cuti2 Malaysia

24 September 2010

menjadi orang yang dewasa (ahaks) dan berkerjaya (super ahaks) adalah satu perkara yang bukan mudah...

keluar rumah seawal jam 7.30am dan kembali semula ke rumah dalam jam 7.00 malam adalah sesuatu yang luar biasa bagi mereka yang inginkan hidup yang biasa2 =)

hati dan perasaan menyatu...

itulah rasanya apabila anda sudah menyesuaikan diri dengan sesuatu yang anda lakukan. walaupun setiap hari anda di hambat dengan pelbagai masalah baru tetapi semua itu jadi menarik bila anda mula melakukan sesuatu secara team work. ingat masalah di tempat kerja bukan tanggungjawab anda seorang. berkerja dalam satu team maka anda akan terasa saling memerlukan antara satu sama lain... sampai sling memerlukan nak balik rumah pun boleh lupa (ahaks)

okay forget about keje.. entry ni bukan tentang keSERABUTan kerja...

cuti2 malaysia =)

ambil sedikit masa untuk merehatkan minda. ingat sekuat mana kita bekerja.. kita hanya manusia biasa dengan badan yang selalu inginkan kerehatan...

amik masa untuk rileks.. travel ke mana yang anda suka. kerana hidup ini hanya sekali. adakah anda mahu mati dengan kenangan yang anda tak pernah ke mana2.. menyedihkan =)

walaupun hanya travel ke kampung sebelah... jadikan ianya pengalaman menarik anda dengan menghayati apa yang ada waktu anda bercuti...

hehhe jom bercuti.. rileks minda...

sebelum kembali bekerja dengan kerja bertimbun2 =)

huh



progress

19 September 2010

96-99

kami bergelak ketawa bersama... main bersama... kayuh basikal pulang sekolah bersama... melepak di taman bersama... makan ice cream 10sen dekat kedai Weng Seng bersama... pergi 'Splash' bersama... pergi langkawi bersama... semuanya bersama sebelum masing2 terpisah dengan kehidupan alam sekolah menengah =)

srk taman gembira 96-99 banyak mengajar erti team pada kami.. haha dan yang paling tak boleh bla nama group kami (ac) apa tu ac aku sendiri tak sanggup nak sebut... hahahahha

aida dan ana dah bertunang.. congrats macam biasa aku menawarkan khidmat fotografi yang lain dari yang lain =)

aizura masih dengan dancing dan singing dia... hehe nanti kalau nak buat cover album panggil aku tangkap gambar =)

wanie still cute2 dan malu2 tapi style dah macam superstar! last sem untuk law.. hehe tahulah siapa aku nak mintak tolong kalau kena saman nanti =)

and paling mengejutkan si fizah yang dulu slim melim tapi kini mak oi makan apa kau! hahaha

nasib baik tak ada sesiapa yang bagi kad kawin semalam kalau tak pengsan.. hahaha

macam ni agaknya perasaan si umaria bila selalu merengek dekat aku kata semua kawan2 lama bila jumpa dah berpunya tapi dia single mingle aje.. lor rileks lah maria bak kata company aku

"we have our own direction..." ngehehe

kerjaya first...  wkakaka =)

tiada dalam gambar fizah.. haha pandai ko sorok badan eh =)


ku sudah jatuh cinta

16 September 2010

hanya sesingkat 4 hari saya di sabah. 2 hari di kota belut dan bakinya di Kota Kinabalu...

dalam masa sesingkat ini tidak banyak gambar yang dapat saya ambil... ops banyak juga sebenarnya hampir 1000 keping tapi semuanya tu gambar wedding =)

gambar ini contohnya di ambil di tengah jalan sewaktu mahu ke pantai. sayangnya saya tak sempat nak menukar lense kepada tele maka nikmatilah pemandangan dari wide lense saya ini =)


untuk gambar ini pulak di snap sewaktu sesi outdoor sekitar pantai di kota belud. kebetulan ada saudara kawan mengajak saya ke Tip of Borneo di Kudat selepas sesi outdoor tu. tapi sayangnya saya tidak dapat turut serta dalam pengembaraan ke alam semula jadi itu disebabkan mahu bershooping di pasar Pilipin KK.. hehehe 

untuk beberapa hari yang singkat di Sabah... banyak yang saya alami. kehijauan, masyarakatnya yang pelbagai suku, bahasanya, makanannya dan yang best sekali anak2 kecil yang sugguh comel bila berbicara dalam dielek sabah sampai saya sendiri turut terikut2.. haha memang pelik bunyinya tapi mereka tak henti2 melayan saya =)

semuanya sangat indah. saya merasa benar2 tidak puas. dalam hati sudah berkira2 tahun hadapan saya mesti dapatkan lesen dan kumpul duit banyk2 dan kumpul cuti banyak2 juga supaya saya benar2 dapat travel di sabah. itu janji saya.. haha dan pastinya sebelu pulang saya sudah merisik2 di mana akan saya pergi dan hotel serta kereta apa akan saya tempah =)

Sabah memang cantik. sewaktu mendarat di kota kinabalu saya sudah merasakan cinta pada sabah. sangat hijau dan sangat permai apatah lagi bandar KK terletak di sepanjang pantai lagilah saya suka =)

ndak tahu mahu cakap apa lagi. yang pasti saya jatuh cinta sudah pada Sabah... terima kasih juga pada sahabat2 di sabah yang membantu dan membawa saya jalan2 sewaktu di sabah. ah tak sabar mahu ke sana semula. rindu benar melihat gunung kinabalu dari jendela kamar saya di Kota Belud. mengasyikkan!


ada apa dengan KK

10 September 2010

tomorrow saya dengan en.D (camera) akan ke KK (Kota Kinabalu).. sangat excited kerana inilah pertama kali saya akan travel seorang diri...

dengan konsep travel photography...

ops dan sedikit wedding photography...

Ia hanya pemula.. after dis sasaran saya satu tahun 2 negara =)

jauh perjalanan luas pemandangan =)

amik masa berehat dalam kesibukan kerja.. 

selamat hari raya

09 September 2010

tiada kata yang lebih mulia

maaf

kerana dengannya manusia jadi setara...

siapakah yang bisa lari dari melakukan kesilapan

sungguh kita hanya manusia biasa

namun Tuhan sentiasa memberi ruang untuk kita menjadi lebih baik

dari hari2 sebelumnya

selamat hari raya

semoga Ramadhan yang berlalu

cukup mengajar kita makna Cinta padaNya




memberi hadiah pada diri

05 September 2010

apabila anda melakukan sesuatu perkara
berapa kali anda mengucapkan "terima kasih" pada diri?

apabila anda meminta orang lain melakukan sesuatu untuk anda
berapa banyak ucapan "terima kasih" dan "penghargaan" yang anda berikan pada mereka?

senang kata

anda minta tolong kawan anda belikan barang anda
mereka belikan
dan anda kata "terima kasih"
satu amalan yang baik =)

tapi...

bila anda suruh badan anda
bekerja untuk sesuatu yang anda perlu lakukan
yang minda anda minta lakukan
berapa kali hati anda berkata
"terima kasih" ?

jadi ambil masa untuk beri penghargaan pada diri anda
jangan terlalu berkira pada diri contoh untuk membelikan seuatu yang anda rasa
ia reward untuk diri

=)


kenapa mesti pergi?

02 September 2010

dah 2 hari saya tunggu Alex reply email saya. saya perlukan confermation dari dia sebab saya nak further study tentang filter yang akan saya guna di kilang saya. tapi masih belum ada jawapan.

rupanya Alex dah resign....

saya kenal Alex waktu saya training di F10. saya suka menyebok bila Alex check line. kenapa? sebab Alex pun newbie juga. dia masuk awal sebulan dari saya. so saya rasa boleh learn more bila kerja sama dia. ap yang dia tanya, apa yang dia check dan apa yang dia perhati sama penting dengan apa yang saya kena buat =) kadang2 bila saya takut nak marah LB sebab tak buat kerja diaorang saya akan bagitahu Alex. then Alex akan warning diorang sambil saya berdiri belakang Alex.. hehe kaki kepoh kan =)

bila kami dua orang ditugaskan kena buat label untuk procedure yang betul discharge acid, saya pergi amik gambar dan buat procedure... rupanya salah dan Alex yang betulkan, pritkan dan tampalkan untuk saya sebab waktu itu saya dah pindah ke F20 sementara menanti F21 yang beberapa bulan lagi baru boleh run.

kenapa mesti pergi?

entry ni bukan hanya untuk Alex... tapi untuk Wei Wei yang bekerja dan duduk satu production room dengan saya di F20. Wei wei satu high scool dengan saya. kelakarnya kami pura2 macam baru kenal. mostly saya akan buat sport check line, cari pasal dengan LB then report sama Wei Wei... aiyo jahatnya saya susahkan dia walaupun dia sudah banyak kerja. nak buat macam mana lor saya sangat kenal kamu =)

tapi wei wei pun resign ...

kenapa mesti pergi?

ada juga beberapa orang yang saya kenal kata mahu resign.. tapi saya yakin diorang takkan resign melainkan dapat offer menggila~

kenapa mesti pergi?

masa first interview saya di TG saya pu patah hati nak kerja di TG. kena psyco habis2an dalam interview sampai saya doa kalau betul kerja ni sesuai untuk saya maka permudahkan dan kalau tak sesuai redhakan hati saya (cewah macam doa cari jodoh pulak)

then dapat panggilan 2nd interview dengan general manager. dalam 2nd interview tu baru saya realise that saya sangat mahu kerja ni. dan alhamdulillah saya pun dapat =)

setelah 2 bulan saya sangat enjoy dengan kerja ni. mungkin sebab saya dapat colleague yang best dan masih belu di tahap stress yang melampau~
adakah TG memenuhi expectation saya? TG dipenuhi dengan rata2 fresh graduate, bagi saya ini peluang dan ruang untuk memenuhi expectation kamu. jangan harapkan company yang akan penuhkan expectation kamu sebaliknya cari jalan bagaimana memenuhi ur expectation.

saya suka berbul dengan fook yong. sangat suka control dan sentiasa mencadangkan pelbagai control system yang berteknologi tinggi walaupun semua ideanya ditolak.. yalah to high cost ma.. 

jadi kenapa mesti pergi?

think twice.. bila membuat keputusan perlu ada perancangan..

moral of the story...

bila anda melakukan sesuatu anda harus suka apa yang anda lakukan, faham dengan apa yang anda lakukan dan belajar untuk mendalami apa yang anda lakukan kerana di pertengahannya anda akan menemui apa yang anda cari dan dipenhujungnya apa yang anda perlukan untuk mara lebih jauh lagi..

tapi saya tak salahkan bila Alex, wei wei dan yang lain2 memilih untuk pergi.. mungkin mereka ada formula mereka sendiri
jadi come out dengan formula anda dan berexperimentlah....