pergi umah orang kahwin

30 October 2010


sapa nak pergi rumah orang kahwin,
sapa yang nak jadi penanggah dekat rumah orang kahwin,
sapa yang umah dia ada buat kerja kahwin,
dan sapa2 yang ada kaitan hatta hanya anta surat kebetulan kat umah tu ada orang kahwin,
tolong baca dan beri kerjasama....

apa yang ada di majlis orang kahwin?

ada pengantin,
ada keluarga pengantin,
ada kawan2 pengantin,
ada orang2 tua,
ada anda juga,
dan kadang2 ada photographer...

buat pengantin yang menempah photographer...

sila jaga diri anda...
maksud saya malam sebelum hari berkahwin silalah rehat dengan secukupnya
walaupun kadang2 banyak keje2 tak siap lagi macam tak pakai inailah, tak otter tudunglah, tak beli top uplah, tak itu dan tak ini... pleased!!!
takkan tak ada orang terdekat yang anda sangat percaya untuk tolong buatkan untuk anda?!
akibat suka menangguh kerja jadi sila prepare siap2 jangan buat last minute!
kenapa?
sebab menyusahkan potographer.. huahuahua
nanti kalau anda terlalu penat di hari BESAR anda 
akan berlaku muka not look fresh
mata asyik terpejam
stamina nak amik gambo pun kureng
then hilanglah mood
kalau mood anda sorang tak apa 
jangan seret mood photographer bersama...

jadi rehat secukupnya, ambil masa yang ada untuk rileks, praktise senyum dan senyum selalu =)

lagi untuk pengantin
discussion bersama photographer anda sebelum tibanya hari besar anda juga penting 
(ingat descusion design aje penting ke)
plan nak amik gambar masa bila dan masa bila
janganlah terlalu berahsia dengan photographer tentang si dia dan cerita perkenalan anda dengan photog ( tapi janganlah lebih2)
agar mudah photographer menyusun cerita gambar2 anda nanti
ingat feel dan mood photographer penting (hehe photog macam aku je kot)

sekali lagi untuk pengantin
pleased..pleased..pleased
jangan sepahkan bilik pengantin dengan benda2 remeh dan tak penting
dulang2 hantaran tu angkut keluar ajelah
beju kotor kasi perap dalam mesin dan segalanya
kasi nampak clean and clear
hehhe nak gambo cantikkan? =)

sekarang untuk keluarga pengantin
tolonglah jangan selfish! 
tahu anda sebok, tapi luangkan masa anda
bagi prioriti untuk bergambar keluarga bersama pengantin
nak tunggu "lepas ni2"
then bila dah penat, semua dah comot
last2 tak snap pun~

terakhir untuk orang2 yang datang/jejak kaki ke kawasan umah pengantin
tahukah anda mahlis perkahwinan adalah majlis yang bahagia
senyumlah.. senyum dan senyum
bila jumpa photographer janganlah jual mahal
tutup2 mukalah
senyum aje
gambar itu bukan simpanan photographer pun
gambar tu untuk simpanan dan tatapan pengantin dan keluarga (INGAT TU)
so tunjuklah muka
ceriakan moment tu
ceriakan gambar tu
kalau tak nak sangat orang amik gambar anda (yang tutup2 muka) ni sila datang pakai topeng (wkakaka aku memang anti orang macam, entah kenapa)
mintak maaf ya kasar sikit

penatlah membebel.. sambung siapkan 2 album aje lagi. geram tengok orang yang tutup2 muka ni.. ish tak kasi muka langsung pada tuan rumah. cubalah letak diri anda di hati pengantin tu. dia sebenarnya nak tengok orang yang datang di majlisnya senyum dan senyum =)

senyuman anda kadang2 biasa di hati orang lain.. tapi kadang2 penuh makna dan amat berharga di hati orang yang melihatnya apatah lagi anda tersenyum di hari bahagianya.



0 comments: