bila semua orang kata saya suka amik gambar

26 October 2010

entry tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sedang separa tension..maka jangan nak terasa sorang2... emo tidak dibenarkan!

entah kenapa sekarang ni asyik terpandang post2, telinga terdengar kata2
"saya suka amik gambar", "saya suka photography", "saya nak main kamera" dan yang sewaktu dengannya.....

tapi ayat tu tak habis di situ....

"saya tak ada kamera", "saya tak ada duit nak beli kamera", "kamera, tak ada duit tak cukup" dan bla..ba..bla...

apa yang anda rasa? bila mendengar ayat yang begini?

sebagai seorang yang punya dslr aku rasa muak dan muak... wakaka kurang ajo punya ayat =)

actually ayat2 di atas saya sendiri penah gunakan...

adakah anda rasa begini?
hasrat untuk mengambil gambar mati kerana tiada kamera...
harapan punah duit dalam bank tak cukup...
ketiadaan teman disisi untuk mengajarkan dslr umpama membeli dslr sia-sia
dan segalanya....

ops jika anda merasa begitu kita berbeza... rasanya saya tak merasa begini... =)

mungkin kerana saya seorang yang boros dan bertindak mengikut kata hati maka saya selalu melakukan perkara2 yang saya mahu lakukan. entah kenapa hati saya terlalu kuat untuk meneria segala kemungkinan buruk yang akan datang.. mahu dengar cerita?

tahukah kamera pertama saya bukan dslr?
dan tahukah anda kamera pertama saya itu dibeli dengan tidak sengaja?
dan tahukah anda effect dari membeli kamera pertama itu?

kamera pertama saya ada nikon S560 yang saya beli di low yat. semuanya tidak dirancang. saya pulang bercuti ke rumah untuk menyambut hari lahir anak saudara saya (lovely amirah) dan akibat turun di KL dan malas ahu terus balik rumah saya merayau2 di Low Yat...

dan kemudian saya termasuk ke dalam beberapa kedai kamera dan mencuba beberpa genis kamera. hati tiba2 berdetik mahu membeli kamera tanpa memikirkan berapa henggit duit yang tinggal di dalam bank. mulanya saya rasa mahu mengambil olympus seperti yang Izmar pakai (antara kamera belasahan saya sewaktu belum memiliki kamera). namun setelah diracun oleh tukan jual yang sangat agresif akhirnya saya cair dengan S560... harganya pada waktu itu memanglah mahal kerana ia baru aje kuar di pasaran =(
dan tanpa segan silu setelah menelefon beberapa sahabat lain untuk meminta pandangan (tak mintak pandangan pun sebaliknya nak sedapkan hati aje untuk beli) maka say pun telah membelinya dan serentak itu duit didalam bank hanya tinggal RM3++ sahaja sedang ada2 bulan untuk semester tamat dan cuti panjang selepas semester itu saya akan mejalani latihan industri di Bangi dengan tiada gaji... maka!!!

RM3++ untuk hidup 2 bulan di U dan kemudian berpraktikal di Bangi dengan menyewa bilik sewa dan duit makan dan minyak.. memang gila! 

namun ada kamera da segalanya. saya msih dengan sikap hari esok selesaikan di hri esok. hari ini yang ebih penting...

jangan tanya bagaimana saya menderita di U dengan tahap penjimatan paling hebat, memeras ugut kembali kawan2 yang meminjam duit saya dahulu dan antara yang setia berbuka puasa di masjid~

pasal duit saya memang tak berni panjangkan pada keluarga. kalau mereka beri saya amik. namun mungkin situasi kita berbeza. dalam keluarga saya tradisinya anak2 yang memberi duit pada ibu bapa =) huhuhu

alhamdulillah dengan kamera saya rasa tugas jadi mudah. walaupun kamera compact aje masa tu. dapat juga snap gambar program dan ambil gambar lawa2 ketika perut berbunyi =)

dan Alhamdulillah sewaktu berpraktikal makan pagi dan tengah hari ada aje yang sponsar. biasalah keje ngan gobement setiap kali meeting ada makan2... huahuahua 

makan malam member serumah masak. tumpang sekaki =) thanks kak saf dan sahbat2 UKM =)

dan alhamdulillah sengsara itu mengajar erti bahagia. dan tambah bahagia adanya kamera disisi =)
itu cerita bagaimana keinginan mematahkan segala batas yang ada. namun yang pasti kehidupan waktu itu memang ikat perut. jadi pada anda yang betul2 mahu ambil gambar dan tak ada duit atau cukup duit aje nak beli kamera anda ada 2 pilihan berdasarkan kisah saya:

1) beli aje kamera dan bersedia dengan segala kemungkinan yang menyesakkan =)
2) tangguhkan aje dulu niat anda dan kemudian bila dah senang sikit baru beli =)

itu tentang kamera compact saya =) waktu itu saya belum berminat pada dslr. kenapa? bagi saya dslr sukar diurus dan terlalu banyak button. di samping saya sendiri tidak percaya pada diri yang saya boleh handle dslr =)

mahu sambung cerita?

sampailah satu tahap bila saya sedang seronok dengan S560 tiba2 saya dihantui satu rasa yang mana limit saya dicabar. kepuasan menangkap gambar dengan S560 seolah2 disekat dengan satu keinginan yang luar biasa. dimana saya mula memandang S560 dengan pandangan bahawa kamera ini terlalu limit dan mengongkong saya. saya jadi marah dan terasa ditipu dengan s560 (memang emo waktu tu)

then saya terbaca satu blog di mana penulisnya baru sahaja membeli D90 dan menceritakan kehebatan disamping gambar2 yang memukau ditonjolkan~

maka saya mula membaca spec D90 walaupun sumpah waktu itu saya tak faham apa2...

sehinggalah satu komen saya di wall sunnah di jawb oleh kamal zharif antara figure2 yang meracun saya =)

even tak pernah satu kali berjumpa dengan saudara kamal tapi cara dia meracun sungguh hebat. waktu itu pastinya D90 lah idaman saya. harga D90 waktu itu body sahaja sudah RM4K sungguh berbeza dengan hari ini. Dengan kamal saya dikenalkan dengan D60 dan kerenah birokrasi D60~

sejak dari itu minat pada kamera membuak2 tapi saya tidak terus membuang s560. bagi saya walaupun s560 terlalu kurang namun masih berharga di hati =) masih lagi mengambil gambar S560 di sekitar Fkkksa sementara menunggu project psm siap =)

lama perbincangan kamera berlanjutan walaupun saya masih belum membeli kamera (duit tak ada nak beli macam mana). saya mula menambah kenalan di FB yang berlatar belakangkan photography. waktu itu saya disupport kuat oleh member kamcing sejak sekolah darjah satu iaitu roky izzat (wakaka mangsa buli yang tak lapuk di zaman). dia selalu katakan pada saya mengambil gambar dan mengcomposenya sebaik mungkin bukan hanya boleh dengan dslr sahaja. dan apa yang dikatakannya memang selalu dibuktikan dengan gambar2 beliau yang cantik walaupun hanya menggunakan compact kamera dan kamera hp. dari beliau saya mula belajar editing tapi masih belum berani untuk mempublish dan menerima kritikan~

namun begitu saya teruskan juga mengambil gambar. dengan kamera compact merayau di jalanan untuk street candid dan still life =)

(malas pulak nak cerita satu2.. dah panjang sangat ni serius tengah penat balik keje ni)

kesimpulannya (jump to conclusionlah....)
after duit JPA masuk saya dengan berfikir separa waras terus membeli D3000 walaupun semester baru aje bermula dan duit di bank pada waktu itu rasanya dala RM1+++. duit simpanan rahsia pun bukannya banyak.. huahuahua

serius kata waktu itu memang keadaan sesak lebih teruk dari waktu membeli S560 tapi entahlah saya rasa happy setiap kali saya tengok en.D (D3000). happy sebab dengan en.D saya boleh amik gambar dan saya dapat kenal ramai orang =)

malah en.D membawa saya bejalan ke Terengganu, merentas ke Perlis dan terbang ke Sabah =)

berbealik pada mereka2 yang mahu membeli kamera atau minat amik gambar, beberapa perkara yang ingin saya beritahu (actually kalau post yang kata2 lepas ni aje dah cukup yang atas tu lebih cerita hidup aku je.. hahaha)

1) kalau anda suka amik gambar, amik ajelah gambar. ada ke dalam peraturan dunia kata amik gambar kena pakai DSLR?
2) kalau anda rasa gambar yang anda suka sangat nak amik tu hanya akan lawa dengan dslr anda silap, orang pakai dslr pun ada je gambar hancur. silap hari bulan amik gambar pakai auto sebijik pakai kamera compact aje macam tu
3) kalau anda sayaang duit anda so jangan bising2 nak beli dslr2
4) berbanggalah jika anda punya kamera walaupun kamera hp sebab aku dulu pinjam kamera orang aje tau nak transfer gambar pun susah =(
5) kalau anda ingat anda dah ada dslr aje dah cukup anda silap... haha bila korang ada dslr bersedialah untuk melabur lebih banyak lagi =)

dan etc....

apapun kalau anda suka amik gambar amiklah gambar. kenapa mesti tunggu kamera. sebab moment hanya berlaku sekali. rakamlah dengan apa yang ada walaupun hanya dengan lensa hati =)

untuk menterjemahkan sesuatu gambar bukan hanya dari jenis kamera, ketajaman lense atau ke pro an anda sebaliknya bagaimana anda melihat ia =)

bila orang selalu kata boleh buat duit dengan photography. yup ia memang betul

tapi bagi saya dengan photography saya melihat dunia

lantas

saya berkongsi segala rasa dengan anda semua =)


(diambil menggunakan S560)


4 comments:

Sunah said...

salam..i like this post..this is not a spam kay..hehe. bagus! :)

violet biru said...

heh

nurullinmz said...

saya pun suka post ni..dan saya suka fotografi..=)

violet biru said...

jadi snap gambar yang kamu suka.. jangan pernah berhenti walaupun hanya menggunakan lensa hati =)