"Barangsiapa yang menolong agama Allah, Nescaya Allah akan mengukuhkan kedudukan kamu"
jaga pointer anda!
"Barangsiapa yang menolong agama Allah, Nescaya Allah akan mengukuhkan kedudukan kamu"
Surat Terbuka Pro Mahasiswa UTM Kepada Naib Canselor
Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia.
Assalamualaikum w.b.t,
Firman Allah yang bermaksud: "Serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al Hujurat, ayat 9)
Saya amat berbesar hati sekiranya Dato’ dapat melapangkan sedikit masa untuk mendengar suara dan keluhan mahasiswa yang akan saya bentangkan kepada dato’ melalui surat ini. Moga kesudian Dato’ membaca dan memberi maklumbalas kepada surat ini tanda prihatin Dato kepada mahasiswa. Semoga ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara pemimpin Universiti dan juga kami, rakyat Mahasiswa.
Ayahanda Naib Canselor yang dirahmati Allah,
Di kesempatan ini, saya mewakili Pro Mahasiswa UTM mengucapkan setinggi tahniah kepada yang berbahagia Dato’ diatas perubahan positif yang begitu mendadak sepanjang kepimpinan Dato’ dalam memimpin Universiti Teknologi Malaysia untuk lebih maju kehadapan. Dengan gagasan budaya ilmu yang cuba dibawa oleh Dato’,sedikit sebanyak telah memberi kesan yang positif kepada suasana universiti walaupun ianya belum dilihat secara menyeluruh.
Namun, beberapa perkara yang saya cuba utarakan disini selaku wakil seluruh mahasiswa untuk memohon respon daripada Dato’ sendiri berkenaan pilihanraya kampus yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Suara Mahasiswa ini di adukan kepada Dato’ kerana status Dato’ sebagai Naib Canselor dan pemimpin teratas dalam pentadbiran universiti di lihat dapat membantu mahasiswa dengan membuat keputusan dan kenyataan secara adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak sama ada kepada Pro Mahasiswa, Evolusi Mahasiswa ataupun calon bebas yang bakal bertanding dalam pilihanraya kampus nanti.
Merujuk kepada memorandum yang telah dihantar oleh pihak Pro Mahasiswa UTM kepada yang berbahagia Dato’, beberapa tuntutan yang telah kami gariskan. Salah satunya adalah melibatkan soal campur tangan dan keterlibatan “Pengetua Kolej” mahupun “Pentadbiran Universiti” dalam pilihanraya kampus yang akan diadakan bagi memilih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai badan tertinggi yang bakal memimpin mahasiswa UTM.
Tetapi, beberapa siri pilihanraya yang lepas telah menunjukkan bahawa telah berlaku ketidak adilan dalam pilihanraya kampus khususnya berkenaan ugutan dan ancaman daripada pihak pengetua kepada mahasiswa. Politik kampus seperti ini dilihat tidak sihat malah akan menyekat hak dan kebebasan mahasiswa untuk memilih kepimpinan secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Ayahanda yang dihormati,
Melihat kepada situasi yang berlaku pada masa yang lepas dan pada hari ini, mahasiswa telah diugut untuk tidak mengundi, menyokong apatahlagi bertanding atas tiket Pro Mahasiswa malah mendapat ancaman untuk dibuang kolej walaupun aktif dalam JKM dan organisasi dalam kolej. Pelbagai aduan yang kami telah terima berkenaan keresahan mahasiswa untuk mengundi calon bukan pilihan pengetua. Oleh kerana itu, aduan itu terus diajukan kepada Dato' sendiri.
Begitu juga yang dilakukan terhadap blog Pro Mahasiswa UTM (www.promahasiswautm.blogspot.com) sebagai lidah rasmi untuk menyampaikan maklumat telah disekat oleh pihak pentadbiran universiti daripada dilayari oleh mahasiswa manakala blog Evolusi Mahasiswa masih dapat dilayari seperti biasa tanpa sebarang sekatan. Ini sekaligus menafikan hak mahasiswa untuk mendapat maklumat secara telus,adil dan bebas daripada kedua-dua pihak menjelang pilihanraya kampus. Maklumat ini penting agar mahasiswa dapat menilai kepimpinan kedua-dua pihak dan memilih atas dasar kesedaran mereka sendiri, bukan kerana pengaruh mana-mana pihak atau faktor paras rupa.
Ini telah menjadi persoalan kepada kami diperingkat mahasiswa. Apakah makna dan tujuan pilihanraya kalau perkara sebegini berlaku? Adakah ini yang dinamakan demokrasi kampus? Di mana hak mahasiswa untuk mengundi calon pilihan secara bebas? Dimana keadilan yang ditunjukkan oleh pihak universiti?.
Ayahanda Dato’ Naib Canselor yang bijaksana,
Justeru, Saya mewakili mahasiswa secara keseluruhannya menuntut agar Dato’ dapat memimpin universiti secara adil dan saksama dengan mengambil kira dan bertindak atas aduan ini.
Renungi firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya." (Surah al Nahl, ayat 90)
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tujuh golongan yang Allah berikan lindungan kepada mereka pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan Allah; PEMERINTAH YANG ADIL, pemuda yang membesar dalam keadaan beribadah kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua lelaki yang berkawan dengan penuh kasih sayang kerana Allah bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang ada kedudukan serta mempunyai harta lalu dia berkata: aku takut kepada Allah, lelaki yang memberi sedekah lalu disembunyi hingga tiada diketahui oleh tangan kirinya apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya, dan lelaki yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sunyi lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah."(Hadis Muttafaq'alaih)
Di samping itu ada beberapa hadis memberi amaran kepada pemimpin yang tidak adil serta tidak berbuat baik kepada golongan dipimpin. Antaranya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak seorangpun daripada hamba Allah diberi tanggungjawab memimpin, lalu dia mati pada hari dia dimatikan dalam keadaan melakukan penipuan terhadap rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya syurga." (Hadis Muttafaq 'alaih)
Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud:
"Barang siapa yang dilantik oleh Allah untuk menguruskan hal ehwal orang Islam tetapi dia tidak melaksanakan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada mereka serta tidak memenuhi keperluan dan hajat mereka, nescaya Allah tidak akan memberikan sesuatu kebaikan kepadanya serta tidak memenuhi keperluan dan hajatnya pada hari akhirat." (Hadis riwayat Abu Daud dan al Tirmizi)
Kita mengharapkan mahasiswa yang telah dibentuk sepanjang berada di UTM memperlihatkan keperibadian yang kita kehendaki. Kita mahu mereka ada sifat-sifat seorang pemimpin iaitu sekurang-kurangnya memperlihatkan sifat bertanggungjawab, amanah, syaja’ah, berani memperjuangkan hak mereka dan berani bersuara menentang ketidakadilan. Kualiti ini mungkin boleh kita lihat dengan mengkaji penglibatan mahasiswa dalam pilihanraya kampus. Ini adalah kerana penglibatan mahasiswa dalam pilihanraya kampus sekurang-kurangnya mencerminkan kesedaran mereka tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warga kampus. Lantaran itu, kami diperingkat Pro Mahasiswa “memohon kenyataan balas” dari Dato’ berhubung perkara ini agar mahasiswa tidak takut untuk memilih calon pilihan mereka secara bebas. Akhir sekali, saya ingin memetik sepotong hadis buat renungan:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya (apa yang dijaga); seorang pemimpin akan ditanya mengenai rakyatnya, seorang lelaki adalah penjaga kepada ahli keluarganya dan akan ditanya mengenai jagaannya, seorang perempuan adalah penjaga kepada rumah suaminya dan akan ditanya jagaannya, seorang khadam adalah penjaga kepada harta tuannya dan akan ditanya mengenai jagaannya, dan setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya." (Hadis Muttafaq 'alaih).
Sekian, Wallahua'lam
Mohd Amin Bin Mohd Hamami
Ketua Jentera Pro Mahasiswa UTM 2010
No.Tel : 013-7141139
Nota:
*Turut dilampirkan bersama surat ini rakaman yang diberikan kepada kami Pro Mahasiswa UTM oleh mahasiswa Kolej Rahman Putra untuk dinilai sendiri oleh Dato' . Download (disini) atau layari- http://www.4shared.com/file/195209381/3b16a99/Pengetua_KRP.html
terGENDALA...
apa yang pasti sedikit hebahan kepada para pengunjung....
aktiviti hebat sekitar kampus...
1) kuliah tafaquh kembali lagi...
2) forum: kalimah Allah: mencari satu kepastian..
(satu forum yang wajib pergi!)
p.r.o.v.o.k.a.s.i
"kau dak JPA kan? kau jangan sebok hal politik. belajar pun kerajaan tanggung then nak marah kerajaan pulak. duit orang (cukai rakyat) bagi belajar bukan nak main politik."
ya saya student JPA. mendapat tajaan daripada JPA. alhamdulillah. teria kasih kepada rakyat malaysia yang mengeluerkan duit membayar cukai sekaligus memberi peluang kepada anak Malaysia mendapat pelajaran lebih tinggi. terima kasih atas duit anda saya berada di UTM skudai. sesungguhnya duit ini adalah amanah daripada anda. alhamdulillah setakat ini saya masih belum menggunakan duit anda untuk membeli handphone beribu-ribu, mp3, bershoping tak tentu arah dan benda2 yang mahasiswa lain suka buat.
kebanyakan duit anda saya gunakan untuk makan, pakai yang perlu dan untuk program2 yang dapat membangun anak bangsa. sedikit juga digunakan untuk mengembirkan hati mak ayah dan sahabat2. mohon dihalalkan.
terkedu dengn pemikiran melampau sesetengah pihak yang menganggap studentyang mendapat tajan tidak boleh bergiat aktif dalam politik. siapa pulak yang masuk politik?
adakah satu luahan atau komentar dari mahasiswa terhadap perkembangan dan pembawakan parti politik dianggap salah?
saya cukup marah apabila ada orang melontarkan provokasi di atas bila saya mula menyalahkan kerajaan terhadap banyak perkara yang terlalu menjelekkan untuk diceritakan.
mahasiswa sebagai check and balance.
bukan hanya kerajaan sahaja malah semua parti yang memerintah harus ditegur jika mereka buat silap.
kepada manusia yag suka menggunakan provokasi di atas saya ada perkongsian untuk anda.
"ya duit biasiswa saya dari rakyat yang menyuruh saya belajar, namun kena ingat disamping saya mengambil duit mereka untuk belajar, saya punya tanggungjawab pada mereka. saya perlu bersuara apabila ada pihak yang cuba menindas mereka. kerana apa? kerana saya mahasiswa. golongan yang duduk di IPT yang dulunya masyarakat sangat mengangkat mereka kerana mereka berjaya menjadi JURU BICARA UMMAH"
alangkah hebatnya mahasiswa dulu bilamana suara mereka didengari dan digentari oleh mereka di parlimen!
KL mahu gegar lagi, kali ni bukan sebab amaran Tsunami

peliknya, Dato Sri Dr. Rais Yatim memberikan statement:
dipetik dari mStar.com.my
KUALA KLAWANG: Tidak ada sebab untuk menghalang penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Beyonce mengadakan persembahan di negara ini jika beliau mematuhi syarat dan peraturan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Katanya ia juga bukan satu perkara baru apabila seorang penyanyi terkenal barat ditentang dari datang ke Malaysia.
"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis rumah terbuka beliau yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 rakyat lapisan bangsa di sini pada malam Sabtu.
Katanya, pihak yang menentang itu harus sabar dan lihat dulu, jika pertunjukkan itu tidak menepati peratutan perundangan dan agama, ia sudah semestinya salah.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedatangan Beyonce pada 25 Oktober depan meskipun banyak pihak yang menentang dengan alasan ia menjatuhkan moral remaja negara ini. BERNAMA
nampaknya pihak kementerian seolah-olah tidak faham dengan kehendak rakyat Malaysia.
pandangam peribadi
walaupun Beyonce bersetuju untuk mengenakan pakaian yang menutup aurat namun, bagaimana dengan pergaulan bebas yang akan terus berlaku pada malam itu.
Bukankah kita baru sahaja mendapat amaran dari Tsunami, kenapa kita semua tak pernah faham dan cuma mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di sekeliling kita.
fahamkah beyonce maksud menutup aurat. artis itu memang terkenal dengan keseksiannya dan beliau juga pernah di label sebagai simbol seks.
adakah pemimpin negara perlu bersikap tunggu dan lihat? haruskah kita melihat sahaja begaiman anak-anak muda terutamanya yang Islam bercampur bebas, bersosial macam tak ada agama, berzina... haruskah kita melihat sahaja dan kemudian baru mengambil tindakan?
apakah pemimpin faham akan tugas mereka?
Rais gagal memahami tanggungjawab pemimpin yang sebenar yang tugasnya bukan sekadar menjaga kebajikan dan hak rakyatnya, tetapi menjaga aqidah, akhlak dan moral rakyatnya supaya tidak lari dari kehendak Allah dan RasulNya.
ketika nabi Daud a.s dipilih menjadi pemimpin, Allah mengingatkan Baginda tentang tanggungjawab pemimpin.
“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.” ( Surah Sad, ayat 26)
sungguh menyedihkan kita beramal dan baru lepas graduate dari madrasah Ramadhan, namun tak sampai sebulan kita sudah mahu kembali ke alam yang sungguh dimurkaiNya.
banyak reason yang mereka omokkan antaranya:
1) kedatangan Beyonce dapat menarik lebih ramai pelancong ke negara kita.
bagi saya kalau beyonce tak datang pun dah memang banyak pelancong. kalau setakat datang tengok tak apa, macam mana kalau yang datang (peminat dari negara luar) bawak budaya dorang dalam konsert di Malaysia ni, tak ke haru jadinya.
2) menyekat kebebasan
ingat2lah... awak tu muslim, kira baik ada orang nak ingatkan dan tolong sedarkan korang dari terlibt dalam perkara2 yang dimurkai Allah.
semua agama mahukan umatnya punya moral yang baik. adakah kita mahu anak2 kita pulang esok pagi selepas bermalam bersama teman lelakinya? atau adakah kita mahu anak2 kita pulang lewat tengah malam dala keadaan yang....
Hiburan Melampau...
gegaja sosial kat Malaysia ni pun kementerian tak mampu nak banteras, ini nak bawak masuk satu lagi medium untuk muda mudi tak ingat dunia.
Protokol ke-10 Zionos: 8 Agenda Yahudi untuk Merosakkan Ummat Islam.
2. Sex
3. Smoke
4. Sport
5. Fun
6. Female
7. Fashion
8. Food
pikirlah sendiri....
~rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan~
lepas ni apa pulaklah...
PPSMI dimansuhkan...
PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.
Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.
“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.
“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.
Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.
Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.
Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.
“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya.
sumber:Berita Harian
***tahniah kepada pejuang2 bahasa... mereka yang telah banyak berusaha ke arah kesedaran ini dan mereka yang turun berdemo untuk menjayakan pemansuhan PPSMI... diharap selepas ini tiada lagi eksperiment pelik yang dilakukan ke atas pelajar2 sekolah. kesian diorrang =)
Mahasiswa hari ini?
"Mahasiswa kalau bosan diorang tahulah apa nak buat, jadi buat apa nak forum2 ni." kata Yusof pada aku masa aku serahkan borang penyertaan seminar keintelektualan mahasiswa pada dia. kebetulan dalam borang tu ada poster Forum mahasiswa.

"inilah mahasiswa masa kini." aku memulakan provokasi. namun hanya untuk permulaan sahaja.
"cuba kita bandingkan mahasiswa pada era 70an dan 80an. dan cuba kita lihat ranking universiti dari waktu lepas sehingga sekarang? jauh berbeza mahasiswa dulu dengan mahasiswa sekarang. ranking universiti pun semakin jatuh walaupun dalam lingkungan 500 universiti terbaik dunia." Yusof hanya mengangguk. setuju? mungkin setuju.
namun hujah mati disitu sebab masa tu Dr. K dah mulakan kuliah. namun hati aku membentak. tak puas rasanya tidak menyampaikan segala yangtersirat di hati ini. moga2 tulisan ini dapat memberi impak kepada semua.insyaAllah.
mahasiswa hari ini. apa bedanya dengan mahasiswa dahulu. bagi aku terlalu berbeza. aku masih ingat lagi sewaktu sampai ke KTDI di tahun satu. banyak senior2 yang memberikan galakan dan motivasi kepada kami. dan terlalu ramai yang memberikan kata2 "enjoy your campus life' sehingga aku bingung dengan apa yang dimaksudkan oleh mereka. hinggalah ada satu senior, kak Najwa yang juga agen @ Fasilitator tampil memberi ucapan. kata2nya penuh nasihat. dan aku ingat lagi dia menasihati kami agar menggunakan waktu kampus dengan sebaiknya. ini bukan masa untuk bergembira. fahami tujuan dan capailah dengan niat hanya untukNya. masakan ada masa untuk enjoy. jika enjoy pun, enjoylah pada perkara2 yang memberi manfaat kepada kita.
senior2 LTKS begitu ceria bila bercerita tentang senior2 mereka. betapa gah dan hebatnya persatuan Islam waktu itu sangat membuatkan aku kagum. maksiat umpama terlalu asing sekali untuk berlaku. pemandangan free hair terlalu jarang sekali untuk ketemu. malah budaya hiburan umpama tidak pernah singgah di bumi UTM. malah paling aku kagum mahasiswa takut untuk berdua2an dan membonceng pun mereka takut.
namun itu hanya sejarah. mahasiswa hari ini tidak sama lagi dengan mahasiswa yang dahulu. mahasiswa kini sudah hilang taringnya. mahasiswa kini ibarat terpenjara dan menunggu masa untuk disembelih. tapi sayang. MEREKA TIDAK MENYEDARINYA!
pembacaan aku melalui buku POTRET PERJUANGAN MAHASISWA DALAM CERMINAN DEKAD amat mengasyikkan. kuasa mahasiswa aku rasakan umpama satu gegaran yang bisa mengoncang tembok yang besar. malah jika kena gayanya berderai tembok cina sekalipun. bukan berhiperbola namun itulah mahasiswa. jika tidak masakan sukarno berkata berikan aku 7 orang anak muda maka akan aku gegarkan dunia.

kuasa anak muda.
sedar atau tak sebenarnya terlalu banyak pihak bimbang akan kebangkitan anak muda. mengapa? KPT bimbang penyertaan mahasiswa dalam demonstrasi PPSMI, pihak HEP mengawal program2 pelajar, dan banyak lagi. mungkin kita pernah melaluinya cuma kita tidak sedar.
jika kita lihat mahasiswa dulu lebih menggigit. mereka menyuarakan kebenaran dan ketidakpuashatian mereka dengan lantang. hal ini kerana mereka sedar akan tanggungjawab mereka sebagai check n balance kepada kerajaan. dengan itu tanpa berselindung mahasiswa tampil sebagai badan bebas yang tidak dipengaruhi dengan mana2 parti politik untuk membawa agenda demi perjuangan rakyat. MAHASISWA AGEN PENGUBAH MASYARAKAT.
mahasiswa juga bertindak sebagai orang yang bertanggungjawab menyuarakan ketidak adilan yang berlaku kepada masyarakat. MAHASISWA JURUBICARA UMMAH. lihat sahaja dalam peristiwa Bling. Mahasiswa tampil berdemonstrasi walaupun peristiwa ini mngakibatkan gerakan mahasiswa ditekan dengan tangkapa di bawah ISA dan sebagainya. antara punca budaya takut mengambilalih budaya kritis yang sepatutnya dimiliki oleh mahasiswa.
namun mahasiswa hari ini telah hilang nilainya. mungkin masih ada yang berharga tetapi terlalu ramai yang sudah hanyut. penting untuk kita menyelamatkan mereka agar tidak lahir nanti pemimpin yang lesu.
mahasiswa kini leka dalam buaian hiburan. bumi kampus yang sepatutnya disirami dengan cahaya ilmu kini lain pula jadinya. tak salah berhibur namun jika hiburan jadi terlalu lebih dari keilmuan apa kejadahnya?
mahasiswa hari inilebih bersifat tidak peduli. lihat sahaja isu Palestin. berapa ramai sahaja yang cakna akan isu ini. jika ambil perhatian pun bermusim. bukan itu sahaja isu besar seperti PPSMI juga seakan2 tidak ada kaitan dengan mereka. dimana sikap prihatin mahasiswa terhadap anak bangsa yang tertindas di luar sana. atau mahasiswa sudah terlalu gembira dengan habuan yang mereka terima di Universiti. duit banyak dari PTPTN, JPA, PETRONAS, SHELL dan lain2. apa kisah dengan nasib orang lain.
MAHASISWA! MEREKA YANG MENGAKU MAHASISWA! MAHASISWA! BANGKIT! JANGAN TERUS HANYUT DALAM BUAIAN KESERONOKAN INI.
YA ANDA PERLU BELAJAR! NAMUN ADAKAH BELAJAR SAHAJA TANGGUNGJAWAB ANDA? MANA TANGGUNGJAWAB ANDA KEPADA MASYARAKAT? KEPADA AGAMA? KEPADA BANGSA DAN NEGARA?
MAHASISWA ANDA AGEN PENGUBAH MASYARAKAT!
ANDA ADALAH MAHASISWA! GOLONGAN YANG BERFIKIR!
SUARA ANDA MENJADI NADI BICARA KEPADA UMMAH!
MAHASISWA SAMPAI BILA HARUS IKUT ATURAN YANG MEMBAWA ANDA KE LEMBAH PENYEMBELIHAN!
BANGKIT!
“Belajar sambil MENCABAR, Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, BERPENGALAMAN MENCABAR DAN TERPELAJAR "Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar"- ( Prof Ungku A. Aziz)
"Mahasiswa seharusnya menjadi “conscience of the majority” berlandaskan prinsip murni. Kita harus punyai keberanian dan kebijaksanaan, tidak meluru menghentuk tembok dan tidak menyorok gaya si bacul."
fikir-fikirkan...
PPSMI adalah suatu kebencian yang menyesakkan.
Berikut antara beberapa video berkaitan dengan demonstrasi 100 ribu membantah PPSMI. teruja aku bila tahu pasal demo tu. ingat hati memang nak pergi tetapi bebanan tugas di UTM ni menghalang. takpalah dari jauh aku mendoakan keselamatan sahabat2 seperjuangan di sana yang berjuang demi anak bangsa.
mengulas isu PPSMI ini aku bukanlah orang hebat yang mampu berhujah, tapi diruangan ini aku ingin bersuara setakat yang aku mampu mengenai PPSMI ini.
Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
pertama kali aku mendengar idea yang dilontarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad ini ketika aku dalam tingkatan 3. waktu tu heboh orang bercerita tentang perkara ini. terdapat juga keluhan yang aku dengar dari guru2 maths dan sains yang dah lama mengajar maths dan sains dalam bahasa melayu. aku faham, ada di antara mereka yang menganggap ini sukar. masakan sudah berpuluh tahun mengajar dalam bahasa melayu alih2 disuruh mengajar dalam bahasa Inggeris, tak ke parah.
walaupun kerajaan waktu itu menyediakan kursus dan pelbagai kemudahan seperti laptop, pemasangan LCD di dalam kelas sebagai alat membantu mengajar namun masakan itu semua dapat membantu guru2 ini. dan aku ingat lagi pada cikgu Salbiah yang mengajar matematik. rasanya gara2 kelemahan dalam Bi menyebabkan ramai student2 yang macam bengang bila dia ajar. kesian dia, tak patut dilayan sedemikian rupa. dan aku rasa itulah dilema yang dihadapi oleh guru2 waktu itu.
alhamdulillah masa aku masuk tingkatan 4 diorang tak start PPSMI pada kami. PPSMI bermula untuk tingkata satu waktu aku dalam tingkatan 4. kalau tidak parah jugalah jawabnya. ya lah sebelum ini dah study dalam bahasa melayu, alih2 kena tukar Inggeris pula. tak ke haru tu.
mula2 dulu aku agak setuju dengan PPSMI ini. yalah aku antara mahasiswa yang agak lemah juga dalam BI ini. selalu rasa rendah diri nak cakap dalam BI walaupun bila cakap BI normal aje. bagi aku mungkin kerana kurang pendedahan.
namun semakin dewasa dan apabila sepupu2 aku yang kecil yang terpaksa melalui PPSMI ini mengadu masalah mereka aku mula jadi risau. alhamdulillah adik aku tak ad masalah cuma yang kecil2 ni. aku bingung bila mereka yang di bangku sekolah rendah ini tak mampu memahami konsep asas dalam maths mahupun sains. terfikir sejenak kalau yang asas pun tak lepas macam manalah budak2 ni nak menempuh sains dan maths yang lebih mencabar nanti di peringkat menengah mahupun universiti.
betul. PPSMI membantu anak2 lebih memahami Inggeris namun bagaimana pula dengan anak2 kecil yang berada di luar bandar? selaku mahasiswa yang berada di bandar aku merasakan PPSMI hanya masalah kepada segelintir anak2 kecil sahaja, namun bila aku menjengah mereka yang di luar bandar bagaimana pula?
wahai sahabat2 sekalian. bayangkan bagaimana jika anda semua punya adik2 di luar bandar. yang seba jauh ketinggalan dalam kelengkapan pembelajaran. namun disuruh belajar dalam bahasa inggeris. bukankah ini membantutkan pembelajaran mereka.
apa masalahnya jika belajar dalm bahasa melayu? aku dulu pun belajar dalam bahasa melayu malah dapat masuk Universiti dalam bidang enggineering lagi. walaupun banyak term bahasa melayu yang tak digunakan namun bila menyebut term inggeris aku jadi faham . bukan faham term tu sebaliknya faham fungsi setiap term itu. jadi ia bukan masalah.
jika mahu menghebatkan pertuturan dalam bahasa inggeris, kenapa tidak matapelajaran lain seperti muzik atau jasmani dalam bahasa inggeris. malah mata pelajaran bahasa inggeris pun ada. kenapa tidak di mantapkan sahaja. ditambah kualiti guru-guru bahasa inggeris.
apa yang pasti dalam class sekarang tak kira kat mana aku belajar bahasa penghantarnya tetap dalm Bahasa Melayu. cuma term aje dan buku dalam bahasa inggeris. tak ada masalah langsung.
kelemahan mahasiswa dalam bahasa inggeris bagi aku berpunca dari diri sendiri. kebekuan dan ketakutan untuk mempraktikan menyebabkan kita terus ketinggalan. aku bimbang jika PPSMI diteruskan menyebabkan anak2 muda hebat dalam sains dan maths akan berkurang kerana mereka terhimpit dalam masalah bahasa dan takut juga ada yang takut bersuara dalam kelas kerana bimbang dengan bahasa inggerisnya.
hai PPSMI ini memang bingit. namun aku harus bangkit!
ayuh sahabat teguhkan pendirianmu sampai bila anak bangsa kita harus terus ditindas. sampai bila mereka akan terkebelakang!
3000 ahli GAMIS Gegarkan Masjid Negara
Kuala Lumpur, 8 Mac 9.24am | Presiden GAMIS, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor mewakili lebih 3000 ahlinya menyatakan pendirian untuk terus membantah PPSMi dalam ucapan sulungnya di sini.
Kami tidak pernah berubah pendirian dalam isu ini (PPSMI). Sebab itu, lebih 3000 mahasiswa bertekad datang ke sini. Bantahan akan terus dibuat sehingga mereka sedar (tentang) dosa-dosa mereka,” tegas Dzul Kahiri.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyerahkan Memorandum Tergempar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Mukhtafi Billah Shah disebabkan provokasi Special Branch dan beberapa Pegawai Polis.
Turut berucap, Pengerusi SMSBM Mohd Shafie Hashim menjelaskan bahawa mereka masih dalam entiti bebas, walaupun bertekad menyertai bantahan tersebut.
Kami (SMSBM) tidak mahu melihat bangsa Melayu kehilangan identiti. PPSMI memang jenayah bahasa paling besar dan beri kesan kepada generasi akan datang. Ini klimaks bantahan kita sebenarnya,” jelas Shafie.
Tambah Shafie lagi, kerajaan sepatutnya mengkaji dengan teliti dasar PPSMI tersebut, bukan bertindak menangguhkannya sehingga tahun depan.
Adakah kerajaan kaji sedalam-dalamnya dasar ini? Adakah kerajaan buat kajian di sekolah-sekolah luar bandar? Adakah Hishamuddin (Menteri Pelajaran) lihat risiko kepada pelajar luar bandar dan anak-anak orang asli. Ini tidak, tangguh terus (keputusan PPSMi sehingga) tahun depan” soalnya lagi.
Terdahulu, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Selamatkan Bahasa Melayu (SMSBM) mengembling mahasiswa melalui beberapa siri forum di ibu negara.
Hanya Penasihat Gabungan Mansuh PPSMi (GMP) Sasterawan Negara A. Samad Said sahaja diperkenan masuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong di Istana Negara.
Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menggembling lebih 70 ahli dalam aksi bantahan di sini.
Amarah GMP dan lebih 50 ribu rakyat di sini berikutan sikap acuh tidak acuh Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien menangguhkan keputusan mansuh dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu (PPSMi) sehingga awal tahun depan. -ProM UM
Dolak-dalih PPSMi, Hishamuddin bagai ‘buah catur’ Mahathir -Afifi
AfifiOrang (rakyat) sudah melihat Hishamudin ini bukan lagi sebagai Menteri (Pelajaran), tetapi cuma sebagai ‘buah catur’ Mahathir kerana dia sanggup mempersoalkan mengapa baru sekarang kita (rakyat dan mahasiswa) berdemontrasi…dia tanya kita kenapa tidak demo 6 tahun yang lalu?,” jelas Afifi.
Beliau yang juga Pengarah Penyelidik dan Kajian Strategik PERMASIS turut mempersoal balas Hishamuddin berhubung kepekaannya terhadap nasib bahasa, pejuang bahasa, kaum bumiputera Sabahan-Sarawakian dan orang Asli yang sudah dimangsakan oleh PPSMi sejak enam tahun lepas.
Dia (Hishamudin) adalah salah seorang pemimpin ‘bertelinga satu, berlidah dua’ sebagaimana yang disebut Pak Samad (Sasterawan Negara), sebab itu dia pekak dan munafik (hiprokrit) dalam mendengar bantahan ahli akademik, pakar bahasa, ahli perlembagaan sejak enam tahun lepas,” sinisnya lagi.
Beliau turut meminta Hishamuddin menafikan kenyataan umum bahawa markah lulus/kredit Matematik Tambahan sekarang hanya 7 markah.
Beliau turut menempelak sikap terlalu berpolitik Hishamuddin apabila diminta memberi respon balas berhubung aksi bantahan 100 ribu rakyat pada Sabtu lepas.
Buat masa ini, saya yakin cita-cita kuasai kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan Mac depan lebih penting dari PPSMi bagi Hishamudin. Sebab itu, dia asyik menganggap demontrasi 100 rakyat itu dimainkan oleh beberapa pemimpin parti politik, walhal kita memang menentang PPSMi,” tegasnya lagi.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi atas responsibaliti beliau meminta jamaah kabinet menyemak semula dasar PPSMi tersebut secepat mungkin.
Terdahulu, Hishamudin sekadar menangguhkan keputusan mansuh PPSMi sehingga awal tahun depan selepas menerima memorandum bantahan oleh Pengerusi Gabungan Membantah PPSMi (GMP) Datuk Dr. Hassan Ahmad di Parlimen.
Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMi) diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad pada lewat pemerintahannya (2002) demi memastikan pelajar-pelajar menguasai pencapaian ilmu Sains dan Matematik dari Barat kononnya.
Kenyataan ini dibuat selepas beliau merasmikan majlis penutup Karnival Mahasiswa Bantah PPSMi di Kem Rekreasi Bukit Belacan lewat jam 10.30 malam tadi -mahasiswakini
Himpunan Anti PPSMI : Presiden GAMIS Ucap Terima Kasih Pada 3,000 Aktivis GAMIS Yang Hadir

Beliau yang juga mewakili lebih 3000 ahlinya menyatakan pendirian untuk terus membantah PPSMi dalam ucapan sulungnya di sini.
Kami tidak pernah berubah pendirian dalam isu ini (PPSMI). Sebab itu, lebih 3000 mahasiswa bertekad datang ke sini. Bantahan akan terus dibuat sehingga mereka sedar (tentang) dosa-dosa mereka,” tegas Dzul Kahiri.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyerahkan Memorandum Tergempar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Mukhtafi Billah Shah disebabkan provokasi Special Branch dan beberapa Pegawai Polis.
Terdahulu, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Selamatkan Bahasa Melayu (SMSBM) mengembling mahasiswa melalui beberapa siri forum di ibu negara.
Hanya Penasihat Gabungan Mansuh PPSMi (GMP) Sasterawan Negara A. Samad Said sahaja diperkenan masuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong di Istana Negara.
Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menggembling lebih 70 ahli dalam aksi bantahan di sini.
Manakala, Ahli Majlis Tertinggi GAMIS merangkap Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Haafizuddin Abererah ketika ditemuramah oleh Astro Awani dan Kosmo menyifatkan tindakan FRU membedil rakyat sebagai tindakan yang melampaui batas.
Tindakan FRU kali ini bagi saya, sudah melampaui batas. Yang berada di kawasan ini bukan orang dewasa, tetapi anak kecil dan orang tua, bahkan orang kurang upaya. Ramai mangsa sesak nafas disebabkan terkena gas tersebut,” jelasnya Hafiz.
Beliau juga memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut menyaksikan ramai mangsa yang pengsan akibat dibedil berpuluh das gas pemedih FRU.
Kami diberitahu, perhimpunan ini ada permit polis. Kalau berarak sekalipun, takkanlah boleh dibedil sesuka hati. Bukan bawa senjata pun…bukan merusuh pun. Kita nak bertemu Agong saja…tapi ada beberapa rakyat lemas sehingga pengsan terhidu gas itu,” katanya lagi.
Haafizuddin juga merupakan Pengerusi Majlis Politik Kampus (MPK) Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS).
Sumber Berita : Pro Mahasiswa UM, Mahasiswakini
Sumber Gambar : Gamis Daily
STIGMA hasilkan SIGMA
aku hanyut dalam forum antara senator mumtaz dan Ustaz Dzul. ternyata kedua2 orang hebat ini cukup membuatkankan kami yang muslimat ini panas telinga dan tercabar.

Senator Mumtaz Bt. Mohd Nawi
aku cukup kagum dengan beliau. selaku seorang graduan undang2 dari UIA beliau nampak begitu hebat dan yakin berhujah. ternyata gelaran pelajar terbaik UIA memang layak untuk beliau. apa yang cukup aku terkesan adalah mengenai pegangan beliau. bagaimana beliau begitu yakin dengan perjuangan sehingga beliau sanggup meninggalkan ibunya yang sedang sakit kanser peringkat 4 semata2 untuk menghadiri program STIGMA agar dapat berkongsi pengalaman dengan ahli gerakan muslimat muda. cukup kagum aku apabila beliau mengatakan apa yang dilontarkan oleh ayahnya sebelum beliau datang kesini iaitu beliau belum diuji sehebat Nabi Ibrahim yang diminta Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.
betapa kuatnya jiwa pejuang. jauh sekali kalau nak dibandigkan dengan diri ini. terlalu jauh umpama marikh dengan pluto. jauh sangat. berbeda sekali.
antara kupasan forum pagi tadi adalah bagaimana meningkatkan gerakan di peringkat muslimat yang dilihat seakan2 didominasi oleh muslimin sahaja.
Senator Mumtaz menekankan untuk muslimat menjadi seorang pemimpin hebat, perlu dia untuk menjadi pemimpin hebat pada dirinya dulu. bagaimana seorang muslimat yang hebat memimpin tetapi mengabaikan tentang pengurusan dirinya? bagaimana seorang pemimpin yang hebat tetapi seolah menjauhkan dir dengan orang2 terhampir dengannya. aku kaget mendengar cerita beliau membantu mak cik cleaner membersihkan tandas hostel bersama2. bukan itu sahaja golongan cleaner ni dijadikan tepat untuk berdiskusi untuk mengkaji permaslahan golongan ini sehingga mak cik2 ini bertambah respect dengan senator.
malah senator menekankan dalam kita keras dan lasak bergerak kerja, jangan sekali2kita lupakan yang diri kita ini perempuan. treat ur self like permaisuri. jangan hilangkan sifat feminisma yang ada pada diri. malu biar bertempat.
terlalu banyak yang beliau timbulkan dan aku menyetujui apa yang diperkatakan malah terasa seperti ada momentum hebat yang sedang menolak2 aku untuk pergi ke tingkat yang atas lagi. malah mula memasang tekad untuk menjadi hebat seperti beliau.
Ustaz Dzul pula mencabar kami agar melakukan sesuatu yang mengatasi kebiasaan. contohnya gerakan muslimat seharus lebih terkehadapan. independent dan mampu mengurus program. tidak perlu lagi manja2 tetapi tegas dan sentiasa bersedia.
aku terkesima apabila beliau mencabar kami agar tambil dalam setahun atau dua tahun lagi sebagai front muslimat yang dapat mencabar gerakan Sister In Islam demi menyampaikan Islam yang sebenar.
sampai bila isu muslimat tetapi muslimin yang bersuara. tidak malukah kita muslimat?
argh... cukup terbakar benar rasanya. seperti ada api2 yang menyala. moga2 api itu tidak padam tapi digunakan untuk menolak aku kepada lebih berani demi perjuangan islam. Takbir!
program kemudian diteruska dengan pelancaran nama baru Helwani gamis kepada SIGMA (Srikandi Gerakan Muslimat). ternyata jika HELWANI dulu skonya hanya pada menjaga kebajikan, tetapi SIGMA akan membawa gelombang Mahasiswi dalam gerakan mahasiswa bukan sahaja di kampus malah ke peringkat Nasional.
Kak Rafidh selaku TP Gamis telah membentangkan kertas kerja SIGMA. ternyata insan yang pertama kali aku jumpa ini memang hebat orangnya. cara bercakap penuh semangat dan jelas. tak hairanlah Ustaz Dzul mengatakan gerakan muslimat bermula semasa kepimpinan Ustazah Rafidah. memang hebat orangnya tak terlawan dengan tubuhnya yang kecil molek itu.
sebelah petangnya pula, kami dibahagikan kepada group2 mengikut kemahiran dan minat. bengkel MP3 iaitu multimedia, penulisan, peka isu dan pidato sememangnya menarik. dan seperti biasa aku telah mengikuti bengkel Multimedia. dalam multimedia perbincangan kami pada montaj dan blog.
apa yang pasti semuanya baik, namun masih ada ruang yang boleh diperbaiki. dan apa yang aku harapkan SIGMA dapat membuat roadtour ke seluruh kampus bagi menyampaikan gelombang MUSLIMAT... POWER.. POWER.. POWER.. ke seluruh kampus. kami bisa membawanya ke kampus kami, tapi ahli kami juga mahu melihat semangat di wajah kalian. moga2 terbakar yang kami rasai mampu membakar mereka juga.
HIDUP MUSLIMAT...
SERIKANDI KILAUAN BELATI!!!

HELWANI kepada SIGMA

STIGMA-ke arah memantapkan gerakan muslimat
HELWANI Gerakan Muslimat Muda Gamis akan mengadakan Simposium Tindakan Gerakan Muslimat Muda (STIGMA) pada :
Tarikh : 7-8 MacTempat : Petaling Jaya
2. Diskusi Terbuka Halatuju
88% Rakyat Sedang Menyebelahi Oposisi Manakala 3% Memilih Oposisi Konservatif
25 Februari, Petaling Jaya : Ummah Talk Siri 2 GAMIS telah menyaksikan beberapa pendedahan fakta mengejutkan mahasiswa oleh Prof Madya Abu Hassan Hasbullah, seorang penganalisis politik Malaysia yang terkenal dengan ketepatan ramalan dan kekukuhan kajian penyelidikannya. Antara pendedahan penting beliau kepada ahli-ahli GAMIS ketika mendiskusikan isu-isu semasa politik Malaysia dari kaca mata future study beliau, antaranya :
1) Kumpulan paling 'berbahaya' dan 'kritikal' penentu masa depan politik Malaysia adalah 68 % pengundi muda.
2) 88 % pengundi sedang memihak kepada oposisi pada ketika ini. Sejauhmana PR bersedia untuk memerintah andaikata 14 negeri dalam PRU 13 tumbang ke tangan PR ?
3) Hanya 3 % generasi muda memilih parti-parti"konservatif" dalam PR seperti Pas dan Dap manakala 97 % memilih PKR
kerana kesebatian jiwa anak muda yang bencikan BN kepada parti "persinggahan" yang tidak mengikat ahli-ahlinya dengan sebarang ideologi dan mengamalkan pluralisme politik. PKR adalah parti "festival" tanpa idealisme yang 'berat' dan ini diterima mudah oleh anak-anak muda yang mahu berjinak dengan politik.
Selain itu, beberapa penegasan penting telah beliau utarakan sepanjang observasi beliau lakukakan khususnya sepanjang 3 hari berada di Perak dan melihat secara langsung senario politik di Perak, antaranya :
1) Semua generasi baru PR tidak bersedia menjadi pemimpin. Kebergantungan kepada individu-individu tertentu seperti Anwar Ibrahim, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nik Aziz, Ir Nizar dan sebagainya hakikatnya memudahkan serangan musuh untuk menguburkan PR di negeri-negeri mereka kuasai dalam PRU 12 baru-baru ini.
2) Semasa gelombang 16 September ditiupkan oleh DSAI, sejauhmana pemimpin PR melihat secara anti-thesis dengan melihat secara kritis andaikata lompat parti itu berlaku di negeri-negeri PR sendiri. Tidak sepatutnya semua pimpinan PR menyambut 16 September secara ofensif menyeluruh ke negeri-negeri BN sehingga lupa kubu sendiri.
sumber:http://gamisdaily.com/v4/
***terasa cemburu sangat dengan mahasiswa kampus tengah yang terhidang dengan pelbagai ceramah pembuka minda. setiap masa ada sahaja kuliah2 yang berbentuk menjana pemikiran diadakan. ada sahaja individu yang dengan berani hadir membawa pemikiran hebat mereka untuk dikongsi bersama. bersama menjana pemikiran, merancana gerakan. hm... terasa cabaran! walaupun di selatan ni masih sejuk dalam bongkah ice, tapi syukur ada juga yang berusaha mengetuk memecahkannya. ada sahaja yang berusaha menyalakan api agar kepanasan dirasai semua. agar tiada mahasiswa yang terus mati tanpa mereka sedari.
semoga bicara2 ilmiah sebegini akan hadir dan wujud di UTM. semoga nanti ilmu2 peikiran dan budaya berfikir menjadi dambaan mahasiswa selatan. bukan lagi hiburan atau konsert yang mereka nanti2kan.
NANTIKAN SEMINAR KEINTELEKTUALAN MAHASISWA DI UTM!!! akan datang...
PMIUTM di Pesta Ponggal
sumber:http://pmiutm.blogspot.com
***Alhamdulillah, gembira lihat PMIUTM berusaha menjalinkan hubungan baik dengan semua kaum. sebagai pendokong Pro M UTM aku juga bangga apabila mereka terkehadapan dan sanggup bersama2 dengan warga kampus walaupun sudah sebok menjadi MPP. diharap aktiviti seumpama ini dapat menarik lebih ramai penyokong PRO M UTM dan pendokong PMIUTM.
sedihnya aku dah bersiap pakai baju pmi nak gi pesta ponggal tu tapi tetiba ada meeting. huhu mengapa begini???
dimana keadilan?
terpaku aku tatkala menonton video ini. aku ingat lagi pada tarikh kejadian iaitu 6 Februari 2009, aku terasa mahu sangat pergi bersama2 dengan rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pembetukan kerajaan baru Perak yang tidak sah. mahu bersama2 rakyat Perak merayu kepada Sultan Perak agar pilihanraya diadakan di Perak. agar keadilan dan kepuasan hati rakyat Perak tidak dicabuli.
tapi apabila melihat ideo itu, sungguh hati aku berdebar. bagaimana jika aku disana? mampukah aku melawan dan bertahan dari serangan pelbagai sudut? lihat sahaja pada FRU yang menggempur manusia tidak kira siapa. aku terkesima melihat dua orang mujahidah. walaupun umurnya sudah tua namun mereka tidak gentar dengan FRU. malah mereka berdua berdiri di barisan paling hadapan daripada ribab yang dibuat oleh golongan Muslimin. SubhanaAllah, tiada rasa takut yang terpamir. ternyata dua orang mujahidah ini memang cintakan perjuangan. walaupun mereka nampak tua namun jiwa mereka muda. lebih muda dari aku.
namun, FRU tetap FRU. tiada belas kasihan. dua orang mujahidah itu ditengking suruh kebelakang. namun mereka menolak. lantas FRU menolak wanita itu. aku tak pasti apa yang berlaku kepada 2 orang mujahidah itu namun aku berdoa agar mereka tidak apa2. aku percaya ini bukan pengalaman pertama mereka.
melihat gerakan FRU melalui video buat aku rasa sedikit takut. mereka bergerak seiringan. tambah mengecutkan perut bila melihat mereka membawa kayu yang digunakan untuk memukul sesiapa sahaja yang mengahalang jalan mereka.
polis di sana sini. menangkap dan menggari sesiapa sahaja yang namapak mencurigakan. gas pemedih mata dilepaskan. owh.. bagaimanakah rasanya?
kemudian kenderaan yang membawa sultan bergerak meintasi mereka. sayang mereka tidak mampu menahannya. dan tiada kereta yang berhenti untuk memberikan simpati. masing2 berkejar meninggalkan rakyat Perak yang menangis dan tersungkur ke lantai. mungkin merasa terlalu kecewa kerana mereka tidak diterima untuk didengar suara mereka.
aku jadi pilu. apakah salah mereka? mereka hanya menuntut hak mereka. bukanlah mereka mahu menderhaka, cuma minta sedikit ruang suara mereka didengar dan dianalisa. argh... sukarkah?
siapakah yang bertanggungjawab untuk semua ini? dimana keadilan? siapa menteri besar Perak yang sebenarnaya? masihkah IR NIZAR atau MB YANG BARU? kalau IR NIZAR masih MB Perak, maka bertuah orang Perak kerana punya 2 menteri.
sesungguhnya kebenaran itu pasti akan munul. kesabaran dituntut.
Ya Allah, walaupun aku bukan orang Perak tetapi atas dasar Islam aku mahu bersama2 dengan saudaraku di Perak. semoga kau beri ketabahan pada mereka. mungkin ini TarbiahMu. untuk mengingatkan kami yang sudah mula lupa.
Allah... berikanlah kemenangan pada puak yang benar...
HEWI PMIUM membantah penganjuran MUSAWAH oleh SIS
Islam adalah dien al-haq yang diwahyukan oleh Allah ta'ala kepada Rasul-Nya yang terakhir Muhammad :
"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi."
(Surah Al-Fath: ayat 28)
Sebagai rahmat bagi semesta alam:
"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."
(Surah Al-Anbiya': ayat 107)
Dan sebagai satu-satunya agama yang diridhai oleh Allah ta'ala:
"Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam."
(Surah Ali Imran: ayat 19)
Bermula pada hari ini, 13 Feb 2009 hingga 18 Feb 2009, sebuah badan bukan kerajaan,
Perjumpaan ini katanya bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar iaitu antaranya Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain. Program Musawah adalah 'Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family'.
Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) turut menyelar penganjuran program Musawah yang membawa agenda Islam Liberal ke
Mazhab Islam Liberal hadir sesungguhnya dengan maksud untuk memutarbalikkan kebenaran Islam, menabur keraguan untuk mendangkalkan keyakinan umat, dan berusaha untuk menjauhkan mereka. Bahkan, sampai batas tertentu, mazhab ini berusaha memurtadkan mereka untuk kemudian mendorong mereka agar memeluk keyakinan baru (demokrasi, sekularisme, sinkretisme, humanisme).
Pergerakan SIS di
Kita sedia maklum, selepas kedatangan Rasulullah S.A.W, martabat wanita itu diangkat tinggi. Sesiapa ingin mengahwini wanita, perlu membayar mas kahwin, diberi peluang untuk menuntut ilmu, peranan wanita di rumah dipandang tinggi dalam mendidik anak dan di bidang-bidang lain. Sehingga Saidatina Aisyah r.a sendiri pun boleh menjadi perawi hadis yang menjadi rujukan para sahabat selepas kewafatan baginda.
Berbalik kepada SIS, pergerakan ini menjadi kontrovesi disebabkan penentangan mereka terhadap fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (MFKM) terhadap isu-isu semasa seperti pengharaman Yoga, tomboy, kes murtad dan pelbagai lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penentangan SIS, anda bolehlah layari sendiri laman web SIS (http://www.sistersinislam.org.my). Namun para pembaca yang budiman tidak terpengaruh dengan hasil-hasil penulisan mereka. Banyakkan beristighfar semasa membaca laman tersebut. Namun, bagaimana pergerakan ini masih bergerak aktif dan tidak diharamkan sesat oleh kerajaan
Di zaman abad ke 21 yang penuh dengan cabaran untuk memesongkan akidah ini, umat Islam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan fahaman dan pergerakan yang banyak memesongkan akidah umat Islam.
Oleh itu kami HEWI PMIUM mewakili seluruh mahasiswa/i Universiti Malaya menentang dan membantah penganjuran MUSAWAH. Kami turut menyeru semua muslim seluruh dunia agar tidak terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menentang ajaran Islam yang sebenar dan Carilah sebanyak mungkin maklumat tentang suatu pergerakan dan fahaman yang diragui berpandu kepada al-Quran dan as-Sunnah serta bertanyalah kepada ulama muktabar atau yang lebih 'alim (berilmu) dalam perkara ini untuk mengelakkan diri daripada termasuk di dalam golongan ini. Nauzubillahiminzalik.
Kesimpulannya Islam adalah addeen (cara hidup) untuk dihayati dan dipraktikkan, bukan suatu teori yang boleh dicabar dan diuji kebenarannya. Sesungguhnya Islam adalah penyelesaian kepada semua masalah kerana Islam adalah satu-satunya agama disisi (diterima oleh) Allah dan ajaran Islam itu sendiri yang lengkap dan menyeluruh iaitu mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa pengecualian dari sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besar perkara dan Islam itu bersifat 'alamiyyah yakni sesuai untuk semua orang, tempat dan sepanjang zaman. Wallahuallam.
sumber:http://hewi-pmium.blogspot.com/
*** memang tak setuju dengan kumpulan Sister In Islam ni. perkara2 yang dituntut oleh mereka nyata bertentangan dengan Islam, tapi mereka menggunakan pendekatan untuk membela nasib kaum wanita. teringat isu monogami yang mereka perjuangkan dulu. penutupan aurat dan macam2 lagi. nilah yang berlaku apabila orang mengambil apa yang 'best' aje dalam islam ikut kesesuaian nafsu diorang. Islam tu indah, poligami tu indah dan penutupan aurat itu teramat indah.
wanita yang bermadu punya lebih masa untuk tuhan. pada masa inilah dia dapat membuktikan cinta utamanya milik siapa.
wanita yang menutup auratnya terpelihara dari fitnah. malah Allah mengangkat darjatnya. sejuk mata memandangnya. jauh dari bahagia. sentiasa tenang langkahnya.
Ya Allah, kau peliharalah golongan hawa ini. sesungguhnya benar mereka punya 1 akal dan 9 nafsu, tapi jangan biarkan nafsu mengusai mereka. jadikan kami sehebat khadijah dan aisyah. setabah Rabiatul adawiyah, dan sepenuh cinta seperti zainab puteri Rasulullah. Ya Allah bawa kami menjadi selalu bidadari syurgaMu....






