setiap hari adalah perjuangan

08 October 2010

setiap hari adalah perjuangan untuk hidup
hidup atau mati
umpama hanya pilihan yang tinggal
tiada talian hayat
tiada talian kecemasan
bahkan tiada jaminan untuk terus hidup selesa dan berfoya di bumi Tuhan

ini adalah luahan hati
sang rempitan yang masih amatur
hanya merempit dari telok gadong ke meru
namun
debaran setiap kali melalui lorong2 yang biasa dilalui
membuatkan aku tidak cuak-cuak
untuk mengatakan
mungkin ini posting aku yang terakhir

ce**ka pada kereta2 yang memandu tanpa arah tuju
s**l pada lori-lori hantu yang berlagak samseng di atas jaln
bo**h pada kontena-kontena yang merasakan saiz mereka kecil bak kancil

aku hanya motosikal kerdil
tapi masih tahu undang2 jalan raya
masih tegar menyelit di sana sini
masih mahu ke tempat kerja pada waktunya

wahai pengguna2 jalan raya
mengertilah aku dan beberapa lagi rempitan kecil
berjuang untuk terus bernafas di bumi Tuhan ini
berilah kami sedikit ruang
berikan PENGHORMATAN
walau kami tak sebesar kalian
itu tak bermakna NYAWA kami
tak BERNILAI!


luahan hati seorang rempitan amatur yang baru2 ni selesa memecut 130km/j horeee hehehe



0 comments: