psm-matrik-syukur

05 May 2009
sepatutnya esok aku dah boleh pulang ke Klang, namun tadi kak Linda kata nak siapkan sebanyak mungkin experiment sebab resultnya nak dimasukkan dalam INATEX yang bakal berlangsung Ogos depan. huh tension juga, aku budget naik sem depan nak abiskan tapi disebabkan result mesti dihantar sebelum 15 Mei menyebabkan aku terpaksa delay waktu pulang ke kampung. nasib baik tak cakap mama lagi yang nak balik esok. kalau tak mesti kena marah. dan alhamdulillah tak beli tiket lagi.

tinggal seorang di UTM sebenarnya buat aku rasa empty sangat. entahlah kenapa. melihat kawan2 yang satu demi satu pulang ke kampung sebenarnya sangat melukakan hati. hm... teringat masa di matrik dulu.

(hasil kerja Nazrin F1T1)

hari terakhir di matrik, aku melambai pada sahabat2 yang beransur-ansur pulang. kebetulan aku tak pulang awal kerana hendak ke Langkawi bersama Pae (Faezah). barang2 semua aku dah hantar ke rumah Ucu yang terletak di Jitra. rancangannya selepas bersiar2 di Langkawi akan duduk di rumah Ucu untuk seminggu sebelum pulang ke rumah.

(in memory =) )

masa di matrik, aku menghantar semua kawan2 yang pulang. seorang demi seorang. seronok rasanya. itulah kali terakhir kami semua dapat bersua sebelum masing2 melangkah dalam dunia sendiri.

last kawan yang aku hantar adalah Diana. entah kenapa masa tu aku rasa lain macam aje. waktu tu aku gak 20% aje penghuni blok C yang tinggal. itupun sebab bas diorang malam.

masa hantar D ke kereta, tiba2 aku rasa empty, kosong dan sepi. saat tangan melambai terasa mata panas sangat. satu perasaan yang sangat merimaskan aku rasa. dada rasa sesak dan kaki terasa ingin berlari.

waktu tu aku tahu, segalanya dah berakhir. persahabatan yang terbina antara 5 orang kawan dalam class F1T1 semakin terasa jauh. semua dalam haluan sendiri. ada air mata yang mengalir. ikutkan hati terasa ingin putarkan waktu kembali, berada dalam class semula, ketawa beramai2, makan di cafe bersama2, membuat lab report di library bersama2, berjalan2 di tepi padang setiap petang dan menghadiri class mentor menti setiap malam.

(aku, D, Pae, Ely n Mira... hai rindunya)

setahun, semuanya tercipta. terasa indah namun ianya sudah berakhir. kelembutan angin petang di bandar changlun bakal aku tinggalkan. pemandangan indah langitnya terbentang luas. aku ingat lagi waktu aku rindukan keluarga aku akan duduk di bangku sambil menghadap langit. saat itu aku rasakan sangat lapang.

(D ngan aku... memang suka bergaya)

dan sekarang perasaan itu datang lagi. terasa sesak dan memenatkan. aku tahu satu hari aku akan tinggalkan UTM. aku akan tinggalkan gelak ketawa bersama rakan2. aku akan tinggalkan lab yang kadang2 aku benci menggunakannya tapi rindu selalu padanya. akan tinggalkan fakulti aku yang mempunyai pemandangan yang cantik, akan tinggalkan tasik tempat aku beri makan ikan setiap petang, akan tinggalkan balai cerap tempat aku jeritkan segala kerisauan, tinggalkan MSI yang punya majlis ilmu beribu macam. segalanya akan aku tinggalkan. dan yang pasti sahabat akan berjauhan membawa arah tujuan...

setahun lagi InsyaAllah semuanya bakal terjadi. namun perasaan nya aku rasakan kini. walau bagaimana pun semuanya pasti akan aku lalui. jadi berhiduplah dengan gembira dan sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada. walaupuna ku terperap di lab waktu semua orang dah pulang, namun aku percaya 5 tahun nanti aku pasti akan menulis tentang rindunya aku waktu di lab menyiapkan PSM =)

mengarut aje kan.....

lain kali nak tulis pasal matrik sangat banyak kenangan indah....

1 comments:

Kipas Repair JB said...

SAbarlah...itu namanya jihad dalam mencari ilmu...

Apa-apahal pun, hidup mesti enjoy...dan waktu yang paling enjoy adalah pasa tengah belajar....

kalau dah kawin dan kerja...lagi mencabar...dan penuh t/jawap