penulis senyap..

28 December 2009
bermata namun tiada rupa
bernyawa namun tiada jasad
apakah yang lebih membimbangkan
apabila berhati namun melayang pergi

kesuraman hanya mainan perasaan
lantas setan-setan datang cuba menjadi tuhan
pekakkan telinga
raih segala kudrat ke zon pembersihan

apakah yang dicari
jangan sampai mati
apakah yang dinanti
jangan sampai menyepi

kelesuan hanya satu racun pembunuhan secara senyap
manakala marah pula umpama bom jangka yang memusnah secara terang

herdikkan perkara yang gila
raikan perkara yang membina

dalam termangu aku menyembah
hanya pada yang Satu


keyakinan ada pada Kamu!

no words...



kesepian dari kamar hati menyebabkan saya tidak mampu untuk menulis sesuatu di ruangan yang amat saya cintai ini. entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya dihantui oleh satu rasa yang sungguh mengacau ruang dada sehingga kalau merungkainya maka akan terhambur khalimah pelik sehingga ada yang menyangka saya sedang bermain dengan RASA...


pertanyaan tangkai hati kadang-kadang perlu dijawab denngan nada tegas... namun ada kala diplomasi dalam diri diperlukan. malangnya saya sering buntu dalam diplomasi sehingga keputusan berat menyakitkan mata hati...

entah apa yang saya sedang gomelkan... mungkin anda sendiri tidak faham... namun "dengan mengingati Allah hatikan tenang" hanya itu penawarnya... maka jangan khuatir segila-gila ayat yang akan saya coretkan atau semereng-mereng butir kata yang sedang ditaip semoga Allah sentiasa memandu hati saya hanya cinta kepadaNya dan tidak berjalan keluar dari landasanNya...


maka buat anda yang sedang sabar membaca dan meneka-neka apa yang berlaku... apa kata doakan saya semoga sihat sejahtera =)

assalamualaikum....


allergic....

24 December 2009
jam menunujukkan tepat jam 7.50pm.. dan aku sedang lintang pukang bersiap untuk ke kelas waste water di FKKKSA yang akan bermula pada jam 8pm. sewaktu menyarung stokin di kaki aku, aku mula merasakan sesuatu yang agak luar biasa. rasa merengsa di bahagian kaki. merengsa atau rasa gatal teramat. namun aku abaikan sahaja sebab mak selalu kata kalau garu jadi kudis kalau biarkan insyaAllah hilang.

namun sewaktu memandu/menunggang motor ke kelas dalam keadaan cuaca yang hitam pekat tiba-tiba aku merasa gatal di bahagian badan yang sangat menggila. tidak pernah aku alami rasa gatal yang bagai manusia tidak mandi setahun. namun aku membisikkan pada hati mungkin kerana gatal biasa-biasa sahaja walaupun aku sudah mula merasa lain macam. tepat jam 8pm aku sudah sampai ke bilik kuliah. masuk ke bilik kuliah tiba2 aku merasa panas yang teramat di muka. telinga menjadi kebas dan mata seolah disimin. dadaku mula rasa sukar untuk bernafas. maka dengan pantas aku menuju ke bilik air.

alangkah terkejutnya aku apabila melihat di dada cermin wajahku sudah mula ditumbuhi dengan ruam-ruam kecil. tanpa membuang masa aku terus membasuh muka. waktu itulah pelbagai andaian mua bermain di benak fikiranku. perasaan takut menular bersama aliran darah. sekelip mata sahaja wajahku sudah bertukar menjadi merah teramat seperti udang bakar. tengok pun rasa ngeri habis.

merasa takut yang amat aku terus menuju ke kelas. sambil menutup muka aku masuk mengambil beg, namun masih sempat menulis nama pada kertas attendance. nasib baik aku duduk betul2 di pintu keluar. tak sempat nak mintak kebenaran aku terus cabut. entah apa agaknya perasaan lecturer...

sampai ke klinik muka aku berada pada tahap kemerahan yang melampau dan aku sendiri merasakan kebas pada muka. jururawat tu pun terkejut lantas membawa aku terus masuk ke dalam bilik doktor tanpa menghiraukan pasient2 yang lain.

akhirnya aku diberi suntikan dan ditahan selama 2 jam bagi membetulkan kembali penafasan aku (walaupun aku masih merasa sesak sekarang ni).

alhamdulillah kebas di mukaku mulai hilang, namun merah2 masih banyak. kata jururawat insyaAllah esok akan baik....

hm... inilah first time aku kena allergic dan yang peliknya aku tak tahu apa yang menyebabkannya. namun ini aku ambil sebagai pengajaran agar selepas ini aku akan menjaga makanan dan tempat tinggalku agar bersih dari segala anasir2...

alhamdulillah semakin beransur pulih.

tapi yang pasti keadaan aku tadi sebijik macam "the Thing" dalam fantastic four tu...
23 December 2009
di hati hanya untuk Tuhan, maka aku turun segalanya selain itu di tangan sebagai amanah... sesungguhnya kita hanya hamba~





melepaskan perasaan...

20 December 2009
memendam rasa atau melepaskan perasaan? (kredit)

ada orang yang diciptakan untuk selalu bermain dengan perasaan mereka, dan aku percaya mereka inilah yng sering memegang watak2 utama dalam sebuah drama mahupun filem. dan ada juga manusia yang dicptakan untuk membiarkan sahaja semua perasaan mereka agar kehidupan menjadi lebih fokus dan teratur...

aku kurang pasti aku berada di antara mana? kata kak Nor jangan sampai jadi tak ada perasaan... tapi bagi aku kalau tak ada perasaan tu contoh paling baik adalah kak Nor sendiri. kenapa tidak meliha bagaimana reaksi dia sewaktu anak2 kecil di Tanah Abang mengirimkan surat buat aku rasa dialah woman tanpa perasaan...

lantas aku biarkan diri aku bermain dengan perasaan, malangnya aku bukanlah peran utama dalam sebuah pementasan... aku tak bisa bersabar dengan perasaan aku sendiri dan aku amat tidak suka apabila perasaan aku dicabar.

makaaku mula belajar untuk melepaskan perasaan. mungkin ada yang menyangka orang yang melepaskan perasaan ini adalah orang yang kaki marah... atau orang yang mudah mengalah dalam perjuangannya... namun bagi aku seolah sesuai dengan karektar ini...

aku melepaskan perasaan bengangku pada orang yang tak reti bahasa... dengan itu aku mengelak rasa panas hati padanya... maka kurang satu dosa...

aku melepaskan perasaan cintaku pada dia, maka aku terhindar dari dosa... dengan itu aku mengelak dari masalah hati, akan kurang satu titik hitam....

aku melepaskan perasaan marahku pada orang yang mengkhianati aku, dengan itu aku masih lagi berkawan dengannya, maka terselamat satu ukhwah....

namun manusia hanya merancang... dalam melepaskan segala masalah aku bakal kehilangan dan kadang2 merasa sendiri.....

be flexible mungkin membantu aku~

people~

17 December 2009
another new collection of my pictures...

gambar2 ni di ambil di sekitar kuala Lumpur... dengan konsep street candid... enjoy the moment n mohan kritikan ya =)

http://www.facebook.com/inbox/?ref=mb#/album.php?aid=2035057&id=1305854448

my collection~

10 December 2009


pictures of life~


jemputlah tengok... dah daftar flick tapi malas nak upload... sedang merangka pembetukan blog kedua tentang pictures... erm... ndak tahu bila buka sedang mengumpul bahan... enjoy dan mohon kritik =)



melastik bintang~

08 December 2009





tiada kata... cukuplah bintng yang berbicara....






photojournalism~

02 December 2009


sedang mencari-cari maklumat mengenai kursus photojurnalism di sekitar kl, indonesia dan singapore...


any idea?

help me pleased =)



bosan....

25 November 2009



aku merasa bosan dengan manusia yang meminta berkali-kali sesuatu yang memang miliknya pada manusia yang seperti tidak mengerti!

kebencian, bosan, marah dan meluat semuanya bersatu dan menjadi satu. menjadikan aku seperti mahu menghentak sesuatu!



Ikatan suci-wirdani

16 November 2009


Bermusim telah berlalu
Hari ini kian indah warnanya
Tulus cinta yang didamba
Bertemu bahagia

Prasangka telah berakhir
Sangsi hati kian jauh menyisih
Kata janji yang terpatri
Menyimpul ikatan murni

Ku mengharap hanya pada yang menyinta
Ku merindu hanya pada yang mengasih
Ku memohon hanya pada mu Ilahi
Moga diberkati jalinan yang suci

Ku berteduh bawah pohon yang merimbun
Ku bergantung pada dahan yang terkukuh
Ku bersandar hanya pada mu Kekasih
Pimpin diri ini ke arah yang pasti

Dengan redha ku pasrah segalanya
Agar dikau temui ketenangan yang dikau cari
Disuburi benih cinta yang tersemai
Disirami hujan kasih dan sayang
Disurami dengan keteguhan iman
Demi syurgaku di sisimu selamanya


masalah jiwa

mungkin saya dihantui MANDATORI karya Ramli Awang Murshid sebab itu malam ini fikiran saya rasa berbalam-balam.

entah kenapa saya merasa sangat takut merasa sendiri lantaran sering berada di posisi ditinggalkan. ditinggalkan bukan bererti mereka pergi meninggalkan saya dengan sengaja tapi tidak sengaja. ditinggalkan kerana saya merasa gembira berasa sendiri.

entahlah. tapi malam ini terlalu sunyi. seakan wujud 2 atau 3 karekter dalam diri saya yang sedang memaki-maki pada beberapa nama yang dianggap curang dalam perhubungan. AWAS perhubungan bukan hanya berkaitan cinta sebaliknya konsepnya luas.

saya tahu perasaan ini sangat bahaya. lantas bisa merosakkan emosi malah mungkin menjadikan saya gila.

saya rasa sunyi dan sendiri. tapi saya sentiasa tahu Tuhan sentiasa ada melindungi saya. "jika kamu memilih Aku menjadi pendampingmu, maka Aku akan bersamamu tetapi jika kau memilih selainKu mendampingiku maka kau akan berada dalam kesesatan." saya tidak ingat ayat apa dan dalam surah apa yang berbunyi sedemikian.

Ingatlah Allah hatikan menjadi tenang. mengapa membiarkan masalah dunia dan perasaan sakit hati menjauhkan kamu dariNya, seharusnya sakit itu dianggap sebagai ujian yang diberi Allah untuk mendekatkan lagi kita padaNya.

Allah rindu pada air matamu yang mengharapkan pertolongan daripadaNya...

niat dalam tujuan~

15 November 2009
kadang-kadang perkara boleh datang dalam bentuk suka-suka. contohnya hari ini saya suka-suka sahaja mahu makan banyak-banyak dan apabila malam saya menderita sakit kesenakan perut seperti sekarang...

tapi dalam semua perkara biarlah kita belajar untuk meletakkan niat dalam setiap perkara yang kita lakukan biar jalannya bermatlamat. dan matlamatnya jelas.

setiap orang ada matlamatnya. begitu juga saya. pernah sekali ditanya apa matlamat hidup nti?
"memberikan sumbangan kepada orang lain". itu matlamat saya. dan kemuncak kepada segala matlamat pastilah untuk mendapat redhaNya. itu tidak dapat dinafikan.

saya tak mahu berbelit2 di sini kerana saya bukanlah orang yang pandai menyusun ayat jauh sekali mengupas dan menambah analogi. cuma saya ingin lontarkan sesuatu dari hati.

saya sentiasa berfikir tentang perjuangan, malah dulu saya pernah menulis pada sekeping kertas putih dengan marker hitam yang berbunyi "apa yang aku boleh buat untuk islam hari ini!" dan kertas itu saya letakkan di meja study. jadi setiap hari saya akan melihatnya.

pernah satu ketika saya merasa sangat stress kerana apabila berada dalam metting yang dihadiri oleh "taiko-taiko" saya tidak mampu untuk menyarankan apatah lagi membenihkan idea2 yang dilontarkan. sehingga kadang2 saya merasa tidak layak dan tidak mampu menjadi seperti Zainab al-Ghazali seorang tokoh muslimat yang sangat saya kasihi.

namun semakin menginjak dewasa saya mula merasakan setiap manusia itu berbeza. "kita terlalu berbeza kecuali dalam cinta". jika Soe hok gie menyatakan ayat itu buat isterinya, saya mahu melontarkan pula ayat itu pada teman seperjuangan. "kita terlalu berbeza kecuali dalam Cinta". cinta yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan cinta padaNya.

pernah dahulu saya diberitahu oleh seorang senior bahawa saya ini berbeza dari yang lain, dan dia mengatakan gunakanlah kebezaan ini untuk matlamatmu.

saya ingin mengajak semua agar kembali membersihkan niat kita agar matlamat kita jelas menuju redhanya. baru-baru ini keinginan saya dalam dunia fotografi kembali membuak-buak. saya pernah menjadi budak fotogrfi dalam tingkatan 4 dan 5 di STAR dulu. namun sayang waktu itu disebabkan senior lebih dikalangan tingkatan 6 maka kami hanya diberi tugas2 meneydiakan jadual shooting dan tugasan setiausaha sahaja.

namun kini keinginan itu datang lagi. dan kini saya cuba bereksperimen mengabungkan puisi dan fotografi dengan matlamat dalam melahirkan satu product yang dapat membawa manusia kembali mengenal matlamatnya.

walau dalam apa jua bidang anda sekalipun hatta pembacu teh tarik atau pengerusi syarikat sekalipun letakkanlah matlamat anda dalam mendapat redhaNya. mana mungkin kita memisahkan kehidupan dunia ini denganNya...

jadi ayuh adjust balik niat kita =)

istikharah

10 November 2009


ada suara memanggil aku lagi
kali ini aku tahu ia jawapan
dari istikharahku

sudah masanya
aku menikmati apa yang aku mahukan selama ini
buat yang tidak bersetuju
jangan kecewa
inilah kehidupan aku

dan sekali lagi, semoga Tuhan merestuinya.....



pergi~

09 November 2009

(malay version)


Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

(aizat-pergi)



(english version)

mimpi



malam tadi adalah satu malam yang aneh buat aku
merasakan keinginan untuk bertanya
ada apa pada puisi sebenarnya
bagaimanakah puisi diadili
lantaran ada yang mengatakan puisi tak ubah hanya kata2 puitis
sedang maksudnya umpama sia-sia

persetankan suara yang sering merendah-rendahkan puisi
apa mereka peduli dengan puisi sedang mereka sendiri
tak pernah menghayatinya sepertimana aku menghayatinya
mungkin dalam konteks dakwah puisi terlalu jauh
tetapi ingat pernah satu pendeta berkata
puisi kata-katanya bisa memancung lawan

aku bukanlah mahu menghasilkan puisi pedang
yang bisa menerobos jantung musuhku
apatah lagi puisi nuclear
yang bisa menjahankan israel
tapi cukuplah puisi ku berlagu di hati sesiapa
yang singgah di taman tulisan hati berbicara ini

pernah satu waktu dulu
aku menonton cerita bertajuk 100 litle of tears
dalam cerita itu aku melihat bagaimana seorang gadis cacat
yang menuliskan kata-kata dalam diari hariannya
dan apabila dia mati
kata-katanya menjadi semangat untuk orang lain

begitu juga aku
aku hanya mengharapkan agar nanti
ada yang faham dan bisa menghayati
maka terpancar emosi silap hari bulan menelan segala semangat yang aku lontarkan

aku hanya mahu kataku diadili
tanpa banyak soal

terasing dari kalian menjadikan aku istimewa~

semoga Tuhan merestuinya...



safety


aku tidak percaya dengan membaca buku safety setebal 625m/s sudah bisa menjawab exam safety.

safety perlukan knowledge

dan

kemahiran MENGGORENG + MENGAYAT!

11/10/09, safety, 9-12pm, MSI

NIKON D90

08 November 2009

setelah setengah tahun menggunakan NIKON S560 iaitu sebuah camera compact aku mula merasa mahu menghayunkan camera itu jauh2.

geram teramat kerana merasa kreativiti dalam bereksperimen bersama camera tersekat... LIMIT!

adakah camera boleh ditolak di kedai? hm... aku mahuDSLR NIKON 90...

servey harga dalam rm4500... pergh acam harga keldai BKF aku.

macam mana ni!!!

mama

07 November 2009

to my mama....

terima kasih kerana menjadi mama yang paling simple untuk anak perempuan yang sentiasa serabut ini....

i just want to be my self

dan mama sentiasa membenarkan~



~

05 November 2009


design, safety & hazard....

choc donut-2 & croquettes!
bekalan untuk tidak tidur dan terus tudy!!!!


i just love it~

02 November 2009

ada apa dengan puisi?

saya memang menyukainya sejak saya mula mendengar sebuah puisi yang dibacakan di hari kanak2 sekolah rendah.

puisi buat saya rasa tenang dan cuba mereka makna disebalik puisi indah.

kadang2 puisi tu hanya guna ayat biasa namun dia menampar dan menghentak tangkai hati.

jangan salahkan sesiapa andai bila kita tidak mampu mentafsirkannya. maka pergilah mengkaji penulisnya. kerna pada dia ada jawapannya.

semoga puisi yang terhasil membawa manusia dekat padaNya.

bila orang tanya saya apa yang saya suka?

ya saya suka novel (mystery) tetapi berbanding dengan puisi saya lebih suka puisi sebab dia lebih misteri


bunga tanjung~


dah beberapa kali sebenarnya aku post lagu bunga tanjung ni kat blog. hm... tak pernah jemu. suka sangat lagu ni. sebenarnya beberapa hari ini aku dihantui oleh bunga tanjung. setiap pagi bila nak naik moto akan ada sekumtum bunga tanjung di atas motor aku. tak dapat nak amik picture sebab camera tengah merajuk. mungkin sebab aku parking motor bawah pokok dia. jadi angin meniup dan dia terjatuh di atas motor aku. tapi sebelum ni tak ada pun... yang pasti bunga tanjung memang cantik dan baunya sangat menarik. kalau dulu aku tak da keje pagi2 mesti kutip yang mekar2 dan tapi bengangnya bila tengah hari dia akan kemuncup. but bila dikumpulkan dalam balang sangat comel. hm... ada masa nanti nak kutiplah =)






Bunga Tanjung

Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa

Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok dihujung dahan

Walaupun engkau si bunga tanjung
Hiasan sanggul gadis rupawan
Tiadalah kamu sangat beruntung

Bagai melati
Bagai melati dilembah sana
Lihatlah senyuman kembang melati
Disunting kelana hati...
Di lembah sunyi

teringat mama suka nyanyi lagu ni =)

pertemuan kembali~

01 November 2009

fB menemukan aku dengan best friend aku waktu darjah 1....

kami terpisah dalam darjah 4, tetapi mula menjadi renggang dalam darjah 3. adakah kehadiran seorng teman baru waktu itu yang merenggangkan kami?

lantas sikap cemburu aku waktu itu juga merenggangkan kami. masing2 punya teman baru dan masing2 seolah cuba mampu hidup sendiri. entah apa yang ingin dibuktikan sehingga akhirnya aku sendiri melihat air matanya dan bermulah episod perpisahan.

membawa diri. dan akhirnya semalam berjumpa. tapi entah kenapa dalam keasyikan bermesej dengan nada yang gembira bila nama teman itu aku sebut, maka semuanya hilang. kau pula yang pergi meninggalkan aku.

ianya adalah satu kesilapan terbesar aku kerana pernah menjadi manusia kecil dalam darjah 4 yang sangat ego apabila melihat sahabatnya baik dengan orang lain. kerana manusia ego ini sangat takut ditinggalkan sendiri dahulu.

dan dia masih benci menjadi sendiri!

(siti zakiah n mas---1994-1996-)


perempuan

30 October 2009


perempuan
pastinya indah di pandangan sesiapa
bisa bibik hitam sekalipun akan punya pacarnya
inikan pula perempuan seperti kamu

perempuan
bumi ini akan sepi tanpa kamu
akan malap tanpa kamu
dan akan kusam lantas mati tanpa kamu

perempuan
andai benar kau dicipta untuk menceria
untuk membawa sinar
maka jadilah perempuan
yang boleh dibanggakan oleh Tuhanmu!

"Trick or Treat!" - Halloween

ireland-546465

Belfast Castle yang ‘menyeramkan’

“Imam, apa nasihat awak kepada anak-anak kami supaya mereka tidak sibuk menyambut Halloween hujung minggu ini?” tanya seorang bapa kepada saya.

Beliau sedang menunggu Sunday School tamat tengah hari itu untuk mengambil si anak.

“Sulit. Aktiviti membuat kostum, menyiapkan bakul gula-gula, melukis poster, mengukir labu, semua itu sangat menarik perhatian anak-anak, bukan? Tempting!” saya membetulkan ketayap di kepala.

“Betul, Imam. Memberitahu anak-anak bahawa segala keseronokan itu bertentangan dengan Islam memang sulit. Saya masih mencari alternatifnya,” kata si bapa.

“Mungkin di sinilah kesilapan ibu bapa. Ada yang kuat semangat Islam, menentang sambutan harijadi, tetapi yang ditentang bukan sekadar konotasi ‘tidak Islamik’ pada sambutan harijadi itu, malah memberi hadiah kepada anak-anak pun tanpa disedari turut ditentangnya. Padahal, jika birthday itu salah sekali pun, memberi hadiah dan menyatakan penghargaan kepada anak-anak adalah Sunnah,” saya berkongsi pandangan.

“Betul. Tak sambut birthday, jangan sampai tak pernah beri anak hadiah,” tambah beliau.

“Tak bagi anak berseronok menyambut Halloween, janganlah semasa Aidilfitri pun bapa tidak bercuti untuk bergembira dengan keluarga,” saya turut menokoknya.

Kelas sudah tamat.

Anak-anak sudah keluar dari kelas dan berlari-lari turun naik tangga masjid.

Pada suatu ketika, saya dan guru-guru pening kepala dengan kerenah mereka yang sangat suka berlari di dalam bangunan masjid hingga bergegar bagai gempa bumi. Tetapi apabila memikirkan rumah Victorian masing-masing yang sempit dan berbilik-bilik, maka masjid jualah bangunan lapang yang dilihat di mata mereka seperti trek balapan!

Kawal sahaja, tidak kuasa melarangnya.

bic.jpg

MURID TUA

Keghairahan menyambut Halloween bukan hanya mengHANTUi kanak-kanak, malah turut menggeletek naluri murid tua daripada kalangan anak muda di universiti. Andaikata mereka itu remaja yang lahir dan membesar di negara Barat, tidaklah sukar untuk difahami dari mana keinginan itu dirangsang. Tetapi jika mereka baru setahun dua menjenguk negeri orang dan ghairah mahu menyertai apa sahaja yang dilakukan massa, ia lebih kepada masalah kejutan budaya berbanding survival identiti yang dialami oleh American atau British Muslim generasi kedua dan ketiga.

So, bolehkah ustaz kami menyambut Halloween?” tanya pelajar Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di Ireland, tanah Celtic tempat lahirnya Samhain, Halloween dalam lingkungan Paganism di suatu ketika dahulu.

“Sebenarnya tiada jawapan yang muktamad untuknya,” saya melayan soalan yang ditanya.

Menjawab secara reverse psychology.

Nampak ceria di wajah pelajar yang bertanya, kerana seperti bakal menerima kurniaan keharusan menyambut Halloween daripada Ustaz Hasrizal. Bolehlah nanti dialasankan, harus menyambut Halloween menurut Ustaz Hasrizal!

“Ia bergantung kepada tahap sensitiviti kamu kepada agama. Tahap kepentingan Allah dalam hidup kamu” saya menyambung.

Berubah sedikit wajahnya.

“Jika kamu anggap, yang salah di dalam Islam hanya jika kamu sujud ke salib di gereja atau menyembah berhala di kuil dan tokong, maka Halloween tidaklah sampai ke situ. Walaupun ia adalah amalan Pagan yang lebih merupakan Festival of the Dead, hari ini perayaan Halloween sudah terpisah daripada sejarahnya. Saya rasa, hanya segelintir kawan Irish kamu yang sedar akan asal usul Halloween ini,” saya meneruskan jawapan.

“Betul ustaz. Sudah jadi budaya, bukan lagi agama. Macam Chinese New Year!” sampuk pelajar itu.

“Budaya sekular!” tokok seorang lagi.

Saya mengiyakan kata-kata mereka.

Jack-o-Lantern

Halloween dengan sejarahnya yang penuh dengan tahyul itu, tidaklah disambut hari ini dengan kepercayaan yang sama. Labu Jack-o’-lantern itu bukan lagi untuk membantu roh Jack merayau antara langit dan bumi, atau untuk menghalau hantu.

Tetapi tanpa semua itu, Halloween masih Halloween.

Bagaimanakah tahap sensitiviti kita kepada isu-isu berikut?

IMITASI JAHILIAH

Islam mementingkan proses memelihara jati diri penganutnya. Tersendiri dan beridentiti.

Selain cara berpakaian yang ada kod tertentu berkaitan aurat sebagai asas dan keperluan memelihara janggut bagi lelaki, Islam juga menegah perbuatan meniru trend kaum lain yang menghilangkan identiti Islam seorang Muslim. Justeru Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

hadith-tasyabbuh

“Barangsiapa yang menyerupakan dirinya dengan satu-satu kaum, maka dia adalah sebahagian daripada kaum tersebut” [Hadith daripada Ibn Umar radhiyallaahu 'anhuma, dikeluarkan oleh Abu Dawood dan disahihkan oleh Ibn Hibban]

Walaupun hadith ini lemah kerana wujudnya perawi bernama ‘Abdullah ibn Luhay’ah, ia diperkukuhkan oleh pelbagai riwayat lain yang memperincikan penegasan yang sama oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam seperti penegasan beza puasa kita dengan puasa Ahli Kitab pada Sahur, penegasan antara lubang dan liang lahad pada cara mengebumikan jenazah, juga pada soal bersolat dengan sarung kaki atau tidak.

Tegasnya, meraikan Halloween itu melucutkan jati diri Muslim, dan meniru identiti kaum yang mensyirikkan Allah dan meraikan kufur sebagai gurau senda harian.

PERGAULAN BEBAS

Sambutan Halloween sama ada di jalanan atau di parti-parti yang dianjurkan, sangat sinonim dengan amalan pergaulan bebas. Bercampur aduk di antara lelaki dan perempuan dalam suasana liar, malah keliru di antara lelaki dan perempuan kerana kostum yang pelbagai, sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah Halloween sangat sinonim dengan pertambahan kes jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah dan seks seperti rogol. Biar pun jenayah ini mengalami normalisasi akibat budaya Barat yang bertolak ansur malah menerima seks bebas ini, bagaimana pula dengan Islam, al-Quran, kubur, Akhirat, Syurga, Neraka dan Allah Subhanahu wa Ta’aala itu sendiri?

Soalnya sejauh manakah sensitiviti kita terhadap hal tersebut?

17_32“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat (yang membawa kerosakan)” [al-Israa' 13: 32]

Halloween adalah pakej lengkap untuk anak muda mendekatkan diri kepada zina.

SimpsonsHalloween

MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM

Trick or treat?!” sergah anak-anak muda di pintu rumah.

Tuan rumah mempunyai dua pilihan.

Sama ada melayan ‘hantu-hantu’ yang datang ke muka pintu (treat), atau disumpah dengan sial di dalam sejarah atau helah mengena yang dikenakan mengikut kreativiti mereka (trick).

Mengetuk pintu rumah pada waktu malam untuk gurau senda versi Halloween ini amat mengganggu ketenteraman awam. Orang tua dan bayi kecil adalah golongan yang paling terjejas. Tambahan pula dengan penyertaan mercun, Halloween sangat mengganggu malah bisa juga memudaratkan orang lain.

Ia bertentangan dengan definisi Muslim yang disebut oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

hadith-mansalimalmuslimun

“Seorang Muslim itu ialah seseorang yang para Muslim lain terselamat daripada (kejahatan) lisan dan tangannya” [Muttafaq 'alayhi]

Muslim mengambil berat dan membantu jiran tetangga.

Muslim tidak menyusah dan mengganggu mereka.

PEMBAZIRAN

Matlamat baiknya tiada.

Belanja meraikan Halloween membabitkan wang dan masa.

Kombinasi antara wang dan masa yang dibelanjakan dengan matlamat baik yang tiada, menghasilkan formula pembaziran.

Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga yang menjual kostum serta segala peralatan untuk menyambut Halloween? Berapakah penjimatan yang boleh dilakukan apabila kita tidak menjadi manusia yang sentiasa mengikut trend, buat apa yang orang lain buat, beli apa yang orang lain beli, pakai apa yang orang lain pakai?

Ada saudara mara yang kesusahan, ada anak yatim dan miskin yang memerlukan bantuan, ada tanggungjawab belajar yang memerlukan buku serta pelbagai proses pembelajaran lain yang perlu diutamakan, mengapa Halloween jadi pilihan?

17_26-27

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” [al-Israa' 17: 26-27]

Ada banyak bentuk pembaziran lain yang menjadikan kita saudara Syaitan. Tetapi membazirkan wang dan masa untuk Halloween, adalah acara rasmi menjadi saudara Syaitan dengan sokongan kostum dan kegilaan laku.

LAGHA

Apa sahaja perbuatan yang tidak dapat dijustifikasikan motifnya secara positif pada neraca agama, adalah lagha.

Menghindarkan diri daripada perkara-perkara lagha itu adalah salah satu daripada jalan penting untuk seorang insan beriman mengecap kejayaan di dunia dan di Akhirat.

23_1-3

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk di dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia” [al-Mu'minun 23: 1-3]

Usaha seorang Mukmin mencegah dirinya daripada terbabit dengan sambutan Halloween adalah sebahagian daripada sikapnya yang perlu berterusan pada mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Jelas sekali keupayaan mengawal diri agar kehidupan terisi dengan manfaat, kebajikan dan kebaikan, adalah sikap-sikap manusia berjaya, dan selayaknya golongan yang berjaya itu didahului oleh Mukmin yang sudah sedia menerimanya sebagai sebahagian daripada tujuan hidup.

PENTINGKAH SEMUA ITU?

“Berbalik kepada persoalan asal tadi, pentingkah semua itu kepada kita?” saya mengejutkan pelajar daripada lamunan mereka.

“Nasihat saya ini tidak relevan jika Halloween mahu dihindarkan, sedangkan majlis tari menari, keluar masuk rumah lelaki dan perempuan secara bebas dan semua itu masih menjadi kebiasaan harian kita. Semuanya berbalik kepada tahap sensitiviti anda. Ia besar bagi seorang Mukmin yang menjadikan Allah sebagai keutamaan tertinggi hidupnya. Ia remeh bagi Muslim yang lebih cenderung untuk menjamu nafsunya berbanding tujuan hidup yang tinggi. Terpulang” saya menyudahkan sesi soal jawab.

Teringat kembali kepada sambungan perbualan saya bersama ibu bapa pelajar Belfast Islamic School.

b-i-s

Pelajar-pelajar Belfast Islamic School. [kredit]

Kami para guru menganjurkan kepada ibu bapa pelajar supaya berhemah dalam menerangkan hal ini kepada anak-anak. Jangan sampai nanti, ada anak-anak yang beranggapan bahawa ibu bapa mereka menjadikan agama sebagai alasan untuk tidak mengeluarkan belanja, mengongkong anak-anak sedangkan mereka sendiri tidak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa yang mematuhi agama.

Pastikan sambutan Aidilfitri dan Aidiladha cukup manis untuk dikenang oleh anak-anak. Elakkan bekerja pada hari perayaan kaum Muslim yang dianugerahkan Allah dan Rasul ini.

Berikan keyakinan kepada anak-anak untuk berani tersendiri. Mempunyai identiti dan tidak sentiasa terpaksa serupa dengan orang lain.

Jika terdesak, cutikan sahaja anak-anak daripada hari persekolahan ketika parti Halloween diadakan.

Dan apa yang lebih utama, jadikan Islam benar-benar sebagai sistem nilai keluarga. Jangan tunggu Halloween baru mahu ‘menggunakan’ Islam.

Dalam situasi seperti ini, ‘presenting problem’ yang ada di depan mata adalah Halloween. Tetapi ‘the real problem’ yang perlu diberikan perhatian ialah, di mana Islam dalam hidup kamu?

PA120031

Soalan itu semakin ganjil apabila ia dirujuk kepada keghairahan warga Malaysia menyertai Halloween kebelakangan ini.

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu. [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

amira=atuk



baru terperasan, muka amirah sama macam arwah atuk (nenek belah mak aku)...

senyuman dan ketenangannya.

mencari2 gambar atuk tapi baru teringat memang tak ada yang softcopy. hanya yang hard copy tersimpan dalam sampul bersama gambar2 hard copy ahli keluarga yang lain.

sesungguhnya aku rindukan atuk yang selalu mengatakan pada aku, besar nanti akan jadi perempuan yang cantik, maka kena jaga diri!

cukup membuatkan aku tersedu!

Perempuan ini
yang dahulunya kecil
kini sudah besar
sudah mahu melakar sejarahnya
sudah mahu menjadi bidadari
bukan sahaja di hati suaminya
malah mahu menjadi bidadari
yang menyampaikan sinar Tuhan
pada hambanya yang lain

perempuan ini
yang dahulunya cumut dengan hingusnya
kini masih cumut lagi
cumut dengan kecampingan ilmu
tetapi tidak pernah silu untuk menambahnya

tenanglah wahai atukku
aku mahu menjadi bidadari yang mencarimu nanti
dan terpegun melihat kau
yang semakin cantik di syurga!


mengira waktu

29 October 2009

untuk yang pertama kali ini
aku pinta padamu
hantarkan aku pulang ke pangkuan keluargaku

untuk sekian kali
aku merayu padamu
hantarkan aku pulang ke pangkuan keluargaku

dan untuk yang terakhir kali
aku pinta kau
hantarka aku pulang ke pangkuan keluargaku

terlalu banyak cinta. begitu padat cerita sehingga hatiku terasa sakit yang amat. tak terbendung sehingga mencengkam lantas menjadikan aku geram.

perasaan sakit pantas kan berlalu. cuma bila itu yang aku khuatirkan.

inilah ruang kecilku untuk menjeritkan duka hatiku. mungkin tidak terlihat di matamu. mungkin tak terasa di lembut hatimu. tapi bukalah matamu dan dengarlah melalui telingamu luahan hatiku yang sudah semakin sayu. aku mahu pulang pada keluargaku. menyatakan hasratku yang mahu untuk terus terbang tinggi. menari di awan biru. tidur di langit yang luas. lantas berlari dalam horizon yang infiniti......







song that my sis give me =)

26 October 2009
actually she post this song on her wall at fb, and i really like it after first time listen it. enjoy it. i have share with mei chen to. dunno she like or not. bising sikit but just enjoy it =)



Seconds hours so many days
You know what you want but how long can you wait
Every moment last forever if you feel you've lost your way
What if your chances are already gone
Started believing that I could be wrong
But you give me one good reason
to fight and never walk away

Coz hear I am still holding on!

Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe

You'll make it through the pain
Weather the hurricanes
To get to that one thing

When you think the road is going nowhere
Just when you've almost gave up on your dreams
Then take it by the hand and show you that you can
There are no boundaries
There are no boundaries

I'm faulting my landing to stand on the edge
What if today is as good as again
Don't know what the future is heading
Nothing's gonna bring me down
I've jumped every bridge and I've heard every lie
I've risked being safe but I always knew why
I always knew why

So hear I am still holding on!

Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe

You'll make it through the pain
Weather the hurricanes
To get to that one thing

When you think the road is going nowhere
Just when you've almost gave up on your dreams
Then take it by the hand and show you that you can

You can go higher
You can go deeper
There are no boundaries
Above and beneath you
Break every rule coz there's nothing between you and your dreams

Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe, Yeah
There are no boundaries
There are no boundaries

Every step you climb another mountain
Every breathe its harder to believe

You'll make it through the pain
Weather the hurricanes
There are no boundaries

song from mei chen =)

hari ni mei chen bagi satu lagu yang agak sedih juga kalau dihayati.... nak kongsi dengan semua pengunjung =)



Alone in this house again tonight
I got the TV on, the sound turned down and a bottle of wine
There's pictures of you and I on the walls around me
The way that it was and could have been surrounds me
I'll never get over you walkin' away

I've never been the kind to ever let my feelings show
And I thought that bein' strong meant never losin' your self-control
But I'm just drunk enough to let got of my pain
To hell with my pride, let it fall like rain
From my eyes
Tonight I wanna cry

Would it help if I turned a sad song on
'All By Myself' would sure hit me hard now that you're gone
Or maybe unfold some old yellow lost love letters
It's gonna hurt bad before it gets better
But I'll never get over you by hidin' this way

I've never been the kind to ever let my feelings show
And I thought that bein' strong meant never losin' your self-control
But I'm just drunk enough to let got of my pain
To hell with my pride, let it fall like rain
From my eyes
Tonight I wanna cry

I've never been the kind to ever let my feelings show
And I thought that bein' strong meant never losin' your self-control
But I'm just drunk enough to let got of my pain
To hell with my pride, let it fall like rain
From my eyes
Tonight I wanna cry


p.r.o.v.o.k.a.s.i

23 October 2009


"kau dak JPA kan? kau jangan sebok hal politik. belajar pun kerajaan tanggung then nak marah kerajaan pulak. duit orang (cukai rakyat) bagi belajar bukan nak main politik."

sapa yang bermain politik? itu soalan saya pada orang yang suka melontar provokasi yang dah basi ini.

ya saya student JPA. mendapat tajaan daripada JPA. alhamdulillah. teria kasih kepada rakyat malaysia yang mengeluerkan duit membayar cukai sekaligus memberi peluang kepada anak Malaysia mendapat pelajaran lebih tinggi. terima kasih atas duit anda saya berada di UTM skudai. sesungguhnya duit ini adalah amanah daripada anda. alhamdulillah setakat ini saya masih belum menggunakan duit anda untuk membeli handphone beribu-ribu, mp3, bershoping tak tentu arah dan benda2 yang mahasiswa lain suka buat.

kebanyakan duit anda saya gunakan untuk makan, pakai yang perlu dan untuk program2 yang dapat membangun anak bangsa. sedikit juga digunakan untuk mengembirkan hati mak ayah dan sahabat2. mohon dihalalkan.

terkedu dengn pemikiran melampau sesetengah pihak yang menganggap studentyang mendapat tajan tidak boleh bergiat aktif dalam politik. siapa pulak yang masuk politik?

adakah satu luahan atau komentar dari mahasiswa terhadap perkembangan dan pembawakan parti politik dianggap salah?

saya cukup marah apabila ada orang melontarkan provokasi di atas bila saya mula menyalahkan kerajaan terhadap banyak perkara yang terlalu menjelekkan untuk diceritakan.

mahasiswa sebagai check and balance.

bukan hanya kerajaan sahaja malah semua parti yang memerintah harus ditegur jika mereka buat silap.

kepada manusia yag suka menggunakan provokasi di atas saya ada perkongsian untuk anda.

"ya duit biasiswa saya dari rakyat yang menyuruh saya belajar, namun kena ingat disamping saya mengambil duit mereka untuk belajar, saya punya tanggungjawab pada mereka. saya perlu bersuara apabila ada pihak yang cuba menindas mereka. kerana apa? kerana saya mahasiswa. golongan yang duduk di IPT yang dulunya masyarakat sangat mengangkat mereka kerana mereka berjaya menjadi JURU BICARA UMMAH"

alangkah hebatnya mahasiswa dulu bilamana suara mereka didengari dan digentari oleh mereka di parlimen!

tesis presentation~



InsyaAllah 26/10/09 saya akan menjalani presentation untuk project sarjana muda saya di sebuah bilik di FKKKSA. jangan bimbang anda yang membaca entry ini tidak perlu hadir, namun saya amat memerlukan doa daripada sahabat2 saya serta pengunjung blog ini yang juga merupakan sahabat cyber saya =)

"synthesis and characterization of resin from
empty fruit bunches (EFB)".

inilah tajuk project sarjana muda saya.

sv: Prof Nor Aisyah Saidina Amin (Prof NASA)
RO: Kak Linda
Turut membntu: kak Yani and kak naz

sekalung ucapan terima kasih kepada mereka yan sering membantu saya dalam menyiapkan project saya

Persatuan Mahasiswa Islam
juga kepada PMI dan sahabt2 yang banyak membantu memberi sokongan berbentuk moral.

juga my family (mama, papa, along, angah, sara, kak salina, amirah aka bidadari)

dalam saya membuat slide presentation untuk isnin ni, saya mecuba membuat yang terbaik mungkin. ada sahabt2 yang berkata bahawa ini adalh presentation terbesar dalam hidup mereka. tiba-tiba saya terfikir sesuatu.

Bukan ini bukan yang terbesar, ada lagi yang besar dan memerlukan persiapan yang lebih besar dan berat daripada presentation hari isnin ni.

presentation apa?

tentunya presentataion kita di hadapan Allah di padang Masyar nanti. waktu itu apa jawapan kita jika ditanya Allah dengan soalan2 yang killer. malangnya mulut kita terkunci dan yang menjawab adalah anggota badan kita. mampukah kita waktu tu nak menggoreng atau mentaram bagi menyedapkan hati panel?

saya merasa takut amat jika di tanya Allah apa persiapan kamu ke presentation ini?

SubhanaAllah. berikanlah saya kekuatan ya Allah untuk istiqomah pada jalanMu dan menjadi hamba yang tidak pernah leka atau terlupa akan hari presentationnya dihadapanMu nanti.

bersamalah kita sahabat menyiapkan diri untuk hari presentation itu kerana ia pasti, takkan boleh skip dan takkan ada kabel!





homesick!

22 October 2009

kepenatan menelaah pelajaran dan rasa sakit yang menghimpit akibat demam dan selsema sangat menyesakkan. ikutkan hati mahu sahaja aku mengambil duit dan menunggang BKF ke sri putri. membeli tiket balik ke klang dan terus pulang ke klang. sampai di klang papa akan amik. walaupun papa akan selalu datang lambat aku tetap kea sabar walaupun adakalanya aku dah meletup lantas pelbagai jenis kerutan di muka timbul.

tiba dirumah akan mandi dan berbaring di katil bilik ku sendiri. rasanya sangt tenang berada di katil sendiri. kemudian mama akan memanggil makan. makan dan minum sebanyak mana yang aku suka. sambil makan menonton tv. yang pasti tentunya cerita CSI tambah2 dekat rumah sudah ada Astro. 24 jam AXN sahaja. chanel 701 kalau aku tidak silap.

esoknya akan bangun lambat sedikit. kemudian memasak makanan kegemaran, menonton tv dan bersiar2 ketempat yang menenagkan. bila petang akan duduk di pangkin dn berborak2 tentang hal rumah tangga orang lain di pangkin dengan suri rumah2 yang tak ada kerja. terkadang ketawa melihat mereka yang punya cita dan angan2 mengalahkan wanita yang duduk di parlimen.

bila petang semakin malam, amirah akan bertandang kerumah. bermain dengan amirah sebelum dia pulang kerumah ibu bapanya adalah satu keseronokan yang maksimum!

dan malam adalah masa untuk mengenal diri bersama pencipta. juga masa untuk mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. angah dengn lawak bodoh dan beberapa perkara tak senonoh yang tidak boleh diceritakan disini. sarah dengan bahasa jepun dan masakan2 larut malam yang memang menyelerakan. mama dengan cerita melayunya. papa dengan dunianya memikirkan bagaimana nak menjana duit bagi menampung perut ahli keluarganya yang tak pernah kenyang =)

dan aku masih lagi yang paling suka memerhati dan menulis tentang mereka =)



Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

21 October 2009



GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.



ALI


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

(sumber KOSMO)



k.a.h.w.i.n


Perkahwinan adalah sesuatu yang sukar difikirkan bagi orang yang tidak pernah memikirkannya.
jangan tanya aku tentang kahwin sekarang kerana aku sendiri masih belum melihat bayangnya!








Misteri sejadah berdiri~

Misteri sejadah berdiri

Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my


ORANG ramai melihat 36 sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.


"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.

Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.



Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya.

Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah.

Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan.

Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan.

"Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.

"Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas.

"Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau," katanya.

Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.


***apabila dah ramai yang tak guna sejadah untuk bersembahyang, maka sejadah yang kasihan pada manusia yang makin lalai solat. alangkah ruginya manusia jika mereka tidak mendapat apa2 rasa daripada amara ciptaan Allah ini.

***


************************

jangan terkeliru, ini bukan titik hitam yang memenuhi hati , tapi ini adalah bintang2 yang keluar dari kepala saya akibat serabut menyudahkan tesis!



Bidadari~

20 October 2009





alhamdulillah... setelah lama menunggu akhirnya aku punya anak saudara yang sangat comel dan manis. boring menyiapkan tesis yang macam tak nak habis ni buat aku berhenti sekejap dan melihat foto2 amirah.aduhai manis betul. Bidadari hidup aku.


Dik, aku pinta kau akan s’lalu setia
Dik, aku mohon kau s’lalu menemani
Saat ku tengah terluka
Kala ku tengah gundah


Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu
Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

Dik, jangan engkau pergi tinggalkan aku oh…
Dik, ingin aku cinta dan cinta s’lalu
Saat kau tengah terluka
Kala kau tengah gundah

Kau akan menjagaku
Di bangun dan tidurku
Di semua mimpi dan nyataku
Kau akan menjagaku
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

(wali band-dik)

aku!



aku hanya mahu menjadi manusia yang jujur pada diriku

terlalu sukar untuk mengatakan inilah aku

aku mencintainya~


titik



.................................

"titik apakah ini?"

inilah titik2 hitam yang mula memenuhi hati. maka bersihkan ia dengan selalu berzikir kepada Allah~



demi nafasmu~

Saat ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
Kembali padaMu
Menutup waktuku

Jika ku serukan namaMu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil
Kembali padaMu

Karena ku tahu
Hanyalah pada diriMu
Tempatku mengadu
Tempatku mengeluh
Dalam Doaku

Dan demi nafas
Yang telah kau hembuskan
Dalam kehidupanku
Ku berjanji
Ku akan menjadi yang terbaik
Jalankan segala perintahMu
Menjauh di segala laranganMu
Adalah sebaris doa ku untukMu

Saat ku ucap kata taubat
Sebelum kau memanggilku




langit~



-Langit sentiasa Biru... Tuhan tidak pernah melupakan hambaNya-

20/10/09 KTDI 4pm


kuasa cinta dari luar...

19 October 2009
berat beban yang dipikul bukanlah perkara mudah untuk dihuraikan pada setiap individu. jika tersilap bicara bimbang-bimbang orang lain pula terkesan dan terikut moody sama.

pernah satu ketika dulu aku meluahkan beban dipundak pada seorang teman. balasannya mudah "buat apa cakap". aku mengerti kerana teman yang sama juga mengalami dilema yang maha hebat seperti yang aku rasai.

lantas aku tidak pernah sesekali dan berjanji akan menahan diri jika ada sesiapa yang meluahkan rasa mereka padaku dari rasa marah atau sesuatu yang membuatkan mereka rasa sedih.

namun apabila beban dipundak semakin memuncak. peyelesaian harus dicari. berdiam diri akan membibitkan nanah dan akhirya aku akn mereput dan mati tanpa siapa sedari.

petang semalam ketika pulang dari metting aku merasa lemah yang teramat. hatiku jad ragu dan semangatku malayang2 ditiup angin. berkali2 aku memerah otak agar mengingatkan Allah, rasa kasih sayangNya buat aku tenang seketika.

namun ku panjatkan doa juga agar beban ini terlepas dan bebas dari pundakku.

Maha besar Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. sesungguhnya kasih sayangMu ada dimana2.

sewaktu melangkah ke cafe, tiba-tiba aku terpandang kakak yang selalu jual air itu. dia sedang memangku seorang budak kecil. apabila mata kami bertembung dia lantas tersenyum.

dan serta merta aku merasa semua bebanku hilang. senyumannya umpama belaian lembut yang menyuruh aku bersabar kerana pertolongan Allah itu sentiasa hampir pada orang-orang yang bersabar.

hariku kemudia jadi eria dan senyuman itu menyuruh aku terus bersabar dan memanjangkan munajat padaNya.

Alam berbicara dengan kita dalam diam. tanpa kita sedari. apa yang perlu kita lakukan adalah berhenti seketika dan melihat dan mendengar dengan teliti. lantas pasti ada kasih sayangNya yang akan menyapa kita.

masa & mata



"aku merasa risau dengan masa yang begitu pantas berlalu, lalu aku tertanya bagaimana mahu memanjang masa agar segala urusan ini dapat diselesaikan pada masanya. setelah 2 hari menjalankan eksperimen aku menemui penyelesaiannya. pastikan mata anda tidak tertutup, maka masa akan menjadi lebih panjang daripada sebelumnya!"

20/10/09 KTDI 12.23am



manusia~

18 October 2009

manusia ini lemah
manusia ini sangat lemah

manusia ini terlalu lemah

manusia ini memerlukan sahabatnya

manusia ini memerlukan sokongan daripada sahabatnya
manusia ini akan lemah apabila ditinggalkan oleh sahabatnya
manusia ini punya hati
manusia ini bukan batu
manusia ini punya darah
manusia ini punya rasa manusia ini tahu marah!

manusia ini cuba mencari jalan pulang
manusia ini cuba menyembunyikan kelukaannya
manusia ini cuba tersenyum

manusia ini cuba melindungi air mata yang sudah banjir di hatinya
manusia ini hanya manusia
manusia ini bukan robot
manusia ini sekali lagi punya hati
manusia ini juga punya hati untuk dijaga!

manusia ini memohon padaMu
Lindungi aku dari PUTUS ASA!

Manusia ini mahu kuat

Manusia ini mesti kuat

Manusia ini sentiasa ada Kamu yang mengiringi langkahnya....



****************************

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur

Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku denganMu