late

09 January 2011


bulan lepas saya tersenarai antara mereka yang datang lambat ke tempat kerja.. dengan jumlah 5 kali lewat daripada 31 hari yang ada dalam bulan December tu...

antara alasan yang saya berikan kepada manager saya adalah saya menaiki motor dan kebanyakan hari yang saya lewat tu adalah kerana hujan lebat.

namun alasan itu umpaa alasan sahaja. sudah tentu anda akan merasa bengang apabila manager anda enggan menerima itu sebagai alasan sebaliknya beliau menasihatkan saya agar datang lebih awal sedikit ke tempar kerja bagi mengelakkan lewat (lewat dalam record paling lambat pun 5 minit)

saya merasa tertekan apabila di balas begitu. ingin saja saya berikan kunci motosikal pada beliau dan suruh beliau datang ke tempat kerja esok dan semestinya hari esok haruslah hujan agar beliau merasai apa yang saya rasa.

hari hujan.. adakah itu penghalang untuk saya datang lambat ke tempat kerja?

sewaktu mula2 masuk dahulu saya pernah mengambil 2 hours emergency leave di waktu pagi kerana hari hujan. alasannya saya tidak mahu sampai lambat dan basah ke tempat kerja. namun seorang kawan saya mempersoalkan kepada saya. kata beliau jika satu minggu hujan adakah satu minggu juga saya akan mengambil EL?

sejak hari tu saya gagahi juga merempit dalam hujan ke tempat kerja dan sudahnya saya lewat...

saya keliru.. apa yang harus saya lakukan?

kadang2 saya rasa tak adil! saya datang 2 minit lewat saya sudah di kira lewat sampai saya perlu membuat report dan di beri training letter (rm0.50 per minit) tapi setiap hari saya pulang kerja lewat da kadang2 tak ambil OT pun.. tidakkah itu dikira tidak adil????

tapi semakin hari saya semakin sedar.. datang awal di waktu pagi adalah satu kayu ukur untuk menunjukkan betapa saya commited terhadap kerja saya. jika saya datang tepat2 jam 8.00am atau 7.58am itu bermakna kerja hanya satu persinggahan sahaja bagi saya... 

namun sekarang setelah merasai tanggungjawab, merasakan betapa penting keberadaan saya di line operation bagi memastikan production terkawal dan pemikiran saya dapat dicurahkan dalam setiap improvement yang mahu dilakukan.. saya menjadi semangat. 

waktu pagi adalah waktu pengukur. sama ada saya layak berkerja sebagai process engineer atau pekerja biasa!

jangan lewat semua!


1 comments:

yayashimano said...

sok jgn lewat yer...bersemangat di waktu pagi