KONSERT Antara Dunia-GAMIS

29 April 2009
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama kumpulan nasyid Rabbani akan mengadakan Konsert Antara Dunia yang akan berlangsung pada 1 Ogos 2009 bertempat di Stadium Melawati Selangor. Konsert Antara Dunia ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau dipilih setelah melihat beliau kini menjadi ikon dan idola kepada artis.
Pengarah konsert, Abdul Muhaimin ketika mengulas perkara ini menyebut, “Ternyata Tuan Guru MB Kelantan telah berjaya menjadi contoh ikutan kepada artis era baru. Satu Malaysia mengetahui penyanyi wanita popular Siti Nurhaliza, Amy Search dan Renggo telah terpikat dengan Tuan Guru”.


“Malah Tuan Guru telah mempelopori cara berfikir baru kalangan ulama apabila menjemput Mawi ke Kelantan suatu ketika. Bagi saya, para ulama yang lain mesti berfikiran terbuka sebagaimana Tuan Guru,” tambah beliau lagi kepada Krew GAMIS.Konsert Antara Dunia akan dihadiri oleh kumpulan nasyid terkenal Indonesia iaitu Soutul Harakah yang akan menghidupkan suasana malam tersebut dengan semangat jihad. Dalam masa yang sama, kumpulan Ungu dan Meet Uncle Hussin serta Rabbani turut akan memberikan persembahan.Wan Zahidah, Timbalan Pengarah Konsert berkata, “Kami tidak akan menyimpang daripada tujuan asal kami untuk menyemarakkan semangat dakwah. Dalam masa yang sama, kami ingin mendekatkan kumpulan artis dengan Tuan Guru yang kami yakini mampu memberikan inspirasi yang baru untuk artis”.Beliau turut menyatakan kekesalan beliau terhadap pandangan masyarakat yang lebih suka menyalahkan artis tanpa mengenali dan merapati mereka lebih dekat. Mereka adalah golongan seniman yang harus diberi peluang berbakti kepada negara dan agama mengikut keupayaan mereka.Beliau turut menafikan adanya unsur politik dalam konsert ini. Bagi GAMIS, menjemput Tuan Guru bukanlah bermakna membawa agenda politik sebaliknya membawa unsur dakwah.

*** tak sabar rasanya. hm.. baguslah semoga pendekatan dakwah sebegini dapat menarik anak2 muda agar lebih cintakan islam. Shotul harakah... memang best. ada macam rock tapi rock dia menghidupkan semangat jihad. teringat dalam satu progam, kami peserta menyanyikan lagu gelombang keadilan nyanyian shotul harakah. memang bersemangat habis!

1 comments:

.:Khalifatun Khairiah:. said...

salam..uh..sepertinya tidak ketahuan maklumat ini deh.. =/