aku ingin ke pantai...

30 June 2009
masalah ini harus aku bendung seorang diri... lantaran sukarnya mulut untuk berbicara tentangnya... pernah satu ketika aku lontarkan segala beban di hati di atas sebuah bukit tinggi di tempat aku. sambil mata dan badanku menikmati keindahan ciptaan tuhan. lantas ada kapal terbang berlalu di atas aku. umpama memberi isyarat segalanya sudah selesai...

kali ini hati ini rasa berat lagi. seolah menghadapi kanser yang sedang membunuhku perlahan. penyakit apakah ini? menyesakkan hariku... aku jadi keliru... lantas pandangan ku tertatap pada sekeping gambar...

aku mahu ke pantai... laut juga boleh ... melihat ombak yang memukul sambil menghela nafasku.. mungkin menadi penawar pada kegusaran aku...

aku mahu ke pantai weekend ini....




......

bukan mudah menjadi manusia... apatah lagi manusia ini datang dengan set akal dan perasaan...perasaan?! argh... persetankan sahaja apa yang datang enyinggah di hati. biarkan sahaja percikan bisikan yang menjalar di hati. mungkin esok, lusa atau dikemudiannya aku akan terlupa. semuanya hanya cerita dibelakang hari.

kelemasan dalam keraguan sentiasa buat aku jadi marah. harus mengapa aku menunggu esok dan lusa sedangkan aku ampu kepada penyelesaianny. mengapa tak dijeritkan saja segala kekusutan.. biar ada yang mengerti..

sesak dan sempit tangkai hati... mencari adakah yang megerti permainan hati yang bernama perasaan....

online shop.....

29 June 2009
hm... alhamdulillah mood hari ni ceria bebenor walaupun ari jumaat ni ada biggest presentation... argh... who cares!

dah lama terfikir nak buat online boutique tapi selalu je ada problem. hm...tapi atas dorongan teman2 terutamanya naemah (budak lab aku) yang kakak dia pun ada online boutique aaku pu nak try gak lah... at least aku dapa juga buat something yang aku suka....

but under construction lagi... tengah nak cari suplyer... hm... tengah pikir product apa juga. but... i most prefer something yang aku create sendiri... maybe aku jual baju tapi dah aku tambah sumething hasil idea aku yang konon2 kreatif ni ler...

mostly second hand thing kot. hmmmm just wait n see....

http://melcollection.blogspot.com

sem baru tanpa 'epal yang tinggi'

28 June 2009
woi... bangun... bangun... buka pintu ni...

jam di sebelah menunjukkan pukul 8.00 pagi. argh.. sapa lah yang kurang ajar ni. dahlah datang bilik orang tak bagi tau. pulak tu ketuk macam nak pecah pintu. salam pun tak bagi. apa ke halnya ni?

aku menggulung dalam selimut. apa ingat aku nak bukak ke? hah jeritlah sorang-sorang kat luar tu. selagi tak bagi salam jangan harap aku nak bangun.

woi.. tidur mati ke?! bukak lah pintu ni? tak sembahyang subuh ke?

ek eleh suka ati je kata aku tak sembahyang subuh! dah sembahyang argh... tidur jap tak boleh ke? malam tadi stay up mata ni dah tak boleh nak angkat dah!

woit... bukak2... argh..pura2 tidurlah tu....

argh!!!! sapa ni? ngantuklah... nak mati ke budak ni?!!!

dalam tensen aku berjalan ke pintu. memang nak kena luku ni. hah siaplah ko!

hah bangun pun.. tidur mati ke? orang ketok dah nak roboh pintu tak dengar ke?

lor... si epal rupanya. apa ke hal pagi2 lagi dah tercangak depan bilik aku ni? kalau berdiri diam2 tak pa ni nak diruntuhkan pintu bilik aku. bukan ke si epal ni ada kunci bilik aku? apa ke halnya tak gunakan kunci tu?

kunci mana?

hehehe tadi nak kuar umah awal, terlupa nak amiklah durian =)

sengih pulak! tak cun langsung. aku menutup pintu. si epal masih lagi tersengih2

kelas epal kul 10 lah. unta fatimah anta awal sebab fatimah ada kelas awal.

kak epal duduklah ya... buat macam bilik sendiri. saya ngantuk gila ni, mata tak boleh bukak cuba tengok ni. kepala pun pusing. duduk diam2 saya nak tidur jap.

begitulah sehari2... kalau si epal ada kelas lambat mesti bilik aku yang dia lepaknya. abih bilik aku dipakainya sampai dia dah ada port khas dia kat bilik aku.

bila aku bawak motor baru, si epal nilah jadi pembonceng setia. walaupun aku bawak laju sampai kadang2 si epal jerit2 tapi tak serik2 gak dia naik. hehehe

BKF 3019... hah motor ni pun mesti rindukan epal. sejak si epal xcident ngan sorang akak tu (bukan naik BKF) sejak tu si epal diwarning jangan naik motor lagi. aku pun tak faham apasal. kalau korang nak tau sebelum si epal xcident aku pernah suruh si epal naik motor skuter dari giant ke UTM. hah betapa hebat tak si epal. dalam kaki dia sakit2 tu berjaya juga dia lepas lampu isyarat yang sesak tu. aku perhati jauh je.

namun after xcident semua orang tak bagi epal naik motor. pergh... kerana xcident motor tu yang dipersalahkan. sejak dari tu si epal asyik naik unta fatimah je. tak pun naik buraq NAM. huh! mentang2lah BKF aku ni kuda hitam je. tak dipandangnya lagi.

dengan epal. aku belajar banyak perkara. dulu aku panas baran sikit. pantang kena tunggu sikit aku dah mengamuk merentan tak tentu pasal. nasib baiklah si epal ni pandai cerita tentang idologi2 ni.. ada aje cter dia tu yang kenakan aku.

paling tak tahan cerita pasal epal yang tinggi. tapi entah kenapa aku pulak dapat gelaran durian belanda? cerita sikit!

epal juga selalu ajak aku bagi ikan makan kat tasik. ada ke patut bagi ikan makan roti pondan yang dah basi. tak baik betul. tak patut betul. kalau ikan sakit perut sapa nak jawab. satu hari aku cakap kat epal. wei epal kita ni selalu amik manfaat dari alam, kenapa tak kita manfaatkan diri kita untuk ikan2 dalam tasiik ini?

pergh... muka epal pelik gila...

ya lah kita makan dorang, kita bagi dorng roti basi, kita buat itu dan ini, tapi tak pernah kita buat perkara baik untuk diorang. apa kata mulai ari ni kita jangan lah berkira sangat dengan alam. kalau bagi ikan makan kita bagilah roti yang elok yang boleh kita makan. sambil tangan aku mengeluarkan roti coklat yang belum expied dari dalam beg.

haha bengang aje kak epal tengok aku bagi ikan makan sambil aku makan sekali roti tu. kenapa dia bengang? sebab masa tu kak epal puasa. hahaha

epal pun tebal gak telinga dia. tebal macam kulit apa tah. selalu aje kena sakat dengan aku. semua perkara lebih2 lagi soal jodoh...

woit kak... macam tak sesuai je datang forum cindai ni!

akak pun rasa... kita ni sepatutnya bagi peluang kat mahasiswa/i lain biar diorang faham konsep bercinta dalam islam. kehadiran kita macam sekat peluang untuk orang lain datang.

aku menggeleng2 kepala. berdehem kecil...

buka itu maksud saya.. kataku separuh berbisik

abih tu???

huhu akak tu. tak sesuai datang ni. dah nak grade dah apanya kahwin ketika belajar??? tak sesuai.. untuk tajuk ke 2 pun tak sesuai akak mana ada calon lagi...

then aku pun kena luku...

ketebalan telinga kak epal bukan hanya pada sakatan ku. malah pada lagu2 opic.

wei durian, bukak la lagu sunyi je....

lagu apa?

apa lagi lagu mendambamulah...

habis lagu mendambamu...

lagu rapuh... takwa... alhamdulillah... semester bertasbih... dan semuanya lagu opick...

kak udah2 boleh tak nak muntah dah ni. saya taulah lagu opick memang best gler tapi kalau setiap hari dengar jadi gila saya...

kalau cam tu dengar lagu muhasabah cinta

aku terjelupuk macam nak pengsan sebab lagu tu lebih kerap dimainkan sebelum ni

oit... bila nak gi angsana ni.. gi badan bei buku aku terima nikahnya?

owh jumaat petang. after orang sembahyang jumaat...

orait...

tapi sampai ari ni tak pergi2 kerana aku selalu je kena masuk lab ari jumaat. sabtu dan ahad sebok dengan program...

jom makan laksa banyak bawang...

jom beli cekodok pisang....

jom makan char kuew teaw abang kak amy...

jom itu dan jom ini...

walaupun kadang2 memang rasa macam sempoi je ngan kak epal ni tapi seronok juga.

dan sekarang aku akan mengharungi dunia kampus tanpa lagi epal.

teringat waktu epal dah nak balik ari tu...

oit kak... jangan rindu aku tau...

ek eleh... akak takut orang tu yang rindu. dengar lagu opick smpai nangis2 sabab ingat kak akak.

cet!

saya dah cari kakak baru tau. dalam list dah ada senarai2nya...

pergh....

then... kak epal balik kampung. dah habis semester dia. pergh cepatnya masa berlalu. seingat aku mula2 aku kenal kak epal masa dekat kem mahasiswa gemilang. masa tu sapa tah mintak aku amik kak epal ke kem sebab dia nak dengar ceramah ustaz ismail. balik tu aku anta dia hujan pulak. hehe sempat pau dia belanja air sirap limau.

adake patut orang kata muka aku macam kak epal?! hahaha

hm... sem baru tanpa kak epal... pasti membosankan... sapalah yang akan robohkan pintu bilik aku lagi nanti =(

(p/s: ada penambahan dialog supaya lebih tragis... ehehe)

aku

tak lama dulu, aku dan mei chen selalu duduk di koridor itu. dari tingkat 3 kita dapat melihat segalanya. bukan sahaja pemandangan indah jauh dihadapan, malah masa hadapan turut kita amati.

mei chen...

banyak perkara yang menjadikan aku sentiasa dekat di hatimu. malah terasa pelik tatkala bercerita tentang masa hadapan tanpamu. mungkinkah kau akan menjadi pengapitku di hari penikahan aku? mungkinkah kau akan menemankan aku ke rumah sakit dan memberi nama kepada anak aku? mungkin kah kau akan bersama dengan aku di hari-hari tua ku sambil kita berbicara tentang masa muda kita?

batas benua tidak pernah memisahkan kita. seolah menjadi asbab untuk kita saling bersama. berkongsi suka dan duka.dikala semua mereka tidak memahami aku, kala itu kau hadir menjadi si pendengar yang setia. peliknya kau senantiasa menyokong aku.

ingat lagi waktu kita berbicara tentang cinta dan impian. waktu di koridor itu sambil memerhati hujan yang turun renyai-renyai dan membasahi bumi. kau mahu membuka kedai buku disebelah kedai pengantin aku. bersama membuat kek. aku memandu kapal terbang dan kau penumpang pertama aku. bercuti di pulau redang.

antara kita berkongsi satu rahsia yang sama. bersama menyimpannya di dalam hati.

wahai pendengar setia, wahai sahabat yang setia, wahai teman yang sentiasa berada disisi


hari-hari selamba aku

pagi ini aku mahu lahirkan protesku
biar semua manusia tahu
aku juga manusia seperti mereka

hari ini aku mahu datang lambat ke kerja
aku mahu mereka bertanya kenapa
dengan itu aku ada harga di mata mereka

hari ini aku mahu skip lunch
biar perutku tahu aku juga mahu kurus

hari ini aku mahu mendengar lagu kuat2
aku mahu tersenyum puas2
aku mahu berkumat kamit bernyanyi
biar manusia tahu aku punya perasaan

hari ini aku mahu lari dari kerja
aku mahu menjadi seperti tidak tahu apa
biar mereka tahu aku hanya insan biasa

hari ini aku mahu pulang awal dari kerja
aku mahu membawa motor laju-laju
aku mahu mengisi minyak banyak-banyak
biar perempuan di stesen minyak tu tahu aku juga punya duit yang banyak

hari ini aku mehu siapkan semua report aku
aku mahu siapkan semua slide presentation aku
aku mahu siapakan semuanya sebelum jumaat ini
biar mereka tahu aku sentiasa bersedia

malamnya aku mahu tidur
bermimipi tentang aku
yang hidupnya
hanya tersenyum....

sorry ,143

27 June 2009

Nunye Ggot Lyrics (Sorry, I love you OST / MISA)

Onu-sae ki-ro-jin ku-rim-ja-rul tta-ra-so
Ttag-gom-i-jin o-tumsogul kudae-wa kotgu inneyo
Sonul machujapgo ku-onjae-kkajirado
Hamkke-in-nun gol manuro
Nunmuri nanungolyo

Parami chara-wochinun mankum
Kyowurun kag-ga-wo oneyo
Chogumsshik i-gori guwiru
Kudae-rul ponae-yahaet-don kyejori uneyo

Chigum orhae-yi chonnung-golchul parapabo
Hamkke innu-nisungane
Nae-modungol dangshingge jugoshipo
Iron gasume kudae-ranayo
Yakhagiman han naega ani-eyo
Irohke gudael sarang-hanun-dae
Kujo nae-mami i-rolppunin-gojyo

Ku-dae-gyo-chi-ramyon
tto oddoni-ri-radu
halsu-i-ssul-komman gata / kuron gipumi tuneyo
unuri jinago ddo-onjegga-jirado
uri sarang-yong-won-hagil
Gido hanu-i-ssoyo

Parami naye chang-ul hun-dulgo
Odu-un pammajo kkae-umyon
Kudae apun giolmachodo
Nae-ga da chiwochulkkeyo
Hwanhan ku misoro

Kkutobshi nae-rinun sae-hayan nunggut-dulro
Uri koddon i koriga
Onu-sae pyonhan gotdo morununche
Hwanhan bichuro mulduro-kayo
Nugungal wihyae nan sara-gan-nayo
Mu-woshidul da hae-chugo shipun
Irol-ke sa-rangin-jul pwae-wossoyo

Hung-shi gudae-in-nun gododin-ji arat-damyon
Kyo-ulpam pyori dwae gu-dael bicho-ssul-tende
Utdon naldo nun-mure jochodon sulpun bamedo
Onjena gu onjena
Gyote issol-kkeyo

Chigum orhae-yi chonnung-golchul parapomyon
Hamkke innu-nisun-gane
Nae-modungol dangshinke chugoshipo
Iron gasume kudae-ranayo
Ul-ji-marayo
narul parapwayo
gucho gudaeye gyoteso
hamkke itgo shipun mam ppunirago
tashin kudael nohchi anhulkkeyo

kkutobshi nae-rimyo uril kamssa-on
korigadulkhan nunkotsokeso
kudaewa naegasume chogumsshik
jakun chu-o-gul kurineyo
yongwanhi naegyote kudae issoyo


translate.....


SnowFlower

Suddenly as I followed your growing shadow
I was walking with you inside darkness.

As we hold hands until whenever that might be
Just being together makes me cry.

As the wind becomes colder, winter comes closer.
Little by little, on this path, comes the season when I had to let you go.

As I watch the first snowflowers of this year right now,
In this moment that we share together, I want to give you my all.
Do you know of my heart?

I wasn’t always so weak, I’m loving you like this but
that’s all my heart can do.

If I was by your side, no matter what the task may be
I feel as if I can do it. I get that feeling.

When the wind rattles my window and even the dark night awakens,
I’ll erase even all your painful memories.
With that bright smile.

With these white snowflowers falling endlessly,
The sidewalk that we are walking on glows with a bright light,
without even knowing that it’s changed.

Have I lived on for someone else?
Wanting to do everything for them, I learned that that was love.

If by chance I knew where you were,
I would’ve become a star in the winter sky and shined on you.

Even on days when you laugh and sad nights that are damp with tears,
I’ll be by yourside always, whenever that may be.

As I watch the first snowflowers of this year right now,
In this moment that we share together, I want to give you my all.
Do you know of my heart?

Don’t cry, look at me.
All I want to do is be together with you by your side.
I won’t let you go this time.

Inside the snowflowers that fill this path and shower on us endlessly,
little by little, small memories are being drawn inside our hearts
Forever by my side you are there.


korean song- melodi dia menarik dan menyedihkan =(


......

A single rose in your garden dwells
Like any rose it's not itself
It is my love in your garden grows
but let's pretend it's just a rose
Well I'm sorry that I love you
It's a phase that I'm going through
There is nothing that I can do
and I'm sorry that I love you
Do not listen to my song
Don't remember it, don't sing along
Let's pretend it's a work of art
Let's pretend it's not my heart...
The rose will fade when summer's gone
The song will fade and I'll be gone
because my heart is dying too
and it's all the same to you

the magnetic fields- iam sorry i love you

hati yang berlalu...

24 June 2009
alhamdulillah, malam tadi dapat juga aku pergi berusrah. entah kenapa ketika mahu pergi terasa berat sangat hati. biasalah tu kalau program2 tarbiah ni memang banyak aje yang cuba menghalangnya. namun mujur ada sahabat yang tak jemu mengajak. alhamdulillah perkongsiaan malam tadi amat-amat bermakna buat aku.

hati yang kehausan...

setelah lama meninggalkan bumi kampus dan terjun dalam dunia kerjaya memang menjauhkan aku dari suasana tarbiah. tambahan pula waktu mula2 berada di bangi ni aku menetap di apartment yang rata2nya tidak aku kenali dan terlalu sebok dalam urusan masing2.kebanyakan masa aku habiskan dengan membaca journal dan mencari penyelesaian dalam project aku di Nuclear Malaysia ni. perkara ini menjauhkan aku lagi dengan usrah. nak ke surau tak berteman. bimbang juga kerana seorang sahaja.

disini barulah aku mengenal hakikat betapa mencabarnya untuk istiqomah dalam perjuangan.

di tempat kerja aje aku memang dilihat sebagai budak alim dan tak boleh di ajak berbicara perkara2 lagha. mungkin disebabkan penampilan aku. namun itu tidaklah membuatkan aku patah semangat dan terjerumus dalam fenomena berubah kerana sekeliling. bagi aku aku yang sepatutnya menjadi pencetus kepada perubahan di situ. akulah yang harus menyebarkan kepentingan berstokin, bertudung menutup dada dan sebagainya.

namun amat sukar bergerak seorang diri. disinilah pentingnya organisasi. hampir2 juga diri ini lalai dan hanyut. mujur tarbiah Allah sering datang menguji diri ini. tersungkur dan terjatuh aku kembali membawa aku memuhasabah diri. kesebokan kerja membuatkan kadang2 aku jarang solat di awal waktu. mana pergi kepentingan aku? lantas membawa aku kembali menginsafi segala kemungkaran yang aku lakukan.

alhamdulillah sejak berpindah ke rumah sewa kak Safiyah ini aku mula merasa suasana tarbiah. solat berjemaah, mathurat, usrah dan sebagainya.hatiku jadi lapang. walaupun rumah itu memuatkan 9 orang namun tak pernah aku merasa sempit.

benarlah, apabila kita berada di dalam kampus, jalan2 perjuangan dan dakwah itu terbentang luas di hadapan kita. orang mencari2 kita. namun apabila kita berada di luar, kitalah yang harus berusaha untuk berada dalam jalan ini. harus mencari2. jika dibiarkan dengan hanya menunggu bimbang kita kan hanyut dengan cabaran hidup di luar ini.

sesungguhnya alam pekerjaan dan dunia luar ini benar2 mencabar.

teringat lagi waktu SMIDEX'09 di KLCC. waktu rehat aku di ajak makan di McD. dan denaga payahnya aku menolak. antara prinsip dan silaturrahim. mujur mereka memahami =)

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini

23 June 2009

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti. -azm_

just a picture...

anak sapa tido merata ni?

obses dengan kapal terbang... huhu bila aku boleh bawak?

budget ganas sangat la tu!

huh.. pakai lego buat ni...

macam kat oversea pulak... aik sapa cinderella nya?

desert.. mmm nyamannya =)

too many thing... tapi lazat... =)

jalan2 waktu boring... knp camera ni =(

masa blajo2 dulu.. asal buka buku boring.. apa nak jadi ni!

smangat study la konon tu... huhu semaknya!

centrifuge filter.. something bad happen... can u see?

mangsa keganasan lab

3 novel untuk 3 hari... enjoy ur self =)

o owh... amirah sedang marah... sebab dikejutkan dari tido...

happy birthday aisyah sofea =)

amirah baru bangun tido... so sweet

mei chen n me


i love gajah... huhu maca nak jatuh aje tu

mahalnya nak masuk zoo =(

matahari di pagi hari

insan sepi yang mencari diri...


bunga di puncak bukit


can u see me =)


rak buku di rumah... =)


KL yang sentiasa sesak


ala-ala CSI...


my teritory


8 minggu berada di Nuclear Malaysia macam-macam aku belajar...

sapa kata bahaya? tak bahaya pun cuma kekadang aje lah bahaya tu pun sebab tak berhata-hati. contohya tangan terluka sebab beaker pecah, terpegang benda panas, terjatuh sebab berlari dan terlanggar orang di selekoh. kalau bahaya macam tu adalah tapi kalau bahaya sebab reaktor meletop, gen mati sebab terkena sinaran, kebkaran dalam lab belum ada kes lagi =)

alhamdulillah semuanya under control.


bersama supervisor, Dr. Meor Yusoff (kiri sekali), wilfred dan kak Mas di Palace Of Golden Horses, seri Kembangan sempena dengan XRF Seminar anjuran DKSH

Nuclear Malaysia.

ada 2 kompleks, satu kat Bangi (utama) dan satu lagi kat Dengkil (dikenali sebagai MINT) dan aku keje yang dekat Bangi punya.

kemudahan semua cukip. kira kalau buat PSM aku kat sini memang best gilerlah... asal tak de barang mintak aje... Tup..tup esok datang barang dah sedia. hah tinggal run aje.

yan paling best lagi internet kat sini lagu mengalahkan formula 1. kalau tak takkanlah habid drama The Quiz Show 2 dekat Crazydrama.net tu aku tengok. hah blog pun boleh update tiap2 hari.


menjaga booth Nuclear Malaysia di SMIDEX'09 di KLCC, Dr Meor product-High Tech Alumina

other than that, rakan sekerja pun okay. walaupun kat sini ada seorang mamat yang pelik. mat bunga yang memang nak kena sepak terajang ngan kitaorag. ada ke patut semua 'bunga' yang ada kat lab kita orang ni dia nak ngorat. pulak tu setiap kali lalu depan lab kitaorang mesti intai. heh seram betul!


macam student medic pulak....some of my fwen kat Nuclear malaysia
(Bahagian Teknologi Industri)

2 minggu sebelum intern habis. macam2 benda kena buat. but everything under control. insyaAllah next week aku dah boleh analysis semua result using XRD. wargh... part ni yang aku suka sekali. ala-ala CSI pulak.

bila bekerja macam2 pengalaman kita dapat. kita dapat melihat macam mana character orang dewasa, character orang besar2 dan character orang biasa2. sambil mengenali kita muhasabah diri. melalui mereka kita belajar tentng diri kita yang tak pernah kita lihat.

masa juga mengajar kita untuk berubah mengikut suasana. namun perubahan biarlah yang positif dan yang kita pasti. bukannya kita main ubah aje.

pemikiran harus dewasa. belajar berkrompomi dengan manusia dan menerima segala kelebihan dan kekurangan.

Nuclear malaysia taklah teruk sangat. i happy with this place =)

rancangan jahat hari jumaat...

10 minggu bukan waktu yang singkat. kalau bekerja dekat pizza hut dengan gaji rm3.50 sejam dan waktu bekerja 8 jam dah boleh dapat

rm 3.50 x 8 x 5 x 10 = rm 1400

bukankah itu banyk? lepas bayar hutang PTPTN aku, lepas bayar makan aku, lepas bayar brodband aku dan lepas bayar semualah...

practikal 10 minggu dengan gaji yang macam tak de, then aku sampai sekarang belum amik mc lagi. betapa baik dan jujurnya aku...

budak2 lab semua dah amik cuti. segala cutilah, cuti sakit, cuti ada hal, cuti hujan.. aku satu cuti pun tak amik. hujan pun aku redah. betapa punya baik...

kesan jadi budak baik... aku dilanda tension dan lemah yang berpanjangan setiap kali msuk lab. aku rasa bored gila. emosi tak stabil dan mula bercakap2 sendirian. mudah marah bila experiment buat hal. minggu ni aje ku dah pecahkan 2 benda.

cuti menenagkan jiwa...

then atas saranan rakan2 lab terutamanya IRA membuatkan aku mengambil keputusan untuk cuti hari jumaat ni. tambahan pulak sepatutnya jumaat ni kita orang ada present tapi dibatalkan. macam bagi laluan aje.

dengan exitednya aku mengumumkan aku akan cuti jumaat ni dengan alasan demam.

noni pandng aku semacam... "tk baik tipu nanti betul2 demam baru tau."

aku terpinga. eh... aku sihat aje lah... hm cuti sebab nak tenangkn fikiran... cover aku. malu beb kan dah kena tegur.

then mana tau apa yang noni cakap tu masin pulak.

sampai ke rumh sewa round2 kat pasar malam. sempatah beli cucur udang. teringin lak.

lepas solat makan then melepak tengok Tv. tetiba badan rasa seram sejuk. tahulah aku bahawa aku kini dalam fasa initial nak demam. argh.... maknanya aku bakal bercuti saakit lah lepas ni....

pengajaran: jangan kecoh2 kalau nak cuti...

my family n I...

21 June 2009
mama papa along angah aku n sarah....

then bila along dah kahwin tambahlah kak salina...

setahun kemudia bertambah pula amirah...

dan kini akan tiba mungkin tahun depan adik amirah...

keluarga ini akan berkembang. angah pula akan membina keluarganya...

kemudian aku... then sarah...

masa menjadikan kami semakin membesar sehingga tanpa sedar uban di rambut mama semakin banyak dan sarah pula dah semakin sama tinggi dengan aku...

amirah dah mula memanggil aku kak CIK...

keluarga ini yang dulunya sangat bising dengan jerit pekik aku yang selalu bergaduh dengan sarah, along yang selalu mengamuk sebab lambat masak, angah yang selalu sempitkan ruang tamu sebab suka study kat situ dengan meja dan buku2 dia dan mama n papa yang selalu kacau kitaorang adik beradik semakin lama semakin pudar...

semuanya semakin berkurangan. along tiggal dengan family dia, angah pulang seminggu sekali, sarah sebok study untuk SPM dan aku merasa kehilangan...

dulu aku benci sangat kehidupan dulu. merasa geram setiap kali along balik keje mesti suruh aku buat air. angah yang selalu buli aku suruh tukar chanel TV (x de remote control), sarah yang selalu menang setiap kali bergaduh.

namun hari ini saat ini aku merindui suasana itu. betpa waktu tilah meninggalkan aku. hanya gelak ketawa menjelma apabila kami berkumpul sahaja.

Tuhan... berikan kami lebih waktu... agar dapat ku selalu rasakan kemesraan yang dulu...

i love my family... walaupun sukar untuk aku lafazkan seperti dulu...



berkrompomi dengan NYAMUK...

16 June 2009
mengarut! dah banyak ubat nyamuk dipasang namun nyamuk2 kat umah ni buat selamba aje. ala2 macam dah imune. dah sihat sangat ke nyamuk2 ni sampai orang letak ubat nyamuk pun dia tak respon.

kak A'an dah mengeluh berkali2. semangat dia dari tadi yang nak stay up sesama seakan mati dek kerana bengang dengan nyamuk yang nak sangat bermanja.

aku? seolah tak ada deria rasa. girl in black pulak tu. bukan ke nyamuk suka dekat2 dengan kehgelapan ni?

"belajar kompromi dengan nyamuk" kata aku tiba2 mencecah kesunyian malam.

kalau manusia boleh belajar saling hormat menghormati kenapa tak kita praktikannya pada nyamuk.

namun besar risikonya. kerana sekecil nyamuk itu jika ia ingkar makna diplomasi maka mungkin atau tidak aku dijangkiti denggi.

where my slipping bag?....

jun...


Hujan Bulan Juni


Tak ada yang lebih tabah

Dari hujan bulan juni

Dirahasiakannya rintik rindunya

Kepada pohon berbunga itu

Tak ada yang lebih bijak

Dari hujan bulan juni

Dihapusnya jejak-jejak kakinya

Yang ragu-ragu di jalan itu

Tak ada yang lebih arif

Dari hujan bulan juni

Dibiarkannya yang tak terucapkan

Diserap akar pohon bunga itu

Sapardi Djoko Damono



sepi itu indah...

sepi
sepi menyelubungi diri
walaupun aku terdampar di tengah ribuan manusia
namun terasa bagai hanya aku dan hati ini sahaja yang berbicara
mengapa sukar untuk aku merasakan kemeriahan yang membenakkan rasa?

teriakan teman
umpatan rakan
kejian musuh
semuanya ibarat angin yang berlalu
apa perlu aku berhenti dan menoleh pada mereka?
andai dikemudiannya hatiku yang terluka
lantas berpaling adalah yang selayaknya

aku dan duniaku sendiri
semakin hari aku semakin menyendiri
aku tak minta untuk menjadi hebat seperti mereka
aku tak pernah mengimpi untuk menjadi pujaan di kalangan mereka
aku mahu menjadi yang insan biasa sahaja
namun tetap menjalankan agendanya tanpa mengacau sesiapa

apa sukar ke manusia seperti aku untuk diterima
apa terasa mudah ke manusia yang cintakan sepi untuk dibiarkan bahagia
lantas ada yang mengambil kesempatan akan diamnya si pecinta sepi
begitu berani kalian merobek privasi diri ini

Ya aku pecinta sepi
aku pecinta suasana senyap di pagi hari
jauhi aku jika kalian takut merasa bosan
dekati aku jika ingin berkongsi cantiknya mentari

SEPI ITU INDAH



(ditujukan khas kepada budak2 practical kat lab aku... hehehe)


aKu jaTUh cINTA....

dalam masa 3 hari... argh silap dalam masa lebih kurang tiga jam aku mula rasa debarannya. kata2nya walau biasa sahaja dan kebanyakannya buat aku sukar untuk faham namun mampu membuatkan aku tersenyum. malah kekal ke hati dan jadi mudah aku fahami.

lirikan di balik bahasa yang penuh kias itu amat mendebarkan hati sehingga aku tak putus2 menatapnya. setiap inci malah satu demi satu yang terlukis di wajahnya aku tatap. biar jangan tertinggal satu pun. biar puas hati aku. biar tak tertanya2 di kemudian hari lantaran sikap acuh tak acuh selama ini. entahlah namun saat berada bersamanya aku mula jadi peka.

Ketupat Cinta...

argh novel itu mampu menggegar rasa. terasa lapar apabila membacanya. mana taknya aku yang memang dikenali suka makan ni terliur sebaik sahaja berada dalam bab pertama. dalam bab satu sahaja sudah diperkenalkan dengan juadah talam keladi yang begitu membuka selera.

Faisal Tehrani, satu nama yang tidak lagi asing dari dunia penulisan tanah air. sebelum ni aku hanya mendengar nama yang cukup gah. namun realitinya penulis yang kusanjungi ini tidak pernah aku tatap novelnya. bukan apa, omokan sahabat2 yang mengatakan penulisan Faisal Tehrani yang cukup berat menjadikan aku takut untuk membacanya walaupun setiap kali ke BADAN aku tercari cari novel 1511H Kombat.

ketupat cinta bukan satu cerita biasa. membaca ketupat cinta seolah2 membaca "The Other Side of Sejarah Melayu" walaupun Sastera Sejarah melayu tu tak pernah ku baca namun aku terasa seolah2 Ketupat Cinta menjawab segala lopak yang ada dalam Sejarah Melayu.

ceritanya berkisar tentang Parameswara (walaupun sebenarnya ingin menceritakan rahsia disebalik kematian Sultan Alaudin Syah dan Tun Lepat) . ceritanya santai, gaya bahasanya bersahaja namun AWAS karekter setiap mereka mewakili mereka yang berada di "atas" sekarang.

watak seperti Tun Rosjah amat menggelikan hati. semua yng berlaku seolah menyindir apa yang berlaku pada hari ini.

ternyata ketupat cinta memang mencengkam jiwa. terperanjat apabila membaca helaian pertama apabila penulis menggukan gaya penulisan prosa tradisional, namun makin diselak makin terasa biasa. prosa tradisional bukan masalah untuk aku menutup ketupat cinta.

ketupat cinta yang aku baca merupakan yang musim pertama. argh... ternanti2 mana musim keduanya?! tak hairanlah ketupat Cinta aku katamkan dalam satu hari sahaja =)

Nama Beta Sultan Alaudin

novel kedua dari Faisal Tehrani. novel yang setebal 144 m/s ini mulanya aku agak keberatan untuk membacanya. layaknya novel ini hanya menjadi teks bacaan sekolah menengah. namun aku layan juga disebabkan dah tak ada novel.

sekali lagi aku terpana. dengan menggunakan latar seorng datuk yang menceritakan tentang Sultan Alaudin pada cucu2nya sudah cukup untuk buat aku jatuh cinta dan kagum dengan Sultan Alaudin. pertama kali dalam hidup aku menyanjungi seorang sultan yang menjadikan Islam sebagai jalan hidup dan prinsipnya. dan tanpa sedar aku menitiskan air mata yang bukan kepalang di akhir bab tatkala Sultan Alaudin diracun. andainya Sultan ini panjang umurnya, SubhanaAllah hanya Dia sahaja yang tahu apa yang berlaku saat ini.

Buku ini layak benar dan harus jadi bahan bacaan pelajar sekolah. Faisal Tehrani menulis teks ini tanpa ada rasa jemu aku membaca BAHAN SEJARAH. malah ia menimbulkan rasa ingin tahu dan semangat membara tatkala membacanya. padanlah hanya 3 jam diperlukan untuk aku katam sementara menunggu sample di washing di dalam Lab tempat aku practical.

seterusnya aku teruskan kembara melalui novel yang bertajuk TUHAN MANUSIA. tatkala menatap novel itu aku diselubungi rasa takut. bimbang kerana isu yang dibincang mengenai soal murtad dan fahaman pluralisme.

SubhanaAllah sekali lagi aku ditarik untuk berjuang mempertahankan agama Islam. fahamlah aku apa itu pluralisme dan betapa umat Islam sekarang di ancam dengan ancaman yang cukup hebat oleh Yahudi. dalam diam, dalam kesamaran rupanya kita sedang dibedil Nuclear yang dilancarkan Yahudi dimana sinarannya dalam bentuk Hedonisme, komunisme, sekularisme dan berbagai lagi isme yang tanpa sedar telah merosakkan gen2 akidah kita. perlahan2 kita semakin jauh dari islam yang sebenar. Mana mungkin Islam itu letaknya setara dengan agama2 yang lain.

pengembaraan terhenti kerana hanya novel ini sahaja yang kak nafisah ada (kak kat rumah sewa aku). namun aku bertekad untuk mengumpul duit dan membeli novel terbaru faisal Tehrani berkaitan tentang Sultan Mahmud (Johor)

ternyata aku telah jatuh cinta dengan karya Faisal Tehrani...

dilanda ke"pelik"kan

15 June 2009
sudah lama ana merasa kepelikan yang melampau ini. entahlah, sengaja ana coretkan disini moga2 ada yang sudi berkongsi atau memberi tunjuk ajar pada ana apa sebenarnya yang harus ana fikirkan dterhadap segala persoalan yang selalu membelenggu diri ana.

menjadi pimpinan bukan satu perkara yang mudah. lebih2 lagi apabila berada dalam satu organisasi yang seringkali mengundang kontrovesi.

sering ana diomok2 kan dengan kata2 bahawa pimpinan harus berkorban lebih dari ahli. namun ana sendiri tak faham berkorban yang bagaimana. wang? masa? perasaan? namun bagaimana pula dengan ahli? argh... ana sendiri cofused pengorbanan yang bagaimana. jika wang, ana sendiri selalu dibelenggu dengan kesempitan wang. jika perasaan ana sendiri berhadapan dengan perasaan. jadi pegorbanan yang bagaimana?

dulu, lama dulu dan sekarang masih ada, selalu sahabat menepuk bahu ana minta eritakn segala msalah. terutamanya yang menekan jiwa. namun bagi ana bagai etorika belaka. hm...adakah ana terlalu melampau dengan kenyataan sedemikian. mungkin tak semua tapi ana pasti ana antara yang retorik. bercerita soal masalah, apa lagi masalah yang akan dihadapi oleh seorang siswazah kalau bukan masalah akademik. seringkali kadang2 ana merasa rimas apabila memanggil orang datang ke metting namun balasannya ana ada asignment, ada quiz ada itu dan ini. Ya ana pun ada juga, namun selalunya ana terima sahaja. apa yang ana hendak katakan dalam ana menerima alasan terbit juga di hari ana rasa marah terhadap sahabat yang seolah2 mudah aje melemparkan alasan yang terlalu BIASA. mana janji antum untuk sedia ditarbiah?

namun bila perkara yang sama kena pada ana semula. bila ana dihambatkan dengan kerja asignment, thesis tergendala, lab yang memanggil2, kak Linda yang meminta dibetulkan proposal dan ulangkaji yang tak habis alagi sedangkan final semakin tiba, ana jadi panik. waktu itu ana berusaha menggunakan waktu sebaiknya. namun waktu tu lah sahabat ramai yang datang minta itu dan ini. ana tersepit dengan kosep aula. bila ana luahkan ketidakmampuan ana, ada ypula yang mengatakan kami pun sibuk juga. paling menyedihkan "kena cakap?" seolah2 keserabutan ana itu patut ana simpan sorang2 jangan kecoh2 sebab ana tak tahu ada orang yang lebih serabut dari ana tapi diorang mampu untuk teruskan ditarbiah.

bagaimana ini? ana tersepit dan terkeliru sama ada perlu atau tidak kita luahkan segalanya pada shabat. atau isu2 sensitif seperti akademik ni kita simpan sendiri.

argh,,, bukan bermaksud melepaskan geram cuma berharap akan ada sinar dan sahabat yang sudi memimpin.ana mahu kerja ana selepas ini lebih lancar.

manusia adakalanya tersesat. lantas sahabat sebagai penunjuk arah....

lawatan lecturer...


malam tadi Dr. Hajar call kata nak melawat aku yang sedang ber "LI" kat Nuclear Malaysia ni. huhuhu akhirnya ada juga orang yang menjenguk dan berkongsi rasa apa yang aku rasa di sini.

melalui latihan industri di Nuclear Malaysia bukanlah gempak sangat yang seperti orang selalu katakan. "Ko tak takut ke?" itu soalan biasa. apa yang nak takut pun aku tak tahu. mana ada reaktor nuklear yang nak meletop. radiation pun kalau setakat 2 bulan je terdedah kat badan aku ni insyaAllah tak ada yang mendatagkan bahaya.

buat kerja dalam lab. synthesis then analysis. untuk sythesis adalah satu perkara yang bagi aku cukup bosan. bosan menunggu satu part ke satu part. bayangkan untuk washing aje perlukan 3 jam. semasa menunggu aku kebosanan. tu belum lagi waktu fusion yang memakan masa satu hari.

but the best part adalah analysis. waktu inilah aku mengorbankan kesihatan aku dengan membenarkan diri tersdedah dengan sinaran x ray. argh...tak de yang bahaya pun. akak2 RO tu dah lama keje kat sini anak dorang pun sihat2.

minggu pertama aku berjinak2 dengan analysis yang menggunakan EDXRF. machine ini menggunakan sinar XRAy untuk mengesan sebarang element yagng wujud dalam sample.

then apabila sample dianalisa, Dr Meor suruh aku menganalisis kesan leaching terhadap permukaan sample. waktu inilah yang aku rasakan amat mencabar dan menguji kesabaran aku. saiz sample antara 180 micron, 90 micron dan 45 micro dan aku perlu melihat sebutir sahaja. pergh seharian aku duduk depan komputer menganalisis dan menangkap pic sample yang terbaik.

then apabila semuanya selesai barulah aku masuk ke fasa treatment. fasa sebelumnya tadi adalah dfasa treatment dimana aku cuba menyingkirkan sebanyak yang boleh segala impurities terutamanya Ferum daripada sample aku.

dalam fasa synthesis sekali lagi aku diuji dengan sukarnya precipitate untuk terbentuk. dan andai ia terbentuk adakah dia single phase atau two phase.

segalaya menutut kesabaran. tambahan pula aku antara yang termuda dalam lab ni. kadang2 aku rasa macam kena buli aje. entahlah mungkin perasaan aku aje. so aku pun mengambil langkah buat kerja sendiri. malas nak campur2 dorang sebab bukan semua orang disini yang boleh dipercayai.

hm... nak sambung buat kerja. slide pun tak siap lagi nak present nanti.

Bubar Bubar... BUBAR DUN!






Lima minit angkat sumpah, Speaker arah Nizar keluar dewan
Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Mon | Jun 15, 09 | 1:01:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.



ImageArahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Sebelum itu, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

ImageNizar yang kembali semula ke tempat duduknya di Blok F setelah menanggalkan lilitan kain di kepalanya terus didesak meninggalkan Dewan oleh Speaker.

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memakai lilitan itu antaranya Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Pengawal Keselamatan turut mengarahkan tetamu yang hadir supaya menanggalkan lilitan yang tertulis, 'BUBAR DUN'.

Difahamkan peraturan Dewan Rakyat menetapkan mana-mana anggota yang diarah keluar Dewan oleh Speaker tanpa diberitahu tempohnya secara spesifik, tidak boleh memasuki Dewan dalam masa dua hari. - mks._


(Harakah Daily)

life...

hidup ni umpama pengembaraan...
setiap hari kita belajar tentang perkara baru. ada kala perkara yang kita lalui terlalu mengembirakan, namun "panas tak akan sampai ke petang" dalam pengambaraan tentu akan ada cabaran.

alangkah seronoknya jika dapat terbang tinggi. sebetulnya aku sangat obses dengan kapal terbang. asal ternampak kapal terbang aje mesti berhenti sekejap. merenung ke langit dan berharap aku berada di bahagian kokpit. memandu kapal menghala ke destinasi. pada masa yang sama menikmati keindahan ciptaan tuhan. merasai terbang bebas di udara tanpa mendengar suara2 bising yang sangat menyesakkan.

ramai orang selalu kata aku ni happy go lucky orangnya. aku terima dan percaya. aku mudah tertawa. mudah bergurau namun terlalu sukar untuk mengatakan yang aku TIDAK SUKA! selalunya aku hanya terdiam dan menyepi seribu bahasa apabila aku mula rasa tak selesa dan marah.

untuk mereka yang tak mengenali aku pasti merasa aku ni seorang yang pendiam. dan aku akuinya. sikap aku yang malas ambil peduli dengan perkara2 yang tak berkaitan dengan aku buat aku seringkali kelihatan suka menyendiri.

apapun itulah kehidupan. aku sendiri sedang mengembara dalam kehidupan aku. menghayati setiap eperkara yang berlaku disekeliling. menyesali segala kesilapan yang pernah aku lakukan. merindui teman2 yang sudah lama aku tinggalkan.

kehidupan... indah kehidupan ini... walau adakala aku banyak mengeluh tentang kehidupan, namun aku bersyukur kerana sehingga hari ini aku masih merasai nikmatMu... ujian Mu membaw aku dekat padaMu...

biar selamanya...

selamat hari jadi sahabat... 15 jun ....

pokai...

07 June 2009
first time dalam hidup aku aku pokai abis. samapaikan makan pun kena catu. nasib baiklah tempat keje ni cafe nya murah sikit. huhu kalau tak makan roti tiap2 hari. ada gak aku fikir nak bawa maggie hehe boleh guna hot plate masak magie =)

disebabkan pokai nilah aku terpaksa pindah umah ke tempat yang murah sikit.elok2 kat apartment di hentian kajang aku pindah ke seksyen satu bangi. anyway duduk dengan kak Saf taklah boring sangat.

hm... disebabkan pokai juga terpaksa tamatkan broadband dulu. tak de duit nak bayar bulanan.

nasib baiklah weekend balik uma dengan angah.kalau tak habis duit aku naik train.

argh... memang susah jugak bila pokai ni ya =(

tarbiah.....

tio2

seronoknya keje cumakadang2 ana rasa macam nak letupkan aje tempat keje ana ni....

argh...

hidup umpama roda...

roda....
sekejap diatas dan sekejap di bawah...
hidup ini umpama roda...

roda bukanlah teruk sangat. apabila berada diatas kita sentiasa merasa senang. namun seringkali juga hati merasa takut. takut satu waktu kita akan jatuh tersungkur. hati bimbang kerana menyangka mampukah kita untuk menghadapi saat kejatuhan itu.

dan hari ini aku sendiri merasakannya.pelik adakah aku bersedia? kenapa tiada air mata yang gugur? cuma terasa sedikitretak di tangkai jantung. hati sedikit berkocak namun terasa ada semangat kuat yang umpama menolak aku supaya buktikan pada dunia. jatuhnya aku pada hari ini tidak bermakna aku gagal untuk selamanya.

atau apa yang aku rasakan saat ini hanya alasan untuk aku menyembunyikan sedalamnya kekecewaan yang aku rasa?

argh...persetankan pada bisikan yang bisa membuatkan langkah ini terhenti. bukankah aku mahu jadi seorang yang positif? apa yang berlaku seharusnya jadi kayu ukur atau key performance index. yang bakal aku jadikan parameter untuk aku tentukan hala tuju aku selepas ini.

walaupun aku gagal merealisasikan 'hatrik' yang aku impikan selama ini, namun aku temui sesuatu...

aku temui impianku yang sebenarnya. aku jatuh tersungkur dan dalam jatuh itu aku terjumpa sesuatu yang selama ini aku tidak pernah untuk tunduk dan merenungnya.

pasti langkah selepas ini lebih hebat akibat penangan sungkuran ini.

dan aku berjanji ia kejatuhan pertama dan yang terakhir...

manusia belajar daripada kesilapan, tetapi hanya manusia bodoh sahaja yang belajar daripada kesilapan sendiri...

hikmah ketika berada di bawah dari sebuah roda....