ku sudah jatuh cinta

16 September 2010

hanya sesingkat 4 hari saya di sabah. 2 hari di kota belut dan bakinya di Kota Kinabalu...

dalam masa sesingkat ini tidak banyak gambar yang dapat saya ambil... ops banyak juga sebenarnya hampir 1000 keping tapi semuanya tu gambar wedding =)

gambar ini contohnya di ambil di tengah jalan sewaktu mahu ke pantai. sayangnya saya tak sempat nak menukar lense kepada tele maka nikmatilah pemandangan dari wide lense saya ini =)


untuk gambar ini pulak di snap sewaktu sesi outdoor sekitar pantai di kota belud. kebetulan ada saudara kawan mengajak saya ke Tip of Borneo di Kudat selepas sesi outdoor tu. tapi sayangnya saya tidak dapat turut serta dalam pengembaraan ke alam semula jadi itu disebabkan mahu bershooping di pasar Pilipin KK.. hehehe 

untuk beberapa hari yang singkat di Sabah... banyak yang saya alami. kehijauan, masyarakatnya yang pelbagai suku, bahasanya, makanannya dan yang best sekali anak2 kecil yang sugguh comel bila berbicara dalam dielek sabah sampai saya sendiri turut terikut2.. haha memang pelik bunyinya tapi mereka tak henti2 melayan saya =)

semuanya sangat indah. saya merasa benar2 tidak puas. dalam hati sudah berkira2 tahun hadapan saya mesti dapatkan lesen dan kumpul duit banyk2 dan kumpul cuti banyak2 juga supaya saya benar2 dapat travel di sabah. itu janji saya.. haha dan pastinya sebelu pulang saya sudah merisik2 di mana akan saya pergi dan hotel serta kereta apa akan saya tempah =)

Sabah memang cantik. sewaktu mendarat di kota kinabalu saya sudah merasakan cinta pada sabah. sangat hijau dan sangat permai apatah lagi bandar KK terletak di sepanjang pantai lagilah saya suka =)

ndak tahu mahu cakap apa lagi. yang pasti saya jatuh cinta sudah pada Sabah... terima kasih juga pada sahabat2 di sabah yang membantu dan membawa saya jalan2 sewaktu di sabah. ah tak sabar mahu ke sana semula. rindu benar melihat gunung kinabalu dari jendela kamar saya di Kota Belud. mengasyikkan!


0 comments: