ukuran sebuah istiqomah buat muslimah...

01 May 2009
alhamdulillah... lama sekali kami semua tidak berkumpul. lantarak kesibkan dengan tanggungjawab dan tugas masing-masing. tambahan pula kesesakan musim peperiksaan bagai menjadi faktor kepada kejauhan daripada sebuah kebersamaan.

dan petang ini, kami semua berkumul. berkumpul di tasik UTM. sesuananya indah dan damai walaupun sesekali terdengar suara2 sumbang orang sedang berkaraoke di bahagian tasik yang sebelah sana, namun ia bukan penghalang kepada suasana.

berkumpul dengan tujuan ukhwah. menatap wajah teman2 yang sudah lama hilang dari pandangan. rindu sarat dimata, hanya pelukan dan kata2 yang melerai segalanya.

petang ini juga meraikan sahabat2 yang menyambut hari jadi dalam bulan lepas. tidak lupa jua meraikan sahabat2 yang bakal bergraduasi. terpancar kebahagian di wajah mereka. pasti lebih banyak cabaran yang bakal dilalui lantas doa sahabat dipinta agar kuat dan istiqomah dalam perjuangan.

bercakap soal istiqomah cukup mudah namun mampukah kita untuk istiqomah?

teringat pada satu kata2 yang pernah dikatakan oleh Ustaz Zuhan (jika tidaksilap) bahawa seorang tu akan dilihat berjaya apabila sudah berkerja masih mampu untuk istiqomah dalam gerak kerja. namun hari ini berapa ramai aktivis Islam di kampus yang gugur apabila berada di luar.

teringat kata2 kak Putri sejenak tadi, di kampus kita diberi ruang untuk berjuang, namun apabila di luar kita mencari ruang.

perjuangan dalam Islam tidak akan di hamparkan dengan permaidani merah. ada masa terluka. ada masa penatnya membeban jiwa. dan ada masa sendiri terkapai mencari kefahaman. bisakah untuk Istiqomah?

muslimin dengan bebanan dan tanggungjawab terhadap keluarga dan kerja. muslimat pastinya pada suami dan anak2. bisakah istiqomah?

bagaimana untuk Istiqomah?

Aku sendiri masih mencari jawapannya. namun aku percaya apabila kita selalu bergerak kerja, mengumpul sahabat sebanyaknya, berkongsi segala suka dan duka, Insya Allah masalah lari tidak akan jadi perkara besar.

namun siapa yang boleh menilai Istiqomah?

dimana nilaian Istiqomah? bagaimana mahu memastikan kita Istiqomah?

dan ini membawa aku kepada kata2 seorang Ustaz. muslimat itu apabila sudah berkahwin dan beranak tiga, jika masih mampu berusrah, Alhamdulillah sudah dikira Istiqomah.

YA Allah semoga aku Istiqomah di jalan Mu...

~Gerak Srikandi Menuju Ilahi~



0 comments: