Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Hadad Alwi – Rindu Muhammadku

05 December 2010

Yaa robbi bil-Mustofa
Yaa robbi bil-Mustofa
Yaa robbi bil-Mustofa balligh maqooshidanaa
Waghfirlanaa maamadhoyaa waasi’al karomi
Demi cinta-Mu ya Allah
Pada Muhammad nabi-Mu
Ampunilah dosaku
Wujudkan harapanku
Ya Rasulallah salamun alaik
Ya rofi’assyaniwaddaroji
Siapa yang cinta pada nabinya
Pasti bahagia dalam hidupnya

Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku
Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
Kau yang mengaku merindukan nabimu
Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu
Buktikan
Taati perintahNya, tinggalkan laranganNya
Teladani akhlaknya
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullallah
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullallah

Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi
Ku tanamkan dalam hati kuamalkan sejak dini
Ya Rasulallah salamun alaik
Ya rofi’assyaniwaddaroji
Engkaulah nabi pembawa cinta
Kau bimbing kami menuju surga

Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
Kau yang mengaku merindukan nabimu
Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu
Buktikan
Taati perintahNya, tinggalkan laranganNya
Teladani akhlaknya
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullallah
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullallah
Yaa robbi bil-Mustofa 3 kali


=)

ketika cinta bertasbih

18 January 2010

"Namanya siapa...?" Anna bertanya sambil tersenyum manis.

"Abdullah..." Azzam menjawab sambil tersenyum juga.

Mengenang semula detik-detik pertemuan mereka ketika di Kaherah setelah kini terikat dalam satu ikatan yang sah sebagi suami isteri.

Ya, ana tahu kisahnya begitu indah. Malah gelombangnya mengalahkan filem Ayat-ayat Cinta! Bahkan mengalahkan siri Nur Kasih mungkin (ana kurang mengikuti siri ini). Itulah gelombang cinta bersyariat yang jelas ditunjukkan dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Filem yang terbahagi kepada dua bahagian ini sangat dinanti-nantikan oleh para penggemar novel Habiburrahman El-Shirazy (Kang Abik) selepas filem Ayat-ayat Cinta meletup satu ketika dahulu. Malah, penggemar filem yang tidak pernah membaca novelnya turut berminat untuk menonton kisah ini.

Apa sebenarnya yang dibawa dalam filem ini? Sehingga menjadi tarikan kepada anak-anak muda, terutamanya yang sedang mencari cinta? Ana tidak mahu mengupas sinopsis filem ini di sini kerana apabila ana mula mengupas, bolehlah hasilkan novel yang baru bertajuk "Fenomena Ketika Cinta Bertasbih" (seperti "Fenomena Ayat-ayat Cinta"). Seandainya ada di kalangan para pembaca yang mahu mengetahui sinopsis filem ini, silakan berkunjung ke SINI dan SINI.

Hakikatnya filem ini berbeza daripada filem adaptasi novel Kang Abik sebelum ini. Untuk filem kali ini, Kang Abik mengawal sepenuhnya proses pembikinannya dari awal pemilihan pelakon sehingga ke penghujung pembuatan filem. Pelakon-pelakonnya dipilih dengan baik, sehingga dibuat audition untuk memilih pelakon yang sepatutnya memegang watak-watak di dalam filem ini.

Penerangan lanjut mengenai pelakon-pelakon dan watak-watak ini boleh didapati di laman INI.

Selepas sahaja bahagian-bahagian filem ini dimasukkan ke laman web broadcast Youtube, statistik penonton (dan pemuat-turun juga mungkin) rata-ratanya menjangkau 10,000 orang! Ini belum termasuk laman web lain yang membahagikan filem ini kepada bahagian-bahagian yang lebih sedikit atau yang menyediakan akses muat turun 1 filem sekaligus.

Nyata filem ini menghasilkan satu fenomena yang tidak ubah seperti setelah keluarnya filem Ayat-ayat Cinta. Sahabat-sahabat mula berceloteh tentang filem ini di Facebook, blog, malah dalam perbualan harian juga. Semua mengimpikan bakal isteri seperti Anna, bakal suami seperti Azzam, sahabat seperti Eliana, adik seperti Hafez atau mungkin juga bapa seperti Pak Kiai. Semua mengimpikan begitu, angan-angannya begitu, cita-citanya begitu.

Di profile Pjoe

Di profile Asmah

Di profile vB

Di profile Elda

Di profile Syauqah

Di profile Im

Di profile Kak Oja
Namun, sejauh mana sebenarnya usaha ke arah cita-cita setinggi langit seperti itu? Sudah cukupkah diri menjadi sesoleh Azzam dan sesolehah Anna? Ana mengharapkan sahabat-sahabat yang menonton filem ini bukan sekadar menanam rasa suka hingga hanyut dalam rasa cinta kepada filemnya sahaja, tetapi ambillah nilai yang ada di dalam filem ini, bentuklah diri untuk menjadi insan soleh dan solehah jika mahu cinta yang diredhai oleh Pencipta CINTA.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang tidak tersentuh hati mahu menonton filem ini kerana impresi awal, "jiwang~" dan "ada benda lain dalam perjuangan ini yang lebih penting dan perlu diutamakan..." seolah-olah filem ini memerlukan lebih daripada dua jam untuk dihabiskan. Pada ana, hiburan itu tidak salah selagi ia memberi nilai kepada Islam, tiada maksiat dan tidak terganggu perjuangan kerananya. Bukan kita tiada masa yang sesuai, bukan kita tiada hak untuk menilai, tetapi kesempitan pemikiran menghadkan kita untuk mengambil iktibar dan kebaikan daripada sesuatu. Ini pandangan ana, mungkin pandangan yang lain berbeza.

Walau apapun, sekali lagi ana ingatkan sahabat-sahabat agar tidak terlalu hanyut dalam kisah pembinaan masjid atas dasar keimanan ini, tetapi jadikanlah ia sebagai titik mula anda mencari Cinta Teratas - CINTA ALLAH. Di sini ana tujukan lagu latar filem ini kepada para pembaca sekalian, renungkanlah.

Ketika Cinta Bertasbih
Melly Goeslow Feat Amee

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padaMu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padaMu atas segala cinta

Download MP3: Klik SINI

Pesanan ini juga buat insan yang menaip, berkata-kata dan menghasilkan entry ini. Muhasabah diri bersama, insya'ALLAH.
 
copy from kak sun blog

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

21 October 2009



GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.



ALI


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi

(sumber KOSMO)



Misi Jihad Cinta

05 October 2009

“Sayang, kita dah sampai.” Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.

“Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti redha.” Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.

“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”
“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”
“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”
“Nak kahwin lagi ya?”

Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.

“Kalau betul kenapa?”
“Safiyyah tak kisah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.”

Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku di syurga.

“Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”
“Dah la. Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”
“Okey..”

Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di tempat yang disediakan.

Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah… Muhamadurrasulullah..’.

Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.

****

Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.

“Jom masuk sayang.”

Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya. Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.

Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.

Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.

“Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”

Lelaki itu menekan remote di tangannya. Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.

“Sila duduk..”
“Terima kasih.”

Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.

“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”
“Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”

Safiyyah hanya diam merendah diri.

“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”

Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.

Safiyyah memerhati.

MISI JIHAD CINTA

Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin Ammar
Nama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad

Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..

Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku.

Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan. Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.

“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”

Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.

“Ni bang..”

Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.

Lelaki itu menekan-nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.

“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”

****

“Bang..”

Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.

“Ya?”

Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.

“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”

“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni?”

“Habis tu.. Kenapa menangis?”

“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang..”
“Ya,abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga..”
“Abang..”
“Ya?”
“Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
“Safiyyah sayang…”
“Ya bang..”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga. Jangan risau ya..”

“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”

Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku. Moga di dunia dan juga di syurga.

“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”

“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”

“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”

“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”

“Ya sayang. Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”

“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”

“Ya, abang faham.”

“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”

Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti. Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.

“Sabar la. Tak lama lagi..”

****

Di khemah persiapan, Kota Toledo.

Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.

Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir.

Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.

“Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.”

Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.

“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid. Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah. Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”

“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”

“Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”

“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”

Dahi isterinya dikucup lembut.

“Abang ada satu permintaan.”

“Apa dia bang?”

“Baju tu. Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”

“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”

“Ya,InsyaAllah.”

Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali. Tertulis perkataan “Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya. Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.

“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”

Terdengar suara memberi salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.

“Waalaikumsalam.”

Uwais membuka pintu khemah.

“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”

“Baiklah. Terima kasih.”

Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.

“Sayang, dah tiba masanya.”

“Ya.”

Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.

“Kita jumpa di syurga ya.”

“InsyaAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula.”

****

Boomm..
Boommmm..
Boommmmm..

Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.

Bumm!

Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.

Bummm!

Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah tersenyum.

Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit.

Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji.

Mereka bertemu di syurga.

Surah At-Taubah :

(52) Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu.

(71) Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(72) Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

(111) Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Surah Al-Ahzab :

(22) Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

(23) Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

……………………

Original writing by Masturah Abu Bakar.

21.Nov.08
www.islamcintaku.blogspot.com

cinta...



Aku tidak perlukan cintamu... sebaliknya aku mendambakan cinta mereka yang boeh membawaku ke syurga. abadi bersama Tuhanku...




bisakah?




Bisakah kita memisahkan antara urusan kehidupan dan Islam, sedangkan kita pun lahir atas belas ihsan Tuhan kepada Islam?

Pulanglah Natrah...

10 July 2009

natrah

Ia kebetulan yang menyedihkan.

Sebulan yang lalu, saya berceramah di Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa’ mensyarahkan kitab Apa Erti Saya Menganut Islam dan sebahagian masa diperuntukkan untuk berbicara tentang Sheikh Fathi Yakan, penulis buku berkenaan.

Tiga hari selepas itu, beliau kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2009.

Sebulan selepas itu, saya kembali ke al-Nidaa’ untuk melangsaikan kuliah terakhir di dalam siri syarahan kitab Apa Erti Saya Menganut Islam. Sejarah kemunculan gerakan Islam sedunia dipetik. Saya membahaskan sedikit tentang peranan yang dimainkan oleh Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmi di dalam tragedi 1950 di Singapura membabitkan Natrah atau Bertha Hertogh hingga membawa kepada penangkapan Burhanuddin al-Helmi dan dipenjarakan selama setahun.

Malam itu sebenarnya, Natrah pulang bertemu Allah.

Saya masih sugul dengan pemergian Sheikh Fathi Yakan. Masih terganggu fikiran dengan kematian mengejut Michael Jackson dan siri kejutan disambung pula dengan pemergian Natrah.

Sejarah Natrah boleh dibaca di mana-mana. Ada buku yang ditulis mengenainya. Ada artikel yang komprehensif di Wikipedia. Begitu juga dokumentari di Youtube dan di mana-mana. Bacalah, hayatilah, insafilah akan lipatan sejarah tragis negara kita di suatu masa itu.

Tetapi ada satu pengajaran besar yang jangan kita terlepas pandang mengenai tragedi Natrah.

riot

Rusuhan 1950 di Singapura

1950 menyaksikan 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera. Singapura dikenakan perintah berkurung selama dua hari. Temasek terbakar, sebagaimana rentungnya jiwa umat Islam Nusantara yang bangkit menentang usaha melari dan memurtadkan Natrah.

Itulah harga Islam di mata umat Islam tahun 1950.

Tanpa internet, tanpa sms, semangat itu merebak dengan cepat dan menular merentas kota dan desa, harga iman Natrah bukan sebarangan.

Biar pun umat Islam masih dijajah British, jiwa mereka merdeka untuk bangkit bersuara.

Di tahun 2009, tatkala Natrah kembali kepada Allah yang difasakhkan aqidah beliau dari-Nya itu, berita murtad bukan lagi berita yang menggemparkan. Usahkan mahu memandang dengan sebelah mata, kewajaran murtad pula mahu dipertahankan atas nama kebebasan beragama yang entah di mana asal usulnya.

Ketika umat Islam terbebas daripada penjajah British dan menjadi pemerintah di bumi sendiri, jiwa mereka yang pernah merdeka itu hakikatnya kembali terjajah terpenjara hingga tiada lagi suara yang membela.

Tiada lagi Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmi yang membakar semangat itu.

Tiada lagi Karim Ghani yang mengepalai kebangkitan di akar rumpun.

Tiada lagi Profesor Ahmad Ibrahim yang menjadi hakim membicarakan keadilan dan kebenaran.

Tiada lagi M.A. Majid yang membiayai perbicaraan mahkamah itu.

Sesungguhnya,

“Kita dipukul gelombang riddah, dan tiada lagi Abu Bakr untuk mendepaninya…” – Abu al-Hasan Ali al-Nadawi

PULANGLAH NATRAH

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


***hebat betul sensitiviti masyarakat Islam dahulu. sungguh berbeza dengan umat Islam sekarang. jika dilihat hari ini semakin ramai umat Islam yang murtad, namun masyarakat ambil tidak kisah sahaja. jika ada sedikit pula. sesungguhnya umat Islam kini diserang dari pelbagai sudut. Ya Allah bimbinglah kami ke jalanMu....

Fitnah di hujung lensa

06 July 2009

embarrassed-chimpanzee

“Ustaaazzz, Assalamualaikum!” terdengar suara kuat bertempik dari anjung surau.

Saya terkejut.

Capati dilepaskan kembali ke pinggan.

“Err, wa ‘alaikum al-Salaam” saya membalas salam beriringan dengan senyuman.

“Saya sudah lama mencari peluang mahu bertemu dengan ustaz. Nak minta tandatangan buku ni!” kata beliau.

Seorang anak gadis yang hadir bersama ke Kuliah Maghrib saya malam itu.

Pakcik-pakcik yang sedang menjamah hidangan ringan usai ceramah dan Solat Isyak itu nampak terkejut dengan keramahan anak gadis itu. Terkejut juga dengan saya yang baru pertama kali berceramah di situ… barangkali.

Saya serba salah.

“Ustaz, saya nak tanyalah. Apa tips untuk orang yang putus cinta ya?” kata anak gadis itu. Duduk bertimpuh hampir-hampir bertemu lutut mengadap saya. Hingga mengesot pakcik di sebelah memberi laluan.

“Err, saya tak pernah putus cinta. Fadhilat tidak bermain cinta barangkali. Rasanya ada belaka dalam buku-buku ini!” saya membalas ringkas.

“Pakcik, saya nak bergambar dengan Ustaz Hasrizal. Tolong ambilkan gambar kami!” kata anak gadis itu sambil menyerahkan kamera digitalnya kepada Pengerusi Surau.

Beliau segera duduk rapat. Saya pula yang segera bergerak menjauhkan diri kerana takut tersentuh beliau. Sesuatu yang tidak harus, apatah lagi untuk diabadikan dalam sebuah foto yang ‘penuh berkat’ kerana diambil oleh Pengerusi Surau.

“Eh, sekejap. Sekali lagi. Takut tak jadi pula. Nanti dah putus cinta, tambah masalah dengan gambar tak jadi!” kata Pengerusi Surau. Menyindir sambil bergurau.

“Ok, terima kasih pakcik. Terima kasih ustaz. Seronoknya saya dapat jumpa ustaz. Assalamualaikoooommmm!” katanya sambil melambai tangan kepada kami.

Muka saya merah padam. Telinga pun panas. Pelbagai perasaan bercampur aduk.

MAKIN MENJADI-JADI

Sesungguhnya saya sangat tidak suka dengan perkembangan setahun dua ini apabila ramai Muslimah mahu bergambar bersama. Yang beramai-ramai itu satu bab, ini yang solo pun satu isu juga. Mahu sahaja saya tolak mentah-mentah. Tetapi tak sampai hati pula. Mengaibkan orang di tengah ramai, adalah perkara terakhir yang saya bayangkan di fikiran.

Sekadar memberi peringatan sahaja.

“Panggillah kawan-kawan lain,” saya cuba mengelak bergambar solo dengan perempuan.

“Ehh, Shahril. Mari sini kita bergambar sama!” saya menarik tangan seorang mahasiswa untuk meneman saya yang sedang dikepung oleh muslimat.

Saya tidak selesa dengan perkembangan itu.

Namun kemuncaknya ialah di surau malam itu.

Seorang perempuan mahu bergambar dengan saya hingga hampir-hampir sahaja beliau menyentuh saya. Lebih memburukkan keadaan, perempuan itu menyuruh Pengerusi Surau mengambil gambar kami berdua.

Saya berasa sangat malu dan serba salah dibuatnya.

“Maafkan saya tuan. Semenjak kebelakangan ini kejadian macam ini selalu terjadi. Risau saya dibuatnya,” saya cuba meredakan rasa janggal yang menimpa jemaah surau yang kaget dengan kejadian itu.

“Inilah akibatnya apabila banyak menulis tentang CINTA!” saya mahu memberikan kata kuncinya.

“Ehh ustaz, kena tulis banyak lagi tentang CINTA. Sebab cinta itulah remaja kita hancur dan murtad pun ada!” kata pakcik-pakcik itu.

Saya menarik nafas lega. Mujurlah pakcik-pakcik tersebut mempunyai perspektif yang selari dengan pandangan saya..

“Rasanya perempuan tadi tu sedang terganggu fikiran. Putus cinta nampaknya!” kata Pengerusi Surau.

Mungkin juga. Saya sendiri berasa begitu.

KAMI BUKAN ARTIS

Sesungguhnya saya bukan artis, bukan selebriti, bukan juga idola atau apa sahaja yang sebahagian anda bayangkan. Saya adalah seorang lelaki, Muslim, yang bukan mahram anda dan mengharapkan ada secebis haya’ untuk bertindak sebagai benteng yang membatas tindak tanduk kita.

Jika kita mengagumi tulisan penulis, dakwah pendakwah, kolum kolumnis dan novel novelis, janganlah dimanifestasikan kekaguman itu sama dengan cara peminat nyanyian penyanyi atau lakonan pelakon, untuk bergambar bersama-sama antara seorang lelaki dan seorang perempuan kerana Syaitan tidak membezakan status atau profesyen kita. Dia sentiasa menjadi pihak ketiga dalam sekeping gambar yang menghimpunkan ‘kita berdua’.

Mungkin ini maksud sebenar kata-kata orang tua, “jangan bergambar bertiga, nanti ada yang mati!” Hakikatnya gambar bertiga itu ialah dua insan yang bukan Mahram bergambar bersama, Syaitan menjadi orang ketiga, dan pemangsa itu akan membunuh salah seorang atau kedua-duanya.

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda, baik bergambar dengan saya atau sesiapa sahaja. Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau opah wan anda.

Ia menyalahi adab, adat dan Syariat kita.

hadith-malu

“Sesungguhnya di antara perkara yang menjadi pengetahuan sekalian manusia, yang datang dari kalam Nubuwwah ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!” [Hadith al-Bukhari : 3224]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

KONSERT Antara Dunia-GAMIS

29 April 2009
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama kumpulan nasyid Rabbani akan mengadakan Konsert Antara Dunia yang akan berlangsung pada 1 Ogos 2009 bertempat di Stadium Melawati Selangor. Konsert Antara Dunia ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau dipilih setelah melihat beliau kini menjadi ikon dan idola kepada artis.
Pengarah konsert, Abdul Muhaimin ketika mengulas perkara ini menyebut, “Ternyata Tuan Guru MB Kelantan telah berjaya menjadi contoh ikutan kepada artis era baru. Satu Malaysia mengetahui penyanyi wanita popular Siti Nurhaliza, Amy Search dan Renggo telah terpikat dengan Tuan Guru”.


“Malah Tuan Guru telah mempelopori cara berfikir baru kalangan ulama apabila menjemput Mawi ke Kelantan suatu ketika. Bagi saya, para ulama yang lain mesti berfikiran terbuka sebagaimana Tuan Guru,” tambah beliau lagi kepada Krew GAMIS.Konsert Antara Dunia akan dihadiri oleh kumpulan nasyid terkenal Indonesia iaitu Soutul Harakah yang akan menghidupkan suasana malam tersebut dengan semangat jihad. Dalam masa yang sama, kumpulan Ungu dan Meet Uncle Hussin serta Rabbani turut akan memberikan persembahan.Wan Zahidah, Timbalan Pengarah Konsert berkata, “Kami tidak akan menyimpang daripada tujuan asal kami untuk menyemarakkan semangat dakwah. Dalam masa yang sama, kami ingin mendekatkan kumpulan artis dengan Tuan Guru yang kami yakini mampu memberikan inspirasi yang baru untuk artis”.Beliau turut menyatakan kekesalan beliau terhadap pandangan masyarakat yang lebih suka menyalahkan artis tanpa mengenali dan merapati mereka lebih dekat. Mereka adalah golongan seniman yang harus diberi peluang berbakti kepada negara dan agama mengikut keupayaan mereka.Beliau turut menafikan adanya unsur politik dalam konsert ini. Bagi GAMIS, menjemput Tuan Guru bukanlah bermakna membawa agenda politik sebaliknya membawa unsur dakwah.

*** tak sabar rasanya. hm.. baguslah semoga pendekatan dakwah sebegini dapat menarik anak2 muda agar lebih cintakan islam. Shotul harakah... memang best. ada macam rock tapi rock dia menghidupkan semangat jihad. teringat dalam satu progam, kami peserta menyanyikan lagu gelombang keadilan nyanyian shotul harakah. memang bersemangat habis!

perkongsian kelas dakwah (1)

17 February 2009
asalammualaikum...

tujuan entry kali ni nak menceritakan apa yang aku dapat daripada kelas dakwah di MSI setiap hari Isnin jan 5-6pm di bilik al-Farabi. so lepas ni aku mengaharapkan agar sahabat2 yang lain boleh sama2 join kelas dakwah ni. memang bagus sangat. selalu dibincagkan bagaimana kita mahu menjawab persoalan yang sering ditimbulkan oleh orang bukan Islam. pada masa yang sama juga dapat menambahkan keimanan kita pada Allah. kenapa? terdapat juga persoalan yang dibincangkan sebenarnya sedar atau tidak bermain2 dikepala kita. yang pasti kelas yang dihandle oleh ustaz Mhyudin Md. Sarip ni memang bagus. dan syabas kepada MSI kerana menawarkan kelas yang memang ditunggu2 oleh mahasiswa Islam. semoga dengan ini teknik berdakawah dapat dipelbagaikan.

Kelas ke-3 (16 februari 2009)
-segala kesilapan bahasa dan kekurangan ana pohon maaf-

isu yang dibincangkan dalam kelas :

"Bagaimana menjawab persoalan non-muslim apabila mereka mempertikaikan bagaimana Rasulullah yang seorang BUTA HURUF boleh menjadi PEMIMPIN dan RASUL?"

1) Bukan syarat untuk menjadi pemimpin (nabi dan Rasul) itu seorang yang sempurna dan berkelulusan.

huraiannya mudah, jika seorang itu tidak berkelulusan namun bisa menunjukkan peribadi yang hebat dan dapat menyampaikan ayat2 alquran yang baik yang tidak mampu dicipta oleh manusia sudah ukup menunjukkan ada KUASA YANG MEMBIMBING NABI & RASUL. dan kuasa ini tidak lain dan tidak bukan ialah kuasa Allah swt. jika seorang nabi & Rasul itu seorang yang hebat dalam sastera dan lain2 tentulah apa yang diperkatakan olehnya akan dipersoalkan dan dipertikaikan. orang kafir akan menuduh nabi & Rasul itu mereka2 berdasarkan kehebatan dia. jadi disini kita dapat lihat apabila Nabi & Rasul itu seorang yang buta huruf dapat menunjukkan pada kita bahawa mereka ini dipimpin oleh Allah.

2) Pembuktian Al-Quran adalah kalam Allah swt.

apabila seorang itu buta huruf, dia tidak mampu untuk membaca dan menulis. jadi adalah mustahil Muhammad SAW mampu menghasilkan ayat2 al-Quran yang hebat. cuba kita lihat surah ar-Rahman dan surah2 lain. bagaimana setiap baris ayat disusun, bunyi penghujungnya dan keindahan maknanya.adalah tidak rasional mengatakan al-Quran adalah kata2 Muhammad. jadi ini membuktikan bahawa Al-Quran adalah Kalam ALLAH SWT.

3) Bandingkan dengan nabi2 terdahulu yang mana non-muslim ini beriman dengannya.

contoh cuba kita lihat nabi Musa AS. bukankah Nabi Musa AS seorang yang gagap. buktinya tika Allah memerintahkan Nabi Musa AS pergi berdakwah kepada Firaun, Nabi Musa mengadu kepada Allah bahawa dia seorang yang gagap dan tidak mampu untuk berdebat dengan Firaun. Nabi Musa AS adlah nabi bagi orang Yahudi. jika mereka mempersoalkan Rasulullah SAW seorang yang buta huruf tidak layak untuk menjadi nabi dan Rasul, bagaimana pula dengan nabi mereka? Nabi Isa AS tidak mempunyai bapa tapi masih menjadi Nabi dan Rasul. namun harus diingat Islam tidak pernah mengajar kita untuk merendah2 nabi2 terdahulu. sebaliknya kita disuruh beriman dengan mereka. jadi persoalan kepada non-muslim tadi mengapa mereka pula yang suka mempersoalkan. mungkin mereka perlu fikirkan kembali.

4) pada waktu itu perkara buta huruf adalah biasa.

ketika zaman Rasulullah saw, perkara buta huruf adalah biasa. bukankah Allah melantik Rasulullah dari kalangan manusia supaya tidak berbeza dengan manusia yang lain. jadi ini bukanlah persolan utama kenapa Rasullulah tidak boleh seorang yang buta huruf. selain itu, pada zaman Rasulullah terdapat juga pendeta2 nasrani yang hebat, kenapa mereka tidak mempersoalkan persoalan ini? jelaslah persoalan ini hanya wujud pada zaman ini sahaja. zaman di mana buta huruf kelihatan sangat pelik.

i
tulah antara serba sedikit huraian yang dibincangkan. jika sahabat2 ada alasan yang lebih kukuh boleh kita kongsikan.

apa yang pasti, ana cukup terkesan apabila ustaz menyatakan apabila kita berdebat dengan golongan seperti ini seharusnya kita berdoa dan membersihkan niat semoga apa yang kita cakapkan ini dapat memberi hidayah kepada mereka. kerana mereka ini adalah antara golongan yang mencari.

selalu apabila kita di aju persoalan begini kita jadi 'panas' tak tentu pasal dan tanpa sedar bicara kita jadi debat yang mahu membunuh mereka. seharusnya bicara kita menjurus kepada pembinaan berfikir.

untuk sesi kedua adalah latihan menyampaikan ceramah. pengerusi JKSK menjadi pelajar pertama yang kena membuat demo. dalam ucapannya dia menyentuh isu non-muslim mengatakan al-Quran adalah salinan daripada Injil dan Taurat.

Adakah Al-Quran salinan Injil dan Taurat???

ya... apa yang ada dalam Injil dan Taurat ada dalam al-Quran. Pada zaman nabi Ibrahim terdapat 'SUHUF" (x pasti ejaan betul atau tak) kumpulan syariat2. di dalam bible terdapat perkara mengenai Haji dan perkara lain yang juga terdapat dalam 'Suhuf' jadi adakah Bible(injil) ini juga meniru 'Suhuf'. dalam al-Quran juga terdapat perkara yang ditulis dalam 'Suhuf'. jadi ini menunjukkan bahawa agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim, nabi Isa dan Nabi Muhammad saw datangnya dari sumber yang sama iaitu agama samawi yang datang dari Allah swt. malah lebih hebat lagi, cerita mengenai nabi Isa yang tiada dalam bible diceritakan dalam al-Quran.

untuk mereka yang mengatakan
Injil+Taurat=Al-Quran

sedarlah ini adalah satu pengakuan yang tidak bertanggungjawab!

untuk next class perkara yang dibincangkan adalah mengenai

non-muslim sembah berhala tapi orang Islam sembah Kaabah (objek) . apa beza kaabah dengan berhala?
-jemput sama2 mendengar pandangan Ustaz dan sahabat2 lain-