bosan....

25 November 2009



aku merasa bosan dengan manusia yang meminta berkali-kali sesuatu yang memang miliknya pada manusia yang seperti tidak mengerti!

kebencian, bosan, marah dan meluat semuanya bersatu dan menjadi satu. menjadikan aku seperti mahu menghentak sesuatu!



Ikatan suci-wirdani

16 November 2009


Bermusim telah berlalu
Hari ini kian indah warnanya
Tulus cinta yang didamba
Bertemu bahagia

Prasangka telah berakhir
Sangsi hati kian jauh menyisih
Kata janji yang terpatri
Menyimpul ikatan murni

Ku mengharap hanya pada yang menyinta
Ku merindu hanya pada yang mengasih
Ku memohon hanya pada mu Ilahi
Moga diberkati jalinan yang suci

Ku berteduh bawah pohon yang merimbun
Ku bergantung pada dahan yang terkukuh
Ku bersandar hanya pada mu Kekasih
Pimpin diri ini ke arah yang pasti

Dengan redha ku pasrah segalanya
Agar dikau temui ketenangan yang dikau cari
Disuburi benih cinta yang tersemai
Disirami hujan kasih dan sayang
Disurami dengan keteguhan iman
Demi syurgaku di sisimu selamanya


masalah jiwa

mungkin saya dihantui MANDATORI karya Ramli Awang Murshid sebab itu malam ini fikiran saya rasa berbalam-balam.

entah kenapa saya merasa sangat takut merasa sendiri lantaran sering berada di posisi ditinggalkan. ditinggalkan bukan bererti mereka pergi meninggalkan saya dengan sengaja tapi tidak sengaja. ditinggalkan kerana saya merasa gembira berasa sendiri.

entahlah. tapi malam ini terlalu sunyi. seakan wujud 2 atau 3 karekter dalam diri saya yang sedang memaki-maki pada beberapa nama yang dianggap curang dalam perhubungan. AWAS perhubungan bukan hanya berkaitan cinta sebaliknya konsepnya luas.

saya tahu perasaan ini sangat bahaya. lantas bisa merosakkan emosi malah mungkin menjadikan saya gila.

saya rasa sunyi dan sendiri. tapi saya sentiasa tahu Tuhan sentiasa ada melindungi saya. "jika kamu memilih Aku menjadi pendampingmu, maka Aku akan bersamamu tetapi jika kau memilih selainKu mendampingiku maka kau akan berada dalam kesesatan." saya tidak ingat ayat apa dan dalam surah apa yang berbunyi sedemikian.

Ingatlah Allah hatikan menjadi tenang. mengapa membiarkan masalah dunia dan perasaan sakit hati menjauhkan kamu dariNya, seharusnya sakit itu dianggap sebagai ujian yang diberi Allah untuk mendekatkan lagi kita padaNya.

Allah rindu pada air matamu yang mengharapkan pertolongan daripadaNya...

niat dalam tujuan~

15 November 2009
kadang-kadang perkara boleh datang dalam bentuk suka-suka. contohnya hari ini saya suka-suka sahaja mahu makan banyak-banyak dan apabila malam saya menderita sakit kesenakan perut seperti sekarang...

tapi dalam semua perkara biarlah kita belajar untuk meletakkan niat dalam setiap perkara yang kita lakukan biar jalannya bermatlamat. dan matlamatnya jelas.

setiap orang ada matlamatnya. begitu juga saya. pernah sekali ditanya apa matlamat hidup nti?
"memberikan sumbangan kepada orang lain". itu matlamat saya. dan kemuncak kepada segala matlamat pastilah untuk mendapat redhaNya. itu tidak dapat dinafikan.

saya tak mahu berbelit2 di sini kerana saya bukanlah orang yang pandai menyusun ayat jauh sekali mengupas dan menambah analogi. cuma saya ingin lontarkan sesuatu dari hati.

saya sentiasa berfikir tentang perjuangan, malah dulu saya pernah menulis pada sekeping kertas putih dengan marker hitam yang berbunyi "apa yang aku boleh buat untuk islam hari ini!" dan kertas itu saya letakkan di meja study. jadi setiap hari saya akan melihatnya.

pernah satu ketika saya merasa sangat stress kerana apabila berada dalam metting yang dihadiri oleh "taiko-taiko" saya tidak mampu untuk menyarankan apatah lagi membenihkan idea2 yang dilontarkan. sehingga kadang2 saya merasa tidak layak dan tidak mampu menjadi seperti Zainab al-Ghazali seorang tokoh muslimat yang sangat saya kasihi.

namun semakin menginjak dewasa saya mula merasakan setiap manusia itu berbeza. "kita terlalu berbeza kecuali dalam cinta". jika Soe hok gie menyatakan ayat itu buat isterinya, saya mahu melontarkan pula ayat itu pada teman seperjuangan. "kita terlalu berbeza kecuali dalam Cinta". cinta yang saya maksudkan tidak lain dan tidak bukan cinta padaNya.

pernah dahulu saya diberitahu oleh seorang senior bahawa saya ini berbeza dari yang lain, dan dia mengatakan gunakanlah kebezaan ini untuk matlamatmu.

saya ingin mengajak semua agar kembali membersihkan niat kita agar matlamat kita jelas menuju redhanya. baru-baru ini keinginan saya dalam dunia fotografi kembali membuak-buak. saya pernah menjadi budak fotogrfi dalam tingkatan 4 dan 5 di STAR dulu. namun sayang waktu itu disebabkan senior lebih dikalangan tingkatan 6 maka kami hanya diberi tugas2 meneydiakan jadual shooting dan tugasan setiausaha sahaja.

namun kini keinginan itu datang lagi. dan kini saya cuba bereksperimen mengabungkan puisi dan fotografi dengan matlamat dalam melahirkan satu product yang dapat membawa manusia kembali mengenal matlamatnya.

walau dalam apa jua bidang anda sekalipun hatta pembacu teh tarik atau pengerusi syarikat sekalipun letakkanlah matlamat anda dalam mendapat redhaNya. mana mungkin kita memisahkan kehidupan dunia ini denganNya...

jadi ayuh adjust balik niat kita =)

istikharah

10 November 2009


ada suara memanggil aku lagi
kali ini aku tahu ia jawapan
dari istikharahku

sudah masanya
aku menikmati apa yang aku mahukan selama ini
buat yang tidak bersetuju
jangan kecewa
inilah kehidupan aku

dan sekali lagi, semoga Tuhan merestuinya.....



pergi~

09 November 2009

(malay version)


Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

(aizat-pergi)



(english version)

mimpi



malam tadi adalah satu malam yang aneh buat aku
merasakan keinginan untuk bertanya
ada apa pada puisi sebenarnya
bagaimanakah puisi diadili
lantaran ada yang mengatakan puisi tak ubah hanya kata2 puitis
sedang maksudnya umpama sia-sia

persetankan suara yang sering merendah-rendahkan puisi
apa mereka peduli dengan puisi sedang mereka sendiri
tak pernah menghayatinya sepertimana aku menghayatinya
mungkin dalam konteks dakwah puisi terlalu jauh
tetapi ingat pernah satu pendeta berkata
puisi kata-katanya bisa memancung lawan

aku bukanlah mahu menghasilkan puisi pedang
yang bisa menerobos jantung musuhku
apatah lagi puisi nuclear
yang bisa menjahankan israel
tapi cukuplah puisi ku berlagu di hati sesiapa
yang singgah di taman tulisan hati berbicara ini

pernah satu waktu dulu
aku menonton cerita bertajuk 100 litle of tears
dalam cerita itu aku melihat bagaimana seorang gadis cacat
yang menuliskan kata-kata dalam diari hariannya
dan apabila dia mati
kata-katanya menjadi semangat untuk orang lain

begitu juga aku
aku hanya mengharapkan agar nanti
ada yang faham dan bisa menghayati
maka terpancar emosi silap hari bulan menelan segala semangat yang aku lontarkan

aku hanya mahu kataku diadili
tanpa banyak soal

terasing dari kalian menjadikan aku istimewa~

semoga Tuhan merestuinya...