ir a principal |
Ir a lateral
Allahhuakhbar... ternyata akulah manusia yang lemah dan terlalu mudah terlalai dan leka padaNya.
Malam ini hati aku diragut dan hancur luluh berkecai. Meletakkan diri dalam keadaan muhasabah ternyata sangat memeritkan apabila menyedari kelekaan yang dilakukan.
Kelekaan mengejar masa depan, sehingga melalaikan masa depan anak-anak
usrah. "Kak, sahabat1,2 dan sahabat 2 tak mahu pergi program, jamuan raya pun dorang tak nak pergi. dah pujuk tapi tak mahu juga." aku terdiam. kata-kata au aku sedikit menggusarkan hati. jarang benar au-au aku yang lain ni jadi liat kalau di ajak ke program.
"kenapa ya?, busy dengan program yang sedia ada ya? stress dengan study?" "macam tulah kak, exam nak dekat semua orang stress."
aku menelan air iur. stress... aku juga penah laluinya. "mas nanti ikut akak gi program ya." kata naqibah aku suatu waktu dahulu.
"em, tengoklah kak. lagipun weekend ni saya nak baliklah kak. kalau tak pergi tak pa kan."
sekarang baru merasa apa yang kak naqibah pernah rasa. aku memuhasabah. asal apa sebab jadi begini? lantas aku dapati. usrah! aku gagal dalam menjalankan tanggungjawabku dalam usrah pada au-au aku. jika dulu kami sangat rapat kerana saling berbicara dalam usrah. tapi kini mereka merasa sendirian dalam menghadapi perjuangan di kampus kerana aku yang gagal dalam usrah.
"akak rasa sebab kita kurang usrah, sebab tu korang semua rasa tak ada fell nak pergi program-program macam ni." kataku lemah dan au aku yang setia itu mengangguk. aduhai diri. betapa kau mementingkan dirimu sendiri. kau mementingkan sijil dan pointer mu seorang sehingga kau lupa pada anak2 mu. kau pernah berjanji pada mereka dahulu mahu membawa bersama-sama mereka dalam kumpulan ini, merasa seperti sebuah keluarga dan menempuh segala rintangan bersama. namun kenapa kini kau biarkan mereka? berapa kali kau mesej bertanyakan pada mereka sakit pening mereka? berapa kali kau ziarahi mereka? kau hanya hantarkan mesej ketika mahu berusrah sahaja. Allahuakhbar.... retoriknya aku! hipokrit. pentingkan diri sendiri!
pesanan untuk anak-anak ku....
jangan ditiru kelalayan yang telah dilakukan oleh manusia ini. sedikit perkongsian untukmu sahabat. kadang-kadang kita merasaka kita bakal punya lebih waktu, punya lebih masa terluang apabila kita mengambil masa keputusan untuk berhenti dan memilih masa terluang. namun tanpa kita sedar sebenarnya lebih banyak masa terluang kita lebih menghampirkan diri kita pada kehancuran. pernahkah sahabatku kau mendengar tentang 2 perkara yang akan merosakkan manusia? 2 perkara itu ialah wang yang berlebihan dan masa terluang. sahabat. aku antara yang pernah terhancur dalam masa terluang yang aku cipta. aku merasa kepedihannya. lantas aku mahu sahabat juga berfikir adakah kamu dapat berjanji masa terluang nanti akan kau habiskan sepenuhnya dengan mengulang kaji pelajaran? sahabat. tujuan aku mengajak kamu berprogram, menyertai persatuan dan usrah agar kau dapat merasa tuntutan sebuah ukhwah dalam kehidupan. hidupmu akan jadi lebih bersinar tatkal handsetmu didatangi mesej daripada sahabat yang sentiasa mengingatkan engkau kepada Tuhan. hidupmu akan jadi bercahaya apabila kau merasa berkeluarga bersama sahabat2 yang ada. kau takkan merasa sendiri. dan apabila kau berada dalam keadaan tertekan kau boleh mencari kami dan berkongsi segala duka dan lara. sahabat, kala kau lelah dalm menjalankan tugasmu, ingatlah pada siapa kau melakukan untuknya. kalau sekadar mahu menguruskan sebuah program dan mendapatkan sekeping sijil, aku berjanji kau hanya mendapat rasa penat dan fobia. namun kalau kau melakukannya atas rasa tanggungjawabmu terhadap survival Islam. atas rasa kemahuanmu untuk melakukan sesuatu untuk Islam, percayalah teman kau akan merasai kemanisannya. aku juga pernah sepertimu teman. tidak tidur malam, bertarung menyiapkan tugasan di saat akhir, membaca nota kuliah setengah jam sebelum exam, namun aku merasa kenikmatan dalam melakukan semuanya. sahabat. aku mahu kau berfikir. kembali kepada siapa dirimu dan apa yang kau mahukan dalam hidupmu. hidup ini panjang. kehidupan bukan hanya bergantung pada pointer yang bakal kau perolehi. namun kematangan dan kebijksaan mengurus masa dan tenaga mu. aku berharap kau mengambil kesebokanmu sebagai satu latihan untuk kau mendidik dirimu menjadi manusia luar biasa yang boleh menjalankan dua kerja dalam satu masa. bukan apa sahabat. kerana aku yakin pada kalian, ianya tidak mustahil. kerana kita adalah sebaik2 umat! ~muhasabah untuk diriku yang semakin lalai, Tuahn sentiasalah kau tunjukkan cahaya ke jalanMu, moga tak tersesat dalam mencari kasihMu~
0 comments:
Post a Comment