perempuan

30 October 2009


perempuan
pastinya indah di pandangan sesiapa
bisa bibik hitam sekalipun akan punya pacarnya
inikan pula perempuan seperti kamu

perempuan
bumi ini akan sepi tanpa kamu
akan malap tanpa kamu
dan akan kusam lantas mati tanpa kamu

perempuan
andai benar kau dicipta untuk menceria
untuk membawa sinar
maka jadilah perempuan
yang boleh dibanggakan oleh Tuhanmu!

"Trick or Treat!" - Halloween

ireland-546465

Belfast Castle yang ‘menyeramkan’

“Imam, apa nasihat awak kepada anak-anak kami supaya mereka tidak sibuk menyambut Halloween hujung minggu ini?” tanya seorang bapa kepada saya.

Beliau sedang menunggu Sunday School tamat tengah hari itu untuk mengambil si anak.

“Sulit. Aktiviti membuat kostum, menyiapkan bakul gula-gula, melukis poster, mengukir labu, semua itu sangat menarik perhatian anak-anak, bukan? Tempting!” saya membetulkan ketayap di kepala.

“Betul, Imam. Memberitahu anak-anak bahawa segala keseronokan itu bertentangan dengan Islam memang sulit. Saya masih mencari alternatifnya,” kata si bapa.

“Mungkin di sinilah kesilapan ibu bapa. Ada yang kuat semangat Islam, menentang sambutan harijadi, tetapi yang ditentang bukan sekadar konotasi ‘tidak Islamik’ pada sambutan harijadi itu, malah memberi hadiah kepada anak-anak pun tanpa disedari turut ditentangnya. Padahal, jika birthday itu salah sekali pun, memberi hadiah dan menyatakan penghargaan kepada anak-anak adalah Sunnah,” saya berkongsi pandangan.

“Betul. Tak sambut birthday, jangan sampai tak pernah beri anak hadiah,” tambah beliau.

“Tak bagi anak berseronok menyambut Halloween, janganlah semasa Aidilfitri pun bapa tidak bercuti untuk bergembira dengan keluarga,” saya turut menokoknya.

Kelas sudah tamat.

Anak-anak sudah keluar dari kelas dan berlari-lari turun naik tangga masjid.

Pada suatu ketika, saya dan guru-guru pening kepala dengan kerenah mereka yang sangat suka berlari di dalam bangunan masjid hingga bergegar bagai gempa bumi. Tetapi apabila memikirkan rumah Victorian masing-masing yang sempit dan berbilik-bilik, maka masjid jualah bangunan lapang yang dilihat di mata mereka seperti trek balapan!

Kawal sahaja, tidak kuasa melarangnya.

bic.jpg

MURID TUA

Keghairahan menyambut Halloween bukan hanya mengHANTUi kanak-kanak, malah turut menggeletek naluri murid tua daripada kalangan anak muda di universiti. Andaikata mereka itu remaja yang lahir dan membesar di negara Barat, tidaklah sukar untuk difahami dari mana keinginan itu dirangsang. Tetapi jika mereka baru setahun dua menjenguk negeri orang dan ghairah mahu menyertai apa sahaja yang dilakukan massa, ia lebih kepada masalah kejutan budaya berbanding survival identiti yang dialami oleh American atau British Muslim generasi kedua dan ketiga.

So, bolehkah ustaz kami menyambut Halloween?” tanya pelajar Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di Ireland, tanah Celtic tempat lahirnya Samhain, Halloween dalam lingkungan Paganism di suatu ketika dahulu.

“Sebenarnya tiada jawapan yang muktamad untuknya,” saya melayan soalan yang ditanya.

Menjawab secara reverse psychology.

Nampak ceria di wajah pelajar yang bertanya, kerana seperti bakal menerima kurniaan keharusan menyambut Halloween daripada Ustaz Hasrizal. Bolehlah nanti dialasankan, harus menyambut Halloween menurut Ustaz Hasrizal!

“Ia bergantung kepada tahap sensitiviti kamu kepada agama. Tahap kepentingan Allah dalam hidup kamu” saya menyambung.

Berubah sedikit wajahnya.

“Jika kamu anggap, yang salah di dalam Islam hanya jika kamu sujud ke salib di gereja atau menyembah berhala di kuil dan tokong, maka Halloween tidaklah sampai ke situ. Walaupun ia adalah amalan Pagan yang lebih merupakan Festival of the Dead, hari ini perayaan Halloween sudah terpisah daripada sejarahnya. Saya rasa, hanya segelintir kawan Irish kamu yang sedar akan asal usul Halloween ini,” saya meneruskan jawapan.

“Betul ustaz. Sudah jadi budaya, bukan lagi agama. Macam Chinese New Year!” sampuk pelajar itu.

“Budaya sekular!” tokok seorang lagi.

Saya mengiyakan kata-kata mereka.

Jack-o-Lantern

Halloween dengan sejarahnya yang penuh dengan tahyul itu, tidaklah disambut hari ini dengan kepercayaan yang sama. Labu Jack-o’-lantern itu bukan lagi untuk membantu roh Jack merayau antara langit dan bumi, atau untuk menghalau hantu.

Tetapi tanpa semua itu, Halloween masih Halloween.

Bagaimanakah tahap sensitiviti kita kepada isu-isu berikut?

IMITASI JAHILIAH

Islam mementingkan proses memelihara jati diri penganutnya. Tersendiri dan beridentiti.

Selain cara berpakaian yang ada kod tertentu berkaitan aurat sebagai asas dan keperluan memelihara janggut bagi lelaki, Islam juga menegah perbuatan meniru trend kaum lain yang menghilangkan identiti Islam seorang Muslim. Justeru Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

hadith-tasyabbuh

“Barangsiapa yang menyerupakan dirinya dengan satu-satu kaum, maka dia adalah sebahagian daripada kaum tersebut” [Hadith daripada Ibn Umar radhiyallaahu 'anhuma, dikeluarkan oleh Abu Dawood dan disahihkan oleh Ibn Hibban]

Walaupun hadith ini lemah kerana wujudnya perawi bernama ‘Abdullah ibn Luhay’ah, ia diperkukuhkan oleh pelbagai riwayat lain yang memperincikan penegasan yang sama oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam seperti penegasan beza puasa kita dengan puasa Ahli Kitab pada Sahur, penegasan antara lubang dan liang lahad pada cara mengebumikan jenazah, juga pada soal bersolat dengan sarung kaki atau tidak.

Tegasnya, meraikan Halloween itu melucutkan jati diri Muslim, dan meniru identiti kaum yang mensyirikkan Allah dan meraikan kufur sebagai gurau senda harian.

PERGAULAN BEBAS

Sambutan Halloween sama ada di jalanan atau di parti-parti yang dianjurkan, sangat sinonim dengan amalan pergaulan bebas. Bercampur aduk di antara lelaki dan perempuan dalam suasana liar, malah keliru di antara lelaki dan perempuan kerana kostum yang pelbagai, sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah Halloween sangat sinonim dengan pertambahan kes jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah dan seks seperti rogol. Biar pun jenayah ini mengalami normalisasi akibat budaya Barat yang bertolak ansur malah menerima seks bebas ini, bagaimana pula dengan Islam, al-Quran, kubur, Akhirat, Syurga, Neraka dan Allah Subhanahu wa Ta’aala itu sendiri?

Soalnya sejauh manakah sensitiviti kita terhadap hal tersebut?

17_32“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan)” [al-Israa' 13: 32]

Halloween adalah pakej lengkap untuk anak muda mendekatkan diri kepada zina.

SimpsonsHalloween

MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM

Trick or treat?!” sergah anak-anak muda di pintu rumah.

Tuan rumah mempunyai dua pilihan.

Sama ada melayan ‘hantu-hantu’ yang datang ke muka pintu (treat), atau disumpah dengan sial di dalam sejarah atau helah mengena yang dikenakan mengikut kreativiti mereka (trick).

Mengetuk pintu rumah pada waktu malam untuk gurau senda versi Halloween ini amat mengganggu ketenteraman awam. Orang tua dan bayi kecil adalah golongan yang paling terjejas. Tambahan pula dengan penyertaan mercun, Halloween sangat mengganggu malah bisa juga memudaratkan orang lain.

Ia bertentangan dengan definisi Muslim yang disebut oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

hadith-mansalimalmuslimun

“Seorang Muslim itu ialah seseorang yang para Muslim lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya” [Muttafaq 'alayhi]

Muslim mengambil berat dan membantu jiran tetangga.

Muslim tidak menyusah dan mengganggu mereka.

PEMBAZIRAN

Matlamat baiknya tiada.

Belanja meraikan Halloween membabitkan wang dan masa.

Kombinasi antara wang dan masa yang dibelanjakan dengan matlamat baik yang tiada, menghasilkan formula pembaziran.

Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga yang menjual kostum serta segala peralatan untuk menyambut Halloween? Berapakah penjimatan yang boleh dilakukan apabila kita tidak menjadi manusia yang sentiasa mengikut trend, buat apa yang orang lain buat, beli apa yang orang lain beli, pakai apa yang orang lain pakai?

Ada saudara mara yang kesusahan, ada anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan, ada tanggungjawab belajar yang memerlukan buku serta pelbagai proses pembelajaran lain yang perlu diutamakan, mengapa Halloween jadi pilihan?

17_26-27

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” [al-Israa' 17: 26-27]

Ada banyak bentuk pembaziran lain yang menjadikan kita saudara Syaitan. Tetapi membazirkan wang dan masa untuk Halloween, adalah acara rasmi menjadi saudara Syaitan dengan sokongan kostum dan kegilaan laku.

LAGHA

Apa sahaja perbuatan yang tidak dapat dijustifikasikan motifnya secara positif pada neraca agama, adalah lagha.

Menghindarkan diri daripada perkara-perkara lagha itu adalah salah satu daripada jalan penting untuk seorang insan beriman mengecap kejayaan di dunia dan di Akhirat.

23_1-3

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Usaha seorang Mukmin mencegah dirinya daripada terbabit dengan sambutan Halloween adalah sebahagian daripada sikapnya yang perlu berterusan pada mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Jelas sekali keupayaan mengawal diri agar kehidupan terisi dengan manfaat, kebajikan dan kebaikan, adalah sikap-sikap manusia berjaya, dan selayaknya golongan yang berjaya itu didahului oleh Mukmin yang sudah sedia menerimanya sebagai sebahagian daripada tujuan hidup.

PENTINGKAH SEMUA ITU?

“Berbalik kepada persoalan asal tadi, pentingkah semua itu kepada kita?” saya mengejutkan pelajar daripada lamunan mereka.

“Nasihat saya ini tidak relevan jika Halloween mahu dihindarkan, sedangkan majlis tari menari, keluar masuk rumah lelaki dan perempuan secara bebas dan semua itu masih menjadi kebiasaan harian kita. Semuanya berbalik kepada tahap sensitiviti anda. Ia besar bagi seorang Mukmin yang menjadikan Allah sebagai keutamaan tertinggi hidupnya. Ia remeh bagi Muslim yang lebih cenderung untuk menjamu nafsunya berbanding tujuan hidup yang tinggi. Terpulang” saya menyudahkan sesi soal jawab.

Teringat kembali kepada sambungan perbualan saya bersama ibu bapa pelajar Belfast Islamic School.

b-i-s

Pelajar-pelajar Belfast Islamic School. [kredit]

Kami para guru menganjurkan kepada ibu bapa pelajar supaya berhemah dalam menerangkan hal ini kepada anak-anak. Jangan sampai nanti, ada anak-anak yang beranggapan bahawa ibu bapa mereka menjadikan agama sebagai alasan untuk tidak mengeluarkan belanja, mengongkong anak-anak sedangkan mereka sendiri tidak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa yang mematuhi agama.

Pastikan sambutan Aidilfitri dan Aidiladha cukup manis untuk dikenang oleh anak-anak. Elakkan bekerja pada hari perayaan kaum Muslim yang dianugerahkan Allah dan Rasul ini.

Berikan keyakinan kepada anak-anak untuk berani tersendiri. Mempunyai identiti dan tidak sentiasa terpaksa serupa dengan orang lain.

Jika terdesak, cutikan sahaja anak-anak daripada hari persekolahan ketika parti Halloween diadakan.

Dan apa yang lebih utama, jadikan Islam benar-benar sebagai sistem nilai keluarga. Jangan tunggu Halloween baru mahu ‘menggunakan’ Islam.

Dalam situasi seperti ini, ‘presenting problem’ yang ada di depan mata adalah Halloween. Tetapi ‘the real problem’ yang perlu diberikan perhatian ialah, di mana Islam dalam hidup kamu?

PA120031

Soalan itu semakin ganjil apabila ia dirujuk kepada keghairahan warga Malaysia menyertai Halloween kebelakangan ini.

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu. [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

amira=atuk



baru terperasan, muka amirah sama macam arwah atuk (nenek belah mak aku)...

senyuman dan ketenangannya.

mencari2 gambar atuk tapi baru teringat memang tak ada yang softcopy. hanya yang hard copy tersimpan dalam sampul bersama gambar2 hard copy ahli keluarga yang lain.

sesungguhnya aku rindukan atuk yang selalu mengatakan pada aku, besar nanti akan jadi perempuan yang cantik, maka kena jaga diri!

cukup membuatkan aku tersedu!

Perempuan ini
yang dahulunya kecil
kini sudah besar
sudah mahu melakar sejarahnya
sudah mahu menjadi bidadari
bukan sahaja di hati suaminya
malah mahu menjadi bidadari
yang menyampaikan sinar Tuhan
pada hambanya yang lain

perempuan ini
yang dahulunya cumut dengan hingusnya
kini masih cumut lagi
cumut dengan kecampingan ilmu
tetapi tidak pernah silu untuk menambahnya

tenanglah wahai atukku
aku mahu menjadi bidadari yang mencarimu nanti
dan terpegun melihat kau
yang semakin cantik di syurga!


mengira waktu

29 October 2009

untuk yang pertama kali ini
aku pinta padamu
hantarkan aku pulang ke pangkuan keluargaku

untuk sekian kali
aku merayu padamu
hantarkan aku pulang ke pangkuan keluargaku

dan untuk yang terakhir kali
aku pinta kau
hantarka aku pulang ke pangkuan keluargaku

terlalu banyak cinta. begitu padat cerita sehingga hatiku terasa sakit yang amat. tak terbendung sehingga mencengkam lantas menjadikan aku geram.

perasaan sakit pantas kan berlalu. cuma bila itu yang aku khuatirkan.

inilah ruang kecilku untuk menjeritkan duka hatiku. mungkin tidak terlihat di matamu. mungkin tak terasa di lembut hatimu. tapi bukalah matamu dan dengarlah melalui telingamu luahan hatiku yang sudah semakin sayu. aku mahu pulang pada keluargaku. menyatakan hasratku yang mahu untuk terus terbang tinggi. menari di awan biru. tidur di langit yang luas. lantas berlari dalam horizon yang infiniti......







song that my sis give me =)

26 October 2009
actually she post this song on her wall at fb, and i really like it after first time listen it. enjoy it. i have share with mei chen to. dunno she like or not. bising sikit but just enjoy it =)



Seconds hours so many days
You know what you want but how long can you wait
Every moment last forever if you feel you've lost your way
What if your chances are already gone
Started believing that I could be wrong
But you give me one good reason
to fight and never walk away

Coz hear I am still holding on!

Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe

You'll make it through the pain
Weather the hurricanes
To get to that one thing

When you think the road is going nowhere
Just when you've almost gave up on your dreams
Then take it by the hand and show you that you can
There are no boundaries
There are no boundaries

I'm faulting my landing to stand on the edge
What if today is as good as again
Don't know what the future is heading
Nothing's gonna bring me down
I've jumped every bridge and I've heard every lie
I've risked being safe but I always knew why
I always knew why

So hear I am still holding on!

Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe

You'll make it through the pain
Weather the hurricanes
To get to that one thing

When you think the road is going nowhere
Just when you've almost gave up on your dreams
Then take it by the hand and show you that you can

You can go higher
You can go deeper
There are no boundaries
Above and beneath you
Break every rule coz there's nothing between you and your dreams

Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe, Yeah
There are no boundaries
There are no boundaries

Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe

You'll make it through the pain
Weather the hurricanes
There are no boundaries

song from mei chen =)

hari ni mei chen bagi satu lagu yang agak sedih juga kalau dihayati.... nak kongsi dengan semua pengunjung =)



Alone in this house again tonight
I got the TV on, the sound turned down and a bottle of wine
There's pictures of you and I on the walls around me
The way that it was and could have been surrounds me
I'll never get over you walkin' away

I've never been the kind to ever let my feelings show
And I thought that bein' strong meant never losin' your self-control
But I'm just drunk enough to let got of my pain
To hell with my pride, let it fall like rain
From my eyes
Tonight I wanna cry

Would it help if I turned a sad song on
'All By Myself' would sure hit me hard now that you're gone
Or maybe unfold some old yellow lost love letters
It's gonna hurt bad before it gets better
But I'll never get over you by hidin' this way

I've never been the kind to ever let my feelings show
And I thought that bein' strong meant never losin' your self-control
But I'm just drunk enough to let got of my pain
To hell with my pride, let it fall like rain
From my eyes
Tonight I wanna cry

I've never been the kind to ever let my feelings show
And I thought that bein' strong meant never losin' your self-control
But I'm just drunk enough to let got of my pain
To hell with my pride, let it fall like rain
From my eyes
Tonight I wanna cry


p.r.o.v.o.k.a.s.i

23 October 2009


"kau dak JPA kan? kau jangan sebok hal politik. belajar pun kerajaan tanggung then nak marah kerajaan pulak. duit orang (cukai rakyat) bagi belajar bukan nak main politik."

sapa yang bermain politik? itu soalan saya pada orang yang suka melontar provokasi yang dah basi ini.

ya saya student JPA. mendapat tajaan daripada JPA. alhamdulillah. teria kasih kepada rakyat malaysia yang mengeluerkan duit membayar cukai sekaligus memberi peluang kepada anak Malaysia mendapat pelajaran lebih tinggi. terima kasih atas duit anda saya berada di UTM skudai. sesungguhnya duit ini adalah amanah daripada anda. alhamdulillah setakat ini saya masih belum menggunakan duit anda untuk membeli handphone beribu-ribu, mp3, bershoping tak tentu arah dan benda2 yang mahasiswa lain suka buat.

kebanyakan duit anda saya gunakan untuk makan, pakai yang perlu dan untuk program2 yang dapat membangun anak bangsa. sedikit juga digunakan untuk mengembirkan hati mak ayah dan sahabat2. mohon dihalalkan.

terkedu dengn pemikiran melampau sesetengah pihak yang menganggap studentyang mendapat tajan tidak boleh bergiat aktif dalam politik. siapa pulak yang masuk politik?

adakah satu luahan atau komentar dari mahasiswa terhadap perkembangan dan pembawakan parti politik dianggap salah?

saya cukup marah apabila ada orang melontarkan provokasi di atas bila saya mula menyalahkan kerajaan terhadap banyak perkara yang terlalu menjelekkan untuk diceritakan.

mahasiswa sebagai check and balance.

bukan hanya kerajaan sahaja malah semua parti yang memerintah harus ditegur jika mereka buat silap.

kepada manusia yag suka menggunakan provokasi di atas saya ada perkongsian untuk anda.

"ya duit biasiswa saya dari rakyat yang menyuruh saya belajar, namun kena ingat disamping saya mengambil duit mereka untuk belajar, saya punya tanggungjawab pada mereka. saya perlu bersuara apabila ada pihak yang cuba menindas mereka. kerana apa? kerana saya mahasiswa. golongan yang duduk di IPT yang dulunya masyarakat sangat mengangkat mereka kerana mereka berjaya menjadi JURU BICARA UMMAH"

alangkah hebatnya mahasiswa dulu bilamana suara mereka didengari dan digentari oleh mereka di parlimen!

tesis presentation~



InsyaAllah 26/10/09 saya akan menjalani presentation untuk project sarjana muda saya di sebuah bilik di FKKKSA. jangan bimbang anda yang membaca entry ini tidak perlu hadir, namun saya amat memerlukan doa daripada sahabat2 saya serta pengunjung blog ini yang juga merupakan sahabat cyber saya =)

"synthesis and characterization of resin from
empty fruit bunches (EFB)".

inilah tajuk project sarjana muda saya.

sv: Prof Nor Aisyah Saidina Amin (Prof NASA)
RO: Kak Linda
Turut membntu: kak Yani and kak naz

sekalung ucapan terima kasih kepada mereka yan sering membantu saya dalam menyiapkan project saya

Persatuan Mahasiswa Islam
juga kepada PMI dan sahabt2 yang banyak membantu memberi sokongan berbentuk moral.

juga my family (mama, papa, along, angah, sara, kak salina, amirah aka bidadari)

dalam saya membuat slide presentation untuk isnin ni, saya mecuba membuat yang terbaik mungkin. ada sahabt2 yang berkata bahawa ini adalh presentation terbesar dalam hidup mereka. tiba-tiba saya terfikir sesuatu.

Bukan ini bukan yang terbesar, ada lagi yang besar dan memerlukan persiapan yang lebih besar dan berat daripada presentation hari isnin ni.

presentation apa?

tentunya presentataion kita di hadapan Allah di padang Masyar nanti. waktu itu apa jawapan kita jika ditanya Allah dengan soalan2 yang killer. malangnya mulut kita terkunci dan yang menjawab adalah anggota badan kita. mampukah kita waktu tu nak menggoreng atau mentaram bagi menyedapkan hati panel?

saya merasa takut amat jika di tanya Allah apa persiapan kamu ke presentation ini?

SubhanaAllah. berikanlah saya kekuatan ya Allah untuk istiqomah pada jalanMu dan menjadi hamba yang tidak pernah leka atau terlupa akan hari presentationnya dihadapanMu nanti.

bersamalah kita sahabat menyiapkan diri untuk hari presentation itu kerana ia pasti, takkan boleh skip dan takkan ada kabel!





homesick!

22 October 2009

kepenatan menelaah pelajaran dan rasa sakit yang menghimpit akibat demam dan selsema sangat menyesakkan. ikutkan hati mahu sahaja aku mengambil duit dan menunggang BKF ke sri putri. membeli tiket balik ke klang dan terus pulang ke klang. sampai di klang papa akan amik. walaupun papa akan selalu datang lambat aku tetap kea sabar walaupun adakalanya aku dah meletup lantas pelbagai jenis kerutan di muka timbul.

tiba dirumah akan mandi dan berbaring di katil bilik ku sendiri. rasanya sangt tenang berada di katil sendiri. kemudian mama akan memanggil makan. makan dan minum sebanyak mana yang aku suka. sambil makan menonton tv. yang pasti tentunya cerita CSI tambah2 dekat rumah sudah ada Astro. 24 jam AXN sahaja. chanel 701 kalau aku tidak silap.

esoknya akan bangun lambat sedikit. kemudian memasak makanan kegemaran, menonton tv dan bersiar2 ketempat yang menenagkan. bila petang akan duduk di pangkin dn berborak2 tentang hal rumah tangga orang lain di pangkin dengan suri rumah2 yang tak ada kerja. terkadang ketawa melihat mereka yang punya cita dan angan2 mengalahkan wanita yang duduk di parlimen.

bila petang semakin malam, amirah akan bertandang kerumah. bermain dengan amirah sebelum dia pulang kerumah ibu bapanya adalah satu keseronokan yang maksimum!

dan malam adalah masa untuk mengenal diri bersama pencipta. juga masa untuk mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. angah dengn lawak bodoh dan beberapa perkara tak senonoh yang tidak boleh diceritakan disini. sarah dengan bahasa jepun dan masakan2 larut malam yang memang menyelerakan. mama dengan cerita melayunya. papa dengan dunianya memikirkan bagaimana nak menjana duit bagi menampung perut ahli keluarganya yang tak pernah kenyang =)

dan aku masih lagi yang paling suka memerhati dan menulis tentang mereka =)



Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

21 October 2009



GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.



ALI


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

(sumber KOSMO)



k.a.h.w.i.n


Perkahwinan adalah sesuatu yang sukar difikirkan bagi orang yang tidak pernah memikirkannya.
jangan tanya aku tentang kahwin sekarang kerana aku sendiri masih belum melihat bayangnya!








Misteri sejadah berdiri~

Misteri sejadah berdiri

Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my


ORANG ramai melihat 36 sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.


"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.

Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.



Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya.

Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah.

Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan.

Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan.

"Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.

"Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas.

"Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau," katanya.

Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.


***apabila dah ramai yang tak guna sejadah untuk bersembahyang, maka sejadah yang kasihan pada manusia yang makin lalai solat. alangkah ruginya manusia jika mereka tidak mendapat apa2 rasa daripada amara ciptaan Allah ini.

***


************************

jangan terkeliru, ini bukan titik hitam yang memenuhi hati , tapi ini adalah bintang2 yang keluar dari kepala saya akibat serabut menyudahkan tesis!



Bidadari~

20 October 2009





alhamdulillah... setelah lama menunggu akhirnya aku punya anak saudara yang sangat comel dan manis. boring menyiapkan tesis yang macam tak nak habis ni buat aku berhenti sekejap dan melihat foto2 amirah.aduhai manis betul. Bidadari hidup aku.


Dik, aku pinta kau akan s’lalu setia
Dik, aku mohon kau s’lalu menemani
Saat ku tengah terluka
Kala ku tengah gundah


Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu
Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

Dik, jangan engkau pergi tinggalkan aku oh…
Dik, ingin aku cinta dan cinta s’lalu
Saat kau tengah terluka
Kala kau tengah gundah

Kau akan menjagaku
Di bangun dan tidurku
Di semua mimpi dan nyataku
Kau akan menjagaku
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

(wali band-dik)

aku!



aku hanya mahu menjadi manusia yang jujur pada diriku

terlalu sukar untuk mengatakan inilah aku

aku mencintainya~


titik



.................................

"titik apakah ini?"

inilah titik2 hitam yang mula memenuhi hati. maka bersihkan ia dengan selalu berzikir kepada Allah~



demi nafasmu~

Saat ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
Kembali padaMu
Menutup waktuku

Jika ku serukan namaMu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil
Kembali padaMu

Karena ku tahu
Hanyalah pada diriMu
Tempatku mengadu
Tempatku mengeluh
Dalam Doaku

Dan demi nafas
Yang telah kau hembuskan
Dalam kehidupanku
Ku berjanji
Ku akan menjadi yang terbaik
Jalankan segala perintahMu
Menjauh di segala laranganMu
Adalah sebaris doa ku untukMu

Saat ku ucap kata taubat
Sebelum kau memanggilku




langit~



-Langit sentiasa Biru... Tuhan tidak pernah melupakan hambaNya-

20/10/09 KTDI 4pm


kuasa cinta dari luar...

19 October 2009
berat beban yang dipikul bukanlah perkara mudah untuk dihuraikan pada setiap individu. jika tersilap bicara bimbang-bimbang orang lain pula terkesan dan terikut moody sama.

pernah satu ketika dulu aku meluahkan beban dipundak pada seorang teman. balasannya mudah "buat apa cakap". aku mengerti kerana teman yang sama juga mengalami dilema yang maha hebat seperti yang aku rasai.

lantas aku tidak pernah sesekali dan berjanji akan menahan diri jika ada sesiapa yang meluahkan rasa mereka padaku dari rasa marah atau sesuatu yang membuatkan mereka rasa sedih.

namun apabila beban dipundak semakin memuncak. peyelesaian harus dicari. berdiam diri akan membibitkan nanah dan akhirya aku akn mereput dan mati tanpa siapa sedari.

petang semalam ketika pulang dari metting aku merasa lemah yang teramat. hatiku jad ragu dan semangatku malayang2 ditiup angin. berkali2 aku memerah otak agar mengingatkan Allah, rasa kasih sayangNya buat aku tenang seketika.

namun ku panjatkan doa juga agar beban ini terlepas dan bebas dari pundakku.

Maha besar Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. sesungguhnya kasih sayangMu ada dimana2.

sewaktu melangkah ke cafe, tiba-tiba aku terpandang kakak yang selalu jual air itu. dia sedang memangku seorang budak kecil. apabila mata kami bertembung dia lantas tersenyum.

dan serta merta aku merasa semua bebanku hilang. senyumannya umpama belaian lembut yang menyuruh aku bersabar kerana pertolongan Allah itu sentiasa hampir pada orang-orang yang bersabar.

hariku kemudia jadi eria dan senyuman itu menyuruh aku terus bersabar dan memanjangkan munajat padaNya.

Alam berbicara dengan kita dalam diam. tanpa kita sedari. apa yang perlu kita lakukan adalah berhenti seketika dan melihat dan mendengar dengan teliti. lantas pasti ada kasih sayangNya yang akan menyapa kita.

masa & mata



"aku merasa risau dengan masa yang begitu pantas berlalu, lalu aku tertanya bagaimana mahu memanjang masa agar segala urusan ini dapat diselesaikan pada masanya. setelah 2 hari menjalankan eksperimen aku menemui penyelesaiannya. pastikan mata anda tidak tertutup, maka masa akan menjadi lebih panjang daripada sebelumnya!"

20/10/09 KTDI 12.23am



manusia~

18 October 2009

manusia ini lemah
manusia ini sangat lemah

manusia ini terlalu lemah

manusia ini memerlukan sahabatnya

manusia ini memerlukan sokongan daripada sahabatnya
manusia ini akan lemah apabila ditinggalkan oleh sahabatnya
manusia ini punya hati
manusia ini bukan batu
manusia ini punya darah
manusia ini punya rasa manusia ini tahu marah!

manusia ini cuba mencari jalan pulang
manusia ini cuba menyembunyikan kelukaannya
manusia ini cuba tersenyum

manusia ini cuba melindungi air mata yang sudah banjir di hatinya
manusia ini hanya manusia
manusia ini bukan robot
manusia ini sekali lagi punya hati
manusia ini juga punya hati untuk dijaga!

manusia ini memohon padaMu
Lindungi aku dari PUTUS ASA!

Manusia ini mahu kuat

Manusia ini mesti kuat

Manusia ini sentiasa ada Kamu yang mengiringi langkahnya....



****************************

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur

Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku denganMu




love dis ~

16 October 2009

rasanya seperti ada awan yang mengelilingi aku
apabila tangan lembut dan kecil itu
menyapa pipiku
bagaikan terdengar angin yang beryanyi
apabila kau berbicara di telinga ini




hai anak kecil
selamanya indah di mataku
jadilah mujahidah apabila besar nanti
yang akan memberikan rasa tenang
pada setiap mereka yang kau temui~

miss amirah my niece....


hati...


Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah


memelukan sedetik masa darimu sahabat untuk memahami aku. bukan aku ingin lari tapi seperti yang aku kata di mana kita berada apa yang dilakukan tetap kerana Allah dan aulanya mengatakan ini yang utama. walaupun aku berat untuk tidak pergi bersama kalian...

"Bukan mudah untuk mengatakan tidak, bukan mudah untuk mengatakan tidak dan bukan mudah untuk mengatakan tidak. Semoga Tuhan Merestuinya"

PSYCHOLOGY PERSONALITY

15 October 2009
Violet just took Psychology Personality quiz.

Dear Violet Biru, below are your PSYCHOLOGY PERSONALITY test result:

Mysterious... oftentimes, a loner. You know your true friends and only them are allowed to understand the real... you.

***tidak menafikan ini. hanya beberapa orang sahaja yang akan tahu bagaimana aku sebenarnya. selalu bersendiri. teringat lagi macam mana budak2 course mate point aku sebagai seorang yang suka jalan sorang2. bukan apa ia buat aku rasa lapang. berada dalam group buat aku rasa loney dan ditinggalkan. bila berseorang aku rasa dikelilingi ramai orang. dimana pergi akan ditegur.

You’re usually expressive... Open about your emotions and most of the time willing to talk about it.

***not too agree. selalunya soal hati dan perasaan aku lebih suka simpan. hanya yang rapat dan boleh dipercayai sahaja akan tahu perasaan dan kesedihan aku... but most time aku lebih suka tuliskan sahaja... berharap ia hilang bersama dengan dakwat yang akan pudar...

You search for love... you’re a hopeless romantic and every time you enter a relationship, you give your all and believe “this is the One.”

***cinta perlukan kesetian. aku tak suka buang masa bercinta sana sini tapi kahwin dengan entah sapa2... cinta need to be in natural... semoga Tuhan menemukan aku dengan dia yang juga mencintaNya...

You have so many ideas in mimemang and... You’re creative and aggressive! If you want something, you’ll do anything to get it!

***creative?! i hope so... sekarang sangt mahukan kehidupan masa depa seperti yang aku impikan selama ini. sedang mengumpul kekuatan untuk membawa haluan sendiri setelah graduate nanti. doakan semoga punya kekuatan untuk mencipta masa depan dan merealisasikan impian!

You’re a stubborn sweetheart... You “love” him/her only because he/she loves you. If his/her flame puts out, you let go with no trouble.

***falsafahnya mudah, jika kamu menghargai aku aku akan membalasnya dengan penghargaan yang sama, tapi apabila kamu mula memijak kepala aku, aku akan pergi tanpa perlu mengucapkan selamat tinggal dan pastinya tiada peluang kedua!

You’re intimidating! People have an impression that you’re elite—or if not, you simply look sophisticated. You gain praises but not companions.

***dimanakah?

You’re independent! You’re also risky just like the bajaken who sail in the vast and dangerous ocean to look for treasures!

***Hidup adalah satu pengembaraan... mahu menjadi manusia yang tak akan menyesal di hari tuanya apabila tidak pernah berusaha untuk menggapai impiannya....



Bicara durian & epal...

14 October 2009



"Sabarlah, epal tak tahu apa yang terjadi kat durian. tapi epal doakan semoga durian tabah. duriankan ada banyak duri untuk lindungi diri dia dari rasa sakit... durian buah yang hebat! hidup durian!"


10.27pm, 14/10/09, celcom







benci asement!

secara terus terang aku cakap aku memang tak suka aement. aku suka buat asement tapi aku tak suka anta asement. kenapa sebab aku buat asement bila aku sudah faham apa yang diajarkan dan untuk apa hantar kalau asement itu akan terperuk di meje yang tak sepatutnya. kalau ia hanya sekadar untuk 5% atau 10% beritahu aku boleh bawa asement yang aku buat dan tunjuk kemudia berilah berapa markah asal jangan perkasamkan hasil kerja dan perahan otak aku.

sejak sekolah menengah, matrik dan degree aku tak pernah submit asement yang diberi pada aku melainkan:

1) leturer tampal notis kat board dia dan terpampang nama aku yang kata mesti hantar
2) lecturer sound dalam kelas dan kata mesti hantar cik pencari sinar
3) asement berkumpulan... aku tak buat group susah nak gerak
4) asement yang kata kau msti hantar kalau tak nanti grade kau kena potong.

dan semestinya ianya dihantar atas rasa terpaksa dan akhirnya aku akan meniru sahja... namun ada yang aku cari2 kembali yang aku buat kumpulkan dan beri pada lecturer. that mine... memang tak cantik sebab saya buatnya dengan berfikir...

hari ini aku dimarah didalam kelas sebab tak pernah hantar asement untuk subject hazard. dalam kelas tu aku seorang aje pelajar degree yang tak hantar asement yang lainnya semua pelajar post graduate. rasanya ramai yang bengang dengan aku sebab menjawab bila prof rozainee tanya kenapa tak hantar asement.

i just want to be my self... aku buat semua asement dia cuma aku simpan ia untuk diria ku tanpa aku fikir ianya penting untuk aku hantar. aku bimbang hasil usaha aku akan disimpan sahaja.

then disebabkan geram prof kata aku kena pergi subject lain sebab aku kemungkinan besar akan fail subjet ni. dan perlu ingat ini tahun akhir aku. sebarang kefailan boleh membuatkan aku extain dan ianya sangat menakutkan!

lepas pulang ke bilik aku tahu ia salah aku... aku dah besar perlu berubah. tak boleh ikut kepala aku dan keselesaan aku. penting juga untuk lecturer melihat kerja kita. bukankah itu sebagi tanda mereka mengambil berat terhadap kita.

esok aku akan pergi jumpa dengan prof. seriusly aku memang takut. tapi aku kena hadapi juga. ini semua berpunca daripada rasa ego, selfish dan sikap tak ambil kisah aku. belajar dari kesilapan lagi... kesilapan yang menyakitkan yang kadang2 buat aku rasa bodoh...

YA Allah bantulah hambaMu ini, Kau lembutkanlah hati Profesor aku untuk memafkan kekhilafan hamba yang kerdil ini.

SubhanaAllah apalah yang sering aku lakukan.. asyik2 menyusahkan orang sahaja....

hamba yang lemah...

muslimah...

12 October 2009
1

"aku mahu jadi seperti muslimah itu... tetap tersenyum walaupun beban di bahunya sudah hampir2 membuatkan dia menyembah bumi!"

13/10/09, KTDI