Senyuman di bibir semua.

08 October 2009


Alhamdulillah....
Terima Kasih Tuhan....

Bersyukur padaMu Tuhan...

"mas pak lang dah boleh duduk sendiri dah. makan pun dah tak perlu guna tiup. syafiq selalu tolong mak lang mandikan ayahnya. omar pun dah makin bertanggungjawab." kata mama dengan gembira.

awal semester lepas hati aku merasa sangat sayu. sayu kerana pak lang aku yang sangat ramah dan baik hati itu telah menghidap stroke secara tiba-tiba. alangkah sayunya apabila melihat orang yang begitu bersemangat dan sangat kuat bekerja tiba-tiba terdampar lemah di atas katil. beberapa kali pak lang melakukan pemberontakan secara senyap dengan mencabut tiup yang dipasang di mulutnya bagi memasukkan glukosa kerana dia tidak boleh makan secara normal.
betapa aku menahan air mata setiap kali berhadapan dengan pak lang. mereka2 alasan di dalam diri dan mengelak dari berjumpa pak lang. bukan kerana merasa hina atau jijik tetapi kerana merasa lemah tidak mampu melakukan apa2 selain melihat penderitaannya. siapa yang tidak merasa sedih melihat anak2nya yang masih kecil yang belum puas bermanja dengan ayahnya terpaksa melihat sengsara ayahnya. seorang isteri terpaksa mencari duit untuk membesarkan anak2 pula. hati aku dimamah rasa bersalah kerana tidak mampu membantu.

"La tahzan, Allah tidak membebani hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya!" ucapan dalam sebuah kad raya yang aku kirimkan pada keluarga itu. semoga mereka dapat merasa besarnya erti rangkap itu. dan hari raya hari itu aku kembali berjumpa paklang.

alhamdulillah pak lang berbeza sekali dengan apa yang aku lihat sebelum ini. semangatnya terpancar di matanya. hati aku berbunga riang waktu melihat pak lang bermain dengan amirah. amirah pula rajin melayan pak lang. anak itu bagus sekali =)


segan pulak bila menerima duit raya dari mak lang. alahai aku tak kisah pun kalau tak dapat. sepatutnya aku yang menghulurkan duit. pak lang banyak bercakap. walaupun dia tidak dapat bercakap normal tapi dia berusaha juga untuk bercakap. hm... aku tersenyum sahaja bila melihat pak lang bersembang dengan along. along banyak mengangguk. kelakar mendengar cerita mak lang yang melayan pak lang kadang2 tak faham apa yang dikatakannya.

pak lang marah betul kalau disuruh tulis atau sms apa yang ingin dikatakannya. dia merasa seperti diperbodoh2kan.
pak uda juga rajin membawa pak lang berurut. mengikut kata pak uda, kes pak lang ni bagus. sebab dia cepat respon. lihat sahaja dalam masa sebulan setengah pak lang dah boleh duduk dan bersila sendiri. insyaAllah kalau pak lang kuat dia boleh pulih.

aku merasa senang hati yang teramat. gebira apabila melihat senyuman terukir dibibir semua. aku berharap pak lang, mak lang, omar, syafiq dan wan tidak merasa terasing dan sepi. kami semua sentiasa ada untuk anda. masih ingat lagi siapa yang selalu membelikan baju raya, baju sekolah, menghantar ke UTM , memberikan wang saku dan menelefon mas ketika di UTM. terima kasih kerana selalu mengambil berat. InsyaAllah Tuhan akan membalasnya. anggaplah apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.


senyuman dibibir semua, tiada lagi air mata, tiada lagi sengsara, kekuatan kita curahkan bersama, kesakitan kita tanamkan bersama, pergilah derita, datanglah bahagia, mensyukuri segala apa yang diberikan Ilahi, menginsafi setiap kejadian menimpa diri, menyerah diri padaNya...

0 comments: