KONSERT Antara Dunia-GAMIS
Pengarah konsert, Abdul Muhaimin ketika mengulas perkara ini menyebut, “Ternyata Tuan Guru MB Kelantan telah berjaya menjadi contoh ikutan kepada artis era baru. Satu Malaysia mengetahui penyanyi wanita popular Siti Nurhaliza, Amy Search dan Renggo telah terpikat dengan Tuan Guru”.
“Malah Tuan Guru telah mempelopori cara berfikir baru kalangan ulama apabila menjemput Mawi ke Kelantan suatu ketika. Bagi saya, para ulama yang lain mesti berfikiran terbuka sebagaimana Tuan Guru,” tambah beliau lagi kepada Krew GAMIS.Konsert Antara Dunia akan dihadiri oleh kumpulan nasyid terkenal Indonesia iaitu Soutul Harakah yang akan menghidupkan suasana malam tersebut dengan semangat jihad. Dalam masa yang sama, kumpulan Ungu dan Meet Uncle Hussin serta Rabbani turut akan memberikan persembahan.Wan Zahidah, Timbalan Pengarah Konsert berkata, “Kami tidak akan menyimpang daripada tujuan asal kami untuk menyemarakkan semangat dakwah. Dalam masa yang sama, kami ingin mendekatkan kumpulan artis dengan Tuan Guru yang kami yakini mampu memberikan inspirasi yang baru untuk artis”.Beliau turut menyatakan kekesalan beliau terhadap pandangan masyarakat yang lebih suka menyalahkan artis tanpa mengenali dan merapati mereka lebih dekat. Mereka adalah golongan seniman yang harus diberi peluang berbakti kepada negara dan agama mengikut keupayaan mereka.Beliau turut menafikan adanya unsur politik dalam konsert ini. Bagi GAMIS, menjemput Tuan Guru bukanlah bermakna membawa agenda politik sebaliknya membawa unsur dakwah.
*** tak sabar rasanya. hm.. baguslah semoga pendekatan dakwah sebegini dapat menarik anak2 muda agar lebih cintakan islam. Shotul harakah... memang best. ada macam rock tapi rock dia menghidupkan semangat jihad. teringat dalam satu progam, kami peserta menyanyikan lagu gelombang keadilan nyanyian shotul harakah. memang bersemangat habis!
Sebelum Dibius Cinta-Saifulislam.com
“Bodoh punya batu, kenapa kau langgar kekasih aku?” marah seorang lelaki kepada seketul batu yang ‘melanggar’ buah hatinya.
“Oh abang, biar pun baju abang masam, masam itulah masam-masam manis jiwaku!” kata seorang ‘gelifriend’ kepada ‘buayafriend’ beliau.
Dialog di atas adalah ayat-ayat cinta yang biasa. Biar pun bunyinya sangat luar biasa kepada manusia biasa, ia amat biasa dan perlu bagi dua belangkas yang sedang mabuk cinta. Sama ada cinta di antara dua pasangan yang belum bernikah, atau yang pengantin baru yang sedang menikmati bulan-bulan madu mereka.
BIUS CINTA
Memang cinta itu luar biasa. Cinta bukan sahaja buta, malah boleh membutakan lagi melumpuhkan mereka yang terkena panahannya.
“Aku dibius cinta!” kata Melly Goeslow.
Kemabukan cinta ini menyulitkan kita untuk merasionalkan perbincangan. Perbahasan-perbahasan tentang do’s and don’ts yang dikemukakan untuk keelokkan jangka panjang cintanya, ditepis sambil pandangan melirik sebelah mata sahaja.
Namun, saya ingin mengajak pasangan yang sedang mabuk cinta, belangkas yang sedang bertelinga tuli dari nasihat-nasihat di sekitar mereka, supaya duduk sejenak dan berusaha untuk menjawab soalan-soalan realiti yang saya senaraikan di bawah nanti, sesuai untuk meneroka kembara mawaddah dalam sebuah rumahtangga yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Firman Allah SWT:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Rum 30: 21]
Sesungguhnya mawaddah itu adalah cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang bahtera perkahwinan dilayari. Cinta yang terbit dari satu demi satu kejayaan suami dan isteri menempuh kesukaran, kesulitan dan cabaran hubungan perkahwinan mereka.
Agar bulan madu itu bulannya menjadi tahun yang berpanjangan, dan madu tidak menjadi racun, saya mengajak setiap pasangan yang masih ’sedar’ sebelum dibius cinta, agar menjawab soalan-soalan berikut dengan jujur dan telus. Jangan tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama:
SOALAN PEREMPUAN KEPADA PASANGANNYA:
- Syukur Alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatimu sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat bulan atau lima. Ada kemungkinan bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan-depan juga. Sabarkah engkau dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?
- Semasa mengandung, aku tidak lalu makan, mulutku asyik mengeluh sakit sini dan sakit sana. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?
- Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluan batinmu tidak seperti biasa. Aku lemah, sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu. Masihkah aku buah hatimu?
- Semasa kita mula berumahtangga, pasti hidup kita indah bagai di Syurga. Tambah pula dengan kurniaan cahaya mata pertama. Namun ketika cahaya mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah, tanggungan dan beban juga bertambah. Dalam suasana yang banyak tekanan di rumahtangga kita, apakah engkau masih mampu ceria? Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?
- Selepas beberapa tahun berumahtangga, aku belum merahimkan cahaya mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan seorang jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau diasak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu?
- Andai selepas beberapa tahun berumahtangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bahawa diri ini mandul dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu?
- Jika aku ditakdirkan Allah diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya, kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kauhadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku?
SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:
- Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
- Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
- Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
- Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
- Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
- Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
- Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami?
Seorang suami dan seorang isteri, akan berusaha dan berdoa agar tidak teruji dengan situasi sedemikan rupa. Memohon kepada Allah agar tidak dibebankan dengan ujian yang di luar upaya diri.
“…Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” [al-Baqarah 2: 286]
Namun, menyedari bahawa kehidupan berumahtangga itu adalah lanjutan peringkat kehidupan, bukan melangkah ke mimpi yang jauh dari realiti alam nyata, pastikan langkah kaki tidak bermula, sebelum telah jelas gambaran akhir di minda.
Sesungguhnya saya senaraikan 14 soalan, separuh untuk bakal suami dan separuh untuk bakal isteri, bukanlah soalan yang direka-reka tanpa asas. Mengendalikan sesi perkongsian di antara teman-teman dan peserta program, bertukar-tukar pandangan serta nasihat dari golongan yang lebih berusia, mengumpulkan hal-hal ini untuk direnung oleh kita semua.
Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya. Bahawa cinta dan rumahtangga kita indah semuanya. Tidak akan diuji sedemikian rupa. Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu. Biar pun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika.
Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati.
Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan.
Sebelum anda dibius cinta… soallah diri sejauh mana anda bersedia?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR
cinta ku hanya milik Mu...
Album : Istighfar
Munsyid : Opick feat Gito Rolis
http://liriknasyid.com
penuhi jiwa ini dengan satu rindu
rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
meski begitu hina ku bersimpuh
cukup bagiku Allah,segalanya bagiku
dihatiku ini penuh berisi segala tentang Allah
kepada nabiMuhammad, tercurah shalawat Allah
tiada Tuhan selain Allah, cukup bagiku Allah
hasbi Rabbi Jalallah
mafi qolbi Ilallah
alalhadi sholallah
laa ilaa ha Illallah
kak.. maafkan ana...
kak hafizah kena denggi? begitulah yang mesej yang aku terima dari seorang sahabat. masyaAllah tarbiah tu. dalam minggu study week terlantar di hospital. aku pula di library sedang pulun.
tiba2 mesej dari atikah masuk mengajak pergi melawat. fikir aku atikah pergi dengan azumar sahaja. memandangkan aku tak ada lesen dan waktu nak pergi lunch hour aku batalkan niat dari join dorang. namun mesej mengenai kak hafizah aku forwardkan pada sahabat2 LPM yang lain. doa ku panjatkan moga kak hafizah tabah dan lekas sembuh. begitulah, lain orang lain dugaannya.
mesej nazirah pula masuk. bertanya ada sesiapa yang nak pergi ziarah. insyaAllah kereta akan diusahakan. namun aku tidak mereply. kerana sangkaku mereka akan pergi esok. namun jauh sekali.
atikah nazirah dan sahabat2 lain semuanya pergi waktu tengah hari itu dan aku di library sedang pulun study.
terbit di hati aku betapa teruknya diri ini. teruknya aku kerana tak sanggup meluangkan sedikit masa untuk sahabat aku yang sedang sakit, yang sedang mendapat ujian dari Allah.
'
berkali2 aku cuba menyalahkan diri. ketidakambilan aku pada sahabt aku ternyata menghantui perasaan ini. argh.. bersalah. aku jadi malu pada kak fizah. bukankah insan itu sudah banyak membantu aku.
Ya Allah maafkan daku. kau berikanlah kesihatan yang baik padanya. kau berikanlah ketabahan padanya. moga dia mengerti akan perasaan hati ini.
jangan delay...
seminggu sebelum exam... tergelak bila ternampak kartun ni. memang serupa aku. selagi esok tak exam selagi tulah aku rasa relaks sangat. sepatutnya aku bersyukur sebab masih ada seminggu untuk berhempas pulas. hm... ya aku nekad biarlah yang seminggu terakhir ni aku lakukan yang terbaiknya. biar tiada penyesalan di akhirnya.
kelab benci temperature...
akibat rasa tension aku pun mengistiharkan penubuhan kelab anti temperature dengan ahli tetapnya kak Helia...
hm... memang penat buat experiment. mana taknya berada dalam makmal reaktor yang panas. kalau ada aircond tak pa lah. lepas tu setiap masa asyik naik kawal temperature. hai.. aku yang mendidih ni tak de sapa yang counter.
namun di sebalik itu aku belajar banyak benda. antaranya erti persahabatan dan bantu membantu. walaupun kepenatan dan ketension dengan experimen yang selalu fail, namun kakak2 di lab sentiasa meluangkan masa untuk membantu aku. kak Mailin setiap kali tengok aku mesti kata "chaiyok2x. kak Linda siap bagi buku text polymer. masing2 sedia untuk berbincang dengan aku bagi setalkan masalah ni.
selain itu aku juga belajar erti sabar dan ikhlas. "Tuhan sedang mengajarkan aku erti sabar dan ikhlas=)"
begitulah cabaran yang dihadapi oleh daei' setiap masa diuji. setiap apa yang disampaikan tak selalunya mudah diterima. ada masa di abaikan aje. namun ikhlas dan sabarlah insyaAllah kita akan berjaya.
selain itu erti bersyukur. sebelum ni aku sering gagal, namun Allah berikan kejayaan dalam satu dan 2 kali. dengan ini aku harus bersyukur dalam setiap tindakan aku.
hm... namun aku masih lagi tak faham apasal temperature tak boleh naik after 100 darjah celsius. sapa yang dapat jawab aku belanja makan.
kenapa temperature mixture EFB dengan Phenol dan sulfuric acid (catalyst) tak naik selepas 100 darjah celcius. dia stay kat situ aje. sedangkan tak ada air. pemanasan secara reflux
jangan TENSION!
lepas class aku terus aje melulu ke makmal reaktor kimia yang terletak di alamak lupa pulak blok berapa=)
sesampai je sarung lab kot then terus set up radas. experimen hari ni kalau aku buat betul2 boleh habis dalam 3 jam je. aku punya parameter:
EFB/Phenol=1/1.5
time= 60 minute
dan temperature 125 darjah celcius.
dan aku pun start experimen. agak2 temperature oil bath dah 120 darjah celcius aku terus set up radas untuk reflux. dan aku terpaksa tunggu tempearture sample 125 baru aku boleh start time untuk 60 minute.
masalah bermula.
siapa sangka hari tu temperature tak membantu langsung. selama 30 minute aku tunggu bila aku check temperature ia masih still dekat 100 darjah celcius. okay fine.. aku tunggu lagi.
then after satu jam...
still gak dekat 100 darjah celcius. apa cter? sapa tak sakit hati. dah lah jam 3 petang aku ada class kat CTL. biar betul temperature ini. dah lah masa tu aku lapar habis. tak pa tunggu lagi kejap.
then ia masih maintain dekat 100 darjah celcius. nak tukar parameter lain tak sesuai pulak.
dan akhirnya akibat rasa fed up dan tension yang melampo, aku dengan selambanya mematikan segala electrical set up. memang tension aku peduli apa kalau orang nak marah. aku punya marah tak de sapa kesah. dan dengan rasa protes, aku kuarkan set up dari oil bath dan letak kat tengah2 meja dengan temometer yang masih melekat kat radas. hah rasakan.. tak nak naik sangat kau equilibriumlah dengan sample tu!
sampaikan petang tu RO kat lab tu telefon aku apasal aku buat macam tu. sapa tak sakit hati. nasib baik aku buat macam tu. sebenarnya aku nak patahkan aje termometer tu. cuma memandangkan tu bukan termometer aku je sebab tu aku tak patahkan.
kemarahan yang tak dapat dikawal.
aku marah betul dengan termometer tu. sebab ialah masa aku terbuang dan aku terpaksa repeat lagi experiment. sedangkan Prof NASA bila2 aje boleh panggil aku dan mintak result. huh tensionnya.
salurkan pada jalan yang betul...
malam tu kak Linda (RO) di lab tu hantar mesej kat aku. mungkin dia risau dengan aku. dia nasihat kat aku jangan tension. yalah dalam study week kena masuk lab sapa tak tension. dia suh aku study dalam lab. jangan tension2. kalau ada masalah bagi tahu. huhu aku rasa terharu sangat.
aku pun melepaskan geram aku pasal temperature pada kak linda. alhamdulillah dia memahami. mungkin sebab kami membuat experiment yang hampir sama. dia pun kata dia ada masalah yang sama. dia tegur aku, kalau ada problem bagi tahu. jangan keep sorang2 then tension sorang2. penyelesaiannya esok dia nak bincang dengan aku.
banyak pertolongan
kadang2 aku rasa masalah yang aku hadapi tak ada siapa yang faham. mungkin bagi orang ianya nampak simple. ala masalah temperature aje, tu pun nak kecoh. namun jika mereka di tempat aku korang aje boleh tahu dan rasa betapa sakitnya hati ini.
hanya memohon sedikit sokongan dan rasa memahami. itu sahaja.
temperature hanya satu bahagian. entahlah kadang2 kita selalu merasa diri kita terbeban, namun kita tak sedar ada orang yang lebih terbeban. selalu aku nasihatkan pada diri agar pandai2 kawal masalah, namun siapalah aku, maslah hanya jadi besar bila tak disalurkan pada jalan yang betul.
ada orang kata kongsikan masalah dengan teman. namun bagaimana pula kalau teman menganggap masalah kita hanya perkara biasa. aku jadi konfius kadang2.
bila bercerita tentang masalah ku pada teman aku tak mengaharapkan mereka memberi resolusi kerana aku tahu aku akan menjumpai resolusi. tapi aku mahu mereka memahami. ia cukup melegakan apabila ada orang memahami apa yang kita rasa.
tetiba aku terinagt pada Chua Mei Chen. jauhnya dia sekarang di US. nak Gtalk pun makin sukar. Mei Chen antara manusia yang sangat memahami segala masalah aku. entah kenapa setiap kali bercerita masalah padanya aku jadi lega. malah terasa selesai dan bersemangat untuk face masalah itu.
hai mei chen...
akan kurang aktif...
hm... perang BADAR? taklah aku akan mengahadapi peperiksaan Akhir Semesta. jadi 2 minggu ni akan sangat busy untuk pulun habis2an. jadi keberangkalian akan terabai sikitlah blog ni.
jadual EXAM:
27/4/09 - Control
28/4/09 - Separation
30/4/09 - Project management
2/5/09 - Economy
dlam masa yang sama juga Prof NASA (supervisor) aku minta aku siapkan juga half experiment PSM aku sebab mahu dipamerkan masa Inatex yang bakal diadakan di UTM(maybe) next sem dalam bulan 8. ini satu bonus buat aku namun terpaksalah aku curi masa study week untuk siapkan experimen. maka akan berkurunglah aku dalam makmal reaktor kimia dan Ibnu Sina sepanjang study week ni. huhuhuhu... doakan aku agar mendapat result yang bagus ya.
nak sambung study.. jom pulun...
masuk ke alam perkerjaan...
tiba2 rasa tak sabar nak pergi LI. hm.. macam manalah nanti. Alhamdulilah aku dah dapat tempat. walauun bukan kat plant, tapi oklah memenuhi kriteria aku. so why not.
aku akan membuat LI di Bangi. dah mintak tolong Kak Saf carikan bilik sewa. siap bagi ciri2 housmate mesti sama fikrah. hehehe bimbang juga bila dah jauh dengan sahabat2.
lagi best kat Bangi angah pun keje kat situ. so adalah orang jaga aku. mesti mama bengang aku nak duduk rumah sewa. bukan apa rumah aku dekat aje dengan KTM. so aku boleh je ulang alik naik train. tapi macam ni tak belajar berdikarilah aku. lagipun aku dah kira kos kalau aku ulang alik mesti makan duit yang banyak. hm...
memnag tak sabar nak buat Li. semoga dalamkesibukan ber LI aku takkan lupakan tanggungjawab aku terhadap Islam. disini aku akan diuji.
nam & Yusof how dare you
=)
on presentation day
sekarang masih group yang pertama, kami adalah group yang ke-3.debaran terasa sangat. hm.. semoga kami mampu buat yang terbaik. tak sabar juga rasanya. esok ad test public speaking dan negotiation. lepas tu terasa ringan semula beban ini.
semoga dipermudahkan.
finally...
menyorot kembali rentetan waktu pertama kali diperkenalkan dengan PBL. masa tu masih lagi di tahun satu. malah di semester satu. semuanya masih baru. masih bersemangat.
waktu itu PBL diimplimentasikan di kelas introduction to engineering. waktu tu lecturer adalah Dr. Khairiyah atau lebih popular dengan panggilan Dr. K antara orang yang bertanggungjawab memperkenalkan modul PBL (problem base learning) di fakulti FKKKSA.
masa tu aku dalam kumpulan OBE (Outstanding & Brilliant Engineer) . masa tu ahli group Aw, Abu dan Nadia.
memang seronok sangat. walaupun tension sebab selalu kena baca tecnical journal dan report sebab tak faham, tapi disebabkan semangat nak jadi engineer bacalah juga walaupun sampai ke jam 3 pagi. teringat masa tu roomate perli nampak aku macam Ir Engineer pulak.
(dalam kenangan OBE)
dan pengakhirannya kami sangat enjor. berbeza dengan group2 lain. ada yang bergaduh dan ada yang sampai tekad tak nak amik subject control dengan Dr K lagi. namun bagi kami OBE ukhuwah terbina hebat. sampaikan masa hari terakhir kami adakah makan2 bersama dan bergambar bersama. semasa hari presentation day kami memakai pakaian tema yang sama dan waktu discussion with lecturer kami memakai t-shirt KTDI. hm... saja nak tunjuk keakraban yang terbina.
namun segalanya sangat berbeza dalam control. keseriusan semakin bertambah. beban semakin menggila.
aku antara yang merasa bebanan yang teramat. PBL yang dipraktikkan dalam subject control benar2 menggugat jiwa aku. mana taknya hati bertarung antara tangguangjawab dan komitmen. agak sukar apabila berada dalam group yang mengharapkan komitmen dari setiap ahlinya.
dala setiap study case kami memperuntukkan seminggu untuk menyelesaikannya. dalam waktu yang singkat dan terlalu banyak yang perlu diselesaikan sendiri menyebabkan meeting terlalu kerap. contohnya hari sabtu dan ahad akan meeting dari jam 8am to 1pm. then akan bersambung dari jam 8pm ke 12pm pada hari yang sama. pernah satu kali untuk case study yang ke2 kami start meeting dari jam 5pm dan habis pada jam 5am.
dalam kesibukan control juga aku diuji dengan PSM. sepatutnya PSM yang pertama ini hanya tertumpu kepada proposal. namun disebabkan supervisor aku (Prof NASA) mahu researh aku disudahkan sem ini juga kerana hasil experiment mahu dipamerkan pada INATEX yang akan menjelma bulan 8 ni. sebagai student pastinya aku takkan melepaskan peluang ini. bukan mudah hasil kerja kita akan dipamerkan. namun ini menuntut aku berkurung di dalam lab sepanjang hari. dan untuk menyudahkan research ini aku perluakan 16 kali experiment dijalankn dengan parameter yang berbeza dan setiap satu experiment dengan purata satu hari untuk complete.
(liquefied EFB dengan campuran formaldehyde, NaOH dan air suling sedang di reflux, sengaja tak guna three bottom flask sebab resin yang terhasil jenis novolac so dia akan keras dan sangt sukar nak kuarkan melainkan pecahkan three botto flask. lepas tu sapa nak bayar? so kena guna alternatif lain)
pernah satu kali ketika melakukan experiment liquefied wood (sangat reaktif kerana campuran phenol yang tinggi) terpercik ketika aku sedang melakukan filter vacuum. semuanya gara2 aku tersalah pasang tiub. tiub yang sepatutnya menyedut bertukar kepada menolak menyebabkan product terpercik keluar dan terkena muka dan tangan aku. akibatnya tangan aku melecur. mujur bahagian muka tidak teruk kerana ada precaution waktu itu.
semua ini kadang2 amat menganggu aku. kesebokan sebagai student terkadang melemaskan aku. adakalanya aku rasa give up. sampai satu saat rasanya engineering course sangat tak sesuai dengan aku.
dan kadang2 aku rasa diri perlu uzlah. perlu menyendiri dari segala gerak kerja. perasaan sangat kecewa bila ada yang tidak faham dengan tekanan yang dialami oleh diri. lantas jari2 kecil bertanya dengan SMS pada kak syifa' minta supaya diberikan kata2. saat itu air mata sahaja sebagai penawar pada kedukaan. aku terkeliru dan sangat memerlukan penjelasan dan ingatan.
alhamdulillah. persoalan 3 peranan manusia di muka bumi ini membuatkan aku sangat terkesan. ditambah pula dengan ayat dari surah (x ingat) "adakah kamu mengatakan kamu berimen selagi kamu tidak diuji" membuatkan diri ini terpana dan merasa betapa kerdilnya diri.
perlunya sahabat sebagai orang yang sentiasa mengingatkan. alhamdulillah hadirnya kak syifa dengan satu mesej yang cukup ringkas buat aku merasa betapa diri tidak pernah bersyukur atas segala nikmat yang pernah dia berikan. jika aku terbeban, adalah yang lebih terbeban diluar sana.
namun apakah rahsia mereka? menghadapi bebanan dengan senyuman.
bina kekuatan dalaman. perjuangan tanpa kekuatan pasti takkan berjaya. teringat bagaiman sultan Muhammad al fateh menawan kota Constantinople. bukankah beliau memastikan tenteranya mengamalkan amalan tahajud. begitu juga dengn salahuddin al ayubi. malah rasulullah juga mendapat kekuatan dengan solat malam. begitu juga dengan tuan guru nik aziz yang sangt istiqomah dalam solat malam. dan aku? bina kekuatan itu. lupakan kegembiraan dunia yang banyak kepada melalaikan. belajarlah erti bermujahadah. berperang melawan nafsu. istiqomahlah!
SubhanaAllah terlalu banyak kau mengajar aku. dari sekecil perkara ke sebesar perkara aku bermuhasabah kepadaMu. layakkah aku menjadi pejuangMu tatkala hanya sekecil beban kau limpahkan aku terus terkulai layu. RETORIKnya diri ini.
masa yang kau berikan harus aku manfaatkan sebaiknya. Ya Allah biarlah masaku digunakan dalam jalanMu, moga2 ia memberi manfaat padaku di kemudian hari.
dan bantulah aku dalam survival studyku. aku pasti melalui pembelajaran aku belajar mengenalMu, aku mempraktikkan pada jalanMu dan aku gunakan untuk membangunkan agamaMu. moga2 ini menjadi sumbangan tak seberapaku terhadap agamaMu.
bantulah aku Ya Allah, pandu diri ini ke jalan yang mendekatkan aku dengan MU... biar selalu.
Hukum Jatuh Bangun Kuasa Manusi-Saiful Islam
Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air sepatutnya menjadi hadiah oleh jentera UMNO kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik Datuk Seri Najib Tun Razak. Menjanjikan hadiah berupa sesuatu yang masih belum berada di genggaman tangan adalah suatu cabaran. Seperti menjanjikan isteri yang sedang sarat mengandung seekor kijang merah yang masih berkeliaran di celah bukit-bukit yang penuh hutan.
Justeru segala-galanya diheret ke medan tempur.
Ada yang relevan, banyak yang tidak relevan.
Antara modal yang tidak relevan adalah momokan-momokan yang dibuat tentang sirah Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih sedekad yang lalu semasa beliau di dalam UMNO. Bagaimana dulunya beliau berkata begini dan begitu sedangkan kini pandangannya sudah berbeza. Silapnya ialah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2009 bukan lagi faktor penentu keputusan pengundi. Justeru, strategi BN bersama TV3 menyiarkan secara bersiri segmen khas tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah simptom kepada kegagalan BN membuat anjakan paradigma. Masih gagal berubah. Masih gagal merealisasikan slogan Datuk Seri Najib agar UMNO dan Barisan Nasional BERUBAH.
Komunikasi UMNO dan BN dengan massa masih bersifat PEJORATIVE!
Di samping senjata tumpul bernama isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada sesuatu di medan kempen yang disangka relevan oleh UMNO dan BN.
Tun Dr. Mahathir turun ke padang.
Beliau dianggap sebagai keris Taming Sari UMNO yang hanya diguna pakai dalam upacara-upacara istimewa sahaja, kehadirannya menyuntik semangat luar biasa untuk petugas UMNO. Namun sekali lagi UMNO gagal membaca perubahan.
Tun Dr. Mahathir berulang kali mengajak mereka yang sepertinya kembali kepada UMNO. Beliau begitu yakin bahawa peningkatan undi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke-12 yang lalu adalah kesan undian orang-orang UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Tun Abdullah seperti beliau.
Tun Dr. Mahathir sangat menolak kepimpinan PM yang dilantiknya sendiri itu. Beliau sanggup mengkucar kacirkan UMNO dan seluruh Malaysia hanya kerana beliau secara peribadi menolak kepimpinan Tun Abdullah. Sebaik sahaja Tun Abdullah turun, dan Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pemerintahan, Tun Dr. Mahathir tidak sempat-sempat lagi untuk pulang kepada UMNO yang hakikatnya masih UMNO yang sama.
Mungkin Tun Dr. Mahathir sangat percaya bahawa beliau adalah subjek yang amat dominan dalam menambah atau mengurangkan sokongan rakyat kepada UMNO.
Terus dengan sangkaan sedemikian, Tun Dr. Mahathir turun berkempen. Beliau mengajak semua orang UMNO yang merajuk seperti merajuknya beliau, kembali mengundi UMNO.
Nyata Tun Dr. Mahathir tersasar daripada sangkaannya.
Masyarakat memang ramai yang bermasalah dengan kepimpinan Tun Abdullah. Tetapi mereka tidak mengambil Tun Abdullah sebagai masalah peribadi. Mereka bukan sahaja menolak Tun Abdullah, malah mereka menolak UMNO secara keseluruhannya.
Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, apabila Tun Dr. Mahathir pulang kepada UMNO, apabila Datuk Seri Sanusi Junid juga ikut sama pulang kepada UMNO, dan Tun Dr. Mahathir sendiri mengotorkan kaki turun ke padang berkempen untuk calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, dan 13 tahanan ISA tiba-tiba dibebaskan sebagaimana strategi Tun Dr. Mahathir semasa mula terlantik sebagai PM lebih dua dekad yang lalu, segalanya ini bererti UMNO telah mengeluarkan semua yang ia ada. Daripada Keris Taming Sari, hinggalah pelampung keselamatan yang terakhir.
Keputusan PRK 7 April 2009 yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, adalah suatu mesej yang amat kuat dan jelas: segala-gala tentang UMNO adalah tertolak!.
MENGAPA
Soalnya mengapa UMNO tertolak?
Ketepikan seketika ideologi UMNO dan Barisan Nasional.
Sifirnya mudah… UMNO GAGAL BERUBAH.
Kegagalan mematuhi hukum challenge and response sebagai hukum jatuh bangunnya kuasa dan tamadun manusia adalah kegagalan yang fatal.
Peringatan buat Pakatan Rakyat, hukum Allah Subhanahu wa Ta’aala menetapkan mana-mana sahaja kuasa yang tidak patuh kepada hukum challenge and response, akan hilang daya survival. Justeru isilah kemenangan dengan KERJA dan KAJIAN, agar tertunai seperti pesan al-Marhum Sa’id Hawwa:
“… agar kita tidak bergerak jauh dari keperluan semasa”
Bacalah perubahan yang berlaku di dalam masyarakat. Manfaatkan prinsip-prinsip Islam yang teguh untuk membentuk kecenderungan masyarakat agar sentiasa memuliakan keadilan dan amanah. Justeru dalam setahun dua berbaki sebelum PRU13 akan datang, isilah masa ini dengan agenda membentuk manusia, kerana tiada kemenangan yang bertahan tanpa usaha.
Dan…
Apakah 21,860 undi itu juga merupakan ’sembah derhaka’ rakyat kepada baginda Sultan? Patik mohon agar baginda Tuanku menimbang kembali atas bijaksana Tuanku tentang resah jiwa raga rakyat jelata dengan kejadian malang yang menimpa Perak negeri jajah takluk Tuanku.
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]
ABU SAIF @ www.saifulislam.comberikan kemenangan pada pihak yang benar
7/4/09 pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Selembau dan Batang Ai
esok 7 hb 3 tempat bakal menyaksikan perubahan itupun jika masyarakat disana sudah bersedia untuk berubah. di bukit gantang sahaja pasti menyaksikan pertembungan yang cukup sengit dan menarik untuk dikupas.
mampukan BN merampas kerusi bukit gantang dari calon PAS? Umum sudah mengetahui apa yang berlaku di Perak. rakyat melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana jatuhnya kerajaan Perak di bawah pimpinan Ir Nizar hasil dari politik kotor yang dilakukan oleh mereka yang rakus terhadap kuasa.
rakyat bukit gantang menjadi penentu kepada kerajaan BN sama ada mereka masih releven lagi atau tidak. mampukah dengan perlantikan Najib sebagai Pm yang baru dapat mengembalikan kepercayaan rakyat. sedangkan orang ini juga menghadapi skandal yang hebat diperkatakan.
sama2 kita nantikan. yang pasti anda rakyat penentu segalanya. gunakan akal anda dengan waras dan nilailah yang terbaik untuk Malaysia.
jangan hanya mengikut sahaja!
Semoga kemenangan diberikan pada pihak yang benar. Ameen
CICAK!!!
mak oi!!! (melompat dari meja study dan berlari keluar dari bilik) cicak ni main lompat2 dari atas lampu study ke meja. kurang asam betul 2 ekor pulak tu...
ada agi! masa tengah study terjengah sekor cicak dari celah2 buku.
cicak oh cicak! aku memang geli dengan cicak. dulu tak geli sngat tapi sekarang makin menjadi2. cicak kat UTM ni besar2 tak boleh cakap. suka mengintai2. suka mengacah2. paling tak best suka membuang merata2. tapi alhamdulillahlah kat bilik aku ni cicak kat sini tak de krisis berak merata. jarang sangat aku jumpa bahan buangan dorang.
cuma yang tak best cicak kat sini gatai nak mampuih... asik merendek aje. sakit mata aku dibuatnya. tak cukup dengan bunyi. ada satu kali masa aku tengah study dorang buat projek depan aku. memang nak kena. hai tengah study nampak maksiat kena tegur!
huhu cicak.. harus apa cara aku guna bagi menghalau kalian.
tolong jangan melompat sesuka hati!
alangkah baiknya kalau cicak dapat membaca luahan hatiku ini =(
handphone....
-"dulu, kini dan selamanya" mungkin tak de sapa akan percaya kalau aku kata inilah handset pertama yang aku beli dengan duit gaji aku masa tunggu result SPM dan masih digunakan sampai sekarang.
MOTOROLA C380-
ada masa aku merasakan diri sangat sesak kerana ada satu masa handphone akan sentiasa masuk dengan pelbagai mesej. dan ini terkadang menganggu dalam kerja2 untuk focus dalam melakukan kerja lain. ada kala aku merasakan perlu untuk berehat tanpa diganggu sesiapa.
teringat akan along, abang sulungku. ketika belajar di UKM dulu dia juga sebok berpersatuan di fakultinya. dia selalu kata bila time study dia akan matikan handset untuk focus dalam study.
dan kta2nya bagai menjadi nasihat untuk aku. ada kala ketika mahu benar2 belajar jari2ku pantas mematikan handset.
Sang Murabbi
teringat satu hari aku menonton cerita sang Murabbi di dataran resak anjuran LTKS KTDI. tetiba aku tersentak. aku tersentak dengan satu scene dimana sang murabbi pulang di suatu petang. lalu dia mengendong anaknya dan membawa motosikalnya masuk ke bahagian belakang rumah. lalu isterinya bertanya kenapa dia berbuat sedemikian rupa? jawabnya ringkas "Abi juga perlukan istirehat".
di petangnya apabila terjaga dia beristighfar sambil menyesali diri. dia menyesal kerana mementingkan diri. kata2nya ini sungguh aku kagum "bagaimana abi boleh pentingkan diri, sedangkan orang cari abi atas urusan ISLAM". (lebih kurang begitulah ayatnya)
rasa nak gugur air mata aku. Ya Allah, apa yang aku dah buat? aku pentingkan diri, aku matikan handset macam mana dengan sahabat2 yang mencari aku atas dasar ISLAM? demi kemaslahatan ISLAM? sesungguhnya aku melakukan gerak kerja ISLAM adalah demi menjamin kebahagian diriku di akhirat kelak. namun aku lebih menumpukan tentang nafsuku sahaja.
sejak hari itu aku takkan nak matikan handset lagi. banyak lagi ara yang boleh dilakukan selain daripada mematikan handset. asalkan kita meletakkan kepentingan ISlam itu lebih utama maka insyaAllah semuanya akan terasa indah.
rehat daei tanda dia lalai...
berehat biarl berpada =)