Muhasabah diri...

01 May 2009
"LPM perlu lebih kreatif, update artikel/blog selalu, pelbagaikan artikel"
"Idea yang statik."
"....... Pelbagaikan Bentuk Penulisan.. Ana Yakin Dengan Nti"
"Pengurusan Perlu ditingkatkan, pantau ahli lujnah/sahabat dengan lebih perkasa."
"Jika anda mampu mengusai fikiran anda, maka hidup akan lebih bahagia."
"Perlu kongsi masalah tentang flow2 penghasilan multimedia"
"memahirkan lagi pelbagai software"
"JADILAH SATU WADAH PENYAMPAI SINAR ISLAM DI KAMPUS"
alhamdulillah, itulah sedikit sebanyak pandangan dan nasihat dari sahabat2 terhadap ana. entah kenapa setelah membacanya ia membuatkan ana termenung yang agak lama.
semesta sudah kepimpinan sebagai TP LPM ana pegang. dan ana sendiri masih belum merasakan kepuasan. terlalu banyak ruang yang harus dan perlu ana perbaiki. lantasana bertanyakan kepada diri kenapa dalam masa yang ana ada ana sedar dan nampak kekurangannya namun ana lambat untuk bertindak?
lama ana berfikir akhirnya banyak permasalahan diri yang ana nampak dan ana harus dan segera betulkan. permasalahan timbul dalam diri ana sendiri.
masalah pertama, jawatan sebagai TP kadang kala menterbataskan ana. namun yang bersalah disini bukan jawatan TP itu tetapi pemikiran ana terhadap jawatan TP itu. selalu dalam membuat sesuatu perkara ana terlalu bergantung kepada pengerusi ana. bagi ana sesuatu perkara perlu dapat arahan dari Pengerusi. mungkin ana berkelakuan begini kerana bimbang pengerusi ana akan merasa rimas dengan ana atau merasakan ana ni Queen Control. namun itu silap ana. ana biarkan segala pemikiran itu menguasai ana sehingga aa terlupa untuk apa ana bergerak kerja.andainya ana bukan TP LPM ana juga tidak seharusnya berfikir sebegitu. sebaliknya jika ana punya idea dan mahu LPM bergerak lebih maju kehadapan analah yang harus mengancang lujnah dan mengajak ahli sama2 berlari. menyalahkan ahli yang masih mahu berada di tempat yang sama adalah satu tindakan yang amat teruk. jika kita mahu mereka berlari maka ajak dan pengaruh mereka untuk berlari. bukan bermain dengan pemikiran sendiri.
itu masalah utama. terfikir ana adakah ana ergerak kerja kerana jawatan?! nah kalau bukan bergerak kerja kerana jawatan lakukanlah MASLINDA! gunakan segala kemahiranmu untuk ISLAM. Biar diakhirnya nanti Islam mendapat manfaatnya. gerakkan lujnahmu berlari mengibarkan panji Islam.
Masalah kedua, kurang ketegasan. menyedari diri yang lemah dan kurang pengetahuan buat ana rasa rendah diri. kadang2 tak mampu nak mengarahkan sesuatu penerbitan biar lebih berkrontoversi. bak kata orang biar artikel yang keluar ibarat lidAH2 aktivis Islam yang sentiasa mahukan keterbelaan terhadap Islam. puncanya ana sendiri juga. kalau sedar kurang ilmu tambahkan dengan pembacaan. bereksperimenlah... InsyaAllah berjaya. lagipun Allah tak melihat kejayaan tetapi usaha,... moga2 usaha yang sedikit itu bisa membuka mata mahasiswa kampus tentang Islam...
masalah ketiga... banyak cakap dari buat... kenapa ana tak pandai bahagi masa. pelbagai benda yang ana rancang namun semuanya jadi ar liur sahaja. gagal kerana masa. puncanya diri yang tak pernah pandai membahagi masa.
terdapat banyak agi. namun ana berharap mampu mengatasi semuaya. semuanya menyedarkan ana akan peranan dan tanggungjawab. banyak yang ana muhasabah dan banyak juga yang ana ingin betulkan. dan ana rasa sudah tibanya ana mengalami satu reform.. demi Mu Ya Allah...
~Gerak Srikandi Menuju Ilahi~

0 comments: