bebas dah lemas....
'boleh buat. tapi kena tukar Ust Zul la.' reply yana. huh... macam tu pulak.
pening memikirkan apa yang berlaku. kadang2 aku sendiri tak faham. aku ke yang salah fikir atau diorang yang salah fikir. sampaikan waktu menaip saat ni aku tertanya tanya aku ke yang terlalu emosi atau apa?
terpenjara...
entah kenapa sejak akhir-akhir rasa seperti terpenjara sangat. rasa tak berkembang minda. entah kenapa apa sahaja yang hendak dibuat terasa benar sekatannya.
seminar intelek mahasiswa hendak membawakan individu2 daripada front berbeza, hendak membawa mahasiswa selatan yang beku ini ke kancah budaya berfikir dan mencabar. satu program yang aku rasa sangat berani dan mencabar. tapi masalah timbul disebabkan individu yang dibawa dirasakan tidak sesuai.
untuk pertama kalinya aku rasa benar2 terkongkong. aku mula bertanya2 dimana kebebasan mahasiswa. bukan ini sahaja malah dalam penerbitan juga seolah2 ada pagar yang menghalang kebebasan dalam berkarya. mungkin bimbang bahan2 seperti ini akan membangkitkan satu gelombang kebangkitan di kalangan mahasiswa selatan.
entahlah. terkadang rasa lemas. sebelum ni bila buat program mesti dalam laporan ada ditulis mengharap program2 selari dengan dasar HEP.
entahlah tapi aku menganggap perkara seperti ini menyekat perkembangan di kalangan mahasiswa. belajar mesti sambil mencabar. adakah pihak2 ini menganggap mahasiswa mudah ditipu, mudah terikut2. bukankah mahasiswa adalah dari golongan intelektual, jadi mengapa tidak dibiarkan mahasiswa terdedah dengan pemikiran2 baru tanpa mengira latar belakang politik. mahasiswa pastinya golongan intelektual, mereka bisa menilai dan membezakan mana yang benar dan salah. sampai bila HEP mahu menentukan hala tuju mahasiswa. mahasiswa bagi aku adalah individu yang sentiasa berexperiment. mahasiswa penyambung generasi pemeritahan. mahasiswa harus menjadikan universiti sebagai gelanggang menuntut ilmu dan mencabar pemikiran mereka.
mahasiswa adalah agen pengubah masyarakat. mahasiswa perlu punya pendirian untuk memastikan ummah terkehadapan. jangan biar mahasiswa lemas dalam kedamaian ciptaan.
PPSMI-Jangan Sampai Melayu hilang Islamnya
Ibnuzahra al-Edrus | |||||||
Sehingga ke hari ini, pihak yang bertanggungjawab 'menderhaka' kepada bangsa Melayu dan umat Malaysia dengan menggantikan bahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris sebagai dasar baru Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) masih lagi belum memberi maklum balas yang melegakan semua pejuang bahasa di seluruh negara.
Mereka terus berterusan dengan kajian ketadikaan yang tiada berpenghabisan itu. Mereka dengan pelaksanaan dasar kurang cerdik itu telah secara tidak langsung meletakkan bahasa ibunda jajahan Melayu sebagai pengalas kaki. Ya, bahasa ibunda kita telah pun dijajah oleh orang kita sendiri yang berkiblatkan 'Kaabah' Barat. Di mana warasnya dasar PPSMI itu diteruskan? Apakah logikalnya dasar itu masih dipertahankan? Kenapa apabila diajak untuk perbahasan, 'orang' PPSMI itu tidak menyambutnya. Jika dasar PPSMI itu adalah satu keperluan dan menguntungkan para pelajar, sepatutnya pihak bertanggungjawab harus dengan berani menyahut cabaran untuk memperbahaskan isu ini. 'Berani kerana benar, takut kerana salah', adakah kamu sudah melupai pepatah Melayu ini? Oh ya, lupa. Sekarang kamu tidak lagi 'beriman' dengan bahasa Melayu. Siapakah antara kita yang masih mengingati akan nasib tulisan jawi? Ke manakah ia sekarang? Hidup lagikah? Atau sudah matikah? Kalau sudah mati, di mana nisannya? Cuba bertanya kepada anak-anak di sekolah rendah, "Tulisan jawi itu apa?". Mungkin masih ada yang dapat menjawabnya (itu anak pejuang bahasa, pasti). Tetapi, cuba pula diberikan kepada si anak sekolah rendah itu akhbar Utusan Melayu (Melayu?) yang bertulisan jawi dan minta si anak tadi membacanya. Aku yakin, jika dapat membacanya pun, tentu sekali dengan merangkak-rangkak. Kesan penguburan tulisan jawi ini pula apa? Siapa yang mengetahuinya? Percayalah, ini adalah propaganda halus jajahan moden kepada umat Melayu Islam. Kesannya, cuba diberikan naskhah Al-Quran kepada budak-budak lepasan UPSR yang bakal menduduki pembelajaran di kelas menengah. Tebuk mana-mana ayat dan minta dia membacanya. Pasti tidak ramai yang mampu membacanya dengan baik. Sedangkan kalau kita imbas kembali, di zaman 80an atau 90an, mereka yang bersekolah menengah sudah mampu membaca Al-Quran dengan baik. Sedarkah kita, apabila baca Quran pun terangkak-rangkak, bagaimana mungkin untuk mereka memahami seterusnya mengamalkan perintah amar makruf nahi mungkar dan segala hukum hakam yang terkandung di dalam kita suci itu? Kita kembali kepada isu PPSMI. Apakah hubungannya dengan isu tulisan jawi? Memang kedua-duanya itu mempunyai hubungan akrab yang sangat rapat. Kerana kedua-duanya itu adalah jambatan untuk masyarakat Melayu mengenal dan mempelajari agama Islam. Sekarang, dengan penurunan kelas tulisan jawi, telah berjaya membuat anak-anak muda kita buta Al-Quran dan secara tidak langsung jauh dengan kefahaman Islam. Kini bahasa Melayu pula yang diganggu-gugat. Jika dasar 'celaka' ini tetap diteruskan, tunggulah suatu hari nanti apabila para ibu bapa sudah teramat sibuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen siang dan malam (terutama bagi subjek Sains & Matematik yang sudah diinggeriskan) sehingga tiada lagi masa yang diluangkan untuk agama. Tika itu andai ditanya ke manakah anak-anak, apa kata mereka? Mungkin begini... "Anak makcik sekarang ni dah takde masa nak buat benda lain. Siang malam kena pergi tuisyen. Maklumlah, tahun ni kan budak-budak tu nak periksa. Jadi, nak pastikanlah supaya semua subjek dapat A." Ingat, subjek agama bukanlah subjek wajib untuk dikejarkan 'A'. Jadi, ke manakah nanti tempat jatuhnya penghayatan Islam dalam masyarakat? Fikir-fikirkanlah. Bukan hanya buat hari ini, tetapi juga untuk hari esok. - azm _ sumber: http://harakahdaily.com ***tertarik aku dengan artikel ini. tajuknya sahaja sudah menarik hati untuk membacanya. sejenak aku teringat perihal ketika aku bekerja sebagai promoter cake sense di JJ bukit tinggi.waktu tu memang ramai orang yang akan berkunjung ke kedai kami. semua bangsa dan pelbagai bahasa ditutur. namun kebanyakan orang yang berbangsa cina dan india lebih senang bertutur bahasa melayu dengan promoter2 disini. terasa kemesraan lahir secara semulajadi. kadang2 kami bertukar2 bahasa. saling mengajar bahasa masing2. namun pernah satu hari aku didatangi dengan sekeluarga melayu yang gayanya tak ubah macam keluarga orang kaya2 yang baru balik dari bermaustautin di amerika. setiap bicaranya hanya dengan BI aje. hm... mungkin si ibu nak mengajar si anak agar fasih berbahasa inggeris, tapi pelik dalam mendidik anak2 berbahasa inggeris takkanlah sampai nilai2 barat harus diterapkan sekali. mungkin inilah yang dikatakan dalam kita sebok mendaulatkan bahasa inggeris dalam maths dan sains jangan sampai nanti pelajar2 pun perasan macam student luar negara jadi berubah identiinya. dalam keghairahan kerajaan dengan ppsmi nya aku cukup sedih meihat bagaimana pengajaran pendidikan islam semakin di abaikan. jika dilihat satu minggu kurang daripada 2 jam pendidikan Islam diperuntukan. betapa peliknya golongan ini berfikir. kita mahu menjadikan anak malaysia yang hebat dan berakhlak tapi ruang dan peluangnya kita tutup. sedangkan islam terletak di perlembagaan sebagai agama rasmi tapi begini pula layanannya. |
bila cinta lama bertandang...
untukMu tuhan, hanya untukMu cinta ini
tatkala hati diusik cinta duniawi,
ku tahu Kau sedang menguji
aku tahu Kau mahu melihat samada diri ini seorang retorik
ku tahu Ya Allah, Kau mahu melihat betapa kuat hambaMu ini
Ya Allah, ku pinta perlindungan hanya dariMu
sesungguhnya telah ku tutup pintu hati ini
untuk cinta duniawi yang sia-sia
saat aku mengenal cintaMu
dan aku hanya mendambakan cintaMu dan RasulMu...
Ya Allah peliharalah diri ini
sesungguhnya aku lemah Ya Allah
aku memerlukanMu hanya diriMu
andai Kau ingin menemukan aku dengan jodohku
biarlah dia yang membawa aku mencintaiMu
biarlah dia yang saling berlumba denganku untuk mendapat cintaMu
biarlah dia yang mencintaiMu lebih dari diriku...
Ya Allah... aku hanya mahu dekat denganMu
menjadi yang Kau lindungi
dan yang Kau kasihi...

sebelum terlena - Hijaz
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku
Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi
perihal diriku di Lab...
tertekan...
ya aku tertekan dengan banyak perkara yang memerlukan aku siapkan hari ini. jam 4pm ada discusion control. jam 5.30pm ada discusion separation. argh.. tension. kenapalah kawan2 aku ni nak buat discusion hari isnin, hari sabtu dan ahad tak nak pulak buat. nanti menganggu perjalanan kelas aku yang lain. diorang tak faham ke aku ada lab psm. aku taulah diorang tak start lagi, tapi cubalah faham orang yang dah start ni!
entahlah... kadang2 rasa terbakar juga dengan perkara yang berlaku di sekeliling. aku cukup pantang orang menganggu jadual masa yang aku dah buat. mungkin bagi orang 1 dan 2 jam tu kecil tapi bagi aku besar maknanya. banyak yang dapat aku sudahkan. aku cukup terkesan dengan kata2 lecturer project managemant aku. katanya masa sangat berharga. once kita terbazir masa kita walaupun sedikit kita dah rugi rm berjuta2.
sahabat...
hm... dan akhirnya tadi disebabkan tension aku buang aje sample aku tu. alamak masa aku tulis ni baru aku teringat aku tak basuh lagi instrument yang aku guna. gerenti mengamoklah lagi kak inda nanti. hm... tengoklah jap nanti aku gilah jap. nasib baik ada moto....
Saya gembira, 5 Universiti jangan terlalu obses-Khalid
Kuala Lumpur 28 Feb. 9.46pm | Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin menasihatkan Kelima-lima Universiti tempatan yang diketegorikan antara 500 universiti terbaik dunia oleh Time Higher Education (THE)-QS World University Ranking 2008 agar tidak terlalu obses dengan pencapaian yang sedia ada; di sini kelmarin.
Saya gembira dengan pencapaian lima Universiti (tempatan) tersebut yang diketegorikan sebagai 500 universiti terbaik dunia oleh Time Higher Education (THE)-QS World University Ranking 2008,” jelasnya.
Universiti Malaya (UM) dicatatkan pada tangga 240 diikuti oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (250); Universiti Sains Malaysia (USM) (313); Universiti Putra Malaysia (UPM) (320); dan Universiti Teknologi Malaya (UTM) (356).
Menurut Khalid lagi, sistem kedudukan global tersbeut sebenarnya tidak mengambil kira lapangan sebenar universiti tempatan, terutama dari segi pembinaan bangsa yang mana jika mengambil kira penyelidikan klasikal sudah tentu menyaksikan kebolehan universiti jauh lebih baik dari universiti tersohor peringkat dunia.
Khalid juga menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai rangka perancangan tersendiri dan Malaysia bakal membantu negara-negara anggota dalam OIC untuk sama-sama membangunkan pencapaian kualiti masing-masing.
Beliau juga menggesa negara-negara anggota OIC tampil dengan sistem kedudukan pencapaian tersen- diri dalam dua tiga tahun kelak.
Kenyataan media ini disampaikan selepas meras- mikan Konvensyen Penambah- baikan Pengajian Tinggi: Pemerkasaan Generasi Baru -mahasiswakini
***kejayaan UTM berada di tangga 356 seharusnya menjadi satu bentuk 'force' yang harus menolak mahasiswanya untuk lebih berusaha dan membuktikan pada dunia bahawa malaysia mampu melahirkan graduan2 yang sama hebat dengan universiti2 utama di dunia. namun pada masa yang sama mahasiswa harus sedar. mereka yang lahir ini seharusnya bukan hanya bijak dalam akademik semata2 tetapi haruslah seorang yang intelektual. berani mencabar dan dicabar. otaknya berfungsi untuk menganalisa dan memberi kesimpulan dan respon dengan pantas dan bijaksana. bukan seorang graduan yang apabila ditanya sesuatu yang berada di luar kotak pembelajarannya ia mengambil masa yang lama untuk respon dan akhirnya terkebil2 berkata tidak tahu kerana tidak belajar di kuliahnya!
“Belajar sambil MENCABAR, Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, BERPENGALAMAN MENCABAR DAN TERPELAJAR "Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar"- ( Prof Ungku A. Aziz)
88% Rakyat Sedang Menyebelahi Oposisi Manakala 3% Memilih Oposisi Konservatif
25 Februari, Petaling Jaya : Ummah Talk Siri 2 GAMIS telah menyaksikan beberapa pendedahan fakta mengejutkan mahasiswa oleh Prof Madya Abu Hassan Hasbullah, seorang penganalisis politik Malaysia yang terkenal dengan ketepatan ramalan dan kekukuhan kajian penyelidikannya. Antara pendedahan penting beliau kepada ahli-ahli GAMIS ketika mendiskusikan isu-isu semasa politik Malaysia dari kaca mata future study beliau, antaranya :
1) Kumpulan paling 'berbahaya' dan 'kritikal' penentu masa depan politik Malaysia adalah 68 % pengundi muda.
2) 88 % pengundi sedang memihak kepada oposisi pada ketika ini. Sejauhmana PR bersedia untuk memerintah andaikata 14 negeri dalam PRU 13 tumbang ke tangan PR ?
3) Hanya 3 % generasi muda memilih parti-parti"konservatif" dalam PR seperti Pas dan Dap manakala 97 % memilih PKR
kerana kesebatian jiwa anak muda yang bencikan BN kepada parti "persinggahan" yang tidak mengikat ahli-ahlinya dengan sebarang ideologi dan mengamalkan pluralisme politik. PKR adalah parti "festival" tanpa idealisme yang 'berat' dan ini diterima mudah oleh anak-anak muda yang mahu berjinak dengan politik.
Selain itu, beberapa penegasan penting telah beliau utarakan sepanjang observasi beliau lakukakan khususnya sepanjang 3 hari berada di Perak dan melihat secara langsung senario politik di Perak, antaranya :
1) Semua generasi baru PR tidak bersedia menjadi pemimpin. Kebergantungan kepada individu-individu tertentu seperti Anwar Ibrahim, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nik Aziz, Ir Nizar dan sebagainya hakikatnya memudahkan serangan musuh untuk menguburkan PR di negeri-negeri mereka kuasai dalam PRU 12 baru-baru ini.
2) Semasa gelombang 16 September ditiupkan oleh DSAI, sejauhmana pemimpin PR melihat secara anti-thesis dengan melihat secara kritis andaikata lompat parti itu berlaku di negeri-negeri PR sendiri. Tidak sepatutnya semua pimpinan PR menyambut 16 September secara ofensif menyeluruh ke negeri-negeri BN sehingga lupa kubu sendiri.
sumber:http://gamisdaily.com/v4/
***terasa cemburu sangat dengan mahasiswa kampus tengah yang terhidang dengan pelbagai ceramah pembuka minda. setiap masa ada sahaja kuliah2 yang berbentuk menjana pemikiran diadakan. ada sahaja individu yang dengan berani hadir membawa pemikiran hebat mereka untuk dikongsi bersama. bersama menjana pemikiran, merancana gerakan. hm... terasa cabaran! walaupun di selatan ni masih sejuk dalam bongkah ice, tapi syukur ada juga yang berusaha mengetuk memecahkannya. ada sahaja yang berusaha menyalakan api agar kepanasan dirasai semua. agar tiada mahasiswa yang terus mati tanpa mereka sedari.
semoga bicara2 ilmiah sebegini akan hadir dan wujud di UTM. semoga nanti ilmu2 peikiran dan budaya berfikir menjadi dambaan mahasiswa selatan. bukan lagi hiburan atau konsert yang mereka nanti2kan.
NANTIKAN SEMINAR KEINTELEKTUALAN MAHASISWA DI UTM!!! akan datang...