Showing posts with label psm. Show all posts
Showing posts with label psm. Show all posts

tesis presentation~

23 October 2009


InsyaAllah 26/10/09 saya akan menjalani presentation untuk project sarjana muda saya di sebuah bilik di FKKKSA. jangan bimbang anda yang membaca entry ini tidak perlu hadir, namun saya amat memerlukan doa daripada sahabat2 saya serta pengunjung blog ini yang juga merupakan sahabat cyber saya =)

"synthesis and characterization of resin from
empty fruit bunches (EFB)".

inilah tajuk project sarjana muda saya.

sv: Prof Nor Aisyah Saidina Amin (Prof NASA)
RO: Kak Linda
Turut membntu: kak Yani and kak naz

sekalung ucapan terima kasih kepada mereka yan sering membantu saya dalam menyiapkan project saya

Persatuan Mahasiswa Islam
juga kepada PMI dan sahabt2 yang banyak membantu memberi sokongan berbentuk moral.

juga my family (mama, papa, along, angah, sara, kak salina, amirah aka bidadari)

dalam saya membuat slide presentation untuk isnin ni, saya mecuba membuat yang terbaik mungkin. ada sahabt2 yang berkata bahawa ini adalh presentation terbesar dalam hidup mereka. tiba-tiba saya terfikir sesuatu.

Bukan ini bukan yang terbesar, ada lagi yang besar dan memerlukan persiapan yang lebih besar dan berat daripada presentation hari isnin ni.

presentation apa?

tentunya presentataion kita di hadapan Allah di padang Masyar nanti. waktu itu apa jawapan kita jika ditanya Allah dengan soalan2 yang killer. malangnya mulut kita terkunci dan yang menjawab adalah anggota badan kita. mampukah kita waktu tu nak menggoreng atau mentaram bagi menyedapkan hati panel?

saya merasa takut amat jika di tanya Allah apa persiapan kamu ke presentation ini?

SubhanaAllah. berikanlah saya kekuatan ya Allah untuk istiqomah pada jalanMu dan menjadi hamba yang tidak pernah leka atau terlupa akan hari presentationnya dihadapanMu nanti.

bersamalah kita sahabat menyiapkan diri untuk hari presentation itu kerana ia pasti, takkan boleh skip dan takkan ada kabel!





warna warni menyiapkan tesis psm...

07 October 2009
pening kepala dan serabut menyiapkan tesis sebelum di hantar. drft pun banyak kena renovate balik. alahai kalaulah aku teral english dan otak aku ni mudah faham dengan journal2 yang entah apa-apa tu, insyaAllah tak de masalah. ini dengan sikap aku yang memang malas nak membaca apatah lagi nak memahamkan merumitkan segalanya.

sabar sahaja dan teruskan membuat yang terbaik. tak rugi pun. kalau niat untuk tuhan insyaAllah semua ini di kira ibadah disisiNya. ingat tu!

satu-satunya programing yang aku teral guna =)

dalam keserabutan ini, my cayang (laptop aku) pulak buat hal. demam panasnya kembali semula. apabila panasnya teralu tinggi, maka dia pun akan pengsan dengan serta merta. dan disebabkan aku tidak mempunyai bateri maka terpadamlah segala isi alam. nasib baik laptop ni ada reovery fail. tapi korang dapat bayang tak betapa barannya aku bila aku tengah syok2 menaip dia boleh padam tanpa kata "aku bla dulu'. alahai!

destop pun dah makin serabut. segal benda semua save kat destop bagi mudah capai. huhu

ukh..ukh....ukh... senang dicari

itulah warna warni menyiapkan tesis. bila mata sakit mengadap komputer, beralih pandang ke luar tingkap. nasib baik sedang hujan. hati terasa damai ~

(Bulan ni bermain kejar2 dan menyorok2 dengan sv dan ro... huhu)

acetone make me hate being alone...

04 October 2009

"aku kat mana ni?." bisik aku cemas sambil menoleh ke kiri dan kanan.

"lah... dah salah road ni!" dengus aku. jam menunjukkan lewat 10 malam dan aku tersesat di FKE. sebenarnya baru pulang dari KTC beraya di bilik Isma.

ianya sesuatu yang sangat memelikkan apabila aku boleh masuk dalam jalan yang salah tanpa aku sedar. baru-baru ini aku sering merasa sesuatu yang ganjil berlaku dalam diri aku. aku mula melakukan sesuatu di bawah kesedaran aku.

pernah aku membawa motor tiba-tiba aku terfikir aku mahu kemana? hilang memori secara tiba-tiba dan menyebabkan aku terpinga-pinga di atas motosikal.

pernah juga aku menghantar mesej kepada orang yang salah dan tanpa aku sedar.

kadang-kadang aku merasa aku sudah melakukan sesuatu perkara tetapi sebenarnya aku belum melakukan. ianya umpama aku sduah melaluinya tapi sebenarnya tidak.

kerunsingan yang menjadi-jadi

perkara ini menyukarkan dan menakutkan aku. banyak benda yang tanpa aku sedar aku tidak melakukannya. dan semakin hari aku merasa takut kerana bimbang ika aku akan melakukan sesuatu yang bukan-bukan.

tiba-tiba aku merasa benci bila bersendiri kerana seperti ada sesuatu yang akan terjadi!

seriusnya aku rasa macam ada orang lain dalam diri. argh... jangan fikirkan sangat!

tindak balas menjadi lembab...

itulah yang aku rasa kadang2. pernah satu malam selepas mengedit thesis aku tiba-tiba aku terus menutupnya tanpa save terlebih dahulu. akibatnya aku terpaksa mengedit semula.

punca?

tindak balas menjadi lembab?

Prof Arshad dalam class safety pernah cakap terdedah kepada acetone yang berlebihan boleh menyebabkan otak menjadi lembab untuk bertindak balas.

dan untuk PSM aku, aku menggunakan acetone sebagai solvent dan kebanyakan masa aku terdedah kepadanya.

DAMN... is that mean semua simptom yang aku lalui berpunca daripada acetone?

mungkin aku patut pergi berjumpa doktor!


Physical & Chemical properties of acetone
Physical State-Liquid
Boiling Point-133.2oF

Appearance-Colorless, highly volatile liquid.
Freeze/Melt Point- ( -139.6oF
)
Odor-Sweetish
Decomp Temp-Not available

pH 7 Solubility-Not available
Vapor Pressure-180 mm Hg
Specific Gravity-0.79 (Water=1)

Vapor Density-2.0 (Air=1)
Molecular Formula-C3H6O

Evaporation Rate-7.7 (n-Butyl acetate=1)
Molecular Weight-58.0414


Hazards Identification
EMERGENCY OVERVIEW
Appearance: Colorless, highly volatile liquid with a sweetish odor.

Danger! Extremely flammable liquid FP=-4F (-
20C). Causes irritation to eyes, skin, and respiratory tract. Causes central nervous system depression. May causeliver and kidney damage. Toxic effects are enhanced by ethanol.

Target Organs: Kidneys, central nervous system, liver, respiratory system.

Potential Health Effects

Eye: Produces irritation, characterized by a burning sensation, redness, tearing, inflammation, and possible corneal

injury.

Skin: Exposure may cause irritation characterized by redness, dryness, and inflammation.


Ingestion: May cause irritation of the digestive tract. May cause central nervous system depression, kidney damage,

and liver damage. Symptoms may include: headache, excitement, fatigue, nausea, vomiting, stupor, and coma.

Inhalation: Inhalation of high concentrations may cause central nervous system effects characterized by headache,

dizziness, unconsciousness and coma. Causes respiratory tract irritation. May cause liver and kidney damage.
May cause motor incoordination and speech abnormalities.

Chronic: Prolonged or repeated skin contact may cause dermatitis. Chronic inhalation may cause effects similar to

those of acute inhalation.

Banyak sungguh kasih sayangMu Tuhan...

30 September 2009


waktu semakin sedikit, namun aku mula merasai ketenangan yang sebelum ini tak aku rasai...


BESAR SUNGGUH KASIH SAYANGMU TUHAN!

dulu aku sering meminta agar TUHAN memberikan lebih banyak waktu untuk aku.

namun kini aku mula belajar menghargai setiap waktu yang TUHAN berikan pada aku.

betapa sayangNya Dia pada aku sebenarnya.

Bersyukur padaMu. benarlah dengan mengingatMu hati aku menjadi tenang. Damai yang semakin aku rasai setiap kali cengkaman dan kegusaran hati aku luahkan hanya padaMu...

"Tuhan ku aku tidak layak ke sturgaMu... Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu..."

Kepada kekasihku yang Satu... aku ingin terus berkasih hanya denganMu

Terima kasih itu segala kasih sayangMu...

kau hantarkan mereka (kakak2 yang aku tak kenal tiba2 membantu aku memahamkan apa yang aku perlu buat untuk psm aku) padaku kala aku begitu memerlukan bantuan, kau berikan aku cuaca yang cantik dan deruan angin indah yang membuatkan aku bersemangat menghadapi segala kekusutan ketika menulis thesis, dan kau berikan aku sahabat2 yang sedia membantu dan.... betapa besar kasih sayangMu dan terkadang aku merasa malu dengan apa yang aku pulangkan kembali kepadaMu

Ya TUHAN... indahnya BERCINTA dengan MU...


mari beristighfar =)

semangat yang hilang....

29 September 2009
saya teringat pada suatu pagi kira-kira jam 7 pagi. waktu itu saya, kak amy, kak wahyu dan nazirah berada di Tasik UTM. kami berada di situ bukanlah untuk memancing atau bersarapan sebaliknya kami mengadakan usrah bersama.

pada pagi itu usrah disampaikan oleh Kak Amy, tapi kak wahyu diberi peluang untuk memberikan sedikit perkongsian. kalau tak silap saya kak wahyu bercerita mengenai seorang tukang membuat rumah.

cerita mengenai tukan buat rumah yang berhajat untuk berhenti dari karier membuat rumah. hajatnya disampaikan kepada majikannya. namun majikannya meminta agar dia membuat sebuah rumah untuk kali yang terakhir sebelum berhenti kerja.

oleh kerana ini ialah kerja terakhirnya, maka tukang membuat rumah terbabit melakukannya dengan sambil lewa. dia membina rumah dengan menggunakan bahan2 dan pertukangan yang tidak sebaik selalu. hasilnya rumah yang terbentuk tidak berapa elok dan kelihatan kekurangan di merata-rata.

lantas dia memberitahu majikannya tentang rumah yang telah selesai dibinanya. alangkah terkejutnya tukang rumah terbabit apabila majikannya menghadiahkan rumah tersebut kepadanya atas komitmen dan hasil kerjanya yang baik semasa dia berkerja dengan majikannya.

dia merasa sangat kesal kerana tidak memberikan sepenuh tenaga dan komitmen terhadap hasil kerjanya yang terakhir itu. dan akhirnya dia hanya memiliki rumah yang tidak sesuai diduduki.

cerita ini mengingatkan saya akan iklan petronas. jalan ceritanya sama cuma pekerjaannya bukanlah tukang membuat rumah tetapi tukan membuat sampan.





apa yang boleh saya simpulkan adalah bagaimana sikap kita terhadap sesuatu perkara apabila berada di penghujungnya. saya akui saya juga punya sikap serupa seperti tukang rumah terbabit. bersemangat di awalnya namun apabila di penghujungnya menjadi lemah dan kuyu...

ini sangat membimbangkan kerana ia menjadi satu tanda tanya apakah selama ini segala yang saya lakukan berdasarkan kefahaman atau semangat atau jawatan?

berada dalam penghujung kepimpinan persatuan ni, terkadang hati merasa sangat lega kerana bakal melepaskan beban yang berat tidak lama lagi. namun adakah itu bererti kita berhenti daripada perjuangan? atau adakah itu bermakna kita sudah boleh mengabaikan tugas-tugas kita kerana bakal melepaskan pada yang bakal naik?

sepatutnya semakin menuju pegakhiran ini kita menjadi semakin kuat dan melipatgandakan usaha. malah sudah bersedia untuk menghadapi dunia baru yang lain pula. inilah yang sedang saya muhasabahkan...

bukan soal kepimpinan sahaja. malah dalam kehidupan harian contohnya dalam project sarjana muda. sepatutnya waktu2 begini saya patut meningkatkan momentum agar cepat menyelesaikannya namun berdalih-dalih pula sehingga akhirnya saya sendiri yang rugi.

berkerja atas kefahaman bukan atas semangat. itu kata-kata kak syifa pada saya sewaktu dilantik menjadi pimpinan PMI.

mungkin bagi sesetengah orang jawatan itu perkara biasa, namun tidak bagi saya. segala yang kita lakukan adalah amanah dan dipersoalkan di akhirat kelak. malah ianya sepatutnya menjadi momentum untuk kita meneruskan perjuangan di luar sana.

alhamdulillah, di kala saya mengalami ketegangan yang melampau saya punya banyak sahabat dan kakak-kakak yang sedia memberikan nasihat. masih ingat lagi bagaimana saya memujuk hati agar dan menstabilkan emosi apabila dilanda ketidakfahaman. rasa marah yang sangat apabila orang lain tidak boleh memahami keadaan kita. namun semua itu jadi pengalaman yang cukup bermakna.

"pimpinan kena banyak berkorban" satu lagi kata-kata kak syifa yang kadang2 membuatkan saya mengalirkan air mata apabila berkali-kali memaksa hati ber'iman' dengan kata-kata ini.

ingat... bekerja atas kefahamn bukan semangat....

dan paling penting! INGAT LAH ALLAH HATI AKAN MENJADI TENANG....

okay sambung buat thesis =)

doakan saya selalu

apabila aku mula blaja...

24 September 2009

sudah masuk hari ke 5 raya. adui... takkan lah aku nak terus raya dan berfoya2 aje... study2 mas... psm tak abih lagi... 2 october dah kena anta draf.. kau banyak lagi tak 'kau tim' adui....

masalahnya... sangat susah nak berkumpul satu family. jadi masa2 begini harus di gunakan sebaik mungkin. takkan tak boleh bagi can kot!

seperti selalu "setiap kejayaan memerlukan pengorbanan" adalah korban sikit ajelah. cukup2lah dah raya + foya sakan dengan family. kembali pada buku pula ya!

masalahnya bila buka je note mata mesti terasa berat. adui... but i am really like study. aku suka kepeningan yang menyinggah waktu study... kecelaruan untuk membelek nota2 aku yang aku sendiri susah nak faham... hahaha tapi apabila kebosanan menyelubungi diri akibat terasa study seorang diri dan mengantuk yang menjadi2 aku jadi fed up. dan akhirnya aku sibuk pula mem 'post' entry... argh lagha betul!


dari stream data kepada P&ID


psm.... semoga Allah kurniakan aku kesabaran dan semoga laptop aku jua tak meragam...

oklah... buat perlahan2 insyaAllah siap.

U can do it girl =)

aku patut bersyukur....

15 September 2009


ia hanya sesuatu yang pendek... kata-kata yang lahir dari hati untuk Kak Linda (RO CREG), kak Yani dan Kak Nazlina (MASTER CREG) yang banyak membantu aku dalam menyiapkan PSM aku. seringkali aku kelihatan serabut, namun mereka sentiasa memantau dan membantu aku yang termampu. Terima Kasih.... aku antara yang bertuah kerana ada kalian membantu aku... tidak lupa juga pada sahabat-sahabat yang memahami. maaf andai beberapa waktu ini aku jarang dapat bersama, jarang dapat memenuhi segala keperluan dan menghulur pertolongan. semoga apa yang aku kerjakan ini dianggap ibadah di sisiMu Ya Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


sudah tenatkah?

14 September 2009
ianya sangat sedih apabila melihat laptop aku kembali tenat. harus bagaimana aku memberikan rawatan kepada laptopku ini? baru-baru ini laptop ku menghidap demam panas. mudah sahaja ia panas dan lantas terpadam sendiri. risu hati aku bimbang satu hari dia meletop.

group mate aku beberapa kali menasihatkan aku agar membeli master cooling pad yang berharga rm70++. tapi selaku student yang masih berhutang sana sini, aku merasakan ianya terlalu mahal dan jauh dari kemampuan aku. lantas aku membeli cooling pad yang berharga rm 10. okeylah tu =)

tapi cooling pad ni buat hal pulak. harapkan kipas aje sebesar alam tapi tak boleh cover demam panas laptop aku ini. serupa tak guna aje!

selain dari itu laptop aku juga terkena sindrom ini (lihat gambar di bawah) tak faham betul selalu kalau problem error dia tak masuk page ini. dan aku memang anti betul page ini.. menambahkan kepanasan aku dan laptop aku je!


selain itu, laptop aku juga menghadapi sindrom tak boleh control volume. loud speaker memanjang. bayangkan aku tak boleh guna ear phone dan bunyi waktu buka laptop sangat kuat dan memalukan. nampak sangat aku mencapap walaupun aku bukannya nak mencapap.

ini semua gara2 kedai komputer kat Stesen Kajang, Bangi. cet... aku bayar RM 50 untuk format laptop aku bagi power tapi dia bagi aku laptop yang macam nak aku baling kat muka dia balik (tension tahap bengang sebab tak berbaloi langsung) dah lah tu paint pun tak de. hish... apakah ini?

ada juga yang suruh aku format semula (terutama seorang junior LPm yang semangat ari tu suh aku format) ayo ingat senang2 aje ke nak format... kalau format makan masa sedangkan aku tengah buat analyse result experiment yang sangat memerlukan laptop disisi... selain itu kerja2 lain juga memerlukan laptop. buat sendiri? huhu pening kepala masa pergi study group format laptop ari tu. otak aku memang susah nak terima benda2 yang macam celaru tu. complicated2... sebab tulah aku selalu skip class simulation+matlab (satu chapter dalam process control dan design) , class C++ dan , dan engineering drawing (apatah namanya satu class waktu tahun satu semester satu) . dan nasib baiklah semua yang berkaitan celaru ini asignmentnya dalam group so part aku selalu intro, tak pun conclusion, lagi parah buat appendix, cover n compile aje.

huh.... tak baik mengeluh. kena jga laptop ini baik2... inilah antara harta aku. kalau tak de laptop aku ni melangut lah aku jawbnya. huhu mana boleh tak ada laptop sekarang tengah kritikal tulis thesis ini. huhu semoga laptop ni tak buat hal macam semester lepas. hm... mahu cari pendrive varu buat backup kalau jadi apa2 hal....

doakan kesejahteraan laptop aku ya....



teruskan harimu dengan ceria sayangku =)



CREGUTM bikin gempak lagi...

21 July 2009


Chemical Reaction Engineering Group (CREG) has been awarded The Best Research Group UTM for year 2008 at Citra Karisma ceremony held in Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia.

On top of that, Prof. Dr. Nor Aishah Saidina Amin (Head of CREG) also received the award for The Best Applied Research UTM for year 2008.

For The Best Research Group category, CREG received an RM5,000 cheque with additional RM25,000 worth of research grant. Besides that, Prof. Dr. Nor Aishah has been awarded with an RM3,000 cheque for the Best Applied Research Category for year 2008.

With the incentives given by UTM management, CREG will surely strive for Creative, Excellent, Resourceful and Green in line with CREG tagline.

CREG members that were present during the Citra Karisma ceremony are as follows:

Prof. Dr. Nor Aishah Saidina Amin (Head of CREG)

Associate Prof. Dr. Ramli Mat

Mr. Mahadhir Mohamed

Mr. Zaki Yamani Zakaria

Mr. Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin

Mrs. Roslindawati Haron

for more information visit http://cregutm.com



****tahniah kepada crew2 CREGUTM.... hehe aku pun dalam group CREG gak. tahniah juga pada supervisor aku, Prof. NASA... hm... as a student aku memang xcited tengok Prof NASA. orangnya tegas. tapi baik dan boleh dibawa berbincang. argh... nak jadi macam Prof juga. doakan saya yaProf =)

kelab benci temperature...

17 April 2009
hari ini aku gagal lagi dalam experimen walaupun pada awalnya semuanya nampak baik. semuanya gara2 temperature yang masih tak nak constant. kalau sebelum ni temperature sukar untuk naik, namun hari ini masalahnya temperature terlalu aktif sampai naik tinggi lebih daripa yang aku nak.

akibat rasa tension aku pun mengistiharkan penubuhan kelab anti temperature dengan ahli tetapnya kak Helia...

hm... memang penat buat experiment. mana taknya berada dalam makmal reaktor yang panas. kalau ada aircond tak pa lah. lepas tu setiap masa asyik naik kawal temperature. hai.. aku yang mendidih ni tak de sapa yang counter.

namun di sebalik itu aku belajar banyak benda. antaranya erti persahabatan dan bantu membantu. walaupun kepenatan dan ketension dengan experimen yang selalu fail, namun kakak2 di lab sentiasa meluangkan masa untuk membantu aku. kak Mailin setiap kali tengok aku mesti kata "chaiyok2x. kak Linda siap bagi buku text polymer. masing2 sedia untuk berbincang dengan aku bagi setalkan masalah ni.

selain itu aku juga belajar erti sabar dan ikhlas. "Tuhan sedang mengajarkan aku erti sabar dan ikhlas=)"

begitulah cabaran yang dihadapi oleh daei' setiap masa diuji. setiap apa yang disampaikan tak selalunya mudah diterima. ada masa di abaikan aje. namun ikhlas dan sabarlah insyaAllah kita akan berjaya.

selain itu erti bersyukur. sebelum ni aku sering gagal, namun Allah berikan kejayaan dalam satu dan 2 kali. dengan ini aku harus bersyukur dalam setiap tindakan aku.

hm... namun aku masih lagi tak faham apasal temperature tak boleh naik after 100 darjah celsius. sapa yang dapat jawab aku belanja makan.

kenapa temperature mixture EFB dengan Phenol dan sulfuric acid (catalyst) tak naik selepas 100 darjah celcius. dia stay kat situ aje. sedangkan tak ada air. pemanasan secara reflux

jangan TENSION!

12 April 2009
kelas control start jam 9 pagi dan aku anggarkan ia akan habis pada jam 11 am. namun entah kenapa banyak pulak yang DR. K nak bincangkan sampai class drag ke jam 11.30am. bukan apa aku dah set nak masuk lab. buat experimen start jam 11.30 tapi sekarang aku terpaksa start jam 12 tengah hari.

lepas class aku terus aje melulu ke makmal reaktor kimia yang terletak di alamak lupa pulak blok berapa=)

sesampai je sarung lab kot then terus set up radas. experimen hari ni kalau aku buat betul2 boleh habis dalam 3 jam je. aku punya parameter:

EFB/Phenol=1/1.5
time= 60 minute
dan temperature 125 darjah celcius.

dan aku pun start experimen. agak2 temperature oil bath dah 120 darjah celcius aku terus set up radas untuk reflux. dan aku terpaksa tunggu tempearture sample 125 baru aku boleh start time untuk 60 minute.

masalah bermula.
siapa sangka hari tu temperature tak membantu langsung. selama 30 minute aku tunggu bila aku check temperature ia masih still dekat 100 darjah celcius. okay fine.. aku tunggu lagi.

then after satu jam...
still gak dekat 100 darjah celcius. apa cter? sapa tak sakit hati. dah lah jam 3 petang aku ada class kat CTL. biar betul temperature ini. dah lah masa tu aku lapar habis. tak pa tunggu lagi kejap.

then ia masih maintain dekat 100 darjah celcius. nak tukar parameter lain tak sesuai pulak.

dan akhirnya akibat rasa fed up dan tension yang melampo, aku dengan selambanya mematikan segala electrical set up. memang tension aku peduli apa kalau orang nak marah. aku punya marah tak de sapa kesah. dan dengan rasa protes, aku kuarkan set up dari oil bath dan letak kat tengah2 meja dengan temometer yang masih melekat kat radas. hah rasakan.. tak nak naik sangat kau equilibriumlah dengan sample tu!

sampaikan petang tu RO kat lab tu telefon aku apasal aku buat macam tu. sapa tak sakit hati. nasib baik aku buat macam tu. sebenarnya aku nak patahkan aje termometer tu. cuma memandangkan tu bukan termometer aku je sebab tu aku tak patahkan.

kemarahan yang tak dapat dikawal.
aku marah betul dengan termometer tu. sebab ialah masa aku terbuang dan aku terpaksa repeat lagi experiment. sedangkan Prof NASA bila2 aje boleh panggil aku dan mintak result. huh tensionnya.

salurkan pada jalan yang betul...
malam tu kak Linda (RO) di lab tu hantar mesej kat aku. mungkin dia risau dengan aku. dia nasihat kat aku jangan tension. yalah dalam study week kena masuk lab sapa tak tension. dia suh aku study dalam lab. jangan tension2. kalau ada masalah bagi tahu. huhu aku rasa terharu sangat.

aku pun melepaskan geram aku pasal temperature pada kak linda. alhamdulillah dia memahami. mungkin sebab kami membuat experiment yang hampir sama. dia pun kata dia ada masalah yang sama. dia tegur aku, kalau ada problem bagi tahu. jangan keep sorang2 then tension sorang2. penyelesaiannya esok dia nak bincang dengan aku.

banyak pertolongan
kadang2 aku rasa masalah yang aku hadapi tak ada siapa yang faham. mungkin bagi orang ianya nampak simple. ala masalah temperature aje, tu pun nak kecoh. namun jika mereka di tempat aku korang aje boleh tahu dan rasa betapa sakitnya hati ini.

hanya memohon sedikit sokongan dan rasa memahami. itu sahaja.

temperature hanya satu bahagian. entahlah kadang2 kita selalu merasa diri kita terbeban, namun kita tak sedar ada orang yang lebih terbeban. selalu aku nasihatkan pada diri agar pandai2 kawal masalah, namun siapalah aku, maslah hanya jadi besar bila tak disalurkan pada jalan yang betul.

ada orang kata kongsikan masalah dengan teman. namun bagaimana pula kalau teman menganggap masalah kita hanya perkara biasa. aku jadi konfius kadang2.

bila bercerita tentang masalah ku pada teman aku tak mengaharapkan mereka memberi resolusi kerana aku tahu aku akan menjumpai resolusi. tapi aku mahu mereka memahami. ia cukup melegakan apabila ada orang memahami apa yang kita rasa.

tetiba aku terinagt pada Chua Mei Chen. jauhnya dia sekarang di US. nak Gtalk pun makin sukar. Mei Chen antara manusia yang sangat memahami segala masalah aku. entah kenapa setiap kali bercerita masalah padanya aku jadi lega. malah terasa selesai dan bersemangat untuk face masalah itu.

hai mei chen...

psm: we will begin

02 February 2009
alhamdulillah. tadi jumpa gak dengan RO aku untuk PSm. kak linda and kak mailin dah suruh aku ready untuk run experiment. bahan pun dah nak order. hm... excitedlah pulak. sekarang semuanya bergantung pada aku.

tak boleh malas2. kena rajin selalu. hm... nak kena siapkan bibiliography. huhu tak sabar nak buat experiment..

psm... miss pulak...

09 January 2009
alamak... tengah duduk berpanas bawah matahari tetiba mesej masuk.

"Mas, petang ni datang lab, Dr. dah bagi tajuk psm untuk u." - antara bait2 dalam sms yang aku dapat dari RO supervisor aku.

gila... petang ni datang lab, sekarang aku kat KL, kalau bawak keta laju2 sampai lab pun malam. argh...

aiseyman... tulah yang berlaku tadi, mula2 Mailin (RO tu) suruh aku cari method apa nak guna dulu then baru discuss tajuk, tak alih2 ari ni suruh datang amik tajuk. owh... dimana hak aku?!
ceh... tapi kalau dah bagi tajuk senang sikit keje aku. tengah busy bangat ni.

so ari isnin ni aku azam seawal pagi mungkin nak jumpa Mailin. hehe boleh discuss lama sikit.

tak sabar nak tahu tajuk psm aku walaupun aku dah tau dah view dia apa.

apa2 pun lepas ni kena buat project management, kalau tak kantoilah aku. huhu tak boleh kantoi nanti jadi fitnah untuk perjuangan.

hm niatkan untuk Allah dan untuk perjuangan, mana tau psm dapat aku manipulate jadi medan dakwah. sekurang2nya psm aku ni jadi gak ibadah insyaAlllah.

Ya Allah permudahkanlah urusan aku dan rakan2 ku...

PSM sudah bermula....

06 January 2009
psm tu projek tahun akhir...

huhu dah start dah. pagi tadi aku jumpa RO supervisor aku Prof NASA. nama RO yang akan keje ngan aku...ops silap yang akan aku keje dengan dia tu Mailin, orang sarawak. first impresion dia maca ok je. tapi tak taulah lepas ni macam mana.

untuk PSM aku decide nak buat reaction. apa pasal? entahlah lepas istiharah aku rasa tenang aje nak buat reaction ngan Prof NASA. orang kata buat dengan Prof NASA ni sakit sikit sebab dia memang suka detail... bagi aku ini satu kredit. memang aku mengaku yang aku ni jenis delay2 keje punya orang. tengoklah macam sekarang sepatutnya aku buat research tapi sebok tulis blog pulak... tapi why not kita take ni sebagai chance untuk aku perbetul diri. orang kata kalau kita berkerja dengan orang yang terbaik kita pun akan ikut jadi baik.

risiko?! itulah anak muda... as engineer nanti pun setiap masa berhadapan dengan risiko... takut psm aku terkorban di tengah jalan? sebab tulah aku nak supervisor yang jenis push,belasah, force, n maam2 dekat aku. hehe insyaAllah aku boleh survive...

ok balik dengan perjumpaan aku dengan ms Mailin tu, kitaorang discuss sikit pasal tajuk aku. btw tajuk tak decide lagi just dia bagi briefing tentang field research aku.

PAINT!

comeykan... hahaha from biomass we will produse silika and use in production of paint.

memang jauh dari sangkaan aku. aku ingat turn biomass to diesel tapi paint!

paint... cat!!

project baru ni.. lagilah besar.. perah otaklah lepas ni ko mas...

masa cerita kat member dorang kata tak takut ke buat project baru.. aku pun jawablah.. kurang sikit budaya copy n paste tesis senior nanti... selamba aje. hehe sedikit memperli dorang.

amik... nak sangat risiko... tapi aku rasa interestinglah. sekurang2nya dia bukak sikit kepala otak aku ni tentang besarnya kegunaan biomass tu...

meihatkan ini project besar pertama aku, aku nak kongsikan di ruangan blok ni... hehe mana tau ada orang nak bagi suggestion ....

oklah nak sambung baca paper work ni. walaupun tak faham baca ajelah... esok kalau serabut gak aku bagitau je ms mailin tu. biarlah dia nak kata apa janji aku paham...

Ya Allah bantulah aku dan rakan2ku.....