apakah saya sudah melewati musim bunga?

30 October 2010

hari ini hari yang pelik....
hm... bukan hari ini tapi minggu ini...
Erm... bukan juga minggu ini...
tapi ia umpama musim..
yang tiba-tiba datang di bawa angin...

kalau SRK berkata kuch-kuch hota hai (ada sesuatu di hati ku)
jadi saya harus katakan bagaimana?
ada musim bunga di hati?
hahahaha

apabila membuka fb
rakan2 seusia sudah mula post something berbentuk kahwin
baru sebentar tadi mendapat jemputan sepupu seusia sudah mahu berkahwin
semalam mendapat 3 panggilan mintak amik gambar kahwin
dan semuanya seusia
nampaknya mereka seusia saya sudah
kuch-kuch hota hai
melewati musim bunga di hati =)

kalau bertemu dengan si E* pasti cerita pembukanya
sudah berminat pada sesiapakah?
hahaha 
sengaja menghembus musim bunga di hati saya kah dia?

my best ever friend mei chen
menghantar mesej mengejut pada saya sewaktu saya sedang berpanas di bawah oven 
sedang sebok menguruskan kerja
memberitahu dia kini sudah berpunya
musim bunga nampaknya semakin melewati dan mendekati orang2 berhampiran saya...

apa yang pasti
musim bunga atau apa sekali musim
jangan pernah lupakan

biar saya merakamkan dan berkongsikan rasa hati anda pada semua
musim bunga di hati anda
akan selamanya begitu
kadang2 luruh akan datang, salju akan membeku, panas akan membakar
namun musim bunga akan kembali melewati
dan membawa senyuman seperti selalu =)


sometimes the greatest journey is the distance between two people..

 




0 comments: