Showing posts with label kampus. Show all posts
Showing posts with label kampus. Show all posts

Surat Terbuka Pro Mahasiswa UTM Kepada Naib Canselor

14 January 2010
Kepada Ayahanda Prof Dato’ Dr.Ir Zaini Ujang 
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia.


  • Assalamualaikum w.b.t,

    Firman Allah yang bermaksud: "Serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al Hujurat, ayat 9)

    Saya amat berbesar hati sekiranya Dato’ dapat melapangkan sedikit masa untuk mendengar suara dan keluhan mahasiswa yang akan saya bentangkan kepada dato’ melalui surat ini. Moga kesudian Dato’ membaca dan memberi maklumbalas kepada surat ini tanda prihatin Dato kepada mahasiswa. Semoga ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara pemimpin Universiti dan juga kami, rakyat Mahasiswa.

    Ayahanda Naib Canselor yang dirahmati Allah,

    Di kesempatan ini, saya mewakili Pro Mahasiswa UTM mengucapkan setinggi tahniah kepada yang berbahagia Dato’ diatas perubahan positif yang begitu mendadak sepanjang kepimpinan Dato’ dalam memimpin Universiti Teknologi Malaysia untuk lebih maju kehadapan. Dengan gagasan budaya ilmu yang cuba dibawa oleh Dato’,sedikit sebanyak telah memberi kesan yang positif kepada suasana universiti walaupun ianya belum dilihat secara menyeluruh.

    Namun, beberapa perkara yang saya cuba utarakan disini selaku wakil seluruh mahasiswa untuk memohon respon daripada Dato’ sendiri berkenaan pilihanraya kampus yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Suara Mahasiswa ini di adukan kepada Dato’ kerana status Dato’ sebagai Naib Canselor dan pemimpin teratas dalam pentadbiran universiti di lihat dapat membantu mahasiswa dengan membuat keputusan dan kenyataan secara adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak sama ada kepada Pro Mahasiswa, Evolusi Mahasiswa ataupun calon bebas yang bakal bertanding dalam pilihanraya kampus nanti.

    Merujuk kepada memorandum yang telah dihantar oleh pihak Pro Mahasiswa UTM kepada yang berbahagia Dato’, beberapa tuntutan yang telah kami gariskan. Salah satunya adalah melibatkan soal campur tangan dan keterlibatan “Pengetua Kolej” mahupun “Pentadbiran Universiti” dalam pilihanraya kampus yang akan diadakan bagi memilih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai badan tertinggi yang bakal memimpin mahasiswa UTM.

    Tetapi, beberapa siri pilihanraya yang lepas telah menunjukkan bahawa telah berlaku ketidak adilan dalam pilihanraya kampus khususnya berkenaan ugutan dan ancaman daripada pihak pengetua kepada mahasiswa. Politik kampus seperti ini dilihat tidak sihat malah akan menyekat hak dan kebebasan mahasiswa untuk memilih kepimpinan secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

    Ayahanda yang dihormati,

    Melihat kepada situasi yang berlaku pada masa yang lepas dan pada hari ini, mahasiswa telah diugut untuk tidak mengundi, menyokong apatahlagi bertanding atas tiket Pro Mahasiswa malah mendapat ancaman untuk dibuang kolej walaupun aktif dalam JKM dan organisasi dalam kolej. Pelbagai aduan yang kami telah terima berkenaan keresahan mahasiswa untuk mengundi calon bukan pilihan pengetua. Oleh kerana itu, aduan itu terus diajukan kepada Dato' sendiri.

    Begitu juga yang dilakukan terhadap blog Pro Mahasiswa UTM (www.promahasiswautm.blogspot.com) sebagai lidah rasmi untuk menyampaikan maklumat telah disekat oleh pihak pentadbiran universiti daripada dilayari oleh mahasiswa manakala blog Evolusi Mahasiswa masih dapat dilayari seperti biasa tanpa sebarang sekatan. Ini sekaligus menafikan hak mahasiswa untuk mendapat maklumat secara telus,adil dan bebas daripada kedua-dua pihak menjelang pilihanraya kampus. Maklumat ini penting agar mahasiswa dapat menilai kepimpinan kedua-dua pihak dan memilih atas dasar kesedaran mereka sendiri, bukan kerana pengaruh mana-mana pihak atau faktor paras rupa.

    Ini telah menjadi persoalan kepada kami diperingkat mahasiswa. Apakah makna dan tujuan pilihanraya kalau perkara sebegini berlaku? Adakah ini yang dinamakan demokrasi kampus? Di mana hak mahasiswa untuk mengundi calon pilihan secara bebas? Dimana keadilan yang ditunjukkan oleh pihak universiti?.

    Ayahanda Dato’ Naib Canselor yang bijaksana,

    Justeru, Saya mewakili mahasiswa secara keseluruhannya menuntut agar Dato’ dapat memimpin universiti secara adil dan saksama dengan mengambil kira dan bertindak atas aduan ini.

    Renungi firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya." (Surah al Nahl, ayat 90)

    Rasulullah s.a.w bersabda: "Tujuh golongan yang Allah berikan lindungan kepada mereka pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan Allah; PEMERINTAH YANG ADIL, pemuda yang membesar dalam keadaan beribadah kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua lelaki yang berkawan dengan penuh kasih sayang kerana Allah bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang ada kedudukan serta mempunyai harta lalu dia berkata: aku takut kepada Allah, lelaki yang memberi sedekah lalu disembunyi hingga tiada diketahui oleh tangan kirinya apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya, dan lelaki yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sunyi lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah."(Hadis Muttafaq'alaih)

    Di samping itu ada beberapa hadis memberi amaran kepada pemimpin yang tidak adil serta tidak berbuat baik kepada golongan dipimpin. Antaranya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    "Tidak seorangpun daripada hamba Allah diberi tanggungjawab memimpin, lalu dia mati pada hari dia dimatikan dalam keadaan melakukan penipuan terhadap rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya syurga." (Hadis Muttafaq 'alaih)

    Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud:

    "Barang siapa yang dilantik oleh Allah untuk menguruskan hal ehwal orang Islam tetapi dia tidak melaksanakan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada mereka serta tidak memenuhi keperluan dan hajat mereka, nescaya Allah tidak akan memberikan sesuatu kebaikan kepadanya serta tidak memenuhi keperluan dan hajatnya pada hari akhirat." (Hadis riwayat Abu Daud dan al Tirmizi)

    Kita mengharapkan mahasiswa yang telah dibentuk sepanjang berada di UTM memperlihatkan keperibadian yang kita kehendaki. Kita mahu mereka ada sifat-sifat seorang pemimpin iaitu sekurang-kurangnya memperlihatkan sifat bertanggungjawab, amanah, syaja’ah, berani memperjuangkan hak mereka dan berani bersuara menentang ketidakadilan. Kualiti ini mungkin boleh kita lihat dengan mengkaji penglibatan mahasiswa dalam pilihanraya kampus. Ini adalah kerana penglibatan mahasiswa dalam pilihanraya kampus sekurang-kurangnya mencerminkan kesedaran mereka tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warga kampus. Lantaran itu, kami diperingkat Pro Mahasiswa “memohon kenyataan balas” dari Dato’ berhubung perkara ini agar mahasiswa tidak takut untuk memilih calon pilihan mereka secara bebas. Akhir sekali, saya ingin memetik sepotong hadis buat renungan:

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya (apa yang dijaga); seorang pemimpin akan ditanya mengenai rakyatnya, seorang lelaki adalah penjaga kepada ahli keluarganya dan akan ditanya mengenai jagaannya, seorang perempuan adalah penjaga kepada rumah suaminya dan akan ditanya jagaannya, seorang khadam adalah penjaga kepada harta tuannya dan akan ditanya mengenai jagaannya, dan setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya." (Hadis Muttafaq 'alaih).

    Sekian, Wallahua'lam

    Mohd Amin Bin Mohd Hamami
    Ketua Jentera Pro Mahasiswa UTM 2010
    No.Tel : 013-7141139

    Nota:
    *Turut dilampirkan bersama surat ini rakaman yang diberikan kepada kami Pro Mahasiswa UTM oleh mahasiswa Kolej Rahman Putra untuk dinilai sendiri oleh Dato' . Download (disini) atau layari- http://www.4shared.com/file/195209381/3b16a99/Pengetua_KRP.html


  • p.r.o.v.o.k.a.s.i

    23 October 2009


    "kau dak JPA kan? kau jangan sebok hal politik. belajar pun kerajaan tanggung then nak marah kerajaan pulak. duit orang (cukai rakyat) bagi belajar bukan nak main politik."

    sapa yang bermain politik? itu soalan saya pada orang yang suka melontar provokasi yang dah basi ini.

    ya saya student JPA. mendapat tajaan daripada JPA. alhamdulillah. teria kasih kepada rakyat malaysia yang mengeluerkan duit membayar cukai sekaligus memberi peluang kepada anak Malaysia mendapat pelajaran lebih tinggi. terima kasih atas duit anda saya berada di UTM skudai. sesungguhnya duit ini adalah amanah daripada anda. alhamdulillah setakat ini saya masih belum menggunakan duit anda untuk membeli handphone beribu-ribu, mp3, bershoping tak tentu arah dan benda2 yang mahasiswa lain suka buat.

    kebanyakan duit anda saya gunakan untuk makan, pakai yang perlu dan untuk program2 yang dapat membangun anak bangsa. sedikit juga digunakan untuk mengembirkan hati mak ayah dan sahabat2. mohon dihalalkan.

    terkedu dengn pemikiran melampau sesetengah pihak yang menganggap studentyang mendapat tajan tidak boleh bergiat aktif dalam politik. siapa pulak yang masuk politik?

    adakah satu luahan atau komentar dari mahasiswa terhadap perkembangan dan pembawakan parti politik dianggap salah?

    saya cukup marah apabila ada orang melontarkan provokasi di atas bila saya mula menyalahkan kerajaan terhadap banyak perkara yang terlalu menjelekkan untuk diceritakan.

    mahasiswa sebagai check and balance.

    bukan hanya kerajaan sahaja malah semua parti yang memerintah harus ditegur jika mereka buat silap.

    kepada manusia yag suka menggunakan provokasi di atas saya ada perkongsian untuk anda.

    "ya duit biasiswa saya dari rakyat yang menyuruh saya belajar, namun kena ingat disamping saya mengambil duit mereka untuk belajar, saya punya tanggungjawab pada mereka. saya perlu bersuara apabila ada pihak yang cuba menindas mereka. kerana apa? kerana saya mahasiswa. golongan yang duduk di IPT yang dulunya masyarakat sangat mengangkat mereka kerana mereka berjaya menjadi JURU BICARA UMMAH"

    alangkah hebatnya mahasiswa dulu bilamana suara mereka didengari dan digentari oleh mereka di parlimen!

    apabila aku mula blaja...

    24 September 2009

    sudah masuk hari ke 5 raya. adui... takkan lah aku nak terus raya dan berfoya2 aje... study2 mas... psm tak abih lagi... 2 october dah kena anta draf.. kau banyak lagi tak 'kau tim' adui....

    masalahnya... sangat susah nak berkumpul satu family. jadi masa2 begini harus di gunakan sebaik mungkin. takkan tak boleh bagi can kot!

    seperti selalu "setiap kejayaan memerlukan pengorbanan" adalah korban sikit ajelah. cukup2lah dah raya + foya sakan dengan family. kembali pada buku pula ya!

    masalahnya bila buka je note mata mesti terasa berat. adui... but i am really like study. aku suka kepeningan yang menyinggah waktu study... kecelaruan untuk membelek nota2 aku yang aku sendiri susah nak faham... hahaha tapi apabila kebosanan menyelubungi diri akibat terasa study seorang diri dan mengantuk yang menjadi2 aku jadi fed up. dan akhirnya aku sibuk pula mem 'post' entry... argh lagha betul!


    dari stream data kepada P&ID


    psm.... semoga Allah kurniakan aku kesabaran dan semoga laptop aku jua tak meragam...

    oklah... buat perlahan2 insyaAllah siap.

    U can do it girl =)

    aku patut bersyukur....

    15 September 2009


    ia hanya sesuatu yang pendek... kata-kata yang lahir dari hati untuk Kak Linda (RO CREG), kak Yani dan Kak Nazlina (MASTER CREG) yang banyak membantu aku dalam menyiapkan PSM aku. seringkali aku kelihatan serabut, namun mereka sentiasa memantau dan membantu aku yang termampu. Terima Kasih.... aku antara yang bertuah kerana ada kalian membantu aku... tidak lupa juga pada sahabat-sahabat yang memahami. maaf andai beberapa waktu ini aku jarang dapat bersama, jarang dapat memenuhi segala keperluan dan menghulur pertolongan. semoga apa yang aku kerjakan ini dianggap ibadah di sisiMu Ya Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


    sabar je =)

    04 September 2009
    apabila berada di tahun akhir, aku sering kali melihat kembali bagaimana aku belajar. jika di SPM dahulu preparation untuk sesuatu test itu di buat sebula sebelum tarikh namun kalau di banding dengan hari ini jauh sekali rasanya. malah di tahun satu dulu aku agak seorang akademician (betul ke eja?) namun perlahan2 aku berubah. semuanya bermula waktu di matrikulasi.

    anugerah yang aku perolehi di matrikulasi benar2 buat aku merasa syukur. namun selepas itu aku dikejutkan dengan satu kenyataan yang menyakitkan. seorang sahabat mempersoalkan apa yang aku perolehi. menjadi seorang yang hebat dalam bidang akademik namun tiada apa yang untuk dibanggakan dalam bidang lain benar2 merobek hatiku.

    di tahun satu aku menanam tekad. aku mahu membuktikan pada dia yang aku bukan seorang manusia yang hanya duduk di meja study dan berjaya. tapi aku manusia yang busy harinya dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan masih mampu berjaya.

    alhamdulillah, perlahan-perlahan aku bisa menyesuaikan diri. kesibukan bagi aku bukan lagi penghalang kepada kejayaan namun ia anugerah. kebusyan menjadikan aku lebih menghargai masa, lebih mementingkan apa yang perlu dan yang tidak. kebusyaan menjadikan aku lebih kuat untuk menghadapi kegagalan yang umpama roda dalam hidup aku.

    malam ini aku menghantar sms kepada adik2 tahun satu LPM mengajak mereka beraktiviti. seperti biasa perkara yang paling aku tak suka lakukan menaip mesej terpaksa aku lakukan juga. handphone yang selalu buat problem menyebabkan aku mengambil masa yang agak lama untuk mensms kesemua ahli. alhamdullillah berjaya juga.

    waktu ini psikologi kena kuat. kesabaran berhadapan dengan balasan mesej adik2 sangat diperlukan. ada yang boleh datang dan ada juga yang tidak dapat datang kerana test dan asignment.

    namun aku sangat tersentak dengan satu balasan yang mengatakan "tak boleh... sudy"

    dengan senyuman aku mereply "Good luck =)"

    geli hati juga dengan adik2 ni. kerenah mereka buat aku teringat bagaimana aku dulu. haha satu nasihat adik2 ni.... jangan terlalu obses dengan satu bidang aje. ilmu tu luas... terokailah walaupun mulanya kita rasa ia tak menark namun dengan ilmu2 lain sebenarnya ia boleh mengembirakan kita dan megurangkan stress.

    teringat nasihat angah yang selalu suruh aku bersukan sebab tengok aku yang kadang2 "tak Betul" =)

    hm... kalaulah adik2 tu nak tahu, akak ni baru je tahu yang sok pagi ada test design (killer subject) sok pagi jam 10 am...

    study smart dik....

    doakan akak =)

    CREGUTM bikin gempak lagi...

    21 July 2009


    Chemical Reaction Engineering Group (CREG) has been awarded The Best Research Group UTM for year 2008 at Citra Karisma ceremony held in Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia.

    On top of that, Prof. Dr. Nor Aishah Saidina Amin (Head of CREG) also received the award for The Best Applied Research UTM for year 2008.

    For The Best Research Group category, CREG received an RM5,000 cheque with additional RM25,000 worth of research grant. Besides that, Prof. Dr. Nor Aishah has been awarded with an RM3,000 cheque for the Best Applied Research Category for year 2008.

    With the incentives given by UTM management, CREG will surely strive for Creative, Excellent, Resourceful and Green in line with CREG tagline.

    CREG members that were present during the Citra Karisma ceremony are as follows:

    Prof. Dr. Nor Aishah Saidina Amin (Head of CREG)

    Associate Prof. Dr. Ramli Mat

    Mr. Mahadhir Mohamed

    Mr. Zaki Yamani Zakaria

    Mr. Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin

    Mrs. Roslindawati Haron

    for more information visit http://cregutm.com



    ****tahniah kepada crew2 CREGUTM.... hehe aku pun dalam group CREG gak. tahniah juga pada supervisor aku, Prof. NASA... hm... as a student aku memang xcited tengok Prof NASA. orangnya tegas. tapi baik dan boleh dibawa berbincang. argh... nak jadi macam Prof juga. doakan saya yaProf =)

    mahu sepi?

    16 July 2009
    waktu mahu pulang ke UTM aku merasa bimbang yang amat sangat. aku bimbang andai sampai di UTM nanti aku akan merasa keseorangan lantaran banyak sahabat2 yang seusia dengan aku berada dalam blok yang berlainan. tambahan pula afzan dan rumatenya dah pindah ke k11. hai macam manalah kalau aku nak bincang tentang pelajaran yang aku tak faham?

    aku merasa tertekan dan menjadikan aku menanggug2 kan waktu untuk pulan ke UTM.

    14/7/09
    namun apabia berada di bumi UTM lain pula ceritanya. semangat semakin berkobar pula jadinya. sampai ke UTM jam 9 malam, atikah mengambil aku di Sri Putri. dari Sri Putri dia terus membawa aku ke program MAPEK yang berlangsung di dewan sri resak KTDI. leka dalam program Mapek yang mana LTKS membuka booth dalam rangka mempromosi LTKS kepada mahasiswa KTDI yang baru.

    keseronokan berinteraksi dengan mahasiswa baru dan berbual sembang dengan adik2 sehingga aku terlupa yang aku sedang dalam proses metting dengan seorang sahabat untuk program lujnah. janji sampai ke UTM nak sambung metting tapi lain pula jadinya. booth Mapek di tutup kira-kira jam 11 malam. selepas Mapek adik2 LTKS mengajak aku sama2 bermetting utuk penutupan MAPEK esoknya. untuk tidak menghampakan mereka aku sertai juga. adik2 nampak bersemangat takkanlah aku nak bla macam tu aje. aku harus support mereka walaupun badan aku merasa letih yang amat sangat.

    metting habis kira2 jam 11.50pm. disebabkan aku tak sempat nak amik kunci bilik lagi maka malam itu terpaksalah aku menumpang di bilik fadila. namun sampai di bilik Fadila aku tidak terus tidur sebaiknya menyiapkan editing untuk seruan jumaat yang mesti diserahkan pada Ustaz Nasir keesokan harinya. leka membuat editing sehingga aku tak sedar aku dah tertidur dan terima kasih kepada Pip yang mengejutkan aku bangun Subuh.

    15/7/09
    jam 8 pagi terus ke faculty dalam keadaan mamai dan sedikit basah kerana hujan turun pagi tu. nasib baiklah fadila pinjamkan motosikal. kalau tidak alamat jalan kakilah nampaknya.

    sampai di faculty kelas rupanya jam 11. hadi masa yang ada digunakan untuk menyambung men'touch up' mana yang patut sj. kemudian bergegas ke CICT untuk print dan terus ke HEP untuk submit pada Ustaz Nasir. tepat jam 11 aku dah terpacak dalam kelas keusahawanan. wow... leturer dia meamang best... tak sabar nak pergi next class.

    tepat jam pukul 1 aku bergegas balik ke KTDI dan terus memandu ke Kulai dengan atikah, Alia dan fadila untuk mengambil motosikl aku yang aku post menggunakan train. tapi sampai di sana kami dimaklumkan orang yang menjaga moto aku akan datang pada jam 3 pm. so kami pun makan dulu sambil menunggu. penat waktu tuhan aje yang tahu. dengan tak cukup tidur aku memang tak boleh berdiri betul. bimbang dengan keadaan aku yang mamai2 tu aku meminta atikah yang membawa motor aku balik.

    sampai ke UTM dalam jam 4pm. aku mengambil kunci bilik dan terus ke bilik kawan kerana ada hal berkaitan sesuatu yang harus aku langsaikan disamping mengambil button badge LTKS. sesudah itu aku bersolat di bilik kawan dan meghantar kak Fatimah ke K11. dan terus ke metting LPM di BOMI. aku sampai lewat argh bengangnya.... jangan marah ye sahabat2 LPM...

    dalam metting pun mamai juga namun bila tengok orang lain bersemangat aku pun jadi semangat namun mengantuk datang menujah2. geram betul!

    habis metting dalam jam 6.40pm. terus pandu balik ke KTDI . mandi, solat rehat sekejap. jam 9 malam turun ke Majlis Penutupan Mapek. argh tiba2 rasa tua pulak bila masuk dlam dewan resak. ya lah yang datang seuanya junior. tapi aku peduli apa aku nak support LTKS korang tau apa.

    majlis tamat jam 11 malam. paling keakar malam yang aku tengah mamai2 ni aku boleh dapat cabutan bertuah. haha first time dalam hidup aku. thanks kat anak usrah aku Diana yang pergi ambilkan hadiah =)

    lepas program aku balik ke bilik dan hantar pic2 iftar melui internet pada seorang sahabat dan membuat sedikit preparation untuk majlis TWPMIUTM. alhamdulillah aku dah hantar mesej invitation dekt adik2 tentang TWPMIUTM masa di Mapek tadi so dapatlah tidur awal sikit.

    16/7/09
    kelas pukul 8 pagi. habis class jam 10 then terus ikut Hajar gi JJ.. ni j-card punya pasallah. n ni lah first time aku pergi jj masa j-card day. serius after dis aku takkan pergi lagi. mak oi sesaknya mengalahkan shoping malam raya.

    habis shoping jam 12.30 then balik bilik. rehat , makan then jam 2 cari helmet. argh sapa ada jumpa helmet aku??? sapa ada helmet lebih pleased let me know... dah tak de helmet ni =(

    nasib baik alia bagi pinjam. pukul 230 pergi HEP. alhamdulillah Ustaz Nasir dah sign so terus hantar ke bilik cetak. 3.30pm naik faculty jumpa kak Linda (RO PSM aku) mintak dia proposal aku. huhu nak kena taip sebab aku tak de soft copy dia hilang masa hard disk aku rosak. then hantar borang2 pada Prof NASA. pukul 4 balik bilik rehat2 jap. kul 5.15 gi kuliah tafaquh. best betul kelas hari ini. ustaz aminuddin pada jam 5.28pm dia kata sekaang berlaku fenomena matahari berada betul2 di atas kaabah. hm maknanya kalau kita tengok matahari pada waktu itu menghala ke arah kiblat. aku nak aje lari keluar kejap tengok tapi peliklah pulak.

    then kelas habis jam 6.15. pergi library kejap print borang LPM then gi kedai photostat. then balik bilik dalam jam 710pm rehat + solat +cari montaj then pergi TWPMIUTM sampailah pukul 1130. kemudian balik bilik. sampai bilik check mail. ingat nak edit blog yang aku handle tapi tak de idea then tetiba rasa nak menulis then aku tulislah ni =0

    penat???

    memang penat tapi macam ni taklah sunyi sangat. aku takut sunyi sebab nanti akan rasa sedih. besok akan masuk lab untuk PSM. hah itu lagi mencabar.

    weekend ini ak merancang nak bermusafir ke Melaka. hahaah sementara tak busy ni =)

    tak tau nak tulis kesimpulannya apa sebab rasa dah penat sangat ni. yang penting happy sangat sebab dapat sumbang sesuatu. semoga apa yang aku lakukan ini dianggap ibadah di sisiNya...

    gembiralah walaupun merasa penat kerana kita melakukanya untuk Kekasih kita yang Satu itu =)

    Tragedi di bilik asrama UTM

    01 July 2009
    Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
    imas@hmetro.com.my

    JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

    Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

    Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

    Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

    AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

    Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

    Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

    “Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

    “Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

    “Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

    Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

    “Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

    “Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

    Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

    Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

    Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

    “Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

    Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.