burst!

25 January 2011

saya gunakan 1 minggu utk serve dan buat calculation dan kemudian 2 hari untuk design process flow dan 3 hari berkerjasama dengan mantenance utk set up nitrate spray system saya. keseluruhannya banyak tenaga dan pemikiran telah dicurahkan.

sewaktu trial run hasilnya cukup hebat. kami mendapat keputusan melebihi apa yang kami jangkakan. dan kemudian kami proceed utk ke mass production dengan skala yang lebih besar.

sepatutnya hari ni jam 2 pm kami sudah proceed, tapi ketika mula pressure dihidupkan tank mengalami leakage. 3 jam diperlukan untuk trouble shoot bahagian ini. alhamdulillah jam 5.30pm ia siap. dan kami cuba sekali lagi.

hasilnya memang tidak mengecewakan. berjalan seperti yang dirancangkan. mungkin saya terlupa mengucapkan 'alhamdulillah' tiba2 tank utama burst! pressure waktu itu sedikit sahaja. maximum operating pressure utk tank itu sepatutnya lebih tinggi.

perasaan?! bayangkan usaha anda berminggu, bersengkang mata, kehulur kehilir, panjat sana panjat sini, deal dengan orang sana sini lebur dalam masa tak sampai 5 minit. waktu itu air mata aje yang nak mengalir nasib baiklah maintenance team begitu pantas memberi motivasi. "tak pa sister kita cari tank lain" dan semuanya akan bermula semula!

Sim kata 'take this as a challenge" ... 

tapi aku kecut perut ni, risau mengalahkan apa, manager dah berapa kali nak tengok dan proceed to mass production...

suara dalam hati aku kata 'be cool! otak sila berfikir utk design yang lebih sempurna, at least aku tahu kelemahan system'.

tension.. aku rasa teruk macam putus cinta kot.. haish...

moral of story.. ingatlah Tuhan dalam semua perkara.. Titanic pun tenggelam inikan pulak system aku yang mentah ni.. huhuhu

sedih tak bleh nak tidur dah.. dah lah kalah bowling.. 

Tuhan bantu hambaMu...


0 comments: