Showing posts with label answer me. Show all posts
Showing posts with label answer me. Show all posts

hurt me inside

26 October 2011

kadang-kadang banyak perkara yang berlaku
dengan perlahan dan pantas
kadang-kadang kita harap ia menjadi seperti yang dirancang
jarang kita mengharapkan yang bertentangan

tapi...

Tuhan juga punya agenda

kadang-kadang perasaan terdera
hati menderita
seolah satu kebetulan yang menyentap seluruh perasaan

seolah satu plot yang begitu klise
seolah satu penipuan terancang!

hati menutupkan tirai
kata menguci segala rasa
harapan hilang berkecai

selamat tinggal jadi penutup
kata-kata memujuk hati melupakan segalanya
perasaan memujuk segala rasa
mengatakan ini perkara biasa
tapi akal
bukan perkara mudah utk di lukai...

hurt me inside...!

11-1-11

11 January 2011

hanya tarikh~


rezeki dri talian?

14 December 2010

hari ni sewaktu melepak seorang diri di opis
tiba2 telepon berbunyi.. ops vibrate...

mesej~

aik, baki akaun bertambah rm13.30... kredit has been reload rm 10?

maknanya kedit aku cuma rm3.30.. dan RM10 ni dari talian mana eh?

boleh guna ke ni?

dari tengah hari tadi sampai sekarang masih menanti orang yang tersalah top up tu call mintak top up dia balik.. dun werry saya ganti balik.. cepatler call..

kalau lepas 24hours tak call.. maka boleh guna tak kedit tu?


sesal atau menyesal?

03 December 2010

melankolik...

saya masih membilang waktu yang sudah lama berlalu
terlalu lama
jika manusia biasa pasti dia sudah melupakan
tapi hati ini begitu berat untuk melupakan

saya membilang waktu yang kebelakang
berharap pada waktu yang datang
masih ada ruang dan peluang
namun dalam diam
saya mengaharapkan
saya dicampak ke masa belakang
agar semuanya dapat saya betulkan

sesal dan menyesal
hanya alasan untuk terus tersenyum
sesal dan menyesal 
hanya satu alasan untuk terus menunggu
sesal dan menyesal 
hanya satu mimpi untuk bertemu

sesal atau menyesals sebenarnya
hanya Tuhan yang tahu

7 atau 8 tahun
masih singkat
masih singkat
masih singkat!

melankolik 

-04-



complicated~

02 July 2010

ada perkara yang kita tak sepatutnya besar2kan nya.. take it easy~

tapi macam mana?

bukan semua perkara dan bukan semua manusia yang boleh anggap semuanya mudah~

tiada yang sempurna...

...

30 June 2010

ini untuk kamu...
ada sesuatu yang sangat ingin saya katakan pada kamu
harap maklum ia bukan tentang cinta, jiwang2 atau rindu2 ya!
ia tentang apa yang saya rasa
terhadap apa yang kamu lakukan

damn!
saya tak mampu untuk luahkan apa yang saya mahu luahkan
bila kamu di hadapan saya
kesannya
saya merasa lebih marah pada kamu
kawan saya kata ianya unfair
saya memarahi kamu
sedang saya tidak memberi peluang pada kamu
untuk menjelaskan segalanya
sebab saya sendiri tak mampu untuk mendengar lebih banyak lagi penipuan!

lihat saya sudah mula tidak mempercayai kamu!

what should I do?
membiarkan perasaan marah ini?

anda adalah kisah terbaik dalam setiap orang yang anda jumpa
jangan lupa itu
hargailah apa yang anda ada
syukurilah dengan nikmat dan kasih sayang Dia


mungkin satu hari nanti anda akan kembali
mendapat kepercayaan saya

....



fakta?

29 June 2010

seberapa retorik dan hipokrit anda? adakah ia tahap konkrit?

seseorang memberitahu saya pada satu rahsia yang tak akan ada siapa2 yang akan percaya. dan sehingga saat ini saya juga berjuang dengan hati mahu mengatakan ianya hanya khabar angin atau mimpi ngeri. namun kebenarannya tetap didepan mata. berapa banyak harapan yang disandarkan kebenaran tetap kebenaran. masakan mahu berbuat2 tidak tahu sedangkan kebenaran telah terungkai...

anda adalah retorik dan hipokrit! mahu sahaja saya jeritkan. namun mana ada manusia yang sempurna.

seseorang pernah memberitahu saya bahawa dalam perjalanan hidup ini kita tidak akan lari daripada melakukan beberapa penyesalan, dan penyesalan itu akan terus menghantuinya selama mana yang dia mahu...


selama yang dia mahu?

selagi dia membiarkan penyesalan itu menguasai dirinya. selagi dia tidak bangkit dan bangun melawan penyesalan itu...


seberapa pantas

26 June 2010
seberapa pantas masa boleh berlalu
pernah satu waktu saya merasakan masa terlalu pantas
maka merasa susah hati atas perkara yang telah saya sia2kan sepanjang masa berlalu

tapi ada satu waktu
masa menjadi begitu perlahan
sehingga saya menjadi risau akan hal2 yang patut dilakukan untuk masa2 seterusnya

seberapa pantas agaknya masa berlalu?
bagaimana mengukur kepantasannya?


take rest

15 June 2010

hari ni saya duduk di rumah mak cik berdua dengan adik saudara. mak cik ke bandar dengan anaknya yang lain. mengambil kesempatan ini saya duduk di birai tingkat. disitu tersedia meja. meja berhadapan dengan tingkap. dari luar saya boleh melihat pokok manggis dan pokok rambutan. pokok rambutan sekarang sedang kemerahan. banyak buah2 rambutan yang sudah memanggil2 untuk dipetik.

hari ini cuaca sangat baik. kebosanan tadi saya sempat membuat product shoot. haha tak de keje kan =)

 pagi tadi telefon mama, mintak cuti saya dipanjangkan. ketenangan di kampung buat saya rasa rindu untuk terus tinggal disini. apa taknya pagi2 saya dah keluar ke bendang. lagak macam petani muda pulak =) petang2 pusing kampung dengan budak2 yang akhirnya saya kena belanja air sorang satu =)

tak de bunyi radio di mainkan dengan kuat,. tak de anak2 muda yang bermain shuffle, tak ada orang bergaduh di sebelah rumah, tak ada jerebu, tak ada panggilan ym yang kadang2 membingitkan (heheh) kurang masuk sms (sebab kawasan ni sukar dapat coverage tapi celcom broadband mantap =)), tak ada orang berleter di sebelah saya (hehe sorry mama), tak ada adik yang bising nak itu dan ini dan tak ada benda2 yang kadang2 membuatkan saya rasa rimas. everything so cool~

cuma kat sini bising dengan bunyi si manja. dari tadi asik 'muuukkkk" di kandangnya yang jauh kedepan tapi saya masih boleh bermain cak2 dengan manja. hehe manja, panjang dan pendek.. manja ibu manakala panjang dan pendek anak2nya. 

really sad sebab tak dapat nak download gambar2.. nantilah bila saya dapat my lovely 'cayang' nama laptop saya kat rumah tu. notebook ni kurang install dan sangat sukar untuk kecikkan gambar menggunakan papan kekunci sehalus ni. lagipun saya sendiri tak puas menatap gambar2 dalam skrin yang kecik ni!

some one mesej me dan tanya apa yang kamu rindu saat ini, saat kamu jauh dari tempat kamu?

maka kalau anda apakah jawapan anda?

saya sendiri keliru. off course saya rindukan family saya, cayang saya, keldai bkf saya dan semua yang saya ada...

saya terfikir, selalu saya menyembunyikan segala apa yang saya rasa. menganggapnya sebagai tidak penting. kadang2 saya rasa semua orang akan faham dengan apa yang saya rasa jadi tak perlu nak ditunjuk atau dilayankan sangat. tapi sebagai seorang manusia ianya seakan tidak adil pada diri kita. mengapa harus semuanya disembunyikan. menzahirkan rasa sayang pada diri bukanlah satu dosa. berlaku adil pada mereka yang kita sayang juga bukan satu dosa. merasa sedih atas kehilangan juga bukan dosa. 

selalu menjadi diri sendiri sehingga kadang2 saya sendiri keliru dengan siapa saya sebenarnya, bukankah itu satu kebinasaan pada diri.

bila saya bersendiri begini saya tahu dan tersedar, jarang saya bercakap dengan hati dan memahami masalah2 diri yang sepatutnya saya selesaikan. 

kadang2 kita terlalu sebok sehingga kita berharap orang lain faham kita, tapi kita tak pernah meluangkan masa untuk memahami dan menyelesaikan sendiri masalah kita.

hari ini saya mengambil beberapa masa yang Tuhan lapangkan untuk saya untuk kembali membetulkan saya yang sudah hilang dalam khayalan saya. beberapa keputusan besar dan rasa2 kecewa terpaksa saya hadapi. demi menjaga kesihatan hati pada masa akan datang. sudah masa untuk mengucapkan selamat tinggal pada perkara2 tak pasti dan berkeyakinan melayari hari dengan segala rasa yang saya mampu dalaminya.
ada perkara yang kadang2 sangat buat kita bahagia, tapi tiba2 kita terpaksa meninggalkannya dengan terpaksa kerana untuk kebaikan hari muka. berhadapan dengan ini sangat menghentak perasaan. tapi saya percaya masa akan merubah segalanya.

benarkan, masa juga adalah penawar kepada segala luka...








pergi~

10 June 2010

berlari mencari diri
yang telah hilang dalam kesamaran

berlari mengejar mimpi
yang jauh di awangan

berlari menghampiri realiti
yang kadang kadang berlalu pergi

aku berlari mencari siapa
yang membawa aku kesini...

kamu!


15 jun

30 May 2010
satu cerita yang tak pernah tersingkap
satu rasa yang tak pernah terluah
satu perasaan yang hanya mereka yang rasa

ada apa dengan 15 jun
hari dipertengahan tahun
itu sahaja

manusia bisa jadi lupa
haiwan bisa jadi pemangsa
ikan di laut bisa berjalan didarat
15 jun tetap 15 jun
mungkinkah ada perubahan?

selamat menempuh 15 jun
untuk yang keberapa kali...

(kalau anda tidak faham abaikan sahaja)

soalan2 lazim waktu raya =)

20 September 2009
setiap kali hari raya... setiap kali jumpa orang yang kita kenal tapi lama tak jumpa sebab study atau tinggal jauh mesti ada soalan2 lazim yang ditanya. dan aku tak terkecuali dari soalan2 lazim yang kadang2 aku malas nak jawab =)

1) study abis bila???
-hai tak ingatke? 2010... insyaAllah april abis tu pun kalau tak _xte_en_.. huhu doakan grade +)

2) ko blaja apa ek?
-adeh... dah tahun 4 ni. aku study chemical engineering...

3) blaja kat ne?
-adeh... UTM Skudai... jauh kat selatan. sebab tu ko jarang nampak aku kat umah... yang pasti UTM bukan kat kedah.... adeh...

4) chemical engineering buat apa?
-wah soalan mencabar ni =).... kilang... pollution... design... control...research.... eh paham ke ni? eh bukan tahun lepas kau jugak yang tanyer ke? aduhai....

5) abis study nak buat apa? keje?
-taklah nak buat apa yang aku nak buat. serius ni.. keje? hm... kalau ada rezeki...

6) tak nak sambung master? budak kat belakang umah saya tu dia sambung master, UITM anta dia gi australia...
-who cares... aku tak nak gi australia... ada sapa2 nak anta aku gi Europe? perhaps bukan untuk Master tapi untuk mengembara... adake???

7) mas... kau dah ada lesen P keta? Keta along tu menganggur je. kalau kau ada lesen boleh bawak...
-huhu... lesen moto aku pun dah kantoi kena amik L balik... hm... tengoklah kalau ada orang nak ajar secara sukarela... busy deh skang kat U.. ada ke syarikat memandu yang boleh ikut jadual aku???

8) Mas kau umur bapa?
-lahir 1987... so umur... Lu Pikirlah Sendiri...

9) mas baru beli camera ke?
-ceh.. bukan aku guna camera ni amik gambo niece ko punya bday ari tu ke?

10) mas bila nak kawin?
-ops.... study lagi yer... lagipun angah tu 26 pun tak kawin lagi... hah pergi bising kat dia dulu...

11) dah ada boy friend?
-muka garang sangat, tak de orang nak...

12) ko kat UTM gerak macam mana?
-keldai BKF =) miss BKF

13) dah tinggi kau sekarang yer...
-hm.. besalah budak sihat =)

14) makin bulat muka...
-TAK BOLEH TERIMA!!!

15) macam ustazah sekarang... kau tukar coz ke?
-hm... kalau aku tuka aku nak study kat Mesir... baru besh =)

16) sure tak ikut ajaran sesat?
-ajaran kitab mana... huhu aku sedang belajar menjadi sempurna lah...

17) mas... kau skang kat mana? UTM ke umah....
-dah malam raya ni ucu, mestilah kat umah...

18) mas suh kawan2 kau datang raya kat umah...
-all my fwen kat JB...huhu kawan2 STAR (Sek teng Ampuan Rahimah, Klang) kena tunggu mgu depan. smua balik raya kat kampung.

19) asal tak beli baju raya?
-sayang sigh duit...

20) asal balik je terperuk dalam bilik...
-tanya lecturer... adake patut cuti2 pun bagi asement...

21) asal kek kau buat tak naik...
-aku pun tak paham... dah bersudu aku letak serbuk penaik. kau makan jelah =)

macam-macam soalan lagilah... semuany kadang2 buat aku sesak... namun dalam kesesakan timbul juga rasa bahagia. at least dorang try sumething untuk approach aku. argh... apa pulak agi soalan esok ya?

belajar erti sabar =)

11 September 2009
bukan mudah untuk aku bersabar. semu orang mudah menepuk mahu dan berkata, mas sabar... tapi orang yang menanggungnya sahaja yang tahu.

perasaan membuak2 dan percampuran marah dan rasa ingin cepat kadang-kadang menendang2 jantung aku sehingga boleh membuat aku rasa hampir pengsan hanya kerana bersabar. ada kalaya jantung aku rasa sakit teramat dan susah bernafas kerana rasa marahnya nak manahan sabar.

hal nya kerana aku bukan dilahirkan sebagai seorang yan sabar dan tenang sepanjang masa. beberapa kali aku mencuba untuk menyatakan pad diri sabar... namun hatiku kembali yang dimarah jantung kerana sakit yang seluruh badan aku rasakan.

jadi adakah perasaan sukar bersabar dan menahan marah ini satu penyakit?

mungkin yang membaca entry ini terasa bodoh bukan. aku yang menulis pun kadang2 merasa bodoh namun ituah yang aku rasa.

alhamdulillah aku kini belajar untuk bersabar. cuma kadang-kadang rasa sakit itu terlalu menyenakkan sehingga aku rasa yang amat sukarnya mahu bernafas.

project sarjana muda-synthesis of resin fro empty fruit bunches.

aku banyak belajar erti sabar terutamanya sabar pada nafsu ku sendiri dalam aku menyelesaikan psm aku ini. mana tidaknya sebanyak 15 parameter harus aku ubah dan aku jalankan experiment. experiment pula terbahagi kepada 2 bahagia. di mana setiap satu bahagian memakan masa 2 jam dan filtration kadang2 mengambil masa satu hari. namu alhamdulillah aku telah menjalankan experiment aku sejak sem lepas. jadi aku menggunakan waktu itu untuk menjalankan experiment sebanyak dua kali untuk melihat jika terdapat perbezaan.

sapa yang berada di lab CREG itu tidak ingat aku pernah meninggalkan sahaja instrument terkapai2 tanpa dibasuh, membuang sample secara tiba2 yang masih dalam process, membiarkan mesin filter beroperasi selama sehari dengan aku tiada di situ, memecahkan 3 neck botton flask, mematahkan thermometer dan pelbagai lagi onar yang aku lakukan gara2 aku yang tidak dapat bersabar dengan segala kerenah experiment.

ianya mudah bagi aku untuk bersabar dengan manusia kerana manusia bertindak balas dengan kita, namun tidak dengan experiment. berapa banyak pun thermometer yang aku pecahkan itu belum cukup untuk memastikan suhu experiment aku berada pada tahap yang aku mahukan.

sabar...oh sabar... bukan mudah untuk bersabar. namun aku suka mengambi sikap berdiam diri sebagai tanda protes. mengetahui sabar itu sukar kadang2 aku memberontak untuk memberitahu aku tidak boleh sabar.

apapun aku masih belajar untuk bersabar dan menjadi tenang. hm... doakan aku =)

(hari ini kena siapkan analysis TGA. ada 13 smple dan setiap sample ambil masa 1 jam. aku start jam 9 sampai??? Tuhan aje yang tahu tapi aku rasa dah nak bla ni =)
bila boleh balik ni =(

disebalik sana...

21 July 2009
malam sepi
ada angin yang menderu
ada bunyi kipas yang berdesir
ada letup letap dari key bord laptop aku

mata melihat
hati melihat
telinga juga melihat?

ada persoalan bermain di hati
siapa kamu yang membaca ini?