Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

cuti2 Malaysia

24 September 2010

menjadi orang yang dewasa (ahaks) dan berkerjaya (super ahaks) adalah satu perkara yang bukan mudah...

keluar rumah seawal jam 7.30am dan kembali semula ke rumah dalam jam 7.00 malam adalah sesuatu yang luar biasa bagi mereka yang inginkan hidup yang biasa2 =)

hati dan perasaan menyatu...

itulah rasanya apabila anda sudah menyesuaikan diri dengan sesuatu yang anda lakukan. walaupun setiap hari anda di hambat dengan pelbagai masalah baru tetapi semua itu jadi menarik bila anda mula melakukan sesuatu secara team work. ingat masalah di tempat kerja bukan tanggungjawab anda seorang. berkerja dalam satu team maka anda akan terasa saling memerlukan antara satu sama lain... sampai sling memerlukan nak balik rumah pun boleh lupa (ahaks)

okay forget about keje.. entry ni bukan tentang keSERABUTan kerja...

cuti2 malaysia =)

ambil sedikit masa untuk merehatkan minda. ingat sekuat mana kita bekerja.. kita hanya manusia biasa dengan badan yang selalu inginkan kerehatan...

amik masa untuk rileks.. travel ke mana yang anda suka. kerana hidup ini hanya sekali. adakah anda mahu mati dengan kenangan yang anda tak pernah ke mana2.. menyedihkan =)

walaupun hanya travel ke kampung sebelah... jadikan ianya pengalaman menarik anda dengan menghayati apa yang ada waktu anda bercuti...

hehhe jom bercuti.. rileks minda...

sebelum kembali bekerja dengan kerja bertimbun2 =)

huh



progress

19 September 2010

96-99

kami bergelak ketawa bersama... main bersama... kayuh basikal pulang sekolah bersama... melepak di taman bersama... makan ice cream 10sen dekat kedai Weng Seng bersama... pergi 'Splash' bersama... pergi langkawi bersama... semuanya bersama sebelum masing2 terpisah dengan kehidupan alam sekolah menengah =)

srk taman gembira 96-99 banyak mengajar erti team pada kami.. haha dan yang paling tak boleh bla nama group kami (ac) apa tu ac aku sendiri tak sanggup nak sebut... hahahahha

aida dan ana dah bertunang.. congrats macam biasa aku menawarkan khidmat fotografi yang lain dari yang lain =)

aizura masih dengan dancing dan singing dia... hehe nanti kalau nak buat cover album panggil aku tangkap gambar =)

wanie still cute2 dan malu2 tapi style dah macam superstar! last sem untuk law.. hehe tahulah siapa aku nak mintak tolong kalau kena saman nanti =)

and paling mengejutkan si fizah yang dulu slim melim tapi kini mak oi makan apa kau! hahaha

nasib baik tak ada sesiapa yang bagi kad kawin semalam kalau tak pengsan.. hahaha

macam ni agaknya perasaan si umaria bila selalu merengek dekat aku kata semua kawan2 lama bila jumpa dah berpunya tapi dia single mingle aje.. lor rileks lah maria bak kata company aku

"we have our own direction..." ngehehe

kerjaya first...  wkakaka =)

tiada dalam gambar fizah.. haha pandai ko sorok badan eh =)


ada apa dengan KK

10 September 2010

tomorrow saya dengan en.D (camera) akan ke KK (Kota Kinabalu).. sangat excited kerana inilah pertama kali saya akan travel seorang diri...

dengan konsep travel photography...

ops dan sedikit wedding photography...

Ia hanya pemula.. after dis sasaran saya satu tahun 2 negara =)

jauh perjalanan luas pemandangan =)

amik masa berehat dalam kesibukan kerja.. 

terGENDALA...

13 January 2010
salam... kerja2 pembersihan sawang dan pengembalian identiti sebagai mahasiswa nampaknya tergendala... tak pa insyaAllah dalam masa terdekat nanti akan kembali beroperasi.. =)

apa yang pasti sedikit hebahan kepada para pengunjung....

aktiviti hebat sekitar kampus...

1) kuliah tafaquh kembali lagi...




2) forum: kalimah Allah: mencari satu kepastian..



3) Forum: Kritik sosial: kesannya terhadap perkembangan demokrasi di malaysia. APA KATA ORANG      MUDA


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqquKDS7jVcG-5AQFFWgR1bOivOIvJa08ig97hpomDx6k0ZwyJgX2GwcksNhULbGeD3x67bZ6WiW8l_hqJsfoAEwljU4Cv3bvi_yeeNMzvGFjOCDqETiEepw0HNQamC__Gl07Zdf9xMOo/s1600-r/17178_1326631331527_1403240197_30911616_1260203_n.jpg

(satu forum yang wajib pergi!)

visit my 2nd blog...

08 January 2010

assalamualaikum...

terima kasih kerana masih lagi mengunjungi blog ini... (kalau adalah)

saya menjemput anda semua ke blog ke-2 saya... jangan terkejut blog ini spesifikasinya mengenai foto dan kata.. jadi apa tunggu lagi meh ler =)


mahu sepi?

16 July 2009
waktu mahu pulang ke UTM aku merasa bimbang yang amat sangat. aku bimbang andai sampai di UTM nanti aku akan merasa keseorangan lantaran banyak sahabat2 yang seusia dengan aku berada dalam blok yang berlainan. tambahan pula afzan dan rumatenya dah pindah ke k11. hai macam manalah kalau aku nak bincang tentang pelajaran yang aku tak faham?

aku merasa tertekan dan menjadikan aku menanggug2 kan waktu untuk pulan ke UTM.

14/7/09
namun apabia berada di bumi UTM lain pula ceritanya. semangat semakin berkobar pula jadinya. sampai ke UTM jam 9 malam, atikah mengambil aku di Sri Putri. dari Sri Putri dia terus membawa aku ke program MAPEK yang berlangsung di dewan sri resak KTDI. leka dalam program Mapek yang mana LTKS membuka booth dalam rangka mempromosi LTKS kepada mahasiswa KTDI yang baru.

keseronokan berinteraksi dengan mahasiswa baru dan berbual sembang dengan adik2 sehingga aku terlupa yang aku sedang dalam proses metting dengan seorang sahabat untuk program lujnah. janji sampai ke UTM nak sambung metting tapi lain pula jadinya. booth Mapek di tutup kira-kira jam 11 malam. selepas Mapek adik2 LTKS mengajak aku sama2 bermetting utuk penutupan MAPEK esoknya. untuk tidak menghampakan mereka aku sertai juga. adik2 nampak bersemangat takkanlah aku nak bla macam tu aje. aku harus support mereka walaupun badan aku merasa letih yang amat sangat.

metting habis kira2 jam 11.50pm. disebabkan aku tak sempat nak amik kunci bilik lagi maka malam itu terpaksalah aku menumpang di bilik fadila. namun sampai di bilik Fadila aku tidak terus tidur sebaiknya menyiapkan editing untuk seruan jumaat yang mesti diserahkan pada Ustaz Nasir keesokan harinya. leka membuat editing sehingga aku tak sedar aku dah tertidur dan terima kasih kepada Pip yang mengejutkan aku bangun Subuh.

15/7/09
jam 8 pagi terus ke faculty dalam keadaan mamai dan sedikit basah kerana hujan turun pagi tu. nasib baiklah fadila pinjamkan motosikal. kalau tidak alamat jalan kakilah nampaknya.

sampai di faculty kelas rupanya jam 11. hadi masa yang ada digunakan untuk menyambung men'touch up' mana yang patut sj. kemudian bergegas ke CICT untuk print dan terus ke HEP untuk submit pada Ustaz Nasir. tepat jam 11 aku dah terpacak dalam kelas keusahawanan. wow... leturer dia meamang best... tak sabar nak pergi next class.

tepat jam pukul 1 aku bergegas balik ke KTDI dan terus memandu ke Kulai dengan atikah, Alia dan fadila untuk mengambil motosikl aku yang aku post menggunakan train. tapi sampai di sana kami dimaklumkan orang yang menjaga moto aku akan datang pada jam 3 pm. so kami pun makan dulu sambil menunggu. penat waktu tuhan aje yang tahu. dengan tak cukup tidur aku memang tak boleh berdiri betul. bimbang dengan keadaan aku yang mamai2 tu aku meminta atikah yang membawa motor aku balik.

sampai ke UTM dalam jam 4pm. aku mengambil kunci bilik dan terus ke bilik kawan kerana ada hal berkaitan sesuatu yang harus aku langsaikan disamping mengambil button badge LTKS. sesudah itu aku bersolat di bilik kawan dan meghantar kak Fatimah ke K11. dan terus ke metting LPM di BOMI. aku sampai lewat argh bengangnya.... jangan marah ye sahabat2 LPM...

dalam metting pun mamai juga namun bila tengok orang lain bersemangat aku pun jadi semangat namun mengantuk datang menujah2. geram betul!

habis metting dalam jam 6.40pm. terus pandu balik ke KTDI . mandi, solat rehat sekejap. jam 9 malam turun ke Majlis Penutupan Mapek. argh tiba2 rasa tua pulak bila masuk dlam dewan resak. ya lah yang datang seuanya junior. tapi aku peduli apa aku nak support LTKS korang tau apa.

majlis tamat jam 11 malam. paling keakar malam yang aku tengah mamai2 ni aku boleh dapat cabutan bertuah. haha first time dalam hidup aku. thanks kat anak usrah aku Diana yang pergi ambilkan hadiah =)

lepas program aku balik ke bilik dan hantar pic2 iftar melui internet pada seorang sahabat dan membuat sedikit preparation untuk majlis TWPMIUTM. alhamdulillah aku dah hantar mesej invitation dekt adik2 tentang TWPMIUTM masa di Mapek tadi so dapatlah tidur awal sikit.

16/7/09
kelas pukul 8 pagi. habis class jam 10 then terus ikut Hajar gi JJ.. ni j-card punya pasallah. n ni lah first time aku pergi jj masa j-card day. serius after dis aku takkan pergi lagi. mak oi sesaknya mengalahkan shoping malam raya.

habis shoping jam 12.30 then balik bilik. rehat , makan then jam 2 cari helmet. argh sapa ada jumpa helmet aku??? sapa ada helmet lebih pleased let me know... dah tak de helmet ni =(

nasib baik alia bagi pinjam. pukul 230 pergi HEP. alhamdulillah Ustaz Nasir dah sign so terus hantar ke bilik cetak. 3.30pm naik faculty jumpa kak Linda (RO PSM aku) mintak dia proposal aku. huhu nak kena taip sebab aku tak de soft copy dia hilang masa hard disk aku rosak. then hantar borang2 pada Prof NASA. pukul 4 balik bilik rehat2 jap. kul 5.15 gi kuliah tafaquh. best betul kelas hari ini. ustaz aminuddin pada jam 5.28pm dia kata sekaang berlaku fenomena matahari berada betul2 di atas kaabah. hm maknanya kalau kita tengok matahari pada waktu itu menghala ke arah kiblat. aku nak aje lari keluar kejap tengok tapi peliklah pulak.

then kelas habis jam 6.15. pergi library kejap print borang LPM then gi kedai photostat. then balik bilik dalam jam 710pm rehat + solat +cari montaj then pergi TWPMIUTM sampailah pukul 1130. kemudian balik bilik. sampai bilik check mail. ingat nak edit blog yang aku handle tapi tak de idea then tetiba rasa nak menulis then aku tulislah ni =0

penat???

memang penat tapi macam ni taklah sunyi sangat. aku takut sunyi sebab nanti akan rasa sedih. besok akan masuk lab untuk PSM. hah itu lagi mencabar.

weekend ini ak merancang nak bermusafir ke Melaka. hahaah sementara tak busy ni =)

tak tau nak tulis kesimpulannya apa sebab rasa dah penat sangat ni. yang penting happy sangat sebab dapat sumbang sesuatu. semoga apa yang aku lakukan ini dianggap ibadah di sisiNya...

gembiralah walaupun merasa penat kerana kita melakukanya untuk Kekasih kita yang Satu itu =)

Forum Maulidul Rasul

22 March 2009

Forum ini menampilkan 2 orang ahli panel yang tidak asing lagi, Dr. Azhar B. Muhammad, Pengarah Masjid Sultan Ismail dan Ust. Mohd Rifqi B. Maidin dengan tajuk yang akan dibincangkan "Subuh Yang Terakhir: Detik-detik Kewafatan Kekasih Allah"

***aduh.. terlalu banyak proposal tak siap dan test cntrol esok. minta jasa baik sahabat2 tolong rekodkan... tajuknya saja bisa meruntun jiwa

CIndai... cintan cintun

18 March 2009
Chttp://img253.imageshack.us/img253/8371/cindaiedit.jpg


jom pakat ramai2 mai.... haha buka hati, buka minda. jangan pandai bercinta je... benda ni semua ada kena mengena ngan korang. apa lagi yang bercouple, mencuba nak bercouple atau ada hati nak couple. mai gegarkan N24...


Mahasiswa belajar sambil mencabar. tapi???

08 March 2009
DUNIA BARU MAHASISWA.. APA DAH JADI?????

MAHASISWA.. MANA PERGINYA STUDENT MOVEMENT???
SETIAP MASA MAHASISWA SEBOK DENGAN HAL2 CINTAN CINTUN, PROGRAM HIBURAN KATA2 MAHASISWA PUN NAMPAK USAM DAN LAYU. TAK BERTENAGA.

MANA MAHASISWA? MANA GERAKAN MAHASISWA YANG DULU HINGGA MAMPU MENGGUGAT KECELARUAN PEMERINTAHAN?

MANA MAHASISWA YANG SEPATUTNYA BERTINDAK SEBAGAI CHECK N BALANCE?

MAHASISWA JURUBICARA UMMAH?
ATAU
MAHASISWA SEMAKIN DILUPAI UMMAH

TIADA LAGI BEZA ANTARA MAHASISWA DAN ORANG LAIN

MAHASISWA MENGGUGAT!!!

SERTAI FORUM DUNIA BARU MAHASISWA...

BUKA MINDA ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!


CINDAI-Cintaku Dari Ilahi...


cinta.. cinta.. semuanya kerana cinta...

mahasiswa sebok belajar, dalam masa sama ada masa pula bercinta. peliknya komitmet untuk cinta kadang-kadang lebih dari 100% tapi bila time komitment untuk di ajak dalam kerja2 agama susah nak capai 50% pun.

cinta.. cinta sampai tergadai pelajaran, tergadai body...kalau dah cinta sangat kahwin ajelah...

kahwin??? masalah nanti? so mai pakat gi CINDAI blaja sikit apa pro n kontra pergi dengar.

dah kahwin ke bujang ke duit pun kena pandai jaga.

tak rugilah... mai Pi...

CINDAI

permata yang dicari-Busana Muslimah

06 March 2009


terbuka kepada muslimat sahaja. yang muslimin jangan sebok2 pulak. tapi kalau nak sebok gak boleh juga jadi pengawal di luar. hehe demi menjaga keselamatan muslimat.

agak2nya siapalah permata yang dicari tu ya...


Bengkel PC maintanance & Format Laptop


Bengkel PC Maintenance anjuran Lujnah Penerangan dan Multimedia.

jom ramai2 pakat blaja nanti tak yah anta kedai format boleh buat sendiri. hm.. lagi bagus boleh bantu sahabat2 yang lain skali.


Tangisan Gaza...

18 February 2009

Bersama memeriahkan Program Tangisan Gaza. Semoga kita bisa membawa pulang input yang berguna. InsyaAllah...

Palestin-Pendedahan Eksklusif

17 February 2009




semua warga UTM dijemput hadir. apa lagi marilah memeriahkan program ini. kita berharap sokongan terhadap Palestin ini bukan hanya bersifat bermusim. teruskan memboikot. anda mampu mengubahnya!

ingat 8.00 am bukan pm....

SEDIKIT INFO, bahagian malamnya pula jam 8.30 pm ada diskusi IMAN di KRP. salah seorang daripada panelnya adalah Ustaz Ismail Mustari. jadi apa tunggu lagi. penuhi hujung minggu dengan program ilmiah...