Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

KL mahu gegar lagi, kali ni bukan sebab amaran Tsunami

02 October 2009

2 tahun dulu penyanyi Beyonce yang terkenal dengan single "Umbrella" pernah membatalkan siri konsertnya di Malaysia gara-gara bantahan dari rakyat Malaysia yang tidak mahukan hiburan melampau dari artis luar, namun kini beliau kembali.

peliknya, Dato Sri Dr. Rais Yatim memberikan statement:

dipetik dari mStar.com.my
Tiada sebab halang Beyonce adakan persembahan kata Rais

KUALA KLAWANG: Tidak ada sebab untuk menghalang penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Beyonce mengadakan persembahan di negara ini jika beliau mematuhi syarat dan peraturan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ia juga bukan satu perkara baru apabila seorang penyanyi terkenal barat ditentang dari datang ke Malaysia.

"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis rumah terbuka beliau yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 rakyat lapisan bangsa di sini pada malam Sabtu.

Katanya, pihak yang menentang itu harus sabar dan lihat dulu, jika pertunjukkan itu tidak menepati peratutan perundangan dan agama, ia sudah semestinya salah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedatangan Beyonce pada 25 Oktober depan meskipun banyak pihak yang menentang dengan alasan ia menjatuhkan moral remaja negara ini. BERNAMA



nampaknya pihak kementerian seolah-olah tidak faham dengan kehendak rakyat Malaysia.

pandangam peribadi

walaupun Beyonce bersetuju untuk mengenakan pakaian yang menutup aurat namun, bagaimana dengan pergaulan bebas yang akan terus berlaku pada malam itu.

Bukankah kita baru sahaja mendapat amaran dari Tsunami, kenapa kita semua tak pernah faham dan cuma mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di sekeliling kita.

fahamkah beyonce maksud menutup aurat. artis itu memang terkenal dengan keseksiannya dan beliau juga pernah di label sebagai simbol seks.

adakah pemimpin negara perlu bersikap tunggu dan lihat? haruskah kita melihat sahaja begaiman anak-anak muda terutamanya yang Islam bercampur bebas, bersosial macam tak ada agama, berzina... haruskah kita melihat sahaja dan kemudian baru mengambil tindakan?

apakah pemimpin faham akan tugas mereka?
Rais gagal memahami tanggungjawab pemimpin yang sebenar yang tugasnya bukan sekadar menjaga kebajikan dan hak rakyatnya, tetapi menjaga aqidah, akhlak dan moral rakyatnya supaya tidak lari dari kehendak Allah dan RasulNya.

ketika nabi Daud a.s dipilih menjadi pemimpin, Allah mengingatkan Baginda tentang tanggungjawab pemimpin.

“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.” ( Surah Sad, ayat 26)

sungguh menyedihkan kita beramal dan baru lepas graduate dari madrasah Ramadhan, namun tak sampai sebulan kita sudah mahu kembali ke alam yang sungguh dimurkaiNya.

banyak reason yang mereka omokkan antaranya:

1) kedatangan Beyonce dapat menarik lebih ramai pelancong ke negara kita.

bagi saya kalau beyonce tak datang pun dah memang banyak pelancong. kalau setakat datang tengok tak apa, macam mana kalau yang datang (peminat dari negara luar) bawak budaya dorang dalam konsert di Malaysia ni, tak ke haru jadinya.

2) menyekat kebebasan

ingat2lah... awak tu muslim, kira baik ada orang nak ingatkan dan tolong sedarkan korang dari terlibt dalam perkara2 yang dimurkai Allah.

semua agama mahukan umatnya punya moral yang baik. adakah kita mahu anak2 kita pulang esok pagi selepas bermalam bersama teman lelakinya? atau adakah kita mahu anak2 kita pulang lewat tengah malam dala keadaan yang....

Hiburan Melampau...

gegaja sosial kat Malaysia ni pun kementerian tak mampu nak banteras, ini nak bawak masuk satu lagi medium untuk muda mudi tak ingat dunia.

Protokol ke-10 Zionos: 8 Agenda Yahudi untuk Merosakkan Ummat Islam.

1. Song
2. Sex
3. Smoke

4. Sport
5. Fun

6. Female
7. Fashion
8. Food

pikirlah sendiri....

~rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan~
lepas ni apa pulaklah...

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini

23 June 2009

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti. -azm_

Bubar Bubar... BUBAR DUN!

15 June 2009





Lima minit angkat sumpah, Speaker arah Nizar keluar dewan
Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Mon | Jun 15, 09 | 1:01:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.



ImageArahan itu dikeluarkan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan Nizar melaungkan slogan "bubar Dewan Undangan Negeri" sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Sebelum itu, Nizar mengenakan lilitan di kepalanya sejurus mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Bukit Gantang.

Tindakannya mencetuskan kekecohan apabila Speaker mengeluarkan arahan itu dan turut disokong oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional.

ImageNizar yang kembali semula ke tempat duduknya di Blok F setelah menanggalkan lilitan kain di kepalanya terus didesak meninggalkan Dewan oleh Speaker.

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut.

Turut diarah keluar ialah beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memakai lilitan itu antaranya Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham; Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Sementara itu, Pengawal Keselamatan turut mengarahkan tetamu yang hadir supaya menanggalkan lilitan yang tertulis, 'BUBAR DUN'.

Difahamkan peraturan Dewan Rakyat menetapkan mana-mana anggota yang diarah keluar Dewan oleh Speaker tanpa diberitahu tempohnya secara spesifik, tidak boleh memasuki Dewan dalam masa dua hari. - mks._


(Harakah Daily)

Hukum Jatuh Bangun Kuasa Manusi-Saiful Islam

08 April 2009

dataprku059

Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air sepatutnya menjadi hadiah oleh jentera UMNO kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik Datuk Seri Najib Tun Razak. Menjanjikan hadiah berupa sesuatu yang masih belum berada di genggaman tangan adalah suatu cabaran. Seperti menjanjikan isteri yang sedang sarat mengandung seekor kijang merah yang masih berkeliaran di celah bukit-bukit yang penuh hutan.

Justeru segala-galanya diheret ke medan tempur.

Ada yang relevan, banyak yang tidak relevan.

Antara modal yang tidak relevan adalah momokan-momokan yang dibuat tentang sirah Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih sedekad yang lalu semasa beliau di dalam UMNO. Bagaimana dulunya beliau berkata begini dan begitu sedangkan kini pandangannya sudah berbeza. Silapnya ialah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2009 bukan lagi faktor penentu keputusan pengundi. Justeru, strategi BN bersama TV3 menyiarkan secara bersiri segmen khas tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah simptom kepada kegagalan BN membuat anjakan paradigma. Masih gagal berubah. Masih gagal merealisasikan slogan Datuk Seri Najib agar UMNO dan Barisan Nasional BERUBAH.

Komunikasi UMNO dan BN dengan massa masih bersifat PEJORATIVE!

Di samping senjata tumpul bernama isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada sesuatu di medan kempen yang disangka relevan oleh UMNO dan BN.

Tun Dr. Mahathir turun ke padang.

Beliau dianggap sebagai keris Taming Sari UMNO yang hanya diguna pakai dalam upacara-upacara istimewa sahaja, kehadirannya menyuntik semangat luar biasa untuk petugas UMNO. Namun sekali lagi UMNO gagal membaca perubahan.

Tun Dr. Mahathir berulang kali mengajak mereka yang sepertinya kembali kepada UMNO. Beliau begitu yakin bahawa peningkatan undi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke-12 yang lalu adalah kesan undian orang-orang UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Tun Abdullah seperti beliau.

Tun Dr. Mahathir sangat menolak kepimpinan PM yang dilantiknya sendiri itu. Beliau sanggup mengkucar kacirkan UMNO dan seluruh Malaysia hanya kerana beliau secara peribadi menolak kepimpinan Tun Abdullah. Sebaik sahaja Tun Abdullah turun, dan Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pemerintahan, Tun Dr. Mahathir tidak sempat-sempat lagi untuk pulang kepada UMNO yang hakikatnya masih UMNO yang sama.

Mungkin Tun Dr. Mahathir sangat percaya bahawa beliau adalah subjek yang amat dominan dalam menambah atau mengurangkan sokongan rakyat kepada UMNO.

Terus dengan sangkaan sedemikian, Tun Dr. Mahathir turun berkempen. Beliau mengajak semua orang UMNO yang merajuk seperti merajuknya beliau, kembali mengundi UMNO.

Nyata Tun Dr. Mahathir tersasar daripada sangkaannya.

Masyarakat memang ramai yang bermasalah dengan kepimpinan Tun Abdullah. Tetapi mereka tidak mengambil Tun Abdullah sebagai masalah peribadi. Mereka bukan sahaja menolak Tun Abdullah, malah mereka menolak UMNO secara keseluruhannya.

Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, apabila Tun Dr. Mahathir pulang kepada UMNO, apabila Datuk Seri Sanusi Junid juga ikut sama pulang kepada UMNO, dan Tun Dr. Mahathir sendiri mengotorkan kaki turun ke padang berkempen untuk calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, dan 13 tahanan ISA tiba-tiba dibebaskan sebagaimana strategi Tun Dr. Mahathir semasa mula terlantik sebagai PM lebih dua dekad yang lalu, segalanya ini bererti UMNO telah mengeluarkan semua yang ia ada. Daripada Keris Taming Sari, hinggalah pelampung keselamatan yang terakhir.

Keputusan PRK 7 April 2009 yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, adalah suatu mesej yang amat kuat dan jelas: segala-gala tentang UMNO adalah tertolak!.

MENGAPA

Soalnya mengapa UMNO tertolak?

Ketepikan seketika ideologi UMNO dan Barisan Nasional.

Sifirnya mudah… UMNO GAGAL BERUBAH.

Kegagalan mematuhi hukum challenge and response sebagai hukum jatuh bangunnya kuasa dan tamadun manusia adalah kegagalan yang fatal.

Peringatan buat Pakatan Rakyat, hukum Allah Subhanahu wa Ta’aala menetapkan mana-mana sahaja kuasa yang tidak patuh kepada hukum challenge and response, akan hilang daya survival. Justeru isilah kemenangan dengan KERJA dan KAJIAN, agar tertunai seperti pesan al-Marhum Sa’id Hawwa:

ihtiyajaatilasr

“… agar kita tidak bergerak jauh dari keperluan semasa”

Bacalah perubahan yang berlaku di dalam masyarakat. Manfaatkan prinsip-prinsip Islam yang teguh untuk membentuk kecenderungan masyarakat agar sentiasa memuliakan keadilan dan amanah. Justeru dalam setahun dua berbaki sebelum PRU13 akan datang, isilah masa ini dengan agenda membentuk manusia, kerana tiada kemenangan yang bertahan tanpa usaha.

Dan…

Apakah 21,860 undi itu juga merupakan ’sembah derhaka’ rakyat kepada baginda Sultan? Patik mohon agar baginda Tuanku menimbang kembali atas bijaksana Tuanku tentang resah jiwa raga rakyat jelata dengan kejadian malang yang menimpa Perak negeri jajah takluk Tuanku.

3_26

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

berikan kemenangan pada pihak yang benar

06 April 2009
6/4/09 semoga kemenangan di berikan pada pihak yang benar!

7/4/09 pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Selembau dan Batang Ai

esok 7 hb 3 tempat bakal menyaksikan perubahan itupun jika masyarakat disana sudah bersedia untuk berubah. di bukit gantang sahaja pasti menyaksikan pertembungan yang cukup sengit dan menarik untuk dikupas.

mampukan BN merampas kerusi bukit gantang dari calon PAS? Umum sudah mengetahui apa yang berlaku di Perak. rakyat melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana jatuhnya kerajaan Perak di bawah pimpinan Ir Nizar hasil dari politik kotor yang dilakukan oleh mereka yang rakus terhadap kuasa.

rakyat bukit gantang menjadi penentu kepada kerajaan BN sama ada mereka masih releven lagi atau tidak. mampukah dengan perlantikan Najib sebagai Pm yang baru dapat mengembalikan kepercayaan rakyat. sedangkan orang ini juga menghadapi skandal yang hebat diperkatakan.

sama2 kita nantikan. yang pasti anda rakyat penentu segalanya. gunakan akal anda dengan waras dan nilailah yang terbaik untuk Malaysia.

jangan hanya mengikut sahaja!

Semoga kemenangan diberikan pada pihak yang benar. Ameen

RATUSAN RIBU PENYOKONG MEMBANJIRI HARI PENAMAAN CALON PRK P059 BUKIT GANTANG

30 March 2009
29 mac hari penamaan calon bagi kerusi Bukit Gantang, Perak.
menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

malam tu aku melihat berita di tv3 mengenai sekitar hari penamaan calon di Bukit Gantang. malangnya TV3 seperti biasa dengan membangga2kan BN dan memburuk2kan calon PR iaitu Ir Nizar. paling membengangkan hanya menunjukkan gambar2 penyokong BN aje yang dibangga2kan dalam 8000 orang.

akibat rasa tak puas hati aku pun bantai tengok harakah dan search di google dan ini aku jumpa. untuk menambahkan keyakinan aku bertanya pada sahabat2 yang berada di sana pada hari penamaan calon. ternyata jawapan mereka bagai lautan manusia penyokong Ir NIzar yang terdiri daripada pelbagai bangsa. jika FRU nak serang pun boleh kalah.

tengok sendirilah....


Calon PRK P059, (dari kiri) : Kamarul Ramizu Idris, Hj. Nizar dan Ismail Safian.


TAK KEBULOQ PADA UMNO




Dipagari kawat berduri..!



Bersemangat sahabat ni... duduk atas tiang gol...


Setia dan berkhidmat.


YB Abd. Wahid Endut dan 'peminat'nya.


Rakyat MELAUT...


Rakyat MELAUT...


Bukit dipenuhi rakyat...


Inilah barisan kita..! Memang betulpun. Nampak macam sebaris aje penyokong BN di seberang padang sana.

Rakyat MELAUT...


Banner BN ini dijumpai di tepi jalan. Sama ada tercampak atau dicampak oleh penyokongnya!


Wak Jowo, ADUN Sekinchan sedang bercakap...


Sooria, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perak.


Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan turut memberi sokongan kepada Hj Nizar...!


Derma jihad...dikutip menggunakan bendera PAS.


Miss Teng, pandai berpantun.


ADUN Simpang Pulai ini memulai ucapan dengan Assalamualaikum wbt..


Dr. Halimah Ali turut memberi sokongan.


YB Haji Zainuddin, Exco Perak.


Sdr. Mustafa Kamil Ayub memberi semangat...


Walau digantung setahun, Gobind Singh Deo tetap memberi semangat.


Sdr. Lim Guan Eng berucap.


Petugas yang berdedikasi berdiri atas trak.


Ucapan oleh Ketua Pemuda PAS Perak.


Penyokong memenuhi jalan raya.


Banner oleh Kelab Penyokong PAS.


Rakyat melaut di jalan raya. Macam himpunan BERSIH pula...


Adik-adik ini membawa bendera PAS.


Rakyat melaut di jalan raya.


Ustaz Nor Azli Musa membakar semangat penyokong....!!!

sumber:http://intanhijau.blogspot.com/

SEMOGA KEMENANGAN DI BERIKAN KEPADA PIHAK YANG BENAR
AMEEN

Hidup ISLAM! Hidup IR NIZAR!


Siapa yang derhaka? Renungkan bersama!

20 February 2009



Sila cetak dan edar risalah diatas yang mengisahkan rakaman sejarah bagaimana MB Umno pernah 'derhaka' kepada Sultan Perak.



Keratan akhbar dengan jelas menyatakan resolusi tajaan Umno yang menyentuh Istana seperti Raja - Raja mesti isytihar harta. Lucunya Raja perlu isytihar harta tetapi bagaimana dengan pemimpin UMNO?

DERHAKA KONON...CUBA BACA SEJARAH NI, RENUNGKANLAH

Mengenang Sejarah : Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh taktikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja ! Dalam mencari penyelesaian perang di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup. Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi yang merupakan bapa kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimanapun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian.. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.” Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB. Untuk beberapa ketika Sultan Idris tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden UMNO ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Kisah ini saya petik daripada buku "biografi Tan Sri Ishak Tadin" yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idris Shah, saudara Mokhtar Petah dan disedut dari blog beliau;


Rentetan itu seperti mana berikut:

DEWAN SENAT

Setelah tamat perkhidamatan di Mesir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Senat bergelar senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak. UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Sultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjadi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihanraya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal dan kesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO–BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut). Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Mesir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. Tapi yang peliknya, kenapa Tajol Rosli meletakkan jawatan lebih awal dan berdiam diri dalam kes pergolakan di Perak ini, adakah dia sudah tahu perkara ini akan terjadi atau dia masih trauma dengan peristiwa yang menimpa ayahnya dahulu? – Azlan Zainal

sumber: http://merobah-massa.blogspot.com/