku masih menulis diari. namun tulisannya taklah macam dulu. semakin pendek dan padat. hanya even penting yang aku catatkan. dan kadang2 aku berbesar hati untuk kongsikan apa yang aku tulis dalam blog.

penulisan bagi aku terlalu luas. bisakah aku mengehad2kan tulisan aku? penulisan bagi aku adalah penyaluran perasaan. ada manusia seperti aku yang tidak mampu untuk mengekspresikan perasaannya lantas melalui apa yang aku tulisankan itulah diri aku.

pernah satu program yang aku pergi seorang senior dengan kayunya bertanya apa yang aku suka? aku mengatakan aku sukakan menulis dan mengembara.

"ada blog?"

ada... blog friendster...

pulang dari progra aku kembali membaca entry2 di blog friendster aku.

kemudian aku berkenalan dengan blogspot. mulanya aku agak keberatan untuk menulis di blogspot. aku takut aku jadi retorik. mana taknya, aku melawat semua blogspot sahabat2 yang aku kenal.....

blog pejuang....

blog aktivis.....

blog dakwah....

blog kembara......

aku jadi buntu. bagaimana pula corak blog aku. ketakutan ini sehingga aku rasa aku nak tutup blog friendster aku. takut kalau2 ada yang membacanya.

aku mula tercari-cari identiti untuk blog aku. sehingga apabila aku mula sign up blgspot aku masih tak publishkannya lagi. kerana aku bimbang bagaimana harus blogspot aku ini. identitinya harus ke hadapan... itu tanggapan aku...

perasaa itu membuatkan aku menulis sesuatu yang kadang2 terlalu retorik pada aku. aku jadi mengarut2 dan sampai2 aku tersedar apa yang aku buat ini salah.

ya aku sangat pasti agenda aku dakwah namun itu tak sepatutnya membuatkan aku jadi orang lain yang aku tak kenal. takkan aku patut hilang identiti dan menjadi orang lain sedangkan aku sendiri keliru.

"akak percaya dekat awak. awak lain dari orang lain... tapi asalkan apa yang awak buat betul teruskanlah... kita berbeza" kata2 seorang senior waktu aku dipilih menjadi TP LTKS.

aku berbeza!

..................................................................................................................................


beberapa detik...

03 July 2009
"salam.. boleh jumpa sekarang?' send...

tit.. titt...

"saya kat rumah, datanglah sekarag."

kebetulan aku betul2 ada dekat depan trafic light UKM. nasib baik dia reply cept kalau tak macam orang bodoh aje nanti mundar mandir dalam UKM ni. dah lah dlam UKM ni ada kes pelajar H1N1. topeng muka terlupa bawak pulak. huhu bahaya...

nasib baik juga lampu merah. aku masuk ke lorong kiri. akan terus menuju ke hentian kajang untuk ke apartment taman tenga. hm... rumah lama sebelum berpindah ke syeksyen 1 bangi.

sebenarnya hari ini aku akan jumpa nana. budak indon yang baru masuk menyewa bilik yang aku sewa sebelum ni. so dia akan bayar duit deposit pada aku. alhamduillah ada juga duit saat2 aku tengah kering masa ni.

sampai ke rumah terus aje jumpa nana. orangnya kecik aje. sempat gak tengok2 rumah lama. tak de yang berubah...

dapat duit aje aku terus pecut moto balik ke rumah di seksyen satu. ya lah waktu lunch sampai 2.45pm aje. sekarang dah pukul 12.40pm. aku nak kemas barang sebab petang ni angah akan terus datang umah untuk amik barang2 aku pindah ke rumah di klang (umah aku lah =) )

dalam aku merempit tu entah kenapa banyak benda yang menyinggah di hati aku. tanpa sedar kelajuan dah mencech lebih kurang 80 - 100 km/j

macam2 yang aku fikir....

esok main dengan amirah.. bayar hutang... masak apa... rindu kat kawan2... kemalangan... macam mana kalau aku excident? siapa yang akan selamatkan aku???

dan waktu tu tiba2 aku tersedar. ada waja gold kat depan aku. jaraknya lebih kurang 20 saat. dan yang ngerinya waja tu berhenti sebab nak membelok ke kanan.

aku kaku...

menoleh ke kiri...

kereta wira hitam dari selekoh kiri nak masuk jalan besar...

aku tersepit. motor harus diperlahankan....

alangkah terkejutnya aku bila aku tekan berek moto masih terasa laju... hampir merempuh. saat nilah aku membrek mengejut. brek tangan dan kaki...

SubhanaAllah....

saat aku membrek bagai nak gila tu tayar belakang aku begeser ke kiri kanan disebabkan brek mengejut tu. bunyi jangan ceritalah...

dan ketiku itulah aku merasakan sesuatu....

DETIK DETIK KEMATIAN...

aku merasakan waktu bergerak terlalu perlahan... semuanya jadi kaku.. tiada apa yang kedengaran kecuali bunyi nadiku... waktu itu masa seakan berdetik satu satu dan aku menghitungnya. pandangan aku jadi kosong... apa yang bermain di kepala aku...

mama... papa... along... angah... amirah... sarah...
hutang2...
aku mesti akan jatuh mtotor dan terperosok masuk bawah waja ni....
siapa yang akan selamat kan aku...
kemudian 15 jun...

....................................................................................................................................................................

alhamdulillah.... motor tu walaupun bergoyang namun masih stabil. mungkin kerana berat aku menstabilkan keadaan kalau tak gerenti dah jatuh. dan bersyukur juga sebab waja tu cepat membelok. mungkin perasan dengan kehadiran ngeri aku dibelakangnya.

dalam menggeletar akan berhenti di simpang. tiada air mata cuma jantung aku sahaja yang merasa nak tercabut...

semuanya berlaku dalam hanya beberapa saat.

aku bersyukur sangat sebab selamat. mampu lagi menulis di blog ini.

beberapa kali sebelum ini aku hampir excident... waktu di depan JJ Skudai... di klang dan banyak lagi... tapi pengalaman ini sangat ngeri.

alhamdulillah...

terima kasih tuhan...

detik detik rabun dalam hidupku...

01 July 2009
hampir pengsan aku dibuatnya apabila seorang sahabat yang aku minta betulkan laptop aku mengatakan hard disk aku sudah tidak dapat diselamatkan lagi....

bermulalah detik detik rabun dalam hidup aku.....

hidup bersama 'sayangku' ini bermula di semester ke dua dalah tahun pertama. masih ingat bagaimana aku memeluk erat sayangku ini tatkala pertama kali aku bawa ia pulang ke rumah. sejak itu sayangku menjadi yang pertama dan terakhir aku tatap dalm urusan seharian aku.

bangun tidur aku melihatnya... sayangku ini yang memaparkan waktu untu aku. di malamnya dia ku tatap lagi sebelum aku masuk tidur...

sejak itu segalanya aku kongsikan dengan sayang aku ini. sehingga tiada siapa yang bisa menggunakan sewenang2nya. semua mereka tahu sayangku adalah sebahagian dari hidup aku. sesiapa yang bisa mengeledah sayangku sehri suntuk pasti mengerti perwatakan sepenuhnya. yang pasti sayang ku ini "you complete my life".



namun aku terlalu angkuh... aku melayan sayangku ini terkadang penuh kejam.

"laptop nti ni penah jatuh ke?"

"em... bukan penah tapi selalu..."

"patutlah sampai terkopak tepi dia, hah hard disk pun dah rosak... ana try recover data tapi tak boleh... "

then aku dapatkan khidmat pakar...

"sorrylah... u punya hard disk senak wo... tak boleh buat... buang je beli baru..."

dan aku tahu aku dah kehilangan sayangku.. aku dah hilang segala memori aku... aku dah hilang separuh dari hidup aku...

my picture... my song... my cerpen... my alll...... terutamanya thesis yang dah complete...

dan semuanya tak de backup....

dan kini aku bertatih... kembali mencari segala yang hilang... moga kerabunan itu tidak berkekalan selamanya...